Jumaat, 12 November 2010

JERITAN ROH GILA...???

Jam 9.30 malam...saya pulang berjalan kaki
dari ziarah ke rumah seorang saudara yang
kematian ayahnya...

Malam bulan gelap tanpa lampu suluh...ketika
sampai ke satu jalan yang diapit oleh kebun
getah di kanan kirinya...
saya terhenti seketika...ada suatu bunyi de-
sisan bergema dari pokok ke pokok...

Mungkin bunyi serangga...saya meneruskan per-
jalanan...

Baru lima langkah...saya terhenti...bunyi itu
menjadi jelas...suara seorang lelaki yang men-
jerit dengan nada yang sangat tinggi...

Suaranya bergema di sekitar kawasan saya ber-
diri...

Setelah membaca Ayat Kursi...saya meneruskan
langkah sambil berzikir...

Suara jeritan itu terus bergema dan berulang-
ulang di sepanjang jalan...

Lima puluh meter dari tempat suara tadi mula
kedengaran...langkah saya terhenti lagi...
kini suara lelaki menjerit itu sangat jelas
tanpa suara gema...

Ia seperti suara lelaki gila yang menjerit.

Nadanya dari rendah...semakin tinggi dan ti-
nggi...kemudian perlahan-lahan menurun dan
terhenti...kemudian ia berulang...

Oleh kerana jalan tar...hanya jalanraya yang
kelihatan...tanpa bulan...tanpa sebarang
cahaya dari mana-mana...dan di tambah oleh
'hutan' pokok getah...saya tak dapat melihat
sesuatu samada di kanan atau kiri jalan...
kecuali bayangan hitam dahan-dahan pokok...

Setelah beberapa lama memerhati...
Saya akhirnya dapat mengesan arah asal suara
jeritan itu...tapi yang kelihatan hanyalah
kepekatan malam...

Hampir sepuluh minit saya berdiri...akhirnya
meneruskan perjalanan kerana tak ada sebarang
tanda akan nampak sesuatu di sana.

Pada jarak seratus meter...suara itu hilang
begitu saja...kebetulan saya mula sampai ke
kawasan sebuah kampung...di mana rumah-rumah
kediaman terdapat di sepanjang jalan...

Dua tahun kemudian...seorang rakan mencerita-
kan suatu kejadian...
dan saya kembali ke tempat yang pernah saya
berdiri dulu...

...dan saya dapati...suara itu datang dari
arah sebuah rumah kosong yang terletak hampir
lima puluh meter jauhnya dari jalan raya...

Dua tahun sebelum kejadian itu seorang guru
pernah menyewa rumah tersebut dan mati di-
dalamnya kerana terlebih dos dadah.

Ulasan...

1.Sebuah Hadis bermaksud...siapa yang mati
dalam keadaan mabuk...akan dibangkitkan di-
Akhirat kelak dalam keadaan mabuk...

2.Matinya dalam perbuatan dosa...maka rohnya
terus terperangkap di rumah itu kerana bumi
tak dapat menerimanya...

Ulasan kepada ulasan...

Ulasan pertama itu dari maksud Hadis...maka
kita yakin dengannya...

Ulasan kedua itu dari fikiran lojik semata-
mata tapi tak berpandukan kepada keterangan
agama...sedangkan semua itu adalah tipudaya
jin semata-mata.

Antara kemungkinannya...selain daripada tu-
juan menyesatkan manusia...jin itu sengaja
memperdengar-dengarkan...kerana seandainya
seseorang itu ketakutan...hilang semangat
maka kemungkinannya jin itu akan mengikut-
nya pulang...atau melompat masuk ke dalam
tubuhnya...

Maka jadilah saya sakit gangguan kerana di-
rasuk 'roh orang' mati mabuk dan terlebih
dadah.

Alhamdulillah...Tuhan tak izinkan...
tapi saya dapat memberitahu anda apa akan
jadi seandainya jin penyamar itu masuk ke-
dalam jasad anda...

...anda akan rasa sangat 'pening kerana
sangat mabuk'...kepala penuh angin...rasa
naik gila dan rasa nak menjerit-jerit tanpa
sebarang sebab munasabah...

...dan selebihnya...Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan