Isnin, 24 Mei 2010

ANGIN PANAS PERISAI JIN DALAM BADAN...

Iaitu anda merasa panas pada mana-mana
bahagian tubuh atau anggota...
terutamanya pada tempat-tempat sakit...
maka antara sebabnya ialah serangan kuman...
dan sebab lain ialah hawa panas itu sebenarnya
adalah angin berbisa daripada jin yang masuk
dalam badan...

Di tengah-tengah kawasan panas itu ada 'tuan
punya angin'...

Sekiranya angin bisa itu dapat dimusnahkan
atau dapat di tarik keluar dari badan...
maka anda akan dapat merasakan semut-semut
bergerak...atau diam setempat...

Ia mungkin satu...berbelas...berpuluh...beratus...
atau mungkin beribu...iaitu bergantung pada
banyaknya jin berkenaan...setiap satu itu adalah
seekor...

kalau pergerakan jin dapat dirasa bererti jin itu
dalam keadaan lemah...hilang perisai dan kubu.

Maka setiap serangan dari tenaga rawatan akan
mengenainya secara langsung...

Anda mungkin dapat merasakan semut-semut
itu lari ke sana sini mencari tempat persembun-
yian dalam badan...dan mungkin ia lari keluar
mengikut lalauan jari-jari tangan dan kaki...
atau ubun-ubun...

...dan anda mungkin boleh merasakan ia meletup
atau ada letupan-letupan lain angin berbisa
dalam badan...

Ada seseorang yang mengalami gangguan saka
pada tahap sangat serius...ia bukan saja dapat
merasakan ada benda berlari dalam badan..
malah ia dapat merasakan 'benda' itu ialah seorang
perempuan tua yang menjerit-jerit ketakutan dan
kesakitan ( jin ) ...

Wallohu a'lam.

9 ulasan:

  1. apakah yg dimaksudkan dengan letupan angin berbisa?

    adakah ia macam bunyi angin yg kita boleh rasakan di telinga..sbb sy pun merasakannya..tp sy xtahu nak explain macam mana..tp ia mcm angin dalam badan yg boleh didengar di telinga apabila sy urut kepala atau angota badan yg lenguh..

    BalasPadam
  2. Letupan angin berbisa itu dapat dirasa seperti
    ada sesuatu meletup dalam badan...

    ...dan satu bentuk lain pula seperti bunyi kentut dalam badan...iaitu angin pecah dalam
    badan...

    Angin bisa itu juga menimbulkan kesan lenguh-
    lenguh atau bisa-bisa dalam badan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. saya pernah merasa letupan di bahagian rusuk kanan ketika sedang membaca ayat AlQuran dalam solat...memang akan jadi sedikit ringan selepas itu...

    belakang tengkuk dan telinga juga memang ada rasa panas terutama lepas dengar Yassin...

    BalasPadam
  4. Salam The Wallflower...

    Ini satu daripada sebabnya...

    .... iaitu biasanya jin akan cuba menghalang seseorang itu dari solat...kerana ia pasti
    akan menerima padahnya...

    Terima kasih atas perkongsiannya ya...semoga
    kita semua dapat mengambil pelajaran dari pengalaman yang sangat berharga ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Saya pernah mengalami letupan di dalam ari2 sebelah kiri ketika sedang solat dlm keadaan hendak bangun dari sujud. Setelah itu sy mengalami sakit di bahagian tersebut... adakah sebab yang sama

    BalasPadam
  6. Salam shella...

    Biasanya letupan itu adalah angin bisa pecah
    dan kalau ia sakit kemudiannya...menanda-
    kan masih ada angin bis pada bahagian
    tersebut...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Saya sering alami angin bisa dan selalunya ada tanda begkak sebesar duit siling 50 sen. Bila ditekan sakit dan boleh rasa seperti tusukan benda tajam pada bahagian tulang belakang. Boleh rasa juga sakit tembus ke dada, perut dan ulu hati. Apa maksudnya?

    BalasPadam
  8. As salam orang biasa....

    Sebaik-baiknya minta pereksa di hospital...kalau puncanya tidak dapat dikesan
    maka ianya mungkin ada kaitan dengan angin bisa jin.

    Apabila ditekan...rasa sakit ditempat lain...mungkin kerana adanya laluan angin
    bisa....dan kebetulan pula angin bisa kerap mempunyai laluan antara tulang
    belakang...dada...perut dan uluhati.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. ...tentang bengkak itu...biasa juga gangguan lama atau angin bisa padat
    boleh menyebabkan bengkak...dan biasanya bengkak itu rasa sakit apa-
    bila di tekan...atau malah kadang-kadang sakitnya tidak terperi walau
    tidak disentuh pun...( bengkak biasanya suatu penempatan ).

    Wallohu a'lam

    BalasPadam