Khamis, 12 Ogos 2010

SUMBANGAN SAKA KEPADA PENCERAIAN...MARAH...

Iaitu peranan saka dalam menghancurkan rumahtangga
khususnya dalam menceraikan antara suami isteri...

1.Anda yakin diri anda tak ada jin saka...

Iaitu merupakan antara kepakaran jin saka menghuni
jasad manusia...atau tinggal bersama-sama manusia
secara 'halus' sehingga tidak disedari kehadiran
dan 'campur tangannya' dalam urusan sesebuah rumah
tangga.

Ia adalah kerana rata-rata jin saka adalah jin yang
berpengalaman luas...pakar psikologi...malah biasa-
nya berkebolehan mengkaji sifat seseorang...

Ia tahu kelebihan dan kekurangan anda...minat anda
...perangai anda...kepercayaan anda..jin itu tahu
hampir segala-galanya tentang pasangan anda...

...dan ia tahu bagaimana cara hasutan atau gangguan
yang 'sesuai' untuk menimbulkan kerosakan antara ahli
keluarga.

Maka banyak kejadiannya...sehingga rumahtanggganya
hancur...sesorang itu masih tak tahu adanya pengliba-
tan jin saka...samada jin sakanya sendiri...atau jin
saka pasangannya...

Dan seterusnya...rumahtangga yang dibinanya selepas
itu...juga mengalami pegakhiran yang sama...

Antara tanda-tanda angkara jin saka adalah...apabila
seseorang itu bercerai...ia sangat mudah pula mendapat
pengganti pasangannya...kemudian sebab penceraiannya
sentiasa sama dengan sebab-sebab penceraian terdahulu.

Contohnya...cerai mati sakit...atau mati misteri...
atau cerai kerana 'banyak mulut'...sering bertengkar
atau bergaduh dan sebagainya...

2.Anda sentiasa merasa marah...

Tak puas hati...meluat...atau benci pada pasangan tanpa
sebab munasabah.

Sering pertengkaran...cacian...memaki hamun menjadi
'budaya' sehari-hari...

...pantang saja duduk sama lama sikit...ada-ada saja
bahan yang dijadikan punca melepaskan 'peluru-peluru
lidah'tak bertulang...kadang-kadang atas perkara yang
tak munasabah langsung...

Kalau anda dah mula 'berkata-kata'...seringkali tak ter-
batas apa yang anda ucapkan...
iaitu sesuai dengan kemarahan...kebencian yang meluap-
luap dalam dada anda...bagaikan 'gunung berapi masak'.

Tapi biasanya...anda pasti pernah terfikir...atau merasa
hairan dengan sikap anda sendiri yang tak terkawal...atau
tak mampu anda kawal...

Seringkali juga anda akhirnya merasa menyesal...tapi se-
masa sedang marah anda tak akan pedulikan apa-apa lagi...
dan antara sebabnya...dada anda...kepala anda...atau
seluruh tubuh anda akan merasa sakit kalau cuba menahannya.

Maka itu semua adalah antara ciri-ciri marah dari sebab
hasutan...gangguan atau mungkin rasukan jin pada perasaan
anda...yang biasanya adalah dari jin saka.

Pada biasanya...jin yang terlibat dalam keadaan marah-marah
ini adalah jenis jin pendekar...iaitu jin yang digunakan
dalam seni mempetahankan diri (contohnya jin silat)...jin
jurus...

..atau jin betina tua yang pakar dan sangat gemar menghasut...
jin takut atau benci pasangan...jin cemburu iaitu jin yang
cinta kepada anda dan tak mahu dikongsi...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. bagaimana nak berubat dgn saudara?

    BalasPadam
  2. Pada yu...

    Saya lebih kepada pengkaji bebas ya..dan bukan perawat...dan biasanya kalau saya terjumpa
    sesuatu dan melakukan rawatan itu hanya pada keluarga,saudara dan rakan terdekat...dan lebih kepada tiada pilihan kerana kebetulan sangat kurang perawat di sini...

    Menuntut juga beramal ini juga...pada asalnya saja terpaksa untuk mempertahankan diri sendiri dan keluarga...dan saya tak terfikir nak jadi perawat penuh...jadi ilmu tu...sangat sedikit...

    Sebaik-baiknya carilah perawat itu dari kalangan orang-orang menuntut ilmu dengan tekad menjadi perawat...dan setakat yang saya tahu...ramai perawat handalan terutama di semenanjung...seperti Ustaz Harun Din...Ustaz Ismail Kamus...Ustaz Amran Kasimin...dan mungkin ramai lagi Ustaz yang merawat secara
    sepenuh masa atau sambilan...tapi pakar dalam bidang masing-masing.

    Cuma secara umum...kalau yu juga mahu beramal...atau ada kemusykilan...mungkin saya dapat memberi sedikit panduan setakat mana yang saya tahu...Insya Allah.

    Saya adalah seorang ahli biasa pertubuhan tenaga dalam IMAN TERAPHY yang diasaskan di Sabah pada tahun 98...dan setakat yang saya tahu...pelajarnya juga ada di Semenanjung...Brunei dan Sarawak...

    Kelebihan aliran ini...kekuatannya lebih bergantung kepada amalan Fatihah...dan bukan seperti biasanya tenaga dalam itu sangat bergantung kepada latihan pernafasan semata-mata...dan sangat sesuai untuk menentang gangguan makhluk-makhluk halus.

    Dan gunanya mengikut kepada keperluan dan bakat semulajadi (minat)seseorang...maka apa yang saya buat adalah merujuk kepada apa yang saya suka (minat) dan menulis dengan harapan dapat memberi serba sedikit pengetahuan dalam perkara berkaitan kepada sesiapa saja yang mungkin memerlukan.

    Selain guna untuk merawat diri sendiri...kalau anda mahu lebih mendalami...anda juga boleh menjadi perawat.Insya Allah.

    Saya dah mengirim email pada yu...dan beri alamat email saya...mungkin boleh rujuk...kecuali ada silapnya kalau tak sampai.

    Kalau yu tak keberatan...saya juga ingin tahu
    masalahnya...Insya Allah...kalau ada sesuatu saya boleh buat...saya akan ikhtiarkan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Saya tak dpt pun emailnya
    email saya yutiub7@gmail.com

    BalasPadam