Sabtu, 29 Mei 2010

BUAT SENDIRI...MENGESAN JIN DALAM BADAN...

Di bawah ini merupakan satu petua semata-mata yang boleh
di buat sendiri oleh sesiapa juga tak kira umur atau 'masa
cuti' (...niat sebagai doa ) dan pada bila-bila masa saja...

01.Ayat yang di gunakan cuma...BISMILLAA HIR ROH MAA
NIRROHIIM...dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang...

02.Caranya...

a.Tadahkan tangan seperti berdoa dengan kedua-dua tepi
tapak tangan di rapatkan...
sehinggakan seandainya air dituang...anda dapat menakung
air...

b.Rapatkan bibir pada ke tapak tangan...dan pastikan bahawa
kalau anda membaca sesuatu...nafas anda 'jatuh bertakung'
atas tapak tangan...

c.Baca BISMILLAH....seperti di atas sebanyak 7 kali...

d.Muncungkan bibir...dan sedut nafas anda yang 'berisi'
dengan BISMILLAH....7 kali tadi dengan hujung bibir.

Cara sedutan yang lebih berkesan...

1.Tutup mata semasa menyedut...

2.Tumpukan perasaan pada gerakan nafas yang masuk...

3.Sedutan lebih panjang lebih berkesan...tumpukan per-
hatian kepada nafas yang masuk ke dalam tubuh...

4.Sedutan lebih senyap kurang bunyi nafas sedutan lebih
berkesan...

Tanpa wuduk pun boleh dibuat..tapi kalau dalam keadaan
ada wuduk...ada kelebihan dan kehebatannya yang ter-
sendiri...

5.Apabila sedutan dah penuh...tahan nafas...telan liur...
baru lepaskan nafas melalui hidung perlahan-lahan sambil
terus tumpukan perhatian ke dalam seluruh jasad anda
sendiri bermula dari kepala...turun ke leher...kedada...
ke perut dan ke hujung jari-jari kaki.

SANGAT PENTING ketika anda menyedut...sambil tum-
pukan perhatian kepada serbuan nafas ke dalam...
anda terus berzikir dalam hati...Allah...Allah...sepanjang
masa..tak perlu kira berapa kali...

03.DAN anda ingat satu formula asasnya...KALAU ADA
SEBARANG TINDAKBALAS DALAMAN..BERERTI ADA
JIN ATAU ADA ANGIN JIN...seperti pening...berdebar
...rasa semut-semut...sejuk atau panas...takut...marah...
ada suara berbisik dan sebagainya..iaitu bergantung apa
yang ada dalam jasad anda...dan semuanya itu adalah ta-
nda-tanda ada gangguan jin dalam badan...

04.Untuk lebih berkesan lagi...semua langkah di atas tadi
di buat 3 kali...iaitu baca Bismillah...7x...sedut dan telan...
bacakan lagi Bismillah...7x...sedut dan telan...dan bacakan
lagi Bismillah...7x...sedut dan telan.

Kalau anda nak lebih berkesan lagi...Bismillah...pertama
di baca 33x...kedua 33x dan untuk yang akhir itu 34x...
jadi semuanya 100 kali.

Wallohu a'lam.

NOTA .

1.Dari mana asal usul kaedah di atas ? iaitu para Ustaz
...para perawat...para bomoh dan sebagainya...yang memba-
cakan ayat-ayat Qur'an...doa-doa...mentera-mentera dan
sebagainya...kemudian ditiup pada air...maka dengan izin
Allah iadi air penawar untuk diminum...mandi...atau dipe-
rcik di penjuru -penjuru bilik jadi pagar...

...maka kalau nafas itu tak ada 'apa-apa'...masakan air
yang ditiup itu menjadi 'air hikmat'...untuk pelbagai
guna.

Ayat Kursi dibaca dan tiup pada jin...kalau nafas itu tak
ada apa-apa...masakan jinnya terbakar atau kepanasan...
atau ditiup pada anak-anak...atau orang lain...maka jadi
pagar atau rawatan...

Maka apabila anda membaca sesuatu...dan disambut atau di-
takung pada tapak tangan anda boleh menyedut 'hikmatnya'
tanpa perlu alat ketiga seperti air dan sebagainya... dan
ia akan memberi kesan 'lebih secara langsung'...

Kerana itu...anda akan merasa kesannya apabila anda men-
yedutnya kedalam diri...

18 ulasan:

  1. As'kum wbt...jarang jupe org islam baca Bismillah cam yg sedara type kat atas nun...Alhamdullillah

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbt seribayu2k...

    Terima kasih...cuma masih ada masalah ejaan
    rumi ni...contohnya jika ada sebutan huruf
    ain...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Thanks bro junied. Den suko bonar blog nie.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum....

    Ini apa yang saya rasa:

    1. saya darah rendah. Sautu aliran tenaga (aura kot) terasa menjalar ke seloruh badan. Mengembangkan bulu roma pada lengan dan atas tapak kami macam kalau kita buat-buatkan sendiri remangkan bulu roma kita.

    2. Kaki berpeluh, lipatan kaki berpeluh sikit-sikit. Terasa darah berjalan lancar.

    3. Sakit kepala hilang - sakit kepala saya adalah disebabkan oleh kulit kepala tak keluarkan peluh. makan MSG banyak. Sakit hilang bila kulit kepala berpeluh.

    4. Tiada terasa apa-apa bisikan, desiran angin, mahuppun daging bergerak-gerak.

    5. angin dalam badan pulih. Memudahkan kentut.

    6. Terasa panas sedikit dan berpeluh ditempat panas itu. Kemudian peluh itu menyejukkan dan rasa selesa.

    Soalan saya, adakah itu kesan aura Basmalah atau sebab badan saya ada jin atau angin jin??

    Sofiys2

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Sofiys2...

    1. Aura amalan menjalar keseluruh bahagian
    tubuh yang ada angin bisa...dan angin bisa
    itu juga keluar melalui liang roma menyebab-
    kan roma berdiri...juga keluar dari tapak
    tangan...

    2 .Angin bisa keluar ikut peluh dan sebelumnya
    mungkin ada sumbatan angin bisa pada saluran
    darah...

    3. Sakit kepala itu tadinya ada kaitan dengan
    angin bisa...anginnya pecah...keluar ikut peluh.

    4. Mungkin tidak ada ganguan bisikan...dan
    yang ada cuma angin bisa dalam badan...

    5. Angin bisa keluar ikut angin...

    6. Angin bisa terbakar dan keluar ikut peluh...

    ..dan sebagainya...

    Ia tandanya ada angin bisa jin dalam badan
    dan antara kemungkinannya...ada jin sedang
    cuba buat laluan dan penempatan dalam
    badan...atau jin empunya angin bisa keluar
    masuk badan...

    ...dan Alhamdulillah...ia kesan rawatan aura
    Basmalah...

    Semakin kurang kesan tindakbalasnya maka
    semakin kurang angin bisa yang cuba ber-
    kumpul dalam badan...iaitu semakin lemah
    gangguan dengan izin Tuhan...

    Ia bukan hanya amalan 'scan' tapi juga
    rawatan dan pendinding diri sekadar mana
    izin Tuhan....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Salam.

    Saya selalu amalkan doa apabila menguap iaitu "Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam" dan setiap kali saya berdoa saya merasakan aura dari paras dada naik ke kepala.

    Begitu juga apabila saya membaca blog ini berkaitan entri tuan ini lagi la aura tu muncul kerap kali.

    Tadi download bacaan ruqyah pn aura sngt kuat rasenya sehingga sekarang kerap menguap dan menguap sehingga kuar air mata.

    Untuk makluman tuan, dlu saya sememangnya dihuni oleh jin atas pemberian orang ketika saya masih kecil tetapi telah dibuang semasa berubat. Mana la tau benda-benda mcmni kn dari kecil, org kasi 1 pisau katenya letak dalam dompet, sbg pelindung. tu dlu la, lepas berubat buang dh ok, tp perasaan kerap marah tu masih ada lagi sekarang nie.

    adakah saya nie masih terdapat makluk ni dlm badan? Saya sangt malas sekarang nie solat, terlalu malas sekrang nie..adakah sebb itu puncanya? bile nak solat rase mcm2 timbul.

    Mohon pencerahan dan tips serta panduan.

    Sekian, wasalam

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Tindakbalas aura dari dada ke kepala semasa membaca doa perlindungan...dan kerap menguap
    semasa download rukyah adalah gejala gangguan
    atau adanya angin bisa...

    2. Kalau marah itu tak ada sebab munasabah...
    atau sangat marah pada perkara yang kita
    sendiri perkara kecil...atau mengalami kesukaran
    menahan marah kecuali dengan sangat susah
    payah...kerap marah naik mendadak dan sebagai-
    nya...maka biasanya ia tanda adanya angin bisa
    atau aura jin...atau jin dalam dada...

    Dan kemungkinan lain gejalanya...kita mengalami
    serba sedikit gangguan perasaan dan fikiran...
    termasuk halangan solat tersebut...

    Sebaiknya minta scan dan kalau ada...perlu ra-
    watan sambil amal sendiri pendinding diri...
    terutama kalau mampu...Ayat Manzil...

    Silalah ya rujuk tajuk senarai amalan pendinding
    catitan september 2010...serta catitan berkaitan
    Ayat Manzil mac dan april 2010...

    Kalau mampu..amal juga ayat Kursi 11 kali juga
    3 Qul pernafasan...Insha Allah...

    Wallohu a'lam


    BalasPadam
  8. Nota...kaedah mengesan jin ini juga adalah
    satu cara menyerang jin dalam badan...
    serta membentuk aura pendinding...dengan
    izin Tuhan..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Salam saya nak tanya saya pernah terkena sihir alhmdlh sembuh saya nak tanya ibu jari kaki kiri terasa macam aliran elektrik kadang2 terasa sengal ,terasa badan panas mcm nak demam chek klnik tiada dmam apa tanda yer

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Ibu jari kaki kiri ada angin bisa jin....dan per-
    hatikan kemungkinan iainya laluan jin atau
    angin bisa ke dalam badan...

    2. Badan panas tapi normal pada pemeriksaan
    klinik...iaitu panas itu adalah angin bisa jin
    dalam badan...

    Sebaiknya minta 'scan' pada perawat yang di-
    percayai kerana kalau 'terbiar' tanpa rawatan
    biasanya ia akan bertambah padat dan boleh
    timbul gejala demam berpanjangan atau
    gangguan lainnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. 1. sblm kawin pernah keluar pasir dr tubuh. saat duduk baring n sbgnya.
    2. sblm kawin sering merasa n terasa diri ditemani lelaki yg tdk dikenali.
    3. smsa kawin hr pertama ada bunga bertaburan di bawah pembaribgan pasangan.tdk tahu asal usul dr mn. bunga putih bau wangi. tdk ada diguna mahu ditanam di kwsn perumahan ibu.
    4. awal perkahwinan ada masalah emosi dgn pasangan tanpa tahu sebab musabab.
    5. sukar mengandung.
    6. bila mengandung gugur n meinggal dlm perut.agak bermasalah utk mngandung. namun kuasa Allah sy ada 3zuriat akhirnya.
    7. stlh 8 thn berkawin mula dibayangi dgn bayang2 tubuh lelaki.
    8.mendengar suara seram.
    9.mendengar suara memanggil nm saya. lelaki.
    10. penampakan byg2 dlm rumah.
    11. kerap selalu n sering mimpi lelaki yg tdk dikenali memujuk rayu utk ikut dia.
    12. nyusukan bayi.
    13. panjat tempat tinggi.
    14. berkawan dikejar dgn ular. ular jelma jd lelaki serba putih.
    15. jumpa berdepan syaitan live.
    16. kelibat lelaki dlm rumah.
    17. pelbagai bunyi dlm rumah lampu pecah kaca pecah n sbgnya.
    18. kdg kala anak diganggu.


    dan pelbagai lg mistik. tak terlarat nk taip.

    soalannya : apakah tanda itu?

    jazakumullahu khairul jazak.

    BalasPadam
  13. Assalam

    maaf lambat beri salam.
    nak tulis diruang ini pun asyik bermasalah.
    hang n sbgnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth puan...

      Ianya gangguan jin jantan yang suka puan...dan cuba
      menghasut dan memisahkan antara puan dan suami...
      dan juga cuba mengganggu anak puan.

      Gangguannya masa jaga...separuh jaga juga tidur...ter-
      masuk datang dalam mimpi.Cumanya ya ambil perhatian
      kemungkinan ada gangguan lebih awal ( saka ) dan
      menyebabkan jin jantan itu juga suka pada puan.

      Apa juga gangguan lama...maka boleh jadi juga menarik
      gangguan baru...maka gangguan lebih dari satu tapi
      jin ini antara yang utamanya...dan kandungan gugur
      boleh jadi dari sebab gangguannnya atau gangguan jin
      yang lebih awal ( saka ).

      Namun Insha Allah...semua gangguan umpama sakit dan
      setiap penyakit ada ubatnya...Wallohu a'lam

      Padam
  14. Mohon bantuan Tuan guru bagaimna menghalau jin jantan

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah sya dah cuba. Berjaya dengan IzinNya. Trima kasih tuan. Semoga bermanfaat pd yg lain.

    BalasPadam
  16. Assalaamualaikum puan magdalena, pada pengalaman ambe tu gangguan jin jantan yg dipanggil jin asyik,

    Mula² puan cari dulu sumber kenapa jin tu suka dengan puan, kadang² perbuatan kita same dengan perbuatan yg jin tu suka buat,

    Cubalah elakan perkara² yg dimurkai Allah, elakan mandi bogel, nak tanggal pakaian baca bismillah, nk masuk tandas baca doa masuk tandas,

    Jgn suka nyanyi dalam tandas, jgn mekup berlebihan, tidur jgn bogel atau terlalu seksi, baca doa tidur,

    Elakan perkara yg jin suka, kerna bila jin dah jatuh cinta ia lebih teruk dari disihir

    BalasPadam