Bayangkan...
Sekeping papan sepanjang 12 kaki...
Anda rentang di antara dua biji bata
di atas tanah...
Bolehkah anda berjalan dari hujung
ke hujung papan...?
Mudah bukan...?
Bukan sekali...malah sepuluh kali ber-
ulang alik pun...tak ada masalahnya...
Tapi bayangkan papan itu direntang
di antara dua puncak bangunan setinggi
dua belas tingkat...
Dapatkah anda menyeberang ke bangunan
sebelah...?
Untuk kebanyakan orang...jawapannya...
...tidak...
Ia akan jatuh ke bawah sebelum sampai ke-
bangunan sebelah...
Padahal samada di tempat rendah...
atau di tempat tinggi...papan itu sama saja...
Lalu kenapa anda harus jatuh...?
jawapannya...
kerana anda yakin...anda akan jatuh...
Kalau keyakinan anda masih sama seperti pada
ketika meniti papan itu di atas dua biji bata...
Maka anda boleh berulang alik antara dua bang-
unan itu sebanyak mana anda mahu...
Persoalannya cuma satu...
Iaitu ke mana arah keyakinan anda...
Walohu a'lam.
Nota .
1.Iaitu...papan itu sama saja...
samada ia di tempat tinggi atau di tempat rendah...
tapi yang berbeza itu adalah keyakinan anda sendiri.
Kalau di atas tanah pun...anda yakin akan jatuh...
pasti anda akan jatuh...
maka yang menjatuhkan anda itu bukan papan...atau
tempat...atau aras...
tapi keyakinan anda...itulah yang akan menjatuhkan
anda...
2.Ramai orang takut kecewa...
namun tanpa sedar...ketakutannya itu membawa ia
kepada kekecewaan...
kerana tanpa sedar ia yakin...ia pasti akan kecewa...
maka kekuatannya terus mengarah kepada kekece-
waan..
Tak salah takut kecewa...tapi janganlah ketakutan itu
mengalahkan keyakinan anda kepada kejayaan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan