Khamis, 9 Disember 2010

' SCAN ' MUDAH TENAGA DALAM...?

Dalam masa ada rakan-rakan seperguruan yang boleh
' scan ' jin hanya dengan melihat sahaja...
atau sebagainya...saya termangu-mangu tak tau ma-
camana nak buat...

Yang saya maksudkan adalah bagaimana nak mengguna-
kan tenaga dalam ( bercampur Rukyah ) ini untuk
mengesan kehadiran dan kedudukan jin dalam badan
seseorang...

Dalam kajian yang mengambil masa agak lama...
Alhamdulillah...saya mendapat cara yang agak mudah
di mana dengan kaedah ini saya tak perlu sama se-
kali untuk ' melihat ' jin walau dengan cara apa
sekali pun...

Dengan kaedah ini...bukan anda...tapi ' pesakit '
yang akan memberitahu anda hadir tidaknya jin dalam
badannya sendiri...serta kedudukannya..

Malah kalau jin itu cuba lari...bersembunyi...atau
berpindah tempat...maka ia boleh memberitahu anda
mengenainya...dan sebagainya...

Saya akan memberi panduan sedapat mana cara mengg-
unakannya...

Dengan mengetahui kedudukan jin dalam badan...anda
akan tahu serba sedikit gejala atau gangguan yang
ditanggung oleh seseorang itu...Insya Allah...

SAYA TAK NAMPAK JIN...

Pada dasarnya...mata saya tak dapat atau mampu
melihat jelmaan jin...tak kira samada ia berkaitan
dengan diri saya...diri orang lain...atau malah
apabila saya menghadapi serangan jin dari mana-mana
juga dan sebagainya.

Apabila saya menceritakan anda tentang sesuatu ten-
tang jin...kecuali mana-mana yang menjadi pengalaman
saya sendiri...
saya akan mengumpul maklumat dari berbagai sumber
yang saya yakin penuh akan kebenarannya...( tapi
kalau anda mampu mengkajinya...saya sangat galakkan
daripada menerima begitu sahaja terutama kalau anda
merasa ragu akan ketepatannya...)

Saya seboleh-bolehnya tak mahu menceritakan sesuatu
dalam keadaan tergantung...kecuali apabila ianya
di luar kemampuan dan pengetahuan saya sendiri...

Maka apabila saya melihat jelmaan jin...ia berpunca
dari beberapa perkara...

1. Gangguan jin yang ' agak parah ' yang sampai ke
tahap ' sakit jantung buatan '...malah setiap kali
saya berdiri selepas duduk beberapa lama...saya
mengalami keadaan pening yang kuat seperti gejala
penyakit darah rendah atau darah tinggi...

Saya tak pernah mengambil sebarang ubat hospital
atau mana-mana farmasi...kerana sejak dulu seolah-
olah jauh dalam hati kecil...saya tak yakin ia
penyakit biasa...

Dengan amalan Fatihah...5 ayat pembuka Al Baqoroh
...ayat Kursi dan 3 ayat penutup Al Baqoroh serta
4 Qul...dengan izin Allah walaupun ia tak sembuh
tapi berkesan sebagai pencegah gangguan lebih
teruk.

Apabila saya mula mengamalkan Ayat Manzil pagi
petang...hanya dalam masa kurang sebulan...saya
menyedari kedua-dua penyakit itu hilang begitu
saja...dengan Izin Allah...

Dalam masa mula beramal itu...setiap Maghrib
badan saya akan mula terasa panas membahang
hingga menjelang tidur...

Saya biasanya mengambil kain basah kemudian
menutup badan dengannya...dan duduk depan
kipas angin...

Sebaik saja kain itu kering...panas itu mula
menguasai badan semula dan tak berkurang se-
dikit pun...

Ia adalah suatu bahang panas jelas yang datang
dari dalam badan...

Maka beberapa penampakan jelmaan jin ketika itu
adalah kerana jin sengaja menampakkan dirinya...
samada ia adalah jin pengganggu..atau jin lain
yang sekadar nampak laluan dan cuba mengambil
kesempatan...atau bermusuh dengan jin pengganggu
dan sebagainya...

2. Kerana meminum air sihir...antaranya apabila
saya meminum air yang dibuat oleh seorang bomoh
yang handalan...saya dapat merasakan kehadran
satu terowong gelap ( lubang )yang pintunya di
bahagian ubun-ubun dan turun memanjang hingga
ke bahagian perut...

Di dalam terowong gelap itu ada tiupan angin
sejuk...
dan saya rasakan ia adalah laluan jin yang ter-
buka ke dalam badan dari sebab meminum air
sihir...

Apabila saya meminum Air Yasin...terowong gelap
itu hilang serta merta...

Alhamdulillah...rasanya saya belum pernah di-
masuki jin dari sebab meminum air sihir...
yang pernah terjadi adalah serangan jin...cubaan
nak masuk badan dan ' yang seronoknya ' nampak
jelmaan jin yang berupa lembaga-lembaga hitam
setinggi 3 kaki...

Iaitu dengan meminum air sihir...seseorang itu
mungkin ( mungkin sahaja...tak jamin...) akan
nampak jelmaan jin...dan ia adalah salah satu
daripada kesan keracunan air sihir...

Tapi kalau ia menyebabkan rasukan...atau jin
masuk tingggal dalam badan...kadang-kadang ia
menyebabkan seseorang itu nampak jelmaan jin
terang macam nampak orang...

Dari dulu...saya mungkin seperti segelintir
anda...nak sangat nampak jin..atau mungkin
nak berhubungan dengan jin sebagai suatu ke-
ajaiban...suka-suka... atau atas sesuatu
maksud...

...dan setelah mengalami berbagai pengalaman
saya dapat kesimpulannya...ia ada kebaikannya
dan ada keseronokannya...tapi semua itu tak
bermakna langung kalau anda bandingkan ia
dengan akibat dan kesan buruknya...

Akhirnya samada anda akan sembuh...atau hidup
dalam keadaan teraniya oleh makhluk-makhluk
halus sampai mati...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan