Isnin, 22 Februari 2010

SEBAB PENGHARAMAN YOGA...DAN PERIHAL ZIKIR..

1.Sebab utamanya adalah kerana yoga yang difatwa
haram itu adalah suatu daripada cara pemujaan ke-
pada dewa.

Maka ia termasuk sebagai upacara ibadah agama lain...
bererti...memuja dan menyembah Tuhan selain Allah...

Maka hukum haramnya adalah sangat jelas...

2.Mengosongkan fikiran ( seperti sesetengah meditasi ),
tak kira ia itu meditasi dari jenis apa pun juga...
maka secara otomatik ia menjadi haram...

...kerana seperti yang disepakati para ulama...setiap
sesuatu perkara harus yang membawa kepada lalai dan
melupakan dari mengingati Allah...maka ia menjadi haram.

...haramnya itu bukan kerana benda itu harus...
tapi kerana seseorang itu lalai dan lupa kepada Allah.

...kalau ia tidak menyebabkan seseorang itu lalai dan lupa...
maka benda itu menjadi harus...malah boleh menjadi ibadah
umum...

3.DARI SEGI GANGGUAN JIN...setiap tarikan nafas dalam
keadaan fikiran kosong dari mengingati Allah...
maka jin boleh masuk ke dalam badan melalui nafas tadi...

Kerana itu...berzikir semasa menarik nafas akan menghalang
benda-benda halus itu dari turut serta dalam nafas...
dan yang utama...ia jadi ibadah zikir hati....(begitu juga zikir
semasa menahan nafas...juga semasa mengeluarkan nafas...
akan jadi ibadah).

Ia samalah seperti kita mandi manda menyelam dalam air
dan berzikir dalam hati...atau kita berbual dengan orang lain
sambil kita terus berzikir dalam hati...

Ibadah zikir ini bukan khusus dalam solat atau selepas solat
sahaja...
kerana mengingati dan memuji Allah itu adalah untuk
setiap masa...

Kalau tak dengan perbuatan...dengan lisan...
kalau tak dengan lisan...dengan hati...
dan dengan hati...kita zikir dalam tandas pun jadi ibadah...
dengan syarat lidah tak boleh ikut gerak kerana ia tempat
yang cemar...

Maka tak ada masanya kita tak boleh berzikir mengingati
dan memuji Allah...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan