Isnin, 23 Ogos 2010

DUNIA MISTERI...Jin Silat?

Iaitu jin yang berkebolehan dalam seni
mempertahankan diri...dan biasanya dalam
negara kita...iaitu jin yang pandai ber-
silat.

Kalau di Jepun ada jin pandai seni ini...
maka jadilah ia jin Karate...

Jin silat ini bukan untuk orang-orang ter-
tentu sahaja...tapi untuk siapa saja yang
dapat dirasuknya...

Tak kiralah orang itu kuat atau lemah...
atau samada pernah belajar silat atau lang-
sung tak tahu silat...
tapi bila dah dirasuknya...dan badan itu tak
ada pertahanan yang cukup...pasti bersilat.

Dalam kalangan rakan-rakan yang ada jin silat
(4 orang)...setahu saya semuanya tak pernah
belajar silat...malah ada yang tak pernah bel-
ajar sebarang seni mempertahankan diri...

Tapi bila dah dirasuk...silatnya bukan main
ligat lagi...dan pernah bertarung sesama sen-
diri semata-mata kerana jin-jin itu nak uji
ilmu persilatan yang satunya lagi.

Seorang rakan itu ada jin silat...iaitu dari
jin saka datuknya...dan ketika kami bertemu di-
rumah seorang rakan...saya sengaja memuji silat
rakan itu sebagai hebat dan sukar ditandingi.

Beberapa minit saja...tiba-tiba adik saya mem-
bentaknya...dan menyuruh keluar dari rumah...

Hati saya tertanya-tanya apa pula halnya...
rakan itu pantas berdiri...dan melangkah keluar
dari rumah...tapi sempat 'menghadiahkan' jelin-
gan serta senyuman pada saya...

Saya teliti senyumannya...tangannya seperti
sengaja dikeraskan hingga menampakkan ototnya
yang berulas-ulas...

La...baru puji sikit pun dah kerasukan...'gitu-
lah' perangai jin ini...

Wallohu a'lam

nota

1.Bagi sesiapa saja yang mengalami masalah jin
silat...maka ia hendaklah beramal sehingga jin
itu tidak dapat masuk ketubuhnya lagi...
atau...kalau masuk pun...jin itu tak dapat meng-
gunakan tubuh anda untuk bersilat.

Oleh kerana ia biasanya rasukan penuh tubuh badan
maka ia agak mengambil masa sebelum jin itu benar-
benar mendapati...ia tidak dapat berbuat sesuka
hati lagi dalam tubuh anda...tapi Insya Allah...
dengan izin Allah...anda boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan