Isnin, 4 April 2011

DUNIA MISTERI...Jin Kaki Tolak...

Ketika seorang budak lelaki berada di-
atas atap pondok untuk menampal lubang-
lubang bocornya...

...tiba-tiba ia merasa sepasang tangan
menolaknya dari belakang menyebabkan ia
terjatuh daripada ketinggian 15 kaki...

Mujur saja tanah agak lembab kerana hu-
jan turun setiap petang...namun kepalanya
luka sepanjang seinci terkena bucu zing
lama yang dikumpul di tepi pondok...

Beberapa tahun sebelumnya...pada satu pe-
tang seorang datuk( orang tua ya...bukan
pangkat datuk )...yang sedang mengalami
sakit-sakit dan bengkak lutut...mengambil
angin di kaki lima...

Tiba-tiba muncul seorang lelaki muda ber-
pakaian serba putih...dan terus menolaknya
ke lereng bukit...( rumah tersebut terlet-
ak di lereng bukit )...

Datuk itu sempat mencapai dan berpaut pada
sebatang besi yang terpacak di tepi kaki
lima...

Jeritan datuk itu menarik perhatian anak-
anaknya yang kebetulan berada di ruang tamu
tapi sehingga anak-anaknya muncul...lelaki
muda itu masih cuba menjatuhkannya...dengan
memijak dada datuk tadi...

Datuk itu berjaya diselamatkan...dan kalau
ia jatuh kebawah...sekurang-kurangnya ce-
dera parah...kerana banyak batu-batu timbul
pada kawasan tersebut...

Tanda-tanda saka...

1.Budak itu adalah cicit kepada datuk tadi
dan ada kemungkinannya...ia adalah kerja
jin yang sama...

...iaitu antara tanda-tanda saka...ada-
lah bentuk gangguan yang sama...

wallohu a'lam

5 ulasan:

  1. salam tuan junied menarik juga kes tersebut,nape saka yang jenis ni nak ganggu keturunan datuk tu.adakah disebabkan saka tersebut tidak terbela atau dendam lama atau ada sebab-sebab lain.tima kasih

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Kilat...

    Saya berpendapat ia lebih kepada naluri
    perosak jin...iaitu ia buat kerana ia
    boleh buat.

    Maka bagi jin saka...dan mana-mana juga
    kalau ia pakar menipu..ia akan menipu...
    kalau ia pakar rasuk...ia akan merasuk...
    kalau ia pakar penghancur rumah tangga...
    maka ia akan hancurkan...kalau ia pakar
    penyakit...maka ia akan menyakiti...kalau
    ia mampu mencekik..maka ia akan mencekik
    dan sebagainya...

    Saya pernah memerhatikan sendiri...jin sa-
    ka yang diberi cukup makan...dua kali se-
    minggu...pantang larangnya ditaati...namun
    ia tetap menyakiti tuan malah keluarga tu-
    annya juga...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam tuan,ooo begitu rupanya baru le terjawab persoalan-persoalan ini dalam fikiran saya,jazakallah

    BalasPadam
  4. salam encik junied

    perkara ini pernah terjadi pada saya tapi lain sikit sebab jin ni jenis yang suka angkat orang, bukan tolak.

    masa saya masih sekolah, saya memang kerap nampak jin dan kadang2 saya tak boleh nak bezakan antara jin dan manusia.

    ada satu malam, tiba2 blackout disebabkan kilat (bukan encik kilat ya). jadi saya ke fusebox utama untuk on electric semula. masa tu gelap gelita jadi saya terlanggar kerusi. ketika saya nak buka fusebox tu, ada seorang lelaki bercahaya datang dan angkat saya untuk on electric semula. saya tak tahu dia angkat macam mana tapi yang saya masih ingat badan saya terapung.

    saya memanggilnya jin fusebox sebab dia memang suka berdiri di situ.

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam Kilat...

    ..yang baik itu datang dari Allah...

    dan...wa alaikum salam ButirStar...

    ...pengalaman yang menarik...memang masih
    banyak makhluk-makhluk Allah yang kita tak
    terduga dan terfikir akan keujudannya...

    Terima kasih ButirStar di atas perkongsian pengalamannya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam