Ahad, 24 Oktober 2010

AL HIKAM...Anda Iman Beri...Atau Iman Pinjam...?

Iman itu ada dua jenis...iaitu Iman Beri dan
Iman Pinjam...

Iman Beri itu ialah iman yang kekal dibawa
sesorang ke Alam Akhirat...dan membawa kepada
kehidupan kekal di Syurga...

Iman Pinjam itu ialah iman yang tuhan beri
kepada seseorang...tapi oleh kerana ia hanya
pinjaman...maka Tuhan akan mengambilnya balik
selewat-lewatnya ketika roh seseorang dicabut
dari badannya...

Iman Pinjam itu adalah untuk orang Beriman yang
bakal mati sebagai seorang kafir...dan akan
menjadi penghuni Neraka yang abadi...

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang
itu sekadar mendapat Iman Pinjam...

1.Amal yang tidak ikhlas...sentiasa riak..ujub
dan sebagainya...

2.Beramal baik...tapi dalam masa yang sama...
sentiasa beramal buruk...

3.Syirik...

4.Tak bersyukur dengan Iman...

Sebuah kata Hikmah menyebutkan...Siapa yang tidak
khuatir akan kehilangan imannya...nescaya benar-
benar ia akan mati tanpa imannya lagi...

Na uuzu billahi min zaalik...

Walllohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan