Sabtu, 7 Ogos 2010

Masa Nazak...Anda Nak Buat Apa?

Ada riwayat menyebutkan...bahawa setiap orang
yang sedang nazak akan mengulangi sesuatu pe-
kerjaan atau perbuatan yang paling banyak ia
lakukan semasa hidupnya.

Siapa yang banyak mengingati serta mentaati
Tuhan semasa hidupnya...maka pada nazaknya
Insya Allah Ia tenang pada nazaknya...

Dan siapa banyak lalai dalam hidupnya...maka
ia akan lalai tak keruan semasa nazaknya.

Seseorang diajar mengucap semasa nazaknya...
tapi seolah-olah ia tak mendengar...
sebaliknya ia sibuk melakukan sesuatu seperti
menyusun daun...karana ia seorang kaki judi...

Seseorang yang pada petangnya sedang dalam
keadaan nazak...sibuk seperti sedang berbual
dengan seseorang mengenai kerja membina rumah..
kerana ia seorang tukang rumah dan ia meninggal
dunia keesokan paginya.

Kalau kita sentiasa mengerjakan sesuatu dengan
niat taat dan mencari keredhaan Allah...
tak kira apa kerjanya asalkan halal...maka
Insya Allah...hati akan terasa tenang
semasa menghadapi sakaratul maut...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan