Iaitu apabila bahagian otak dan mata anda di-
masuki atau dikuasai angin bisa jin...
maka antara kemungkinan yang akan anda rasai
adalah...
1. Anda mungkin dapat membayangkan sesuatu
kejadian yang sedang berlaku di tempat lain.
2. Anda mungkin dapat membayangkan sesuatu
kejadian yang telah berlaku pada sesuatu
tempat..atau pada seseorang...
...termasuk kejadian yang telah berlalu sejak
bertahun-tahun lalu...
3. Anda mungkin dapat melihat makhluk-makhluk
halus atau terbayangkan makhluk-makhluk halus
ketika anda menutup mata...
4. Anda mungkin dapat melihat makhluk-makhluk
halus yang mendampingi anda...atau orang lain
atau yang mendiami pada sesuatu tempat...
5. Anda dapat berhubung dengan makhluk-makhluk
halus...termasuk jin yang mengaku sebagai roh
orang mati...atau roh orang hidup...
6. Anda dapat mengetahui sesuatu tempat itu sa-
mada ia dihuni oleh makhluk-makhluk halus atau
tidak...
7. Anda dapat mengesan sesuatu benda itu samada
ia benda sihir atau tidak...samada tulin atau
tidak...dan sebagainya...
8. Anda dapat membayangkan tempat..atau mengesan
benda-benda yabg hilang...disembunyikan...atau
ditanam ( sihir ) dan sebagainya...
9. Anda dapat menilik orang atau barang-barang
hilang...
10. Anda dapat menilik punca sakit seseorang ter-
utama apabila sakitnya itu dari sebab gangguan
jin...
11. Anda dapat mengesan cubaan...atau serangan
jin dengan cepat...
' KHASIAT ' LAIN...
12. Anda sangat pelupa...
13. Anda selalu bingung tanpa sebab munasabah...
14. Anda selalu merasa berat kepala...seperti
menanggung benda berat...
15. Anda selalu atau sentiasa rasa mengantuk ta-
npa sebab munasabah...
16.Anda selalu merasa sakit kepala...
17. Anda sukar menumpukan perhatian pada pela-
jaran..dan mungkin sangat malas belajar dan per-
gi ke sekolah...
18. Anda mungkin selalu hilang ingatan atau kese-
daran...
19. Anda selalu pitam tanpa sebab munasabah...
20. Anda selalu kerasukan...
21. Anda sangat suka berkhayal dan melamun...
22. Anda mungkin merasa melakukan sesuatu...sedang-
kan anda hanya berdiam pada satu tempat tanpa me-
lakukan apa-apa...
23. Anda merasa pergi ke mana-mana sedangkan anda
hanya duduk diam...
24. Anda mungkin merasa pergi ke suatu tempat yang
indah...padahal anda sebenarnya pergi ke hutan...
atau sebagainya...
25. Anda mungkin merasa ditemani oleh seseorang..
atau ramai orang...sedangkan anda hanya sendirian.
26. Anda mungkin merasa mengalami sesuatu kejadian
buruk...sedangkan itu semua hanya sesuatu yang ber-
main dalam fikiran anda sendiri...
27. Anda sangat pintar...ada-ada saja idea yang men-
curah-curah datangnya semasa anda bercakap termasuk
sesuatu yang tak anda sangkakan sebelumnya...
...kerana anda merasa ada sesuatu yang terus membi-
sikkan anda berbagai idea yang tak putus-putus...
' KHASIAT ' LAIN...
28. Anda mendengar suara atau bisikan dalam kepala
anda sendiri...
29. Anda merasa gerak fikiran buruk...atau ganjil...
30. Anda selalu bermimpi aneh...
31. Anda selalu bermimpi buruk...
' KHASIAT ' LAIN...
32. Anda selalu lupa solat...
33. Ada bisikan atau hasutan dalam fikiran yang ser-
ing menyuruh menunda atau meninggalkan solat...
34. Anda rasa bingung setiap kali masuk waktu solat
tanpa sebarang sebab munasabah...
35. Anda merasa sangat mengantuk apabila berniat nak
solat...
36. Fikiran anda melayang-layang semasa solat...
37. Anda sangat mengantuk atau pening semasa solat...
dan mungkin tertidur semasa solat...
38. Anda merasa sangat letih semasa solat...
39. Anda selalu lupa rakaat solat...
40. Anda sentiasa dikuasai oleh rasa was-was sebelum
...semasa atau selepas solat...
41. Anda sentiasa memikirkan solat anda tak sah...
atau sia-sia...atau membuang masa..atau hanya meng-
undang kemurkaan Tuhan dan sebagainya...
' KHASIAT ' LAIN ....
42. Anda suka membayangkan bermacam-macam perkara yang
bukan-bukan...tentang diri anda..tentang apa yang anda
nak buat...atau mengenai orang lain...
43. Anda suka bersangka buruk terhadap orang lain...
44. Anda suka menyangka buruk terhadap takdir Tuhan...
45. Dalam fikiran anda penuh perkataan-perkataan atau
ayat-ayat yang kasar...kejian...hinaan...dan sebagai-
nya yang berpunca dari bisikan jin dalam otak...
46. Anda dapat membayangkan sesuatu yang sedang atau
telah dibuat oleh seseorang samada orang itu dekat
atau berada jauh dari anda..
47. Anda suka memikirkan apa saja perkara yang buruk.
' KHASIAT ' LAIN...
48. Mata anda merah bercahaya...
49. Pandangan mata anda sentiasa meliar tak tentu arah.
50. Anda tak tahan memandang cahaya terang...
51. Anda tak dapat menentang mata orang lain...
52. Pandangan mata anda menakutkan atau menggerunkan
orang lain...
53. Anda sering memandang ke satu-satu arah tanpa se-
barang niat...kadang-kadang secara spontan...
54. Mata anda rasa pedih tanpa sebab munasabah...
55. Anda boleh melihat tembus isi badan manusia.
56. Anda dapat melihat jin pada badan manusia...
57. Pandangan mata anda dapat memukau...membuat orang
merasa pening...pitam atau kerasukan...
58. Pandangan mata anda dapat membuat orang jatuh sakit.
LAIN-LAIN...
59. Anda sentiasa berfikir nak buat benda buruk...
60. Anda suka mengasingkan diri...
61. Anda merasa bingung semasa berada di khalayak ramai
tanpa sebab munasabah...
62. Anda sentiasa mendengar suara atau bisikan yang men-
yuruh anda melakukan sesuatu...terutamanya perkara buruk.
63. Anda sentiasa mendengar bisikan atau suara yang meng-
ajar anda berbagai ilmu...atau memberitahu anda berbagai
perkara terutamanya yang anda tak tahu...
64. Anda sukar tidur malam...tanpa sebab munasabah...
65. Secara lebih khusus untuk pelajar dalam kelas...
a. Anda selalu berkhayal...atau hanyut dalam khayalan
hingga anda tak dapat memberi perhatian kepada peng-
ajaran guru...
b. Anda tak ada minat nak belajar...rasa bosan...
c. Anda selalu mengantuk...atau mungkin tertidur dalam
kelas...
d. Anda merasa pening atau sakit kepala tanpa sebab...
e. Fikiran anda ' sibuk ' nak bermain atau nak buat
hal dalam kelas...
f. Fikiran anda berat nak berfikir...maka anda sukar
faham...
66. Anda merasa pening atau sakit kepala...atau rasa
nak pitam...atau rasa akan kerasukan...apabila anda
anda mendekati orang yang ada amalan pendinding diri
yang kuat...atau orang yang ada gangguan jin yang kuat
dalam dirinya...
67. Anda merasa bingung...pening...atau sakit kepala
...atau akan kerasukan berada di hadapan orang ramai
atau berada di khalayak ramai...
...atau berada di suatu tempat yang di huni oleh jin
yang banyak...( tempat keras ).
68. Anda pening...atau sakit kepala...atau nak pitam
apabila anda solat...
69.Anda merasa pening atau sakit kepala...tertidur...
atau rasa akan kerasukan apabila mendengar bacaan Ayat-
ayat Al Qur'an...
70. Anda merasa pening...atau sakit kepala...atau nak
pitam...tertidur...atau rasa akan kerasukan apabila
membaca Ayat-Ayat Qur'an terutama suroh atau ayat-ayat
yang biasa digunakan sebagai Rukyah...
71.Anda merasa pening...atau sakit kepala..atau nak
pitam...atau akan kerasukan apabila bertentang mata
dengan orang yang ada amalan pendinding diri yang
kuat...atau ada gangguan jin yang kuat...
72. Anda merasa pening atau sakit kepala apabila ter-
ingat kepada seseorang yang ada gangguan jin yang
kuat.
73. Anda merasa pening...atau sakit kepala...atau ra-
sa akan kerasukan apabila bercakap dengan seseorang
yang ada gangguan jin yang kuat..samada melalui tel-
efon...atau internet...atau sebagainya...
74. Anda merasa pening atau sakit kepala apabila anda
terkena cahaya matahari...atau mungkin pitam apabila
berjemur di bawah sinar cahaya matahari pada masa
yang agak lama...
75. Anda merasa pening...atau sakit kepala...atau
rasa panas kepala...atau merasa bingung...atau rasa
nak pitam apabila meminum Air doa...( terutama air
doa ayat-ayat Qur'an
...dan sebagainya...
ASAL-USUL JIN DALAM KEPALA...
1. Jin saka keturunan...
2.Jin saka ilmu sihir atau ilmu bersih yang tak
cukup kuat pembenteng jinnya...
Contohnya...banyak ilmu yang berkaitan dengan zikir-
zikir atau doa...atau ayat-ayat mudah...yang mungk-
in tujuannya untuk perubatan...pengasih...pendinding
diri dari kejahatan manusia...dan sebagainya tapi ia
bukan untuk pembenteng segelintir ' jin lasak '...
3. Jin tangkal keturunan...atau tangkal yang anda
jumpa...atau ambil di mana-mana...
4. Jin barang-barang terutamanya barang lama atau
antik...yang diisi pendamping...atau...
Kadang-kadang manusia membuang sesuatu...atau ter-
cicir sesuatu...contohnya senjata...gelang...cincin
atau sebagainya...
...dan ketika masa ia terletak...atau terperosok...
atau terkubur di mana-mana...masa itu ada jin yang
datang dan menjaganya...
Maka apabila dikutip oleh seseorang...jin itu akan
mengikutnya...
5. Jin ilmu yang tiada atau kehilangan tuan...dan
nak cari tuan atau ' rumah ' baru...
6. Jin sihir yang dikirim kepada anda...
7. Jin yang anda dapat daripada rawatan ilmu sihir.
8. Serangan dari jin sihir atau jin saka orang lain.
9. Jin yang berkeliaran di sekkitar anda di mana-
mana juga...
10. Jin yang tinggal serumah dengan anda...
11. Jin yang tinggal di sekitar rumah anda...
12. Jin yang lalu lalang melalui rumah..atau ber-
hampiran rumah anda...
13. Jin yang membalas dendam kepada anda atas ses-
uatu perkara...kerana anda mungkin menyakitinya...
menyakiti atau membunuh keluarga...rakan-rakannya
dan sebagainya...
14. Jin dari pesakit yang anda rawat...
15. Jin dari bomoh yang turut merawat pesakit
anda...
16. Jin liar yang secara kebetulan masuk ke dalam
diri anda atas sesuatu kebetulan atau peluang...
17. Jin saka orang lain yang lebih suka kepada
anda...maka ia berpindah...
18. Jin yang mendampingi anda atas dasar kawan
atau jaga dan sebagainya...
...dan sebagainya...
RISIKO ADA BISA JIN DALAM KEPALA...
1. Jin dalam badan anda akan menjadikan kepala
anda sebagai tempat diamnya...maka apa saja pen-
yakit boleh timbul padanya...( penyakit dalam
kepala...termasuk berkaitan gangguan pada baha-
gian otak...)
Ia mungkin sekadar pening...tapi boleh pula ke-
tahap menjadi kanser otak...atau koma...atau
sebagainya...
2. Kalau anda diserang jin...tak kira dari mana
asal usulnya...maka sangat besar kemungkinannya
kepala anda akan turut menjadi sasaran..atau
malah hanya kepala anda saja menjadi sasarannya.
3. Sebagai adat berdamping dengan jin...ke mana-
mana pun anda berkemungkinan besar menjadi sasa-
ran serangan jin dari mana juga...samada yang
mendampingi manusia lain...yang berkeliaran...
yang diam pada mana-mana tempat...atau jin liar
...dan sebagainya...dan kemudian...kepala anda
berkemungkinan besar menjadi sasaran serangan-
nya...
Ia mungkin sekadar menguji ilmu...dengki...benci
...' lain geng '...kebetulan atau sebagainya...
...dan sebagainya...
BENTUK-BENTUK SAKIT KEPALA KERANA GANGGUAN JIN
1. Kepala rasa seperti dihimpit...
2. Kepala seperti rasa di picit..atau ditekan
pada mana-mana bahagian...
3. Kepala rasa seperti dikorek...
4. Kepala rasa seperti dipukul benda tumpul...
5. Kepala rasa seperti ditikam atau dicucuk
benda tajam...
6. Rasa jarum menyucuk di luar kepala...
7. Rasa jarum menyucuk di dalam kepala...
8. Kepala rasa macam nak pecah...
9. Kepala rasa macam nak terbelah...atau rasa
terbelah...
10. Kepala rasa macam nak meletup...
11. Sakit berdenyut-denyut dalam kepala...
12. Otak rasa macam nak pecah...nak meletup...
dan sebagainya...
13. Kepala terasa berlubang...atau hilang tem-
purung...maka baru di sentuh sahaja pun...rasa
amat sakit...
14. Rambut terasa seperti di tarik...
...dan sebagainya...
Kepala mungkin rasa sakit keseluruhannya...
atau hanya sebelah...atau hanya pada bahagian-
bahagian tertentu sahaja...
Dan sebagainya...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan