Jumaat, 20 Ogos 2010

16 PUNCA DAPAT JIN ILMU...

Jin ilmu yang mengganggu atau merasuki manusia
akan melawan jika mangsanya dirawat...

Jin ini biasanya sangat berpengalaman dan mungkin
sudah biasa 'berperang'...samada dengan perawat-
perawat atau jin lain...

Berbanding jin biasa yang tak ada ilmu kebatinan-
nya yang biasanya dengan cepat saja melarikan diri
apabila diserang perawat...atau malah mungkin akan
terbunuh sebegitu mudah...
jin ilmu biasanya akan menggunakan berbagai helah
dan tipu daya disamping 'kehebatan' ilmunya untuk
bertahan dan menyerang perawat...

Antara punca dimana anda dapat atau di ganggu jin
ilmu...

1.Jin ilmu yang anda pelajari dari guru yang mengg-
unakan jin...

2.Jin yang mengikut atau masuk badan anda semasa
anda bertapa di mana-mana...

3.Jin tangkal yang anda cari...diberi orang lain...
pegangan dari keluarga terdahulu...atau malah yang
mungkin anda pungut di mana-mana (yang telah ter-
cicir atau dibuang)...

Atau sering juga tangkal penjaga yang sengaja di-
pasang pada rumah-rumah baru...atau rumah lama...

4.Jin dari barang-barang antik...di mana sebahagian-
nya dijaga oleh jin...

5.Jin dari benda-benda pelik seperti batu...akar
kayu...taring-taring binatang dan sebagainya...

6.Jin dari barang-barang yang anda pungut dari kubur
contohnya barang-barang bekas pemujaan syaitan...

7.Jin dari senjata-senjata lama seperti keris...
pisau...lembing...parang dan sebagainya...
dan lebih-lebih lagi kalau pernah digunakan untuk
membunuh manusia...(tak semua ada jin).

8.Jin yang datang sendiri kepada ada samada anda tahu
atau tak tahu...

...antaranya jin yang mengikut anda dari hutan atau
mana-mana tempat yang ada jin...atau jin yang ter-
serempak dengan anda ketika jalan malam seorang diri
dan sebagainya...


9.Jin yang datang berjumpa anda melalui mimpi untuk
bersahabat...atau menyerang anda...

10.Jin dari rumah-rumah lama terutamanya rumah bekas
tempat pemujaan syaitan...atau pernah menjadi tempat
pembunuhan...atau mati misteri.

11.Jin yang dikurung dalam botol...maka kalau ada
botol yang isinya menimbulkan was-was...atau tutupnya
ada kain putih...kuning...merah atau hitam dan sebagai-
nya...jangan dibuka atau dibawa pulang.

12.Jin dari rakan-rakan atau orang lain yang diganggu
atau sakit kerana gangguan jin...(termasuk saka keturu-
nan)...

13.Jin dari air sihir yang anda sangkakan sebagai air
penawar...tak kira air ubat...air pengasih...air pelaris
dan sebagainya...

14.Jin dari kiriman sihir...

15.Jin dari gigi petir...iaitu biasanya berwarna hitam
atau putih yang melekat pada pokok atau tanah yang di-
sambar petir...

16.Jin yang sengaja datang dari sebab amalan-amalan yang
anda buat tanpa berguru kecuali amalan-amalan mahsyur
contohnya dari Hadis atau ulama...

Pada hakikatnya...kadang-kadang amalan itu tak ada kena
mengena dengan jin...tapi ada jin yang datang mengambil
kesempatan untuk berdamping atau menyesatkan anda...
maka apabila anda keliru atau tak faham...disinilah
bahayanya...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Oo jin ada juga ilmu kebatinan...ilmu kebatinan ni bukannya dalam silat banyak....sebab pernah terbaca satu website...tapi ada tulis dekat situ dilarang mengamalkan tanpa ijzah guru...

    saya ada baca buku berkenaan amalan ayat kursi..dalam buku tu diceritakan sejarah penurunan ayat kursi, lidah ayat kursi...dll

    Dalam buku tu.ada sebut...bacaan 313 kali... 16 kali...baca ikut bilangan huruf dll.... dalam hadis memang tak sebut..bilangan2 tu.... adakah bilangan2..itu telah di amalkan oleh ulamak2 terdahulu....???

    adakah jin akan datang juga bila kita baca ayat kursi banyak2..dgn niat kepuasan rohani...dan akhirat...

    saya masih keliru nak bezakan amalan kebatinan?

    Kalau saya saja2 nak baca al fatihah 70 kali hembus atas air..7 malam berturut2.....adakah itu amalan kebatinan?

    mohon pencerahan...

    BalasPadam
  2. walaikum salam saudara musafir...

    Ilmu kebatinan yang disebut disini adalah amalan-amalan mentera dan adat yang berkaitan pemujaan jin samada secara langsung atau tak langsung...
    juga mentera yang samar-samar maksudnya...ertinya nak kata boleh pun boleh...nak kata tak boleh pun boleh...serta
    mentera-mentera yang kita tak faham maksudnya.

    Setakat yang saya faham...tentang bilangan itu biasanya dari ulama-ulama rawatan...dan tak ada hadis yang menentukan ia mesti dibaca pada jumlah-jumlah tertentu sahaja...maka secara umum tak ada masalah.

    Bagi jumlah-jumlah tertentu seperti dalam buku itu...ada pendapat mengatakan...kalau kita ada
    niat khusus maka baik diamalkan seperti yang telah dinyatakan kerana jumlah-jumlah itu ada hikmahnya.

    Ia umpama ubat Hospital...kalau dikatakan makan tiga kali sehari...maka baik diikutkan
    kerana ada sebabnya diatur sedemikian.

    Ada hadis menyebutkan...Ayat Kursi adalah ayat yang paling digeruni syaitan...seperti pada cerita Abu Hurairah Ra...maka membanyakkan membacanya...mudah-mudahan dijauhkan Allah dari gangguannya.

    Tentang Fatihah itu...ia adalah kebatinan Islam
    dan Al Qur'an adalah sebaik-baik ubat dan penawar.

    Cuma ada kes...seseorang yang membaca Fatihah
    1000 kali tiap-tiap malam...maka ia didatangi
    jin yang mengaku Islam dan akhirnya menjadi saka...

    Antara sebabnya...

    1.Ia beramal tanpa Ayat Kursi dan amalan-amalan
    pendinding khusus seperti 3 Qul.

    2.Ia beramal tanpa panduan dan pengawasan...
    maka ia menjadi mangsa mudah penipuan jin...

    3.Ia ada saka.

    4.Ia suka menyimpan tangkal.

    5.Ia percaya kepada 'kekuasaan' jin.

    Pada dasarnya...amalan itu tak memanggil jin...
    cuma diambil peluang oleh jin untuk memperdayakannya dari sebab kekurangan ilmu pengetahuan mengenai perkara sedemikian juga
    sikapnya sendiri yang menjurus kepada kepercayaan dan amalan syirik.

    Dan lebih daripada itu...ada juga golongan yang mengamalkan amalan kebatinan Islam...iaitu semata-mata dengan Ayat Qur'an dan doa...tapi didatangi jin...terutama jin saka ilmu (yang datang dari mana-mana saja... termasuk dari saka sendiri) dan
    cuba memperdayakan agar berdamping dengannya...

    Dalam hal ini...ilmu pengetahuan pengamal serta tempat-tempat rujukan (seperti guru) adalah yang paling penting agar ia sentiasa dapat mengenal atau membezakan mana kawan dan mana musuh...termasuk musuh berupa kawan setia...atau 'musuh dalam selimut' dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam