Selasa, 2 November 2010

AL HIKAM...DIAM RASULULLAH SAW...

Pada diamnya Rasulullah SAW itu ada
4 perkara...

1.Tenang hati...

2.Berjaga-jaga...

3.Memikirkan tentang takdir dan ke-
hendak-kehendak Allah...

4.memerhatikan kekuasaan Allah...

Wallohu a'lam.

Siapa ada padanya 4 perkara...nescaya
diampuni Allah dosa-dosanya walaupun
penuh dari hujung rambut ke hujung
kaki...iaitu...

1.Syukur...

2.Malu...

3.Tenang hati...

4.baik akhlak..

( huraian maksud hadis )

Wallohu a'lam

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudaraku,
    Alhamdulillah dpt bertemu blog ini. Saya ada soalan ingin saya tanyakan pada saudara. Sejak kebelakangan ini, apabila saya menunaikan solat, saya dapati ada titik kecil yg bersinar/bercahaya di mata pandangan saya. Saya tidak amal seberang ilmu, hanya sekadar wirid & doa selepas solat. Boleh tolong jelaskan? Terimakaseh. Assalamualaikum.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam aqustix...

    Nampaknya maklumat tersebut tak cukup untuk
    kita buat sebarang kesimpulan..cuma untuk
    asasnya...baik aq. minta scan pada mana-mana
    perawat yang pakar dan terpercaya...

    Sebabnya benda tersebut muncul hanya pada
    masa solat...dan mungkin menjejaskan kekhu-
    syukan...dikhuatiri ia adalah sejenis gang-
    ggaun...kerana...
    'Benda-benda baik' tak akan mengganggu se-
    seorang yang sedang menghadap Tuhannya...

    Untuk sementara ni...saya pelawa aq. meru-
    juk kepada tajuk-tajuk awal blog ini ter-
    utama catitan-catitan mula bulan jun hingga
    novembar 2009...yang menengahkan serba sedi-
    kit tanda-tanda gangguan pada diri seseorang.

    Saya pernah terbaca satu kisah tentang Wali
    Allah besar syeikh Abdul Qodir Jailani.
    ketika ia sedang duduk pada tempat ibadahnya
    tiba-tiba datang satu cahaya yang sangat
    indah...dan dari cahaya indah itu terdengar
    suatu suara " Wahai hambaku...sesungguhnya
    aku adalah Tuhanmu...mulai dari saat ini...
    Aku halalkan segalanya yang dulu Aku haram-
    kan untukmu..."

    Tapi Syeikh itu berkata " pergilah...engkau tu syaitan...."

    Jawab suara ghaib tu " benar engkau wahai Syeikh...sesungguhnya Aku telah berjaya men-
    yesatkan para Wali-Wali Allah lain dengan cara ini...tapi engkau tak terpedaya kerana ilmumu
    yang sangat tinggi..."

    Syeikh Abdul Qodir Jailani berkata " janganlah
    engkau cuba memperdayakan aku sekali lagi...
    sesungguhnya bukan ilmu...tapi Allah yang
    melindungiku dari kesesatan..."

    Kita boleh mengambil iktibar dari kisah ini.
    Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. saya juga pernah jadi begini...tapi bukanlah selalu kadang2.. amat pelik..tiba2 satu bintik yang bersinar pada tikar sejadah..

    harap penjelasan dari Tuan Junied..

    BalasPadam
  4. Tuan Junied..

    boleh ceritakan tentang orb.?

    http://www.rense.com/general49/Orb12.jpg

    BalasPadam
  5. Saya tak biasa dengan istilah orb..tapi kalau
    tak silap ia yang seperti bentuk cahaya putih?

    Kalau bukan biasan cahaya pada debu...atau
    serangga...atau barang benda pemantul cahaya
    ...dan ia adalah makhluk halus...maka ia adalah jin...tak ada jenis makhluk lain...

    Bentuk yamg biasa dilihat setempat adalah bola
    cahaya berwarna biru...merah...dan sebagainya
    yang bergerak dalam kegelapan malam...atau
    diam pada satu-satu tempat seperti terapung-
    apung...maka ia adalah jin...

    kadang-kadang ia adalah bentuk penyerupaan jin yang boleh dilihat apabila jin itu berpindah
    secara terbang dari satu tempat ke satu tempat.

    kemudian satu bentuk lagi...ia bercahaya merah
    dalam gelap...dan berkelip-kelip...atau seperti bara yang ditiup...sekejap kecil
    sekejap besar...biasanya ada dua...maka ia ke-
    mungkinan besarnya adalah mata jin...

    Kemudian bentuk lain adalah seperti cahaya pu-
    tih berekor yang biasanya disebut ilmu tuju-
    tuju...dan ia adalah telur ayam berisi jarum
    yang kalau menjadi...masuk ke dalam perut se-
    cara sihir...
    cahaya putih itu adalah benang dan biasanya
    dapat dilihat pada waktu bulan gelap...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. terima kasih Tuan Junied..amat Membantu..semoga bertambah ilmu saudara..

    BalasPadam