Rabu, 28 Julai 2010

BUNUH SAKA...SELESAIKAH MASALAH?

Iaitu ada beberapa cara yang boleh
menghentikan gangguan saka...

1.BUNUH JIN SAKA...

Iaitu jin itu dibunuh (biasanya oleh
perawat)...

2.JIN ITU DIKURUNG...

Iaitu jin itu ditangkap dan dikurung
dimana-mana dengan syarat ia terkurung
sepenuhnya...bukan sebahagian sahaja
atau dikurung terlepas-lepas...

3.JIN ITU DIPINDAH TUAN...

Iaitu jin itu dipindahkan kepada orang
lain samada secara sedar atau tak sedar
atau secara sukarela...atau terpaksa...

Contohnya kepada ahli keluarga...rakan
...anak murid...pesakit...perawat dan
sebagainya...

4.JIN ITU MEMILIH TUAN BARU...

Tak mustahil kalau jin itu serik tinggal
dalam badan seseorang...maka ia akan
mencari 'rumah baru' terutama orang yang
sekeluarga dengan tuannya...

5.DIIKAT KEPADA MANA-MANA BENDA...

Contohnya jin tangkal...atau keris...atau
sbagainya ditarik kepada benda tersebut...
kemudian diikat agar tak dapat keluar atau
tak dapat bebas...

Jin juga boleh diikat kepada benda-benda
lain seperti pokok-pokok...batu-batu hutan
atau tiang-tiang rumah dan sebagainya...

Iaitu bergantung kepada bidang perawat.

...DAN SEBAGAINYA...

HALANGAN....

Iaitu perkara-perkara yang menjadi halangan
kepada penyelesaian cara di atas...

1.BUKAN SEMUA JIN DAPAT DIBUNUH...

Atau ditangkap..atau diikat dan sebagainya
kerana secara umum...jin saka adalah jenis
jin ilmu...iaitu ia ada sihir dan kepandaian
tersendiri...

Malah dalam 'kampung mereka' daripada ribuan
atau lebih jin...mungkin ia adalah antara
yang paling handal...sementara sebahagian yang
lain baru nampak kelibat manusia saja dah lari
lintang pukang...

2.'BERPENGALAMAN LUAS'...

Biasanya jin saka juga adalah jin yang sangat
berpengalaman malah mungkin dah bertahun...
beratus tahun atau ribuan tahun bercampur
dengan manusia...maka pastinya pengalaman itu
akan ia pergunakan sepenuhnya dalam menguasai
mangsa juga menentang perawat...

3.KEKUATANNYA MELEBIHI DARIPADA KEKUATAN ASAL.

Iaitu apabila seekor jin itu berdamping dengan
manusia...maka ia akan lebih kuat atau ganas
daripada sebelumnya...

Dan ia adalah satu daripada kelebihan jin saka
iaitu dapat menumpang kekuatan roh manusia se-
cara langsung atau tak langsung...(sama seperti
jin sihir)...

4.SAKA LEBIH DARIPADA SATU...

Mungkin pada seseorang itu ada lebih daripada se-
ekor saka...mungkin ada dua tiga ekor...atau
mungkin 'berekor-ekor'...

Kalau setakat 'sekor dua' dibunuh...masih ada yang
lain...

Malah kalau anda keluar rumah nak berawat...satu
dua ekor itu akan ikut...tapi yang lainnya mungkin
duduk dirumah saja...
itu pun yang ikut pun...mungkin baru berdepan rumah
atau perawat...belum sempat baca apa lagi...dah
'cabut lari' menyelamatkan diri...

Kalau dipanggil pun...tak ada jaminan semuanya akan
dapat ditarik...malah yang ada ada dalam badan pun
belum tentu 'memunculkan' diri...kadang-kadang ia
akan terus bersembunyi dalam badan...

Ada kisahnya...perawat berjaya membunuh seekor saka
yang tinggal dalam badannya...
seminggu kemudian didapati ada beribu ekor jin lagi
yang menempati segenap tubuhnya...

Dan ada kisah lain...bukan saja jin saka telah ber-
anak pinak...malah telah berkampung dalam dada se-
orang budak lelaki...

Dan sebagainya...

Kesimpulannya...secara umum setiap orang yang di-
dampingi jin saka...biasanya memerlukan rawatan...
dan sebaik-baiknya juga perlu kepada amalan pem-
benteng diri sendiri...

Wallohu a'lam.

4 ulasan:

  1. sekiranya setiap hari mengamalkan amalan pembenteng diri..mungkinkah beribu2 ekor jin yg ada dalam badan boleh dihapuskan....

    BalasPadam
  2. Insya Allah...dan akan menjadi rintangan untuk
    jin-jin baru yang nak masuk badan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. tapi masalah nya emak saya takmau semayang bila suruh dia takmau dia dah sesat teruk,nasihat takmau dengar

    BalasPadam
  4. Salam sejahtera nor amiesha...

    Sebagai anak...kita setakat berkewajipan
    mengingatkan dengan cara sebaik mungkin
    dan jangan cepat berputus asa...

    Sambil tu...doakan selalu..dan jangan se-
    kali-kali marah dengan emak...

    Bagi umum..jika seseorang itu ada gangg-
    uan..maka sikapnya boleh jadi ada kaitan
    dengan pengaruh 'benda' dalam badan...

    Ia buka setakat perlu dinasihati...tapi
    perlu rawatan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam