Pihak hospital cuma menyediakan kemudahan
pengangkutan percuma...
Tapi kos 'scan' dan rawatan ditanggung se-
diri...
Rakan yang mengalami sakit seluruh tubuh...
terutamanya pada bahagian kepala itu sudah
berada di hospital sejak beberapa hari lalu.
Oleh kerana kemudahan yang belum lengkap...
maka urusan 'scannya' dibuat diklinik swa-
asta...
Untuk 'scan' bahgian kepala sahaja...kosnya
lebih kurang Rm 400.00...bahagian perut Rm
200.00...dan itu belum termasuk 'scan' bah-
agian dada...
...juga tak termasuk kos ubat-ubatannya...
serta keperluan perbelanjaan makan minumnya
yang semuanya ditanggung oleh pesakit sen-
diri.
Masa yang diambil...untuk satu perjalanan
Ranau-KK...2 jam...maka pulang balik 4
jam...dan tak termasuk masa yang diambil
untuk seluruh proses 'scan' dan rawatan.
Rakan itu dikatakan mengalami jangkitan
virus pada bahagian kepalanya...
Tapi ada kisah lain...3 hari selepas rakan
itu ditahan di hospital...saya cuba 'scan'
dengan tenaga dalam...dengan menggunakan
tapak tangan melalui bahagian ubun-ubunnya.
Ketika itu ia mengalami sakit kepala yang
agak kuat...tak dapat berbaring...
malah baru disentuh sedikit dengan hujung
jari sahaja pun...ia dah mengerang kesakitan.
Tiga minit 'scan'...rakan itu merasakan ke-
palanya berlubang besar...iaitu pada semua
bahagian yang sakit...dari ubun-ubun ke ba-
hagian tengkuk...malah ia merasakan tempur-
urung kepalanya tak ujud...
Dari lubang itu...saya dapat merasakan wap
panas keluar dan terasa pedih apabila ia
menyentuh kulit tapak tangan...
Saya menggunakan Rukyah...dan pernafasan
tarik untuk menarik angin bisa itu terus
keluar...
Untuk beberapa minit awalnya...saya ter-
paksa mengangkat tangan beberapa kali un-
tuk melegakan rasa pedas angin bisa...
Dua puluh minit pengisian dan rawatan...
saya menekan hujung jari kebahagian bel-
akang kepalanya...ternyata rakan itu tak
mengaduh sakit lagi...
Lubang itu juga tinggal sebesar duit syi-
ling 50 sen...menunjukkan laluan anginnya
masih terbuka...dan masih ada angin bisa
dalam badan serta kepalanya walaupun ia
dah jauh berkurangan...
Ia memerlukan rawatan yang berterusan...
dengan air doa dan pengisian Rukyah serta
pernafasan...
Petangnya...rakan itu dah boleh berbaring
dengan lebih selesa...
Tapi rawatan saya hentikan...apabila ibu-
bapanya memilih bomoh sebagai perawat...
dan bomoh itu mengingatkan bahawa ia tak
mahu ada sesiapa orang lain yang merawat
rakan itu selagi ia merawatnya...
Rupanya pada hari sebelum itu...sebaik sa-
ja bomohnya keluar...saya pula merawatnya.
Dan jam 1 pagi...ada sesuatu melanggar jen-
dela bilik saya...tak lama kemudian rumah
terasa bergegar seperti dilanggar benda
besar...
( Ia adalah tanda ada jin cuba masuk rumah
tapi terlanggar 'pagar'...biasanya menun-
jukkan ia tak berjaya tembus ke dalam...
maka saya maklum dengan syarat bomoh itu )
Lima hari kemudian...kepala rakan itu ma-
sih belum pulih sepenuhnya...ia masih me-
rasa pening...dan air mukanya seperti agak
kebingungan...
Ia bermimpi aneh...dan mula terkejut masa
tidurnya kerana nafas tertahan...
Ia menunjukkan ada gangguan pada bahagian
kepala dan dadanya...
Secara peribadi...saya yakin rakan itu...
( yang sebenarnya adalah keluarga terdek-
at )...ada ubatnya yang bukan pada rawat-
an hospital...dan sekiranya ia dilepaskan
kepada hospital sahaja sejak awal-awal
lagi...maka semakin banyak ubat...proses
rawatan...masa dan perbelanjaan terpaksa
dikeluarkan...
Maka bagi mana-mana penyakit...yang bukan
bidang hospital...maka risiko lain akan
timbul seperti ubat dan ujian yang tak
diperlukan...
Wallohu a'lam
NOTA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan