Sabtu, 24 Julai 2010

PEMECAH BALA TENTERA SYAITAN...

Dikatakan bahawa ketika seseorang anak Adam
apabila akan keluar rumah...
maka tentera syaitan akan menunggunya diluar
rumah untuk maksud kejahatan...

Maka apabila diamalnya ketika akan keluar
iaitu...

1.Langkahkan kaki kanan keluar pintu lalu mem-
baca...

BISMILLAH...

2.Langkah kaki kiri lalu membaca...

TAWAKKALTU ALALLOOH...

3.Langkah kaki kanan lalu membaca...

LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLLAAH...

...Maka pecah dan bubarlah tentera syaitan itu.

Wallohu a'lam.

Nota

1.Sebaiknya kemudian membaca Ayat Kursi 1 x
mudah-mudahan di pelihara Allah pada apa yang
kita tinggalkan iaitu keluarga dan harta benda
dan pada perjalanan kita juga...
sehingga kita kembali.

Kemudian Fatihah 1x...tapi kalau kita menaiki
kenderaan...bacanya ketika telah masuk dalam
kenderaan...Insya Allah sangat besar hasanah-
nya

Baca Fatihah dan Ayat Kursi sebaik masuk ke sem-
padan sesuatu tempat yang kita datangi...
contohnya sempadan pekan...sempadan hutan...
dan sebagainya...tiup (asal tiup saja sudah me-
madai..iaitu untuk mengelakkan salah faham atau
sesuatu fitnah jika dilihat orang lain)...

Iaitu tiup ke arah seluruh kawasan sambil berdoa
dala hati...Ya Allah...Aku berlindung denganMu
dari segala bahaya di tempat ini samada yang
kelihatan atau tersembunyi...

Dan jika tujuan kita kesesebuah rumah...maka baca
ketika terlihat rumah itu...dan tiup ke arahnya
sambil berdoa.

Kalau kita dalam pekan...maka baca ketika akan
masuk pasar...atau akan masuk kedai...atau akan
masuk kesesuatu majlis...Ayat Kursi 1x...
Insya Allah kita tak akan dipandang rendah atau
mudah...maka terpelihara daripada niat jahat
orang-orang berniat buruk terhadap orang
lain...

Insa Allah

4 ulasan:

  1. Salam en junied, mohon dikongsikan petua/amalan ini bersama.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Dr Lee...

    Alhamdulillah...Silakan...

    ...dan untuk rakan-rakan di mana-mana
    juga...semoga dapat di manafaatkan ber-
    sama...Insya Allah...

    BalasPadam
  3. Insha Allah...silakan semoga bermanafaat
    dengan izin Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam