Cemburu jin...iaitu perasaan cemburu suami
atau isteri yang berpunca daripada hasutan
jin...
Maka antara sebabnya...
1.Jin betina yang cemburu terhadap isteri
anda...kerana terpaksa berkongsi anda
sebagai 'kekasih' atau 'suaminya'...
2.Jin jantan yang cemburu terhadap anda
kerana terpaksa berkongsi isteri anda yang
sangat dicintai oleh syaitan tersebut...
3.Jin yang memang kerjanya nak buat suami
isteri berbalah dan bercerai berai...samada
ia itu dari jin saka atau sihir...atau seba-
gainya...
Bukannya apa...saja begitulah perangai syai-
tan itu...memang kegemarannya menghasut dan
menceraikan antara suami isteri...dan pasti
akan sangat 'bergumbira' kerananya...
4.Jin yang sangat setia nak jaga anda...bia-
sanya jin saka...dan jin itu tak suka pada
pasangan anda...
Mungkin kerana pasangan anda itu menakutkan-
nya...menyakitkannya...kacau daun...atau men-
yukarkan jin itu menemani atau menguasai anda.
Maka ia menimbulkan hasutan cemburu untuk mer-
osakkan hubungan anda suami isteri.
Tak kurang...jin yang merasa cemburu kalau ia
tak merasa diri anda ia punya 'sekor-sekor'.
5.Anda didampingi jin yang suka bertekak...ber-
gaduh...bertengkar...banyak cakap dan suka
menganiaya.
Maka syaitan itu terus menerus menghasut anda
dengan alasan cemburu...padahal ia memperguna-
kan anda untuk menganiaya pasangan anda
sendiri...
6.Jin kafir tinggal bersama anda dalam serumah
maka biasanya pasti menghasut dengan apa juga
cara untuk memporak purandakan seisi rumah...
...termasuk mencerai beraikan antara suami
isteri dengan berbagai cara termasuk membangkit-
kan syak wasangka...cemburu buta...dan sebagainya.
Dan sebagainya...
Nota
1.Ada juga kes terpencil...bagaimana seseorang yang
dapat berkahwin dengan pasangannya atas sebab soko-
ngan kuat dari jin saka pasangannya itu...
...tapi apabila ia 'berpaling tadah' kerana menyedari
makhluk halus itu adalah jin...dan bukan roh keluarga
yang sudah meninggal...
...jin saka itu marah dan berusaha keras untuk mencerai
beraikan antara mereka suami isteri...
Wallohu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan