Sabtu, 2 Oktober 2010

...TEMPAT MATI...

Ada orang...
ia keluar rumah...
kerana nak pergi pekan...

Ada orang...
ia keluar daerah...
kerana nak pergi melawat
teman...

Ada orang...
ia pergi ke negeri lain...
kerana nak membeli belah...

Ada orang...
ia pergi ke negara lain...
kerana nak melancong...

Tapi seperkara...
mereka tak tahu...

Di tempat yang dituju
itu...
Malaikat maut sedang
menunggu....

Mereka itu...
keluar rumah dengan
gembira...

Padahal...sebenarnya...

Mereka sedang menghantar
nyawa...
kerana di situ...
adalah tempat matinya...

Dan ketika engkau melangkah...
adakah engkau pasti...?

...bahawa engkau itu...
bukan sedang menuju ke-
tempat kematian...?

( Seandainya Allah menentukan seseorang
itu mati pada suatu tempat yang jauh...
...nescaya...diadakan kepadanya sebab...
agar ia pergi ke tempat tersebut...
Maksud Hadis ).

Wallohu a'lam

Nota

Sungguh aneh...kita tahu bahawa suatu ketika
nanti..kita akan mati...
tapi kita berlagak...seolah-olah kematian itu
tak akan pernah terjadi...
dan kita terus menerus menunda taubat dan ke-
isafan...mungkin...sehingga segala-galanya
sudah terlambat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan