Khamis, 15 April 2010

TANDA-TANDA LALUAN JIN KE DALAM JASAD...

A. Ubun-ubun kepala...

iaitru jin masuk ke dalam jasad melalui ubun-ubun
maka ia ada beberapa tanda...

1.Anda selalu rasa pening kepala...dan mengantuk...

2.Kalau gangguan lebih kuat...kadang-kadang anda
rasa sakit kepala...

3.Fikiran anda selalu runsing atau bingung tanpa se-
bab yang munasabah.

4.Kadang-kadang anda ada perasaan takut kepada
'hantu' yang berlebih-lebihan...

5.Kadang-kadang anda mungkin rasa semut-semut
bergerak samada diatas kulit kepala...atau di bawah
kulit kepala...atau mungkin dalam kepala iaitu ber-
gantung kepada kekuatan dan bentuk gangguan...

6.Jika ia kerap sangat keluar masuk...anda mungkin
mengalami keguguran rambut yang berlebihan tanpa
sebab yang munasabah...

Dan sebagainya...iaitu gejala-gejala lain gangguan pada
bahagian kepala...

B. Mata...

1.Kalau jin masuk ke dalam bebola mata...maka anda
mungkin akan nampak jin...

...tapi kalau ia cuma menggunakan laluan lubang mata
pada tengkorak kepala...anda mungkin cuma rasa se-
mut-semut...atau gatal-gatal mata...

2.Mata merah bercahaya...dan biasanya liar juga tak
berani menentang renungan mata orang lain...

Atau renungannya kepada orang lain boleh membawa
kepada bahaya gangguan...

Tapi ada sebab lain mata merah...contohnya sakit
mata atau sakit kepala yang melibatkan gangguan
pada mata...maka tak boleh terlalu mudah menyangka
jin masuk mata orang lain...

Cuma kalau perlu...maka ia adalah panduan anda untuk
memilih bentuk perubatan yang anda rasakan sesuai
...terutama kepada diri sendiri serta keluarga...
juga tujuan beringat-ingat demi keselamatan...

C. Telinga...

1.Ada semut-semut bergerak dalam saluran telinga...

2.Mungkin ada sesuatu yang bergetar dalam telinga...

3.Kalau sakit...biasanya berdenyut-denyut...

4.Mungkin saluran telinga sentiasa berair tanpa sebab
yang munasabah...

5.Anda mungkin mendengar bisikan atau suara dalam
telinga anda sendiri...

Dan sebagainya...

D. Hidung dan mulut....

Biasanya tak rasa kerana jin terus masuk ke dalam jasad
tanpa singgah padanya...

Cuma mungkin dalam beberapa keadaan ia dapat di rasai
contohnya anda merasa ada sesuatu yang masuk...

...atau mulut anda terbuka secara paksa...dan anda keras-
ukan.

Wallohu a'lam...

E. Hujung jari-jari kaki dan tangan...

1.Rasa semut-semut pada hujung jari...atau kadang-kadang
ia dapat dirasa masuk hingga ke dalam tubuh...

2.Atau anda mungkin merasa panas contohnya pada sebat-
ang dan ia cuma terhenti di situ...

...atau panas hingga ke buku lali atau pergelangan tangan
contohnya...atau lebih jauh...menandakan kawasan yang
sudah dimasukinya...

3.Sakit nyilu pada urat-urat tangan atau kaki...rasanya
samada sangat lenguh...atau seperti urat yang dipicit...
dan biasanya seperti bisa-bisa yang terasa kemudian
hilang...dan rasa semula...

4.Kadang-kadang rasa sakit bisa pada sendi-sendi...seperti
pada pergelangan...siku...atau pengkal lengan...pada lengan...
atau pada buku lali...lutut...dan pengkal paha pada kaki...

4.Anggota ( kaki atau tangan ) rasa berat tanpa sebab yang
munasabah...

5.Atau kalau lebih berat...mungkin ada bengkak pada
mana-mana bahagian samada pada sendi-sendi...atau bawah
kulit...

6.Kadang-kadang kemasukan jin boleh di rasa seperti beribu-
ribu semut bergerak...darah mendidih...rasa panas...atau rasa
sejuk yang meresap...

7.Jari-jari bergerak semasa seseorang itu sedang tidur...

8.Anggota yang sering 'terkejut' semasa seseorang itu sedang
tidur...terutama ketika mata mula lelap..

9.Rasa jarum-jarum menyucuk di hujung-hujung jari...

10.Rasukan anggota...

F. Liang roma...

Iaitu jin masuk melalui liang-liang roma...mungkin secara
selesa ( tak rasa ) atau secara paksa iaitu rasa sakit....

1.Tanda biasanya adalah rasa tusukan hujung jarum ke
kulit...hilang...kemudian anda rasa panas atau sesuatu
yang bergerak di bawah kulit menandakan ia telah ber-
jaya menembusi liang roma...

Tapi kalau laluannya luas...maka ia dapat menembusi
kulit anda begitu sahaja tanpa rasa sebarang halangan...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

110 ulasan:

  1. salam...

    Saya mengalami gangguan tidur yg agak lama..sudah hampir 10 tahun.sering kali sy hanya dpt tidur sebulan sekali sahaja dan sy amat menderita kerana keletihan..penyakit ini membuatkan prestasi kerja sy di pejabat turut terganggu dan sy juga perlu menguruskan urusan rumah tangga.

    sejak,sy mengamalkan manzil,sy masih lg x dapat tidur,kekadang sy rasa bulu mata sy begerak sendiri..adakah ini bermakna jin tersebut bersarang dalam mata sy...dan apakah lagi amalan yg sy boleh buat untuk mengembalikan nikmat tidur..saya juga telah berdoa pd Allah..tp mungkin belum cukup amalan sy dan belum dimakbulkan Allah..

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam ely...

    Teruskan amal ayat Manzil kerana Insya Allah
    ia tetap ada kesannya terutama untuk mencegah
    gangguan menjadi lebih kuat juga mencegah
    kemasukan gangguan-gangguan baru...

    Dan sebaiknya amalkan Sunat Tahajjud...kerana ia adalah ubat penyakit zahir dan batin...
    juga menguatkan rohani...dan kalau mampu...
    sunat Dhuha juga...mudah-mudahan dimurahkan
    rezeki termasuk rezeki kesihatan...

    Tahajud caranya yang mudah...kerjakan sepuluh minit sebelum masuk solat Subuh...dan pada setiap sujud selepas membaca wiridnya
    ...doa dalam hati meminta pertolongan dan kesembuhan kepada Allah...

    Oleh kerana gangguan itu sudah lama dan sebati
    sebaiknya minta rawatan perawat-perawat yang
    pakar...berpengalaman... dan terpercaya...
    Umpama sakit biasa...kalau nak berubat...
    ...sebaiknya jumpa Doktor...

    Gerak pada bulu mata itu antara dua...iaitu
    ada gangguan dalam mata sahaja yang menghalang dari tidur......atau turut ada gangguan dalam
    bahagian kepala yang buat rasa segar atau
    tak dapat tidur sepanjang malam...

    Penting sekali bersabar dalam berusaha...
    kerana setiap ujian Allah itu ada pahalanya (janji Syurga)...dan dalam berusaha itu
    juga ada pahalanya...

    Berbagai ujian adalah adat hidup dunia...
    kerana Akhirat itulah tempat istirehatnya...

    Jangan sekali-kali berputus asa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam...

    kulit sy sering bergetar-getar...sudah lama sy mengalami keadaan ini.adakah ini salah 1 tanda tubuh saya d masuki jin?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam ABSS...

    Gangguan juga boleh memberi kesan yang
    sedemikian...dan biasanya ada tanda-tanda
    lain gangguan pada masa yang sama...

    Bagaimana pun kalau ABSS rasa tak selesa
    atau rasa perlu rawatan...sebaiknya minta
    juga pereksa pada hospital...manalah tahu
    ada bahagiannya...

    Cuma kalau jelas ada tanda lain ganggguan
    maka sebaiknya minta 'scan' ya...kerana
    mungkin ia perlu rawatan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Salam

    Sya slalu terasa panas dan sejuk berkali2 masuk dari belakang tubuh sya... dan kadang2 bila ia terjadi, selang 5 minit sya akan mngelamun.. rasa kosong... dan tiap mlm sya akan brmimpi msuk ke alam lain, & kdangkala mreka sering merungut mngapa aq jarang datang melawat mereka, kadangkala mreka suka beri kain hitam, cincin, permata sbgai hadiah, & kadangkala aq ditemani oleh dua wanita yg sering mmakai bju putih, & kadangkala mereka ajak aq sembahyang... dulu aq pernah ditindih, tp ada sorang llaki tua pimpin tgn aq dan suruh mmbaca ayat2 quran, lalu bnda yg mnindih itu hilang.. & brmcm2 lg... tak tahu nk ckp apa lg... tp bnda tu seakan mngikuti kemana pun aq pergi..

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth Myri Dee...

    1. Benda yang masuk dari belakang itu adalah angin bisa jin atau jin itu sendiri
    dan ia mendatangkan gangguan pada bahagian kepala ( fikiran ).

    2. Sering melamun juga mimpi sedemikian menunjukkan juga ada gangguan
    pada roh atau rawan.

    3.'Mereka'...dua wanita...lelaki tua dan benda meninidih itu adalah jin...lelaki tua
    itu mungkin cuba nak menolong atau ia ajarkan cara menghalau benda penindih
    agar lelaki tua itu tak ada jin lain kacau apabila ia mengikut Myri kemana-mana.

    Gejala menunjukkan Myri ada jin saka ilmu yang kita tidak tahu asal usulnya...
    dan ada gangguan rawan...serta ganggguan dalam badan...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Maaf ustaz, adakah saya perlu dirawat? Atau biarkan ia berlarutan begitu shaja?

    BalasPadam
  8. Myri perlu dirawat...dan sebaik-baiknya juga amal pendinding diri sendiri...
    sentiasa minum air doa...dan sentiasa katakan pada mereka bahawa
    Myri tidak mahu menerima atau didampingi oleh mereka kesemuanya
    sekali termasuk jin yang tunjuk baik tersebut.

    Seperkara Myri perlu faham bahawa jin itu juga cuba menguasai Myri
    malah jin sebegitu biasanya akan cuba membuat sarang dalam badan
    yang menyebabkan timbul berbagai gangguan dan penyakit buatan
    mereka sendiri.

    Kalau Muri tak bertindak sekarang...akan sampai masanya Myri akan
    terpaksa bertindak apabila kesan angin bisa dan gangguan itu semakin
    padat kelak.

    Maka jangan ambil mudah...tapi jangan pula 'kelam kabut'...proses
    rawatan biasanya akan secara berperingkat...yang penting...jangan se-
    kali-kali berputus asa dan banyak-banyakkan bersabar...Insha Allah
    Myri ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Terima kasih ustaz, insyaallah amin..

    BalasPadam
  10. Assalam ustaz. Saya sering kali sakit di bahagian kepala lebih kurang 30 tahun mengalami nya. Doktor kata saya migrain.Sy diberi ubat anti migrain dan kalau sakit sy akan mkn ubat tsbt. Baru ni kepala sy sgt sakit dan masuk hari ini dah 4 hari. Ubat migrain juga tak memberi kesan apa2. Sy juga asyik tidur sahaja. Dalam kepala panas walaupun tidak demam. Terasa ada benda bergerak dibawah kulit muka dan kepala yg sakit ni...ada beberapa kali sy pernah berjumpa ustaz dan pernah keluarkan Jin dr badan sy. Selepas tu rasa lapang dan tiada gangguan tidur. Adakah sy diganggu lagi ustaz

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth juliana...

    Sakit kepala berpanjangan walau dalam suatu masa putus-putus'...ubat tdak atau
    kurang berkesan...tidur sering terganggu...adalah tanda-tanda gangguan jin.

    Panas itu angin bisa jin...dan biasanya kalau ianya berterusan...mungkin ada pe-
    nempatan....dan benda bergeraj bawah kulit itu adalah jin.

    Suatu kebiasaan...apabila jin dikeluarkan dari badan...maka jin itu akan cuba
    masuk semula...ada yang mengambul masa beberapa bulan...minggu...malah
    ada juga yang keluar di pusat rawatan...masuk semula ketika pesakit pulang
    ke rumah.

    Perawat lebih kepada bantuan sampingan sahaja...sedangkan tanggungjawab
    kita untuk menghalang semula jin itu masuk semula dengan amalan pendinding.

    Malah dengan beramal pun tidak ada jaminan jin tak akan dapat masuk semula
    namun untuk peringkat awal sekurang-kurangnya dengan berkat amalan kita
    atas izin Tuhan...kesan gangguan semakin kurang atau lemah.

    Maka terus jaga amalan di samping minta rawat apabila ada kesempatan...dan
    tak ada sebarang jangka masa tertentu untuk ianya selesai.

    Ini bererti amalan kita hendaklah berterusan walapun kita rasa sihat...dan minta
    rawat bila-bila masa saja apabila kita rasa perlu.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Assalam ustaz. Terima kasih atas penjelasan dr ustaz. In shaa Allah sy akan istiqamah dengan amalan diri dan pendinding yg diberi. Buat pengetahuan ustaz alhamdulillah sy ada seorang anak kandung, tetapi selepas anak itu sy telah mengalami keguguran sebanyak 6 x. Setiap kali mengandungi pasti ada mimpi menakutkan dan gangguan2 lain. Memandangkan sy tidak bercadang utk mencuba utk mengandung lagi, pd pandangan ustaz perlulah sy mendapatkan rawatan utk masalah tersebut. Selain itu 3 adik2 perempuan sy dan adik bungsu lelaki juga tidak dikurniakan zuriat walaupun telah lama bernikah dan berusaha. Mohon sangat pandangan dari ustaz.
    Tk atas perhatian dan nasihat ustaz.

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam wbkth puan...sama-sama...

    1. Keguguran tanpa sebab munasabah mungkin berkaitan gangguan....tapi mimpi
    dan gangguan-gangguan semasa mengandung biasanya tanda-tanda kita sedang
    di ganggu jin...dan boleh jadi janin jadi sasaran.

    Adik beradik tidak mengandung atau tidak dapat zuriat tanpa sebab munasabah mungkin tanda gangguan terutamanya berkaitan saka...sebaiknya minta 'scan'
    untuk mendapat kepastian.

    Sebaik-baiknya sekeluarga minta 'scan' atau rawatan...kalau ada yang tidak
    mahu maka tidak mengapa...teruskan saja minta 'scan' dan kalau ada minta
    rawat serta beramal.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum
    Nak tanya pendapat tuan. Saya selalu merasa takut keterlaluan. Malam susah hendak tidur. Bila tidur selalu terjaga di tengah malam. Buat masa ni saya mengamalkan ayat manzil dan 3 qul untuk tidur dan keluar masuk rumah. Siang atau malam ada terasa seperti hujung jari kaki dicucuk jarum. Kadang2 di jari2 tangan. Selepas itu, berfikiran runsing. Selalu ternampak khayalan buruk dalam keadaan sedar. Seperti siaran ulang tayang. Kadang2 ada anggota badan bergetar sendiri. Sekarang ni semakin kerap. Bahagian belakang badan sering terasa panas. Apa pendapat pihak tuan? Harap dapat membantu

    BalasPadam
  15. Wa alaikum salam wbkth Quen...

    Hampir semua gejala menunjukkan adanya gangguan jin....rasa dicucuk adalah
    cubaan jin masuk badan melalui jari...khayalan itu samada pada mata...atau
    pada bahagian otak kita.

    Anggota bergetar samada ada benda cuba masuk atau memang ada benda atau
    jin menumpang di dalamnya.

    Panas belakang...kalau atas kulit samada jin ikut belakang atau tumpang duduk
    belakang...kalau bawah kulit,,,ada penempatan di situ.

    Amal Ayat manzil...baca pada air dalam botol mineral dengan dekatkan ke hujung
    bibir..biat nafas masuk ketika kita sedang membacanya...renjis 4 penjuru bilik
    dan buat minum serta mandi atau sapu badan sehari-hari.

    Amal 3 Qul...lihat pada blog nampak hati...tajuk scan dirimu sendiri catitan januari
    2015...tapi kalau boleh 4 Qul dan baca 3 kali setiap satu...dan kalau mampu..,
    ayat kursi tu baca 11 kali...

    Insha Allah Queen ya...kalau ada rawatan mungkin akan sedikit lebih baik di samping jaga amalannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. Salam ustaz..
    Badan saya sering bergetar dan berdenyut di bawah kulit/urat.. Trutama bahgian bawah betis dan tapak kaki.. Terasa panas sejuk.. Kebelakangan ni kerap sangat bergetar dari pagi hingga ke tengah malam. Adakah ianya ada kaitan dengan gangguan jin?

    BalasPadam
  17. Salam ustaz..
    Badan saya sering bergetar dan berdenyut di bawah kulit/urat.. Trutama bahgian bawah betis dan tapak kaki.. Terasa panas sejuk.. Kebelakangan ni kerap sangat bergetar dari pagi hingga ke tengah malam. Adakah ianya ada kaitan dengan gangguan jin?

    BalasPadam
  18. Wa alaikum salam wbkth...

    Yang bergetar dan berdenyut adalah jin...dan laluan utamanya dari kaki...sejuk
    panas tanda angin bisa sudah agak padat dalam badan...semakin bergetar
    samada ia semakin aktif atau semakin kesakitan sekiranya ummu ada
    amalan pendinding diri atau menjaga amalan...

    Wallohu 'lam

    BalasPadam
  19. salam ustaz.boleh saya dapatkan email ustaz

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Wa alaikum salam wbkth chacha...

    Saya minta maaf banyak-banyak....masa saya agak terhad sekurang-kurangnya
    sehingga masa ini...takut pula tak terbalas-balas nanti...maaf ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum ustaz , saya rasa ada sesuatu yg bergerak di bawah kulit macam geli geli. Adakah itu tanda jin sudah memasuki tubuh saya ? Saya mohon ustaz reply pertanyaan saya ini. Saya sudah tidak tahu nak buat apa. Saya baca artikel tentang tanda2 jin sudah memasuki badan kita, salah satu tanda nya terasa ada sesuatu gerak di bawah kulit. Saya takut ustaz, saya takut jin ini akan menganggu saya selama lama nya.

    BalasPadam
  24. Wa alaikum salam wbkth Dini...

    ia biasanya pergerakan jin bawah kulit namun perkara di
    masuki jin adalag perkara biasa pada zaman ini...cuma
    gejalanya berbeza-beza.

    Tarik nafas...zikir Allah...Allah 7 kali dalam hati...
    tahan nafas...zikir Allah Allah berapa kali saja dalam
    hati sambil tampar perlahan pada tempat bergerak dengan
    niat Ya Allah musnahkan dan hilangkan jin ini...lepas
    nafas apabila sudah tidak tertahan sambil sapu buang
    ke tepi dengan niat membuang hancuran jin tadi.

    Silalah rujuk pada blog nampak hati...ada cara fatihah
    pernafasan...3 Qul pernafasan...kisar jin dalam badan...
    cara buat air doa maka Insha Allah boleh usahakan
    sambil minta rawat pada yang pakar kalau rasa perlu.

    Pantangkan makan telur ayam...buah pisang dan daging
    binatang berkaki 4 untuk sementara iaitu apabila
    rasa gangguan agak akitif...Insha Allah Dini ya.

    Kalau sakit badan kerana gangguan..ia perkara sementara
    tapi kalau hati berpenyakit iaitu takut kepada makhluk
    halus ( jin )...jatuh syirik...kalau tak bertaubat dan
    betulkan akidah...azab selepas kematian yang tak
    terperi.

    Jin juga makhluk Allah dapat mengganggu jika Allah izin-
    kan tapi hanya Allah yang berkuasa menentukan hakikatnya
    nasib kita...malah sebaliknya banyak juga jin yang ter-
    bunuh kerana cuba mengganggu manusia...tak ada apa yang
    kita takutkan ya...doa usaha ikhtiar pada Allah juga
    kita gantungkan harapan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  25. Asalamualaikum ustaz. Sebulan lepas, sy diserang palpitation( jantung berdegup pantas ) masa tu sy pikir ajal sy dh dekat. Sejak haritu sy search kat internet tanda2 kematian, lepastu badan sy rasa lain mcm, sy susah utk tidur, denyutan di dahu dan ubun2 kepala sy mcm tanda2 kematian itu. Hati sy sentiasa dlm kgelisahan, menanti smpai masa nyawa sy diambil. Sy tak ada mengalami sebarang mimpi2 buruk tp sy sukar utk tidur, dan denyutan byk berlaku pd anggota badan sy. Boleh ustaz beritahu apa masalah sy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rozlina cutieee mcm mana sy nak cntact awk?

      Padam
    2. rozlina cutieee mcm mana sy nak cntact awk?

      Padam
  26. Wa alaikum salam wbkth Lina...

    1. Semua degupan pantas...denyutan pada bahu dan ubun-ubun...
    susah tidur...badan rasa kurang selesa...gelisah...dan lain-lain
    denyutan pada anggota bukan tanda kematian...tapi lebih kepada
    gejala gangguan jin.

    Mungkin jin itu tahu kepercayaan ini...dan ia mudah memepengaruhi
    Lina...maka jin itu 'menegenakan' Lina...atau mungkin Lina mem-
    bacanya dan mudah terpengaruh maka jin berkenaan mempergunakan-
    nya untuk menguasai Lina...

    ...iaitu hanya sekedar gejala gangguan jin dan tidak ada kena
    mengena dengan dah dekat nak jalan...

    2. Mungkin juga jin itu dulunya jin alamat atau firasat...dan
    ianya sudah sangat berpengalaman....dah hilang tuan cari pula
    sasaran baru...dan ianya lebih kepada jin yang cuba tinggal
    menetap dalam badan...maka banyak tanda denyutannya...

    Lina hanya perlu rawatan...dan amalan pendinding secara ber-
    terusan...Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aslm tuan,saya mahu tanya...tadi semasa saya sedang sembahyang Isyak ketika saya berdiri tu untuk rakaat kedua saya rasa ada benda kat belakang saya dan lepastu bisik bisik kat telinga saya lepastu rasa ada orang sentuh kat belakang tekak saya lepas rakaat terakhir tu saya terus baca ayat kursi dan AL Fatihah dan lain lain surah lepastu saya rasa kepala saya ni bengang sikit lepastu saya baca ayat kursi 5 kali terus hilang bengang kepala tu adakah jin sudah masuk dalam tubuh saya...sebab saya takutlah...tolong saya tengah takut ni...

      Padam
  27. Assalamualaikum ustaz..

    Sy nak bertanya, adakah sy sedang mengalami gangguan jin, atau ada jin yg memang duduk menumpang di badan sy?

    Sebelum2 ni sy selalu ditindih..tp sekarang ni Alhamdulillah dah lama xditindih.. sy sering mimpi sesuatu yg mengerikan seperti ada org halakan pistol kpd sy tapi xtembak lagi.. dan ada juga mimpi haiwan seperti ular, anjing, dikejar haiwan ganas, dan pernah juga mimpi tempat seperti kuil2. Selalunya sy akan terjaga dalam keadaan berpeluh2.. kalau dirumah, sy memang tak berani nak tidur sorang dalam bilik sebab dalam lingkungan pukul 3, mesti akan terjaga sendiri.. tp sy cuba kuatkan semangat untuk tidur sorang2 juga.

    Baru2 ni, kat asrama kolej, sy bermimpi tentang bayi. Ada kawan dukung bayi dan beri kpd sy bayi tu.. sy menyambut bayi tersebut dan mendukungnya (sebab sy xde pengalaman jaga adik kecil/bayi sebab adik sy sebaya dgn sy).. sy gembira dujung bayi tersebut. Namun kawan sy menegur sebab sy dukung bayi tersebut dalam keadaan salah. Lepas tu, terus sy terjaga. Dan rasa cam sayu n nak nangis dan sy terus risau sebab sy mimpi dukung bayi.

    Sy terus google tentang tanda2 mimpi tu. Dan sy ade membaca pengalaman org lain yg merasa pergerakan bawah kulit. Sy baca lagi pengalaman mereka dan makin kerap pula ia bergerak2 di bawah kulit.. adakah dia memang ada dengan sy selama ini? Selepas dari hari tersebut, setiap hari bawah kulit sy bergerak2 terutamanya di bahagian kaki, lutut dan peha.. sy jadi insaf dan cuba kuatkan amalan diri sebagai pendinding, namun ia tetap ada juga.. tp mungkin usaha sy ini masih sedikit. Mohon pandangan dari ustaz.. terima kasih kerana membaca :)

    BalasPadam
  28. Wa alaikum salam wbkth Hsakura...

    1. Selalu di tindih tandanya ada jin selalu datang pada masakita tidur...kalau terhenti begitu saja samada
    jin itu tak datang lagi atau sebaiknya scan untuk memastikan ianya bukannya sudah masuk dalam badan.

    2. Sering mimpi aneh atau menakutkan biasanya dari sebab
    adanya aktiviti jin dalam bahagian otak ketika kita
    sedang tidur.

    3. Terjaga sendiri itu biasanya ada kaitan dengan gangguan
    jin...terutama kalau terus rasa takut atau gelisah...

    ...tapi ada sebab lain...iaitu malaikat jagakan agar
    seseorang itu bangun solat sunat malam terutama Tahajjud.

    4. Bayi itu jelmaan jin dalam mimpi dan biasanya jin itu
    iktikadkan kalau kita menerima atau mendukungnya bererti
    kita menerima jin itu datang dan mungkin akan jadi jin
    saka.

    5. Pergerakan itu jin bawah kulit...dan dari gejalanya
    mungkin jin itu masuk dari hujung jari-jari kaki dan
    biasanya kalau tiada halangan akan terus naik hingga
    ke dalam badan...

    BalasPadam
  29. Hsakura sebaiknya minta rawat sambil amal pendinding diri
    secara berterusan...untuk guna sendiri lihat ya blog
    nampak hati catitan-catitan akhir 2015...tentang amalan
    Fatihah dan 3 Qul pernafasan....buat air doa jadi minuman
    harian...rawatan kisar dan sebagainya...Insha Allah...

    Guna mandi...renjis sekeliling bilik tidur air doanya...
    fahami Kata Pemutus dan buat sendiri...jangan merasa
    lemah atau pandang tinggi pada jin yang tak lebih sekadar
    makhluk yang jauh lebih rendah darjatnya daripada kita
    manusia...Insha Allah Hsakura ya...zaman ini gangguan
    jin perkara biasa sahaja dan ramai kalangan kita yang
    mengalaminya cuma keadaannya saling berbeza antara
    seorang dengan orang lain...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  30. Asslm.
    sy ingin bertanya..telah lama sy megalami gangguan jin sejak umur 17tahun. skrg da umur 30 tahun. sy selalu mengalami sakit dada..sakit kepala .keguguran rambut yg begitu luar biasa. dan skrg ni mcm ada bunyian2 didalam kepala 24jam mcm bunyi didlm hutan.
    dah byk tempat sy dapat kan rawatan. namun hasilnya tetap sama.ada ustaz lain mengatakan sy dsihir puja.
    sy buntu ustaz.tlg lah bantu sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Alynn...

      1. Gangguan lama biasanya ia gejala ada penempatan
      atau angin bisa padat pada bahagian dada dan kepala
      gugur rambut kerana ada laluan keluar masuk jin pada-
      nya...terutama bahagian ubun-ubun.

      2. Bunyi-bunyian itu samada permainan jin dalam ba-
      hagian otak...atau ada rawan ( semangat ) yang di
      di larikan serta di tahan jin samada dalam hutan
      dunia manusia atau hutan dunia jin.

      3. Sebaiknya kalau sihir...dibatalkan sumber kekuatan
      sihir itu dan kalau gangguan rawan...di lepas dan
      di kembalikan rawan itu ke dalam tubuh.

      Perhatikan juga jangan ada tersimpan benda dan tamgkal
      berjin...silalah ya rujuk pada blog nampak hati ber-
      kaitan amalan fatihah...ayat Kursi dan 3 Qul pernafasan
      serta fahami juga buat kata pemutus...buat air doa
      sendiri jadi minuman serta mandian harian...pantang-
      kan sementara makan telur ayam...buah pisang serta
      daging binatang berkaki 4 terutama kalau gangguan
      terasa kuat...Wallohu a'lam

      Padam
  31. Salam...

    Saya ingin bertanya..sejak akhir2 nie tangan dan kaki saya Akan berasa sejuk tetapi badan saya panas. Akan Ada satu masa saya Akan rasa berdenyut2 di buku lali kemudian ke telapak kaki dan seterusnya jari kaki. Benda yg sama juga berlaku di jari. Saya x boleh tidur malam disebabkan perkara ini. Bila saya pasang ayat ruqyah pada waktu mlm sebelum tidur, saya Akan rasa mengantuk tetapi denyut2 tu Akan berlaku.

    BalasPadam
  32. Wa alaikum salam wbkth Norhayani....

    1. Panas badan tapi kaki tangan sejuk tanda banyak angin
    bisa jin dalam badan...dan angin bisa itu masuk melalui
    hujung jari kaki dan tangan.

    2. yang berdenyut itu samada tindakbalas saraf yang ada
    angin bisa atau ianya jin...cuba ya tarik dan tahan nafas
    sambil zikir Allah...Allah dalam hati...tepuk perlahan
    pada tempat berdenyut niatkan dalam hati Ya Allah hancurkan jin ini...boleh tepuk beberapa kali sambil tahan nafas.

    2, Sebaiknya minta rawatan pada perawat pakar yang diyakini
    sambil silalah ya rujuk pada blog namapk hati catitan akhir
    2015 juga awal 2016 berkaitan amalan fatihah pernafasan...
    3 Qul pernafasan...cara buat air sendiri...rawatan kisar...
    dan mengenai kata pemutus.

    Gejala panas badan tapi kaki tangan sejuk biasanya me-
    nunjukkan ada benda yang cuba tinggal sebati dalam badan
    ...tapi tak perlu panik kerana ia masih boleh dirawat
    walau mungkin agak mengambil sedikit masa untuk pulih
    ...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  33. Saya pun mengalami macam juliana

    BalasPadam
  34. assalamualikum.... sejak kebelakangan ini... saya sering mngalami denyut di kaki.. selang beberapa minit.. ia akan berulang semula.. kebanyakn perkara di atas berlaku pd saya. tolong saya ustz.

    BalasPadam
  35. Wa alaikum salam wbkth ida...

    Baca Bismillah 3 kali dan tiup tapak tangan kanan...
    kemudian lekap tapak itu atas tempat berdenyut dan
    baca fatihah sekali secara bersuara sambil niat ya
    Allah hancurkan dan hilangkan gangguan jin ini...

    ... baca fatihah itui sambil pusing sapu tangan tadi
    secara bulatan lawan arah jarum jama...kemudian baca
    Takbir 7 kali sambil tekan sapu ke arah hujung jari
    kaki dan tolak seperti membuang gangguan tadi melalui
    hujung jari kaki...kalau ia terhenti atau bertindak
    balas maka ada jin pada tempat berdenyut tersebut.

    Kalau masih ada boleh ulang...buat juga air doa dan amal
    3 Qul pernafasan...fatihah pernafasan...seperti pada
    blog nampak hati...Insha Allah ida ya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum.
    Sy mengalami kebanyakan gejala yg ustaz terangkan di atas sejak dr umur 20an. Antaranya, mimpi aneh,jatuh dr tempat tinggi, binatang pelik **seperti rusa yg banyak tanduknya yg ramai dn mengelilingi sy, mimpi bayi,dan pernah juga mimpi susukan bayi. Mimpi lembaga yg mmg sy nmpk muka nya mengerikan mengelilingi sy seperti mengatakan sesuatu sebelum sy tersedar dr tidur. Lainnya pernah mendapat lebam yg besar di peha dan betis dan lebam2 kecil yg lain. Masalah atau halangan di tempat kerja. Kerap kemalangan *seperti kenderaan lain xnmpk sy. Paling dasyat sy pernah kelar tangan sendiri tanpa sedar semasa melakukannya **tetapi igt detail sy melakukannya sendiri seperti sy di kawal oleh sesuatu.
    Sejak itu sy ikhtiar berubat dan menambah amalan diri. Pada awal nya **sejak merawat diri, sy seperti hilang kawalan diri dan memberontak jd kasar dn seperti bukan diri sendiri. Mgkin istilah lain nya (sy sakit) dan terpaksa berhenti kerja. Sebab mmg xboleh kerja kepala sakit dn berat sehinggakan xboleh bangun. Tapi bila jumpa dktor, nadi dn tekanan darah semua nya ok. **selalu mc xboleh pergi kerja. Telah banyak tempat sy ikhtiar merawat diri setelah sedar yg sy ada "gangguan". Sy juga kerap berbalah dgn pasangan sblm berkahwin, sehinggakan pd sehari sebelum tarikh sy berkahwin sy seperti di rasuk dn berlari keliling rumah dlm ketakutan dn akhirnya sy dapat memegang Al-quran. Tetapi mjlis sy berjalan dgn lancar. Alhamdulillah.
    Kemudian sy mengandung, usia kandungan 4bulan sy mimpi makhluk mengorek isi perut sy dan memakannya! Dan tidak lama slps itu sy scan dan doktor sah kan ia nya kandungan molar (kandungan anggur) dan terpaksa buang. Suasa rumah tangga sy selalu panas kafang tanpa sebab yg munasabah. Sy tetap teruskan ikhtiar merawat diri. Sekarang usia perkahwinan sy sudah 5tahun dan umur sy sudah 31tahun. Dan tidak mempunyai zuriat. Tetapi sy mengandung sebnyak 5x dn semua nya gugur di awal kehamilan kurang 8minggu.
    Sy juga xpernah putus asa ikhtiar utk mendapatkan zuriat.
    Keadaan sy sekarang, walau tidak lagi mengalami mimpi buruk, tiada lebam pd badan, tetapi rasanya masih mempunyai gangguan. Kerana sy rasa berat / malas untuk pergi kerja tanpa alasan yg munasabah. Kerap terasa sesuatu bergerak di bawah kulit *mata, lengan, siku,betis. Dan sakit belakang. Perut sy juga kelihatan buncit dan bnyk angin dlm badan. Telinga kadang berdesing dan kadang bergetar dlm telinga.
    Walaupun sy kerap mengaji tetapi sy keranp memaksa diri berlawan dgn perasaan malas utk beribadat **solat dan mengaji (kena paksa diri sendiri)
    .
    Boleh kah ustaz terangkan apa yg berlaku pd saya dan rawatan yg sepatutnya sy terima di mana? *pernah menerima rawatan syifa mmg ustaz yg merawat "bercakap" dgn makhluk dn sy merepek ckp bahasa tamil urdu (sedangkan sy lansung xpernah belajar tamil pn)
    Mgkin juga banyak gangguan dlm badan sy masih enggan keluar dr bdn sy dn mgkin bertapak di badan sy? Menyebabkan sy kerap rasa sesuatu bergerak pd bawah kulit sy yg menandakan mereka semua berada di tempat tersebut atau cuma satu makhluk menguasai dan beralih2 tempat di dalam badan sy?
    Rawatan yg kerap sy ulang adalah mandian air limau dan garam kasar ruqyah, ruqyah diri sendiri, baca yasin dan al-quran, mandian daun bidara, amalan 5bismillah, minum air yasin dan syifa, 3qul & ayat qursi.
    Sy faham semua nya dgn izin ALLAH, cuma sy tidak putus asa utk ikhtiar berubat dan kalau boleh betul2 ingin bebas dr mslh gangguan ini. Harap ustaz dpt membantu sy. Terima kasih
    @nurulmdsaad@gmail.com

    BalasPadam
  37. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Semua gejala di atas menunjukkan jin dalam badan...benda
    lama biasanya gangguan atau jin lebih dari satu tapi
    itu bukan masalah....yang penting kalau cara rawatan
    dan pendinding serasi atau sesuai dengan keadaan gangguan
    Insha Allah mudah.

    Antara jin pengganggu utama itu adalah jin india atau
    jin itu dulunya dipelihara atau mengganggu orang India
    tapi semua jin sama sahaja.

    Sebaiknya amal Fatihah Pernafasan...3 Qul Pernafasan...
    rawatan kisar pada bahagian dada...perut...buat air doa
    sendiri jadi minuman harian...dan lebih baik cuba
    gunakan kata pemutus...silalah lihat pada blog nampak hati
    berkaitan amalan-amalan ini.

    Amal Ayat Manzil dan buat air doa dan baca pada minyak
    wangi pakai sebelum tidur malam tak boleh berwangi kalau
    keluar rumah.

    Baca juga Bismillah...21x sebelum tidur...pada tapak
    tangan sapu muka dan seluruh tubuh hingga ke hujung
    jari kaki.

    Jin agak sebati dan menghasut untuk memisahkan puan dengan
    suami...anak gugur kalau tak ada masalah klinikal biasa-
    nya kerana jin makan atau ganggu...maka buat setiap hari
    rawatan kisar pada bahagian rahim.

    BalasPadam
  38. Terima kasih ustaz, boleh terangkan bagaimana rawatan kisar yg ustaz maksudkan? Juga adakah fatihah pernafasan itu maksudnya membaca Al-Fatihah dengan satu nafas atau dibaca dengan kuat?
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini

    BalasPadam
  39. Sama-sama puan...sila rujuk pada blog nampak hati ya pada
    tajuk-tajuk seperti di atas pada catitan-catitan akhir blog
    tersebut....Insha Allah

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum...
    sya perlu bantuan ustaz tuk merawat saya... sya tinggal d ranau jga.. bgaimana sya dpt b'jumpa dgn ustaz?

    BalasPadam
  41. Wa alaikum salam wbkth Eifah...

    Sebenarnya saya bukan ustaz...tapi kalau Eifah mau jumpa...
    tanya makcik ( kerani ) yang jaga penginapan mdr dekat
    pagar masuk hospital daerah Ranau...kerani tu kakak saya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  42. In shaa allah... sya akan cri makcik tu...Trima kasih ustaz...

    BalasPadam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. as salam ust. sya pun mau mnta tolong ust. sya tnggal d kk jga. bole sya tau cara hubungi ust. ni no sya 0148731130

    BalasPadam
  45. Wa alaikum salam wbkth saudara.

    Saya di Ranau...kalau saudara di KK bolehlah datang ke
    Pusat Rawatan Imantherapy di pasir Puteh Putatan...
    silahlah hubungi Tuan Guru Utama saya ya...Insha Allah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, kenapa nadi di kaki sy asyik berdenyut saja semenjak 3 hari ni....pd tahun lps dh kena mcm ni, lepas berubat ok, ni jd balik... adakah berkaitan dgn jin jgk.. atau sy ada terlangkah apa2. Terima kasih

    BalasPadam
  47. Wa alaikum salam wbkth Nana...

    kalau berkaitan gangguan...ada jin pada tempat berdenyut
    tersebut...baca Bismillah tiga kali pada tapak tangan...
    tiup...letak dan sapu putar arah lawan jam tempat
    berdenyut sambil baca fatihah...sambil niat ya Allah
    hancurkan dan hilangkan gangguan jin ini kemudian takbir
    7 kali tutup dengan sapu cepat ke hujung jari kaki niat
    buang.

    kalau ianya bertindaklbalas tambah kuat maka ulang atau
    lemah maka ulang hingga hilang ianya jin.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  48. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  49. salam ustaz
    sy ada bbrapa soalan mohon dijawab.

    dada saya sering terasa sakit dan kadang kla pada perut terasa amt skit yg amat sangat, suka bernafas dan gelisah ,takut dan dlm pkiran asyik teringat yg saya akn mati. pernah satu masa sy prg berurut satu badan. setelah berurut sy jadi sesak nafas, perut sakit dan penglihatan menjadi kabur. sekan-akan mati tetp menjadi normal kembali setelah dibacakan surah-surah dan ayat. urusan jodoh pula sangat susah. setiap kali sy mengenal lelaki, sya akan membenci mereka setelah tiga hari dan perkara yg sama berulang.

    saya pernah bermimpi dipatuk ular di ibu jari kaki. dan kucing besar. baru2 ini saya sering sesak nafas seakan ingin mati n pernah satu masa (saya xpasti sama ada real atu mimpi) seorg makcik datg kepda saya dn membaca sesuatu sambil tngannya menekan leher sy. apbila bgun dari katil, leher terasa ngilu seakan bnr2 berlaku.

    saya kerap lupa sehinggakan sy lupa apa yg saya bicarakan dn buat dlm masa selang bbrp minit shj. kadang2 ketika berdoa sy menjadi blank dan lupa apa yg dy bacakan hingga saya terpaksa membacanya hingga berulang2 kali. apkah saya diganggu jin atau saka?

    mohon dijawab dan dibalas jasa baik ustaz. terima kasih

    BalasPadam
  50. Wa alaikum salam...

    Secara teorinya ada penempatan dalam bahagian perut atau rahim...

    ...ada anggin bisa agak padat pada dada...dan kepala...
    menyebabkan semua gejala sakit...gangguan perasaan dan
    mimpi...juga pelupa...

    Yang datang dalam mimpi itu jelmaan jin...dan ianya gangguan
    jin pada otak ketika sedang tidur...

    BalasPadam
  51. ...biasanya gejala ini berkaitan saka...yang rasa nak mati
    itu jin tapi oleh kerana ada angin bisa dalam dada maka
    perasaan kita akan terikut sama sedangkan ianya bukan
    perasaan kita.

    Jin itu juga bermaksud nak jaga maka dihalangnya jodoh
    kita namun soal jodoh masih urusan Tuhan...jin itu cuma
    sekadar dapat cuba menghalang...iaitu agar tidak ada
    halangan antara jin itu dengan kita.

    sebaiknya minta rawat dan silalah rujuk pada blog nampak
    hati ya...tajuk 3 qul pernqfqsqn...fatihah pernafasan dan
    cara buat air doa sendiri serta kata pemutus.

    Seperkara juga keadaan kita dijaga jin juga memungkinkan
    tarikan sihir juga jin lain pada kita...maka boleh jadi
    saja ada lebih daripada satu jin yang mengganggu...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  52. Assalammualaikum. Lgi satu. Benda ni terjadi lepas sy bersungguh nk perbaiki solat saya .

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum,

    Ustaz saya pohon pandangan untuk masalah saya:

    saya memang ada masalah sukar untuk tidur dan kadang kala bila terlalu lewat tidur saya akan jadi takut yang terlampau, baru-baru ini pada 1 malam waktu hendak tidur saya kena sakit di bahagian dada sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri kemudian tangan saya mula terasa kebas di kedua-dua belah, mulanya saya fikir memang sakit sebab saya memamg ada asthma dan saya pernah ada masalah dengan jantung (bacaaan ECG saya abnormal- namun saya pernah buat pemeriksaan namun doktor kata tiada masalah) kemudian dalam masa sakit saya tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam (pada hal pada masa itu sudah masuk jam 3 pagi) saya ada beritahu pada suami saya tapi suami saya kata hanya perasaan saya sebab kebiasaannya saya jika susah hendak tidur saya akan jadi penakut, namun selepas itu saya diserang perasaan takut yang teramat saya terasa seperti ada sesuatu yang memerhatikan saya dan hendak datang mendekati saya. Untuk makluman ustaz pada masa itu saya dalam keadaan badan kotor jadi saya hanya baca surat 3 kul dan ayat kursi dalam hati hinggalah tiba-tiba hati saya terdetik yang datang itu adalah malaikat maut, sebaik saja saya terpikir seperti itu badan saya terus menjadi sejuk bermula dari kaki hingga ke ubun-ubun (perasaan seperti hendak dicabut nyawa - seperti mana yang diceritakan biasanya). Saya jadi tak tentu rasa dan merasakan waktu saya pergi sudah tiba hinggakan saya menanggis tersedu-sedu ketakutan. Suami saya yang risau melihat saya dia memaksa saya untuk pergi ke hospital, namun bila doktor buat pemeriksaan doktor kata tiada masalah dengan jantung atau paru-paru saya. Selepas kejadian itu saya berfikir mungkin ini petunjuk dari Allah S.W.T. untuk mengingatkan saya yang alpa dan saya benar-benar bersyukur. 6 hari selepas kejadian itu saya tidak ada masalah untuk tidur dan tidak lagi berasa sejuk dari kaki hingga ke ubun-ubun, namun malam semalam saya sekali diserang seperti malam tersebut, bermula dengan saya mendengar seperti bunyi orang bersiul dan kemudian mula saya berasa takut dan tiba-tiba saya rasa sejuk dari hujung kaki membawa ke ubun-ubun, saya rasa ketakutan yang amat mulut saya tak berhenti mengucap. Saya ayat 3 kul 3 kali dan bila saya hendak baca surah kursi bacaan yang terganggu kerana perasaan takut yang teramat sangat, saya berasa jika saya habiskan bacaan saya tidak akan sempat untuk mengucap.

    Jadi ustaz saya adakah sebenarnya yang terjadi? adakah ini gangguan atau apa? sebelum ini saya memamg pernah ada masalah gangguan, masa zaman persekolah dulu saya pernah mengalami gangguan mahkluk halus dan saya telah berubat. saya pohon pandangan ustaz.

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam nak tanya..kenapa saya tersasa seperti benda beresap masuk di kepala kemudian terasa bergerak2 di merata kepala(tempat bergerak sering berubah2)..terasa kepala di tekan terkadang menyucuk nyucuk..urat pelikat terasa lenguh...tapi jumpa doctor xada apa..jumpa perubatan islam pn ustaz kata tiada apa2 dlm badan..bnyk

      Padam
  54. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Jin datang...puan rasa takut seperti ada yang meemrhati dan nak dekat..kerana jin itu datang memerhati dan nak dekat.

    Sakit dada tanda gangguannya dalam dada...tangan kebas itu
    gejala angin bisa masuk tangan...dan boleh jadi laluan
    angin bisa itu masuk dada juga.

    Kebas tangan juga tandanya yang datang itu jin ilmu orang
    terdahulu yang ada kaitan atau tiada keluarga dengan puan
    yang pasti jin itu pilih puan jadi dampingan atau jadi
    rumahnya.

    Angin sejuk itu angin bisa jin masuk dari hujung kaki ke
    seluruh tubuh...dan tandanya jin itu cuba menguasai
    tubuh puan.

    Ia hanyalah jin tak ada kena mengena dengan maut atau malaikat maut...boleh jadi benda baru atau benda lama
    yang ganggu sejak zaman persekolahan dulu.

    2. Kalau badan bersih sebaiknya bangun ambil wuduk dan
    solat sunat Tahajjud...bacalah apa-apa baru tidur semula
    kalau masa tak bersih baca fatihah dan 3 Qul itu pada
    kedua tapak tangan tiup...tutup muka tarik nafas dalam-
    dalam baru sapu naik ke atas kepala turun ke belakang
    tengkuk sapu mana yang sampai hingga ke hujung kaki.

    Bagitu juga kalau baca ayat kursi dan ayat akhirnya ulang
    11 kali.

    Kalau guna fatihah saja maka baca 11 kali untuk sapu badan
    seperti di atas.

    sebaiknya minta rawat sambil amal pendinding seperti
    fatihah pernafasan...3 Qul pernafasan...buat air doa sendiri
    guna minum dan campuran air mandi sehari-hari...serta
    renjis ke seluruh bilik tidur.

    Di samping minta rawat...kalau mampu juga sebaiknya amal
    ayat manzil...dan pasang rakamannnya sepanjang malam
    dan kalau mampu buat kata pemutus apabila terasa kehadiran
    jin tersebut siang atau malam.

    Perkara berkaitan amalan pernafasan...air doa dan kata
    pemutus silalah lihat pada blog nampak hati ya.

    Adapun ketakutan puan hanyalah ketakutan pada biasa pada
    kehadiran jin yang mempergunakan kelebihan aura atau
    angin bisanya...tak lebih...cuma ya kalau jin kita
    rasa takut maka akan naik kepalalah jin tersebut bangga
    kerana sebenarnya jin juga makhluk yang lemah.

    kalau kita tak takut pada jin...jin tak berani pada kita.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  55. assalamualaikum ustaz.saya megalami.d kepala tangan kiri dan hujung kaki kanan
    ganguan bunyi pelik2 tak dapat tidur malam..benda nie baru kena dangan aku.tapi sungguh meyeksakan saya.orng cakap sikit aku marah.seolah2 dia tak betul.saya merasakan semua saya betul rasa diri terbakar panas sekali.kadang kedua tangan dan kaki saya merasa panas sekali.tapi badan saya tak rasa panas berpeluh pun tak...pertama benda nie datang dari kaki kanan saya.saya merasa ada bergerak2 seperti d ikat sungguh sakit.rasa seperti d gigit ular tikus kena cucuk jarum .. 2 saya merasa tiba2 ke tangan kiri saya seperti kaki kanan saya rasa nyaa.3 smpailah ke kapala sayaa.bila dah mula gerak2 kepala saya.kadang saya pening binggung tampa sebab..sehinga saya dbuang krja sebab krja dan berhutang kepada bos sayaa.saya time to.binggung duit kemana padahal semua duit ada sama saya tiba2 hilang dan saya tak hairan semua to..tunggu nak hantar duit baru saya mencari kemana duit itu. bingung pening smpaikan rasa diri ini telah menjadi orng gilaa. alhamdulillah aku kuat kan senmanggat walaupun time to aku tak solat.tapi selalu meminta doaa.sekarang ganguan to dah biasa dalam diri ku. apa2 bunyi suara memanggil aku abaikan ja. time saat to saya merasa ada kawan d samping saya seperti seorng budak.dan makala saya ternampang semua haiwan dan bukan mimpi.bila setiap malam jumaat bilik saya mcam d penuhi semua haiwan dan seorng budak bersama saya. dan dluar pintu bilik saya adaa seorng perampuan.berambut panjang seperti hantu..alhamdulillah semua tu dah tak saya nmpak.cuma merasa kehadiran mereka sahaja.bila saya nmpak mereka seperti roh semua nyaa.sekrng saya hanya merasakan bergerak kat kaki. tangan.atas kepala da
    dngan bahu saya selalu seperti d gigit nyamuk besar merah sngat tiba2 tapi saya tak hairankan..kaki saya selalu rasa d gigit rasa mcam terseksa sangat kaki nie..rambut bila saya sisir gugur. tapi bila saya tak sentu akan tiba2 ada d depan mata rambut panjang.dan selalu terletak d tangan siring dmna2 sahaja.tapi pelik nyaa.rambut to 1 bergerak2 dan panjang.rambut saya tak sepanjang itu.saya yakin itu bukan rambut saya...itu lah cerita nya ustaz.saya ingin ustaz membantu saya

    BalasPadam
  56. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  57. Assalamualaikum ustaz, sy sering mengalami mimpi yang menakutkan seperti dibunuh, di ekori & terasa bawah kulit bergerak sendiri ditangan,kaki. Selain itu, badan selalu bisa2 dan berat pada bahu, dan kebiasaanya ditindih bila tidur adakah ini salah satu gangguan? Ini menganggu waktu kerja & harian sy,

    BalasPadam
  58. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Sering nimpi aneh atau menakutkan adalah tanda ganggguan jin
    dalam otak ketika seseorang itu sedang tidur...yang bergerak
    dibawah kulit itu adalah jin...bisa-bisa itu angin beracunnya
    berat pada bahu biasanya ada jin duduk atau bertenggek pada-
    nya.

    Yang menindih masa tidur itu juga jin....biasanya yang
    sering atau sudah lama mengekori kita...sebaiknya berubat
    dan amal pendinding diri secara berterusan...

    Wallohu a lam

    BalasPadam
  59. ASSALAMUALAIKUM USTAZ...
    sy ingin menanyakan beberapa soalan...pd miggu lepas jantung sy berdenyut amat pntas, sehingga sy amat gelisah.kepala sering sakit bhagian tepi, adakala tengah,mata sering mengantuk, badan teramat lemah, dan sejak akhir ni rasa badan x enak, lemah sangat.pd minggu lepas perut sy seolah-olah ada sesuatu bergerak begitu lama,dan disusuli badan sebelah belakang kanan berdenyut, kaki terasa berat dan berdenyut serta bubu terasa berdenyut-denyut..dan sejak akhir ni saya sering bermimpi arwah ibu dan dalam minpi arwah seolah-olah terkena histeria.pada 2,2 mlam ni sy mimpi ular dan sy dipatuk ditangan.apakah tanda nya ustaz...sy selalu fikir kearah kematian...sy betul2 keliru..

    BalasPadam
  60. sy juga sering mengalami gementar, dan berdebar-debar sehingga sy rasa tidak tenang memikirkanya..

    BalasPadam
  61. Wa alaikum salam wbkth saudari...

    1. Jantung berdenyut pantas biasanya menunjukkan gejala jin
    menumpang dalam jantung...dan dari sini jin itu mempengaruhi perasaan kita termasuk gelisah...selalu fikir kematian dan sebagainya.

    2.Juga ada penempatan jin pada bahagian kepala...iaitu
    pada tempat yang sakit...bawa gejala gangguan fikiran...
    mata sering mengantuk...dan badan lemah.

    3. Yang bergerak dalam perut dan belakang itu jin...
    mungkin laluan masuknya dari kaki kerana itu kaki rasa
    berat...dan yang berdenyut itu jin.

    4. Yang berupa arwah dalam mimpi itu jin...mungkin jin
    yang dulunya mengganggu ibu...dan cuba turun pada saudari.

    Ular itu juga jin...berdebar itu dari gangguan jin pada jantung...gementar itu gejala jin cuba menguasai seluruh
    tubuh.

    Kesimpulan asasnya jin itu dari ibu...silah minta rawat
    ya dan perlihatkan atau beritahu perawat mana-mana juga
    sekiranya ada barang atau benda simpanan peninggalan
    dari ibu...minta juga rawat dan pagar rumah.

    Sila juga ya belek pada blog dari ufuk timur...catatan
    ogos 2017 sebaiknya amal Fatihah dan 3 Qul pernafasan...
    buat air doa sendiri jadi minuman dan campur mandian
    harain...dan kalau boleh usahakn jiga buat kata pemutus
    jin atau saka samada sendiri atau melalui bantuan
    perawat.

    Mungkin rawatan akan ambil masa namun jangan berputus
    asa...semua panyakit ada ubatnya...Insha Allah ya...

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum ustaz. Saya nak ceritakan sikit tentang saya. Pada 26.4.2017 saya sedang minum dgn kawan saya pada jam 9.30 malam tibe2 kat kedai makan sy rasa tak boleh nafas secara tiba2 mcm kena serangan jantung lalu saya minum air masak byk2. Sy terus pergi hospital bahagian kecemasan tp doktor kata saya sihat walafiat. tak puas hati lagi sy pergi lagi klinik pon sama cek jantung sume ok. Bermula detik hitam sy. Sy selalu fikir tentang kematian, mengira ttg 100 hari kematian, takut yang melampau pada azab kubur, terlampau takut smpai sume sy abaikan. Yang peliknya pernafasan sy jadi tak cntik, kalau makan rasa nk tercekik, dgr bunyik jntung laju sgt. kadang2 telinga rasa mcm pekak sebelah. Sy da berubat byk kali ustaz, skg ok sikit tapi sy tak tau knapa skg lutut selalu sakit, time naik tangga tu lagi perit, kaki slalu sejuk, kadang hidup xde makna. makin kuat amalan sy dengan allah makin dia nk menganggu sy.sy duduk rumah flat, slalu dgr orang main guli atas rumah, bunyi orang tarik perabot, bunyi lesung, bunyi orang main lari2. sedangkan atas rumah sy orang cina yang da tua dgn anak dia da dewasa. mana mungkin main lari2 stiap hari. Duit kat rumah selalu ilang, saya baru je hilang duit rm300, pada tahun lepas mak sy ilang duit 8ribu dalam loker yang berkunci. Badan mak sy lebam2, sy pon kene juga baru2 ni. lepas tu lidah sy slalu rasa berdenyut, dahi berdenyut, dekat kepala sentiasa rasa mcm ada bende berjalan. penah dekat kawasan muka mcm ada semut berjalan skali sy tepuk xde ape2. time solat selalu rasa diperhatikan. sy x pasti samada itu adalah malaikat atau jin yang memerhatikan sy. Sy berubat byk kali dan sy pon amalkn apa yg ustaz tu suruh tp gangguan tu mcm xputus asa nk kacau sy. baru minggu lepas sy bergaduh dgn suami mcm orang gila sy hampir nk campak anak, tp bila sedar sy menangis teresak2. ustaz apa perlu sy lakukan ya? perlu ke sy berubat lagi, sebab sy rasa kadang2 sy da jadi mcm orang gila. kadang mcm bukan berada di dunia nyata. sy da berubat byk kali da ustaz. adakah ini sihir atau gangguan biasa je ya ustaz?

    BalasPadam
  63. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Antara punca gangguan boleh jadi puan termakan makanan
    yang ada pelaris...atau terkena ganggaun jin yang di
    pasang direstoran itu atau tidak ada kena mengena tapi
    sebaliknya mungkin masa direstoran itu ada pelanggan lain
    ada jin dan menyihir atau tanpa pengetahuan jin darinya
    cuba pindah ke badan puan.Tidak boleh bersangka buruk cuma
    untuk sebaiknya elak masuk restoran sama sebagai langkah
    berjaga-jaga,

    2.Ada gangguan jin atau tempat jin dalam jantung maka
    menyebabkan semua gangguan perasaan dan fikiran tersebut.

    Yang bergerak atas atau bawah kulit...yang berdenyut itu
    semuanya jin...yang perhati itu juga jin...yang mencuri
    itu juga jin...berbagai bunyi pada atas rumah itu juga
    jin...maka gangguan puncanya boleh jadi lebih dari satu.

    Lebam badan itu boleh jadi kesan jin pukul dari luar...
    sejuk kaki dan sakit lutut menunjukkan ada laluan utama
    jin masuk dari kaki.

    Teruskan minta rawat dan rumah juga mesti dirawat dan
    dipagar...ada gejalanya menunjukkan jin merayau dalam
    rumah kalau sekadar minta rawat badan agak sukar selesainya.

    Sila juga rujuk blog dari ufuk timur ya...catatan ogos
    dan september 2017...amal Fatihah dan 3 qul Pernafasan...
    buat air doa buat minum dan campuran mandi harian...
    renjis juga dengan botol spray kabus mula dari tengah
    ketepi semua ruang dalam rumah...

    ...selalu pasang rakaman rukyah dalam rumah siang dan
    kalau boleh sepanjang malam sampai pagi walau pasang
    perlahan...baca Fatihah atau ayat kursi sebelum pasang
    niatkan Ya Allah hancurkan hilangkan sehabis-habis
    semua gangguan jin dan sihir dalam rumah ini dan lindungi
    kami sekeluarga daripada kejahatan makhluk ini.

    Jin ini jin ilmu sihir mungkin dihantar mungkin datang
    sendiri kerana banyak jin sekarang yang buat operasi
    sendiri tanpa pengetahuan atau penglibatan manusia
    kerana jin ini juga pernah mendampingi atau dipergunakan
    manusia.

    Bila sudah ada pengalaman dan kekuatan maka biasanya
    jin ini akan memilih sendiri sasarannya.

    Boleh juga bacakan Fatihah 21 kali pada mana-mana
    minyak wangi sapu pada badan...atau suami atau anak-
    anak sebagai ikhtiar pagar sampingan cuma kalau keluar
    rumah haram bagi wanita minyak wanginya sampai terhidu
    pada lelaki asing.

    Boleh juga sapu minyak wangi ini pada loker...laci atau
    tempat simpanan wang sebagai ikhtiar...Insha Allah...
    jangan putus asa puan ya...setiap ujian itu pasti ada
    jalan keluarnya kita berusaha sambil bergantung harapan
    pada Allah...perawat juga sekadar berusaha...kita juga
    berusaha...segala-galanya sentiasa dalam genggaman
    kekuasaan Allah...mudah-mudahan setiap ujian ini ada
    hikmahnya terutama sebagai pendorong kita sekeluarga
    lebih dekat pada Allah...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  64. SAYA rajin baca post dari ustaz.. ustaz saya ada kemusykilan sedikit, kenapa jin nak mencuri duit ya ustaz lepas tu duit tu dia nak buat apa? kalau toyol saya tau dia nak bagi tuan dia, jin pula??? bermakna saya tak boleh simpan duit banyak kat rumah ke ustaz? contoh kalau RM100. pun tak boleh ya? yang spray kabus tu macam mana ya ustaz? bermula pintu masuk rumah ke? terima kasih ustaz

    BalasPadam
  65. Alhamdulillah...semoga bermanafaat dengan izin Allah...

    Jin pun toyol juga...kalau bertuan jin itu akan bagi pada
    tuannya...kalau tak bertuan...jin itu mencuri kerana ia
    pandai mencuri...soal duit itu akan ke mana biasanya
    bergantung pada pengalaman jin itu sendiri ketika ia
    masih bertuan lagi.

    Mungkin sementara ini elakkan tapi untuk uji lepas buat
    pagar rumah...boleh untuk uji tapi setelah 7 hari berturut
    turut spray. mula dari bilik tidur kemudian lain-lain berakhir diruang tamu.Spray kabus caranya spray ke atas
    dan ia akan berbntuk kabur turun mulai dari tengah ruang
    penuhkan dulu kemudian ke bahagian tepi.

    Masa nak spray buka semua pintu dan jendela...dan kata
    Bismillah...wahai bangsa jin kalau kamu ada diruang
    ini dengan nama Allah saya perintahkan kamu keluar
    saya mahu buat pagar...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum ustaz. Saya dah beberapa kali asyik terkena gangguan jin liar. Dan bila saya pergi berubat, ustaz cakap jin tersebut hanya melekat di kawasan luar badan. Dalam tahun ni saja, dah dua kali sy berubat utk buang jin liar. Apa yang saya sedar, tiap kali jin tu cuba utk 'menyerang' saya, saya akan berada dalam satu keadaan takut yang amat sgt dan rasa takut itu seperti nyawa saya sudah seperti nak dicabut. Saya rasa seperti hampir mati. Jantung berdegup kencang, sy rasa seperti tak sedar dan rasa terasing dari situasi realiti. Tiap kali datang perasaan tu, saya selalu igt masa saya dh sampai. Paling lama keadaan itu berlarutan selama hampir satu jam dan sgt menyeksakan sy. Dan hari nie rasa tu muncul lg selepas saya solat isyak. Padahal sebelum ni, sy bru je jumpa ustaz untk buang jin tu. Macam mana jin tu boleh ada lagi dgn sy sdgkan ustaz sy dah buang sebelum nie? Adakah jin tu dah berada dalam badan sy skg? Dan dahi saya selalu rasa ketat dan ditekan2. Sy selalu takut andai itu tanda2 kematian dan keadaan sy sgt stres skg. Apa pandangan ustaz? Terima kasih :'(

    BalasPadam
  67. Satu lg ustaz. Sy seorang yang mempunyai bnyak angin dalam badan terutama bhg dada dan belakang badan. Saya selalu rasa sengal2 di tulang belikat dan belakang badan. Sy cuba utk positifkan diri bahawa tu angin biasa. Adakah betul sangkaan sy nie ustaz? Syukran jzkk.

    BalasPadam
  68. Assalamualaikum. Saya harap soalan saya ini mendapat jawapan . Saya dalam tahun ini juga pernah bermimpi digigit anjing . Selang beberapa bulan, saya bekerja sbgi grab car membawa penumpang bangla(bukan islam). Dia ade offer saya makan sotong yang dibelinya dikedai . Malam tu saya tidur dan saya terjaga, telinga berdesing muntah . Selepas itu mcm2 sakit saya . Badan lemah2 lesu . Sudah pergi darussyifa tapi mcmtu juga. Skrg ni saya makan habbatussauda dan madu yang sudah diruqyah. Makin teruk rasa denyut dan mcm ade benda jalan bawah kulit (sebelum ni ada tapi x teruk) tidur malam pun mmg selalu terkejut2 , anggota begerak2 sendiri.

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum. Saya mengalami sakit pd bahagian belakang sejak beberapa hari yg lalu. Sy ingatkan hanya angin dlm badan sebab sy memang banyak angin. Kalau sy tengok org berurut, sy blh sendawa sampai satu tahap sy akan tersedu. Sy rasa sakit pd bahagian tulang belakang dekat belikat. Mula2 sy terasa drpd pinggang sampai belikat. Terasa ada benda yang bergerak2 dr pinggang ke belikat, bila sampai di belikat rasa semakin sakit. Rasa ngilu macam terseliuh dan dada akan rasa sebak. Kadang2 rasa berdenyut2. Sy aka mula rasa betul2 sakit pd waktu malam sampai ke pagi sehingga mengganggu tidur saya. Sy juga perasan sy akan terasa lebih sakit jika sy tidur terlentang berbanding tidur mengiring. Adakah masalah yang saya alami ni sekadar angin dalam badan atau gangguan jin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Norain...

      Maaf ya...pergerakan pada belakang itu adalah jin...sudah
      lama kerana itu makhluk tersebut seolah-olah benda alam dunia manusia.Itu puncanya sakit...rasa seperti terseliuh
      dan sebak sekali...malah ditindih rasa sakit.

      Rawatan yang sesuai adalah rawatan gangguan jin...amal
      pendinding dan mandi air doa setiap hari...secara berterusan.

      Untuk amalan diri sila rujuk amalan mudah pada blog dari
      ufuk timur...amal Ftihah pernafasan...3 Qul pernafasan...
      dimana ciri penting krdua amalan ini adalah baca pada
      tapak tangan sapu seluruh tubuh.

      Buat juga air doa sendiri guna minum campur mandi agar
      rawatn diri tidak terputus...sambil kalau mampu berubat.

      Pantangkan sementara berubat makan telur ayam...buah
      pisang dan daging binatang berkaki 4 yang menjadi makanan
      berkhasiat pada jin jika ada dalam badan.

      Pasang walau perlahan bacaan rukyah berulang-ulang waktu malam sampai pagi...kalau terasa gangguan itu ada kaitan
      dengan sesuatu yang dipakai pada badan atau disimpan
      dalam rumah...beritahu perawat biasanya benda itu perlu dibuang atau dimusnahkan fizikalnya atau kekuatan sihirnya
      mana-mana yang termampu.

      Termasuk tanda gangguan itu juga adalah sendawa kerana angin bisanya banyak dalam badan...namun Insha Allah semua penyakit dan gangguan ada ubat atau penawarnya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  70. Assalammualaikkum ustaz, kebelakangan ini, kaki saya bergoncang didalam kulit . Dan sejak-sejak ini, saya mengalami degupan jantung yang amat kencang. Seluruh badan berdenyut dan jari tangan saya bergetar.. sehingga saya memikirkan tentang ajal.. dan bulu roma saya bergerak-gerak dan mengalami sakit kepala.. dulu saya pernah takut apabila mendengar orang mengaji al quran.. adakah tanda-tanda yang alami ini adalah tanda kematian atau gangguan jin?

    BalasPadam
  71. wa alaikum salam wbkth saudara...

    ia adalah gejala jin dalam badan .biasanya gejala ini menunjukkan
    jin itu sudah lama dan cuba merasuk atau menguasai badan.yang takut mendengar orang mengaji itu adalah jin iaitu pada masa
    itu jin tersebut sudah ada ada dalam badan.dan sama sekali tidak ada kena mengena dengan tanda kematian.wallohu a lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ustaz.. tetapi kalau badan bergegar setiap kali bangun dari tidur itu merupakan gangguan jin juga?

      Padam
  72. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  73. Assalammualaikum ustaz, kebelakangan ni byk masalah yang berlaku pd saya. First2 sblm tu saya pernah ingat yg saya ni suka sgt bersendirian.Saya juga pernah rasa mcm terpijak sesuatu. Tiba2 satu hari tu saya bangun tidur jantung berdegup laju. Saya rasa mcm nk mati je. Kaki kiri saya pernah kebas dan dua belah kaki saya berdenyut. Makin lama denyut2 tu sampai dkt perut dan kulit muka. Takutlh sbb saya pernah baca tanda2 kematian. Saya pun pernah berhalusinasi, rasa mcm ada sesuatu dkt sesuatu tempat, tetapi bila tengok balik x de. Kdg2 mcm nampak lembaga hitam dan putih. Saya pernah menangis tanpa sbb, takut tanpa sbb, sakit kepala, gastrik, sakit pinggang dan telinga berdesing dan berdengung.Saya pernah ingat satu hari tu masa saya tengah tidur tiba2 saya terjaga ada sesuatu bisikan tetapi tak jelas.Mimpi buruk pun pernah. Saya jugak rasa mcm ada sesuatu ikut saya. Kdg2 tu saya takut bila sesuatu terjadi pd anggota badan saya dan benda tu mmg terjadi. Adakah saya terkena gangguan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..sama lah dengan saya,tahun lepas saya kerap pening saya ada dptkan rawatan perubatan islam dan ustaz tu kata m'mang ada gangguan ..cume skg ni kalau dtg period saya susah tidur,dahi plk berpeluh sejuk,mcm ada benda tekan dahi saya dan ada benda bergerak2 didahi ,di ubun-ubun plk(seperti semut yg banyak )..kaki kiri saya ada getaran,denyutan tu dibelakang badan&dibelakang kepala..sebelum ni saya pening,belakang bdn rasa mcm terbakar tapi skg dh ok ..harap ustaz boleh bagi thu adakah itu gangguan??

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Bagaimana keadaan skrg ni? Sudah baik?

      Padam
    4. Wa alaikum salam wbkth tuan puan...

      Pada saudari Nur...semuanya itu gejala gangguan...dan gangguan serba sedikit sampai masuk kaedalam badan
      termasuk jantung yang menyebabkan timbulnya ber-
      bagai gejala gangguan perasaan.

      Lembaga putih dan hitam itu ji..yang dirasa ikut itu jin
      ..sakit kepala...gastrik...pinggang juga besar kemungkinannya dari gangguan jin iaitu jin masuk pada
      tempat yang dirasa sakit...

      gangguan masa tidur termasuk mimpi itu dari jin..rasa takut dan terjadi juga dari gangguan jin...namun tidak
      ada sebarang tanda atau alamat kematian hanya sekadar
      gejala gangguan jin...Wallohu a'lam

      Padam
    5. Pada Haiyz...semua gejala yang di alami itu dari sebab
      gangguan jin semata-mata.

      Masih perlu rawatan dan sebaiknya amal 3 Qul pernafasan...buat air doa sendiri disamping ikhtiar lain.

      Wallohu a'lam

      Padam
  74. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ,
    ustad sy sering diganggu tersentak ketika mula nk tidur, dan bermacam mimpi seperti sy kerasukan,mengubati org yg kerasukan , setiap mimpi di dalam mimpi tersbut kebiasaanya sy akn membaca ayat kursi dan azan.,selain dr tu gangguan ad sesuatu berjalan dibawah kulit, dan kadang-kadang jari jemari bergerak ketika sy sedang nk lena tidur. sy tidak senang akn perkara ini, menganggu sy.. untuk pgthuan ustad , sy dh pergi berubat 6 tempat, dan sakit ini berlarutan 2tahun ..soalannya.. adakah penyakit seperti sy bole diubati? (mohon ustad berikan pandangan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam wbkrh suadara...Insha Allah boleh...cuma perlu rawatan serasi disamping buat amalan sekurang-kurangnya 3 Qul pernafasan...di samping amalan atau ikhtiar lain sambil terus berubat.

      Gejala mimpi menunjukkan hairi didampingi oleh jin
      perubatan yang dulunya pernah mendampingi seseorang
      manusia samada dari kalangan keluarga tua atau mungkin dari orang lain yang tidak ada kena mengena dan mungkin
      sudah meninggal dunia.

      Jin ini pilih hairi...itu pun kalau hairi tak pernah
      mengambil ilmu perubatan yang ada kaitan dengan jin.

      Yang bergerak bawah kulit itu jin...jari bergerak sa-
      mada jin gerak dari luar atau ada jin masuk ke dalamnya.

      Cuma seperkara...oleh kerana jin ini adalah jin ilmu
      perubatan jin atau sihir maka ia biasanya agak sedikit
      tahan lasak dengan rawatan..lebih-lebih banyak
      pengalamannya.Semua ini menjadi sedikit cabaran pada
      perawat..maka perlu perawat yang berpengalaman dengan
      permainan juga tipu helah jin.

      Wallohu a'lam

      Padam
  75. Assalamualaikum ustaz ,saya nak tanya ,tanda² Ni berlaku selepas kematian kawan baik saya 3bulan lalu,ada satu malam Ni ,saya berasa satu badan kebas disusuli sesak nafas Dan sukar untuk bercakap ,selepas kejadian Ni saya berasa seperti sukar untuk bernafas ,sakit² lenguh²badan ,sentiasa berasa lemah & berat ,sentiasa berasa ngantuk,Mata saya pun terasa berat ,saya sentiasa berasa takut, tangan saya kadang² menggeletar.setiap malam saya tidur mesti akan terjaga ,ada seminggu saya pening kepala seminggu Dan doktor kata takde APA² sakit, sekolah saya pernah berlaku gangguan syaitan bulan lepas ,ramai kena histeria, sejak kebelakangan ni perut saya rasa berdenyut tak berhenti sehingga skrg, saya juga mcm ternampak lembaga hitam & lembaga putih Dan saya tidak menghiraukannya kerana hanya anggap itu ilusi Mata semata-mata , saya pernah bermimpi arwah kawan baik saya, semua tanda2 diatas saya alamai sehingga sekarang ,adakah ITU tanda²kena gangguan jin ustaz?

    BalasPadam
  76. Badan saya juga selalu berasa gastrik tetapi tak lapar, belakang badan sakit²

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun jd mcm tu jga smpai skrang rsa berdenyut, dh merata berubat

      Padam
    2. Skrg saudari/saudara mcmana masih lagi berdenyut ke? Sama mcm sy masih berdenyut/ bergetar bawah kulit pun dh merata berubat..

      Padam
  77. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  78. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  79. Assalammualaikum ustaz, sya mohon pandangan dri ustaz. Tiap hari sya rasa pning kpala,sakit kepala seakan migrain&seluruh bahagian kepala berdenyut. Mata&kening sya berkelip sndiri,sesak nafas,sakit tekak seakan d cekik,jantung berdegup laju,dada d tekan,gastrik,perut&bahagian pusat sya skit seakan d cucuk jarum,jari tgn dan kaki pon sma mcm d cucuk pakai jarum,tulang blkg&sendi" sya skit secara tiba",badan sya lemas apabila perut sya skit atau ad angin,kaki sya tiap hari sejuk dan kebas scara tiba"&kemarin kaki sya kebas scara tiba" srta panas sejuk..Sya jg mengalami mimpi buruk seperti dorang yg lain,pikiran sya sntiasa tak tntu arah dan sya rasa mcm nk mati kalo jntung brdnyut laju d srtakn bdan d pnuh angin&stu badan lemas..

    Adakah itu gangguan jin atau pon sebaliknya ustaz? Sya mohon pandangan dri ustaz.. Sekian

    BalasPadam
  80. Salam tuan,
    Saya selalu rasa tenaga di badan telah diserap bila bangun pagi. Dan kadangkala betis rasa bahang panas dan rasa semut2 bergerak dari kaki. Belakang pula rasa pedih di kulit. Baru2 ni saya berzikir nama 'Allah' untuk melawan jin2 dan telah berdoa kepada Allah untuk dimenangkan pertarungan lawan jin ni..tiba2 saya boleh rasa telinga berhenti bergetar dan tercium bau terbakar yang kuat. Mohon pandangan samada ini jin sihir / saka /liar...makasih.

    BalasPadam
  81. saya sekarang tapak kaki sebelah kiri dan tanggan sebelah kiri rasa mcm beribu2 semut2 jew..dah 2 bln lbih sy rsa..nak solat pon rsa mcm x tntram..

    BalasPadam
  82. Salam nak tanya , sy sering rse badan berdenyut , dahi ketat rasa merayap kat tengah dahi kat batang hidung. Adakah itu gangguan jin ?

    BalasPadam
  83. Salam nak tanya.. sebelum ni saya sering bermimpi ditindih sesuatu dan saya akan baca ayat kursi.. selepas tu saya akan usaha bangun dari tidur sampailah saya terjaga tetapi bila saya nak tidur semula saya tidak berani.. kerana terkadang bila saya pejamkan mata benda mimpi saya ditindih tu muncul semula cuma bila saya tertindih begitu saya dapat merasakan ianya bukanlah sekadar mimpi tetapi seperti kejadian yang benar-benar saya dapat rasakan kerana selepas tu saya akan berasa sakit badan, lemas dan ketakutan.. terkadang juga saya merasa kepala saya ada sesuatu yang bergerak yang menyebabkan saya akan mengarunya dan telinga saya pun seperti ada semut yang bergerak di dalamnya malah kadang telinga saya ada cecair didalamnya so hampir setiap hari saya akan merasa begitu.. saya jugak alami kesukaran untuk tidur malam dan saya akan sentiasa rasa mengantuk tapi tidak dapat tidur.. begitu jugak dengan mimpi ngeri seperti dikejar ular, berada ditempat yang tidak dikenali, dan sebagainya.. adakah saya mengalami gangguan jin atau saka? kerana dari pengetahuan saya, atuk saya memiliki saka tetapi saya tidak pasti benarkah atau tidak.. malahan kadang anak saya pun mengalami gangguan melihat sesuatu atau demam..jumpa doktor, doktor bertanyakan adakah keluarga memiliki saka? apa yang saya perlu lakukan? mohon pencerahan

    BalasPadam
  84. Assalamualaikum..saya mengalami kaki terasa ade bende berjalan.dahi dan kepala terasa benda berjalan..

    BalasPadam