Iaitu anda berjumpa dengan perawat (yang tidak
menggunakan jin)...
maka ada beberapa tanda yang menunjukkan
anda ada gangguan jin...
Tanda-tanda sebelum berjumpa...iaitu sebaik saja
anda berniat nak jumpa perawat...
1.Anda merasa takut tanpa sebab yang munasabah...
2.Anda merasa berdebar-debar dan gelisah tanpa
sebab yang munasabah...
3.Ada bisikan-bisikan atau suara halus yang cuba
menghasut dan menghalang...atau cuba memberi
'tunjuk sebab' kenapa esok sajalah baru pergi...dan
biasanya esok ada 'tunjuk sebab' lain pula...
4.Anda mungkin rasa pening dan sangat letih tanpa
sebab yang munasabah...dan mungkin juga hingga
tertidur...
5.Anda akan jatuh sakit tiba-tiba...atau salah seorang
keluarga anda...terutamanya anak-anak akan jatuh
sakit...terutama sakit yang berkaitan dengan demam
...sakit perut dan sebagainya...
Di hadapan perawat...
6.Anda mersa takut...berdebar-debar atau gelisah tanpa
sebab yang munasabah...
7.Ada bisikan atau suara halus yang cuba menakutkan
...atau menghalang anda...atau merendah-rendahkan
kemampuan perawat...agar anda merasa putus asa...
8.Anda merasa sangat marah atau benci kepada perawat
tanpa sebab yang munasabah...iaitu anda sendiri tak tahu
sebabnya...
9.Anda kerasukan di hadapan perawat...tak kira apa juga
jenis rasukan...
10.Anda merasa kepala atau tubuh anda mengembang
seolah-olah menjadi besar...perasaan saja dan bukannya
betul-betul jadi besar...
11.Bulu roma meremang samada pada tempat tertentu
atau seluruh badan...
12.Badan rasa panas...atau rasa sejuk...tanpa sebab yang
munasabah...
13.Anda jatuh sakit tiba-tiba...atau berambah sakit tanpa
sebab yang munasabah...
14.Atau tiba-tiba anda menjadi sihat...
Balik dari jumpa perawat...
15.Anda mungkin dapat serangan pengajaran...atau timbul
bermacam jenis sakit...
16.Atau anda mungkin rasa lebih sihat dan bersemangat...
dan sebagainya...
Wallohu a'lam.
serangan pengajaran yang macam mana? tapi masa ada niat nak bawak isteri jumpa tu... memang jadi nak bertangguh... lepas tu anak demam pelik je... kepala panas sangat..
BalasPadamSaudara musafir...
BalasPadamIaitu samada jin itu menyakiti kita...atau juga anak-anak...atau si pesakit sendiri...seolah-olah dia kata'inilah akibatnya kalau nak buang saya'.
Ada juga kesnya anak-anak sakit biasanya demam
panas...iaitu caranya jin itu nak menghalang dari pergi berubat...maka anak-anak itu boleh diberi minum air manzil...dan sebaik-baiknya juga turut diubat sama.
...tapi kalau bakal perawat tak cukup kuat mungkin perawat itu akan sakit ( diserang )sebelum si pesakit sempat berjumpa lagi.
wallohu a'lam
Salam En Junied,
BalasPadamBagaimana pula kalau kita ada gangguan dan jumpa perawat (yang mungkin ada pendamping)?
Wa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadamSoal pertamanya perawat ada pendamping...
samada kita ada gangguan atau tak ada
gangguan...mungkin kita bakal dapat
gangguan...atau bakal menambah gangguan.
Banyak kesnya...gangguan dan jin pesakit
akan bertambah...dari sebab adanya jin
baru yang disuruh perawat untuk melindu-
ngi...untuk merawat...untuk menghalau
gangguan sedia ada pada pesakit...dan sebagainya...
Selain dosa kerana meminta pertolongan
jin...sebaliknya jin perawat boleh
jadi saka...kepada kita...keluarga
dan keturunan kita...
Bagi perawat...ia tak sepatutnya men-
yuruh jin...kerana jin itu adalah di-
luar kawalannya sendiri...dan sama
macam jin pengganggu kita...ia boleh
masuk dan makan dalam badan kita...
..iaitu perawat itu sendiri tak dapat
menjamin bahawa jin yang disuruhnya
tak akan mengganggu...maka ia membaha-
yakan orang lain...
Kalau kita dapat 'jin baik' dari per-
awat yang berjaya menghalau jin peng-
ganggu...biasanya ia akan balik pada
tuannya..dan jin pengganggu itu akan
balik pada kita...
...atau ia tinggal terus dengan kita
dan bayangkan ia lebih kuat dari jin
pengganggu...maka akan lebih buruk
padahnya bakal kita terima...
Maka kita kena tahu akibatnya...
jangan kerana nak sembuh kita mem-
pertaruhkan keselamatan apalagi akidah
kita...Insya Allah Shari ya...
Wallohu a'lam
Salam saudara,
BalasPadamSaya ada berjumpa perawat baru2 ni di temani suami. Puncanya bermula sakit tengkuk dan pening macam mabuk laut selama 3 minggu & ia betul2 menggangu tumpuan ketika bekerja. Dipendekkan cerita, sakit tengkuk hilang selepas rawatan. Malam tu, saya dengar suami tidur sambil bergesek gigi (pertama kali dengar, sebelum ni tak pernah). Jam 4 pagi dia bangun dan mengadu sakit tengkuk dan rasa nak demam pula. Saya dah rasa tak sedap hati & fikir mungkin dia terkejut dengar saya meraung, menangis mendayu2 di rumah ustaz tadi. Esoknya, saya pulang ke selatan (saya dan suami tinggal jarak jauh atas tuntutan kerja). Selepas 2 minggu, kami berjumpa semula di kampung family saya dan dia masih mengadu sakit tengkuk. Mood dia kurang baik & minta saya urutkan bahu & tengkuk. Esoknya dia pulang ke utara & malamnya saya mula diserang sakit tengkuk. Saya rasa seperti beban tu berpindah pada saya semula. Dan bila saya msg suami saya, adakah dia sakit tengkuk lagi, katanya sakit tengkuk dah hilang. Pelik tapi itu yang berlaku. Dan lagi rasa seksa ialah, saya sakit perut yg sangat kuat dan saya boleh rasa denyutan yang berpindah2 dalam perut saya! Saya juga kadang2 rasa dalam pusat saya seperti dipulas2 dan di tarik2 dan berbagai simptom lain. Semua berlaku di daerah kawasan perut. Yang peliknya, bila berjumpa doktor, sakit itu hilang. Saya juga minta doktor scan rahim jikalau ada apa2 ketumbuhan. Tapi doktor kata rahim normal & doktor tu pun kelihatan macam malas nak layan saya seolah2 saya dah membuang masa dia. Kadang2, perut bawah rasa macam berat dan dicarik2. Sakitnya Allah saja yang tahu. Adakah jin ni nak balas dendam pada saya sebab saya berjumpa perawat tempohari? Perawat cuma menghalau saja tapi tidak mengurung jin itu. Adakah itu juga punca jin boleh kembali pada saya? Ustaz tu kata benda tu sebenarnya dah ada dalam badan saya sejak saya masih kanak-kanak lagi dan ia cuma hantu raya. Ini kali kedua saya pernah berubat, kali pertama dengan perawat lain tapi itu beberapa tahun lepas.
Lagi satu saya dapat tahu rakan saya kata ada buat rawatan jarak jauh ke atas saya tanpa pengetahuan saya sebelum ni. Katanya susah nak lawan benda yang ada dalam badan saya. Yang peliknya pada pengetahuan saya, dia bukan perawat tapi saya tahu dia ada ilmu silat dan ilmu kebal. Saya berasa agak marah kerana ia hanya menyukarkan keadaan yang saya telah alami dan peliknya macam mana dia tahu saya perlu rawatan sedangkan saya dah berhenti kerja dari situ beberapa tahun. Guna jin untuk rawat orang lain dan tanpa pengetahuan saya. Dah buat baru bagitahu, dah tentu ia tak betul. Huhu sedihnya rasa
BalasPadamWa alaikum salam wbkth miss....
BalasPadam1.Ada kemungkinannya sakit tengkuk itu
dari sebab ada 'benda' duduk bertenggek
dan pening itu kerana tangannya memeluk
bahagian kepala atau dari sebab angin
bisanya masuk ke bahagian otak (kepala).
Kadang-kadang juga jin buat penempatan
pada bahagian tengkuk...
Pindah sakit itu biasanya kerana ia pindah
tempat...
2.Gejala-gejala denyutan...sakit dan
sebagainya itu biasanya dari sebab
kehadiran juga aktiviti jin dalam perut
dan ia mungkin berada sudah lama di situ.
Iaitu kalau dalam badan...tempat utama-
nya ialah dalam perut...tapi mungkin juga
ia turut buat penempatan di bahagian
tulang belakang...
Kalau masa sakit tengkuk hilang...tapi
perut rasa sakit...maka mungkin jin utama-
nya lebih dari satu...
3.Boleh jadi jin itu marah dan cuba beri
'pengajaran' agar miss tidak pergi berubat
tapi tidak perlu hiraukannya...
Seringkali tanda-tanda begitu menunjukkan
jin itu terjejas atau merasa terancam
dengan perawat tadi...bagaimana pun kadang-
kadang sekadar menghalau saja kurang me-
madai terutama kalau ianya jin saka....
Bagaimanapun bagi seseorang yang ada amalan
pendinding...semasa ketiadaan jin itu ia
perlu menguatkan 'perisainya' agar apabila
jin itu cuba kembali...ia terhalang atau
menjadi lebih lemah untuk menguasai kita
seperti sebelumnya...
4.Pada kes miss ini...suami isteri perlu
minta rawat sekali....juga minta rawatan
ulangan selagi merasa kehadiran benda ter-
sebut...
Dan paling penting...amalkan pendinding
diri secara berterusan kerana perkara saka
cuba balik itu perkara biasa sahaja...
Sementara itu...rawatan dengan izin Tuhan
mungkin boleh melemahkan jin...juga men-
gurangkan angin bisa dalam badan...
...maka laluan juga penempatan jin dalam
semakin kurang atau sempit...atau musnah
yang akan menyukarkan jin balik...
5.Biasanya rawatan dengan jin mungkin saja
akan menyebabkan badan kita jadi medan
perang...atau jin tersebut melawan dari
dalam badan...maka menimbulkan kesakitan
pada pesakit...
Apalagi ia juga bererti jin dari luar ter-
paksa menyerang dan cuba menghancurkan kubu
jin dalam badan...juga boleh menyebabkan
rasa sakit...
...tu pun kalau jin 'berlainan geng'...tapi
kalau 'dia orang' itu satu geng atau 'satu
kepala' tentu saja yang akan tambah derita
...si pesakit empunya badan...alias
tambah jin atau angin bisa dalam badan...
Teruskan miss berusaha ya...Insya Allah...
setiap sakit pasti ada ubatnya...dan setiap
gangguan itu pasti ada kelemahannya...
Wallohu a'lam
Terima kasih saudara junied. saya dapat rasa jin banyak dalam badan. masa berubat tu, saya muntah angin banyak kali dan saya dapat rasa ada benda keluar membuak dari dalam badan saya dan mata saya juga rasa terbeliak dan mulut terbuka luas dan saya boleh rasa ada benda menyerbu nak keluar. semua ini di luar kawalan saya sendiri. ustaz tu mengatakan saya dah lama kena gangguan. rumah yang saya tinggal masa kanak2 dulu sehingga dewasa memang agak keras & saya masih ingat saya memang selalu kena 'tindih' bila tidur dan pelbagai kejadian pelik saya pernah lihat masa tinggal di rumah tu. cuma gangguan makin teruk bila saya dah dewasa dan mungkin ia bertindak balas dengan rawatan yang dilakukan oleh rakan saya tanpa pengetahuan saya. saya perasan saya mula 'sakit' sejak kenal dengan dia.
BalasPadamTengkuk hari ni dah rasa kurang sakit cuma masih ada rasa seperti semut2 dan getaran. Cuma rasa berat tu macam dah berpindah kat tulang belikat. belakang kepala juga kadang2 berdenyut dan ada juga rasa semut2 atas kepala. Sekarang ni, sebelum tidur, saya amalkan ayat kursi, 3 qul dan bismillah 100 kali. saya juga istighfar dalam hati banyak kali dan memang saya dapat rasa denyutan yang kuat di kaki, tulang belikat kanan & kiri, kepala berdenyut2 dan sakit yg kuat di perut kemudian hilang. kadang2 denyutan tu berada di jantung dan saya boleh rasa denyutan tu bergerak ke perut. saya juga ada mimpi di ancam oleh 4 org lelaki yg tak dikenali yang mengejar & ingin membunuh saya. semoga Allah swt izinkan untuk saya sembuh. saya tak redha jin2 ni buat penempatan dalam badan saya. Saya ingin berubah kepada yg lebih baik. insyaAllah saudara, saya akan berusaha. terima kasih, doakan saya juga.
Wassalam..
Sama-sama miss...
BalasPadamInsya Allah...semoga segala ujian
ini akan membawa kepada kebaikan
dunia dan akhirat...
Semoga Tuhan setiasa meredhai dan
mempermudahkan miss dan keluarga
khususnya kepada kesembuhan...
dan perlindunganNYA...
Tuhan lebih tahu tentang segala
perkara...
Salam saudara junied,
BalasPadamsaya mula amalkan ayat manzil seminggu lalu. hari pertama tulang belikat sakit macam dicucuk2. 4 hari selepas tu, badan saya panas membahang iaitu panas dalam dan ia bukan demam (jadi time malam) & jari jemari saya juga menggeletar. sakit tulang belikat makin lama makin kuat. semalam, lepas maghrib lengan kiri saya tiba2 rasa kebas. jantung saya juga rasa seperti ada denyutan lain selain denyutan jantung sebenar. semasa baca yasin semalam lepas solat maghrib, saya rasa nak muntah sangat. sekarang kebas masih ada. belakang kepala saya juga berdenyut-denyut, mata terasa pedih. dah 2-3 malam saya tido tak lena, rasa ada benda perhatikan saya. saya juga rasa ada benda mencucuk2 seluruh badan saya. saya kerap terjaga, malam tadi juga jam 3 pagi perut saya memulas yang amat sakit dan lepas pegi toilet baru hilang sakit. saya juga masih ada rasa nak muntah, rasa tak sihat, takde selera nak makan & badan, sendi rasa lenguh2. kenapa ya? saya rasa nak menangis & cuma berharap 'benda' tu pergi jangan ganggu saya lagi
Wa alaikum salam wbkth miss...
BalasPadamAlhamdulillah...ia adalah kesan-kesan
positif amalan pada gangguan...
1.Tulang belikat itu ada angin bisa
jin...dan mungkin ada penempatannya.
2.Panas membahang itu kerana ada benda
datang atau aktif dalam badan waktu
malam...dan ia kepanasan...maka miss
teruskan saja amalan ya...
Jemari itu ada angin bisa...dan mungkin
ada laluan...dan tambah sakit selain
kita yang rasa...biasanya pengganggu
juga rasa dan ia rasa semakin kesakitan.
3.Pada jantung ada angin bisa atau pengg-
anggunya...dan mungkin ianya juga merasa
takut akan kesan amalan tadi...
4.Pada lengan kiri ada angin bisa...juga
mungkin laluan masuknya...
5.Rasa nak muntah kerana ada angin bisa
atau benda yang nak keluar...
6.Ada angin bisa pada bahagian kepala
dan ia turut mengganggu pandangan atau
menyebabkan gangguan pada mata...
dan juga menyebabkan tak lena tidur...
7.Benda memerhati itu boleh jadi dalam
atau dari luar bilik...maka renjis air
doa pada 4 penjuru bilik...
...dan benda itu juga boleh menyebabkan
gelisah atau selalu terjaga malam...
8.Rasa menyucuk itu tanda-tanda angin
bisa atau kehadiran 'benda lain' dalam
badan...
9.Mudah-mudahan dah ada angin bisa atau
bendanya yang dibuang ke tandas...
10.Masih ada rasa nak muntah...masih ada
bendanya yang nak keluar...dan ia juga
mempengaruhi selera...
11.Rasa lenguh...rasa tidak sihat itu
ada angin bisa pada sendi-sendi...
Insya Allah...semua tanda di atas adalah
kesan-kesan rawatan diri dengan amalan-
amalan yang miss buat...dan ia positif...
Tindakbalas itu juga menunjukkan benda
yang mengganggu sangat terjejas dalam
badan...maka teruskan amalannya ya...
Buatkan juga air dalam botol dan guna
minum...mandi...juga pagar bilik...
semoga angin bisa akan lebih cepat
berkurang dalam badan...
Kalau nak kurangkan kesan sakit...cuba
miss bacakan salawat 11 kali pada
setengah gelas air kosong...minum dan
sapu muka ya...
Namun biasanya kesan-kesan ini hanya untuk
sementara...Insya Allah...
Dalam beramal ini..kita pohon kesembuhan
dari Tuhan...banyak Istighfar...dan
jaga solat wajib dan kalau boleh solat
sunat juga...banyak-banyak bersabar...
Kalau baca Yasin...sebelum 3 Qul...baca
Lau anzalna 3 x ( kalau mampu )...
Maafla miss ya...kalau ada penerangan yang
kurang menyenangkan...tapi mudah-mudahan
ada baiknya kalau kita faham serba sedikit
dengan apa yang sedang hadapi...
...kerana kadang-kadang benda pengganggu
akan cuba mengelirukan kita dengannya...
sebagai contoh..ia membisikkan...itu tanda-
nya amalan tadi kurang sesuai...patut di-
hentikan dan sebagainya...
Kalau ada perawat yang diyakini...harap-
nya miss dapat juga berubat ya...
Wallohu a'lam