Rabu, 17 November 2010

Al HIKAM...Risau Kerana Senang...

Disebutkan bahawa para Wali Allah itu...apabila ia
tak merasakan sebarang ujian kesusahan dalam masa
tiga hari berturut-turut...

...maka ia akan menjadi gelisah...kerana risaukan
bahawa itu adalah tanda Allah telah melupakannya.

Sebaik-baik kehidupan ini..adalah pada suasana di-
mana engkau terdorong kepada mengingati dan mengha-
rap kepada Allah...

Kesenangan itu adalah jalan kepada keredhaan Allah
tapi sebaliknya selalu membuat seseorang terlalai...

Sedangkan ujian kesusahan itu lebih mendorong sese-
orang itu kepada selalu ingat dan berharap kepada
Allah...

Ujian yang membawa engkau kepada kebahagiaan Akhirat
itu...jauh lebih baik daripada ujian yang membawa
engkau kepada kebahagiaan Dunia...tapi hilang kebaha-
giaan Akhirat...

Walloohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan