Khamis, 26 Ogos 2010

CEMBURU JIN...

Antara bentuk gangguan cemburu dari sebab
gangguan (hasutan) jin...

Bukan soal curang...tapi cemburu buta...

Iaitu bukan persoalannya pasangan anda curang
atau tidak...
tapi tekanan perasaan cemburu yang meluap-luap
dalam dada anda...itu persoalannya...

Kalau pasangan anda benar-benar curang...yang
meluap-luap itu pasti meletup...

Tapi kalau pasangan anda setia...pun ...lebih
kurang sama saja...kerana syaitan pakar penghasut
dan putar belit itu pasti akan 'mengerjakan'
anda...

Mungkin pantang saja nampak pasangan anda
'lawa' sikit...anda mula menuduhnya nak pergi
'menggatal'...(tapi kalau pasangan anda itu nak
pergi Pekan Menggatal Sabah tu...anda betul la
tu...cuma kalau tuduh nak pergi menggatal...
tunggu!...belum tentu anda betul...)

Atau kalau tak ada bukti juga tanda-tanda curang
pun...anda akan sentiasa bersangka buruk terhadap
pasangan anda...dan akan berusaha mencari 'bukti-
nya'...

Contohnya..anda menuduh pasangan anda curang di-
belakang anda...malah kalau betul-betul dah 'keha-
bisan modal'...anda mungkin sampai menuduhnya ber-
laku curang dengan adik beradiknya sendiri...

...kerana syaitan itu kalau dah menghasut...tak ada
pantang boleh tak bolehnya...semuanya 'main redah'...

Daripada perasaan tekanan cemburu yang kuat...kepada
menuduh dan mencari-cari kesalahan untuk 'melegakan
kesakitan' yang anda rasa dalam dada...

...biasanya yang berlaku adalah salah faham...atau meng-
ada-adakan benda yang tak ada...atau memperbesar-besar
perkara kecil...atau 'menterbalikkan' supaya yang betul
jadi tak betul...atau kalau betul-betul tak ada pun...

...tak kurang anda 'main belasah' saja...konon-kononnya
kerana pasangan anda tak mengaku kecurangannya.

Maka maki hamun jadi 'siaran radio harian'...menuduh...
menyumpah-nyumpah...malah mungkin kaki tangan juga
mungkin ikut 'bercakap'...

...dan 'lagi best' tu...kalau anda bercerai atau tak
mustahil kalau akan ada orang kehilangan nyawa...
kerana hasutan ini bukan perkara biasa...maka tekanan-
nya boleh mencapai ketahap luar biasa...
(...'best' pada pandangan syaitan tu...)

Ia sebenarnya tak menghairankan...kerana biasanya jin
itu kalau menghasut dalam dada...ia akan menyebarkan
angin bisanya dalam dada...dan menjadikan dada itu
terasa sangat sempit...terhimpit...berat...seperti
ada batu besar tersangkut...panas...pedas...sakit
dan sebagainya.

Rahsianya...kalau anda tak faham itu semua kerja jin
maka anda menganggap itu semua adalah dari sebab teka-
nan perasaan anda yang sangat hebat...
maka secara lojik...bagaimana anda akan mampu menahan-
nya?...lalu jadilah sebagaimana yang syaitan itu harap-
kan...

Maka tindakan luar dugaan orang yang ''termakan' hasutan
cemburu jin adalah sangat dimaklumi...

Wallou a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan