Khamis, 21 Oktober 2010

KHASIAT AFAHASIBTUM...Dan anjing pengesan kedatangan jin...?

Kadang-kadang...anjing itu dapat 'memberitahu'
kita akan kedatangan jin...

Satu malam...waktu bulan gelap...saya mendengar
sayup-sayup bunyi salakan anjing kerana jauhnya.

kemudian salakan anjing-anjing itu berhenti dan
diganti oleh salakan anjing-anjing yang lebih
dekat...

Apabila salakan anjing-anjing itu berhenti...
ia diganti pula oleh salakan anjing jiran sebe-
lah rumah...

Saya yang merasa tertarik dengan salakan-salakan
anjing tadi terus memasang telinga apabila sala-
kan anjing jiran berhenti...

Tiba-tiba terdengar suara menderam di luar rumah
...dua kali...dan saya amat pasti bukan deraman
anjing..tapi seolah-olah deraman suatu makhluk
yang lebih besar daripada anjing...

Dan ada satu petua..saya dah mencubanya beberapa
kali...iaitu khasiat ayat Afahasibtum...iaitu
Ayat 115,116,117 dan 118 Suroh Al Mukminun...

kalau anjing menyalak di luar rumah...kita nak
tahu samada ia menyalak makhluk halus ( jin ) atau
benda kasar ( manusia atau binatang )...

...Caranya...tumpukan perhatian anda pada bunyi
salakan anjing itu dan bayangkan seolah-olah
hati anda sedang memerhatikan makhluk yang di-
lihat oleh anjing tersebut...

...Kemudian baca Ayat Afahasibtum sekali saja.

Kalau anjing itu berhenti menyalak ketika anda
baru mula...atau sebaik saja anda habis memba-
canya...maka yang demikian itu menandakan anjing
itu sedang menyalak makhluk halus...dan makhluk
tadi dah lari...

Kalau anjing itu tak berhenti dan terus saja men-
yalak...maka bererti ia menyalak manusia atau
binatang.

Kalau tiba-tiba ia berhenti menyalak...kemudian
tak lama...anjing itu menyalak semula..maka kem-
ungkinan besar jin yang lari tadi...datang semula.

Ia bukan saja untuk anjing di sekitar rumah...
bahkan asalkan saja kita dapat mendengar bunyi
salakan anjing sayup-sayup dari jauh...maka kita
boleh guna kaedah yang sama...

( Kajian terbatas pada rakan-rakan dan uji sendiri
tapi anda boleh mengujinya...kerana kalau kita tahu
kedatangan 'musuh'..sekurang-kurangnya kita dapat
berikhtiar...sediakan payung sebelum hujan...

...tentu saja kedatangan makhluk halus itu ikhtiar-
nya berbeza daripada persediaan menghadapi sebarang
gangguan dari makhluk kasar...

...persediaan juga kalau diniatkan untuk menjaga
diri...keluarga dan harta dengan niat mencari kered-
haan Allah...maka ia jadi ibadah...iaitu jadi amal
Akhirat...Wallohu a'lam..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan