Khamis, 28 April 2011

Al Kisah...Al Khadam...

1.Seekor khadam tenaga dalam telah mera-
suki seorang rakan semasa ia berkerja di-
semenanjung lagi...

Saya tahu ia jin tenaga dalam...apabila
saya melawatnya dirumah...sebaik sahaja
saya berpaling untuk pulang...rakan yang
sedang dalam rasukan itu meluruskan jari
telunjuk kanannya ke atas dan membuat
isyarat bulatan kecil...dan ia adalah
salah satu isyarat untuk tujuan perubatan
atau serangan...( seorang adik kemudiannya
memberitahu saya mengenainya ).

Hasilnya...saya mengalami sakit kepala
hingga ke jam 11 malam...dan ini tak meng-
hairankan...kerana rakan itu juga mengalami
serangan yang sama..pada bahagian kepala...

Maka ini menunjukkan kepakaran jin tersebut.

Rakan itu tak ada sebarang masalah pada kaki-
nya...tapi ia tak dapat berdiri...

Apabila di'scan'...saya dapati jin masuk dari
atas kepala...hingga ke paras pinggangnya...
dan saya tertanya-tanya...adakah ia tak dapat
berdiri itu kerana kakinya tak dapat menangg-
ung berat jin khadam yang merasuki bahagian
atas badannya??...wallohu a'lam...

Beberapa minggu kemudian rakan itu meninggal
dunia dari sebab sesuatu penyakit pada otaknya.

2.Pada masa mudanya...pakcik itu hebat...

Dengan khadamnya...semua orang yang pernah men-
cuba ilmunya ternyata menjadi kosong...iaitu
hilang kepandaiannya...

Pakcik itu telah membuang ilmunya...tapi jin
khadam ilmu tersebut sebaliknya masuk tinggal
dalam perut...

Bertahun-tahun menderita...keluar masuk hospital
akhirnya pakcik tersebut meninggal dunia kerana
barah perut...

3.Seorang pakcik juga perawat berkhadam...ia
selalu berhubung dengan khadamnya dalam mimpi
untuk apa sahaja urusan perubatan atau member-
sihkan sesuatu kawasan keras...

Akhirnya pakcik itu meninggal dunia secara meng-
ejut...dan sebab meninggal...disyaki penyakit
jantung...( menurut pemeriksaan hospital ).

Kemudiannya saya mengetahui...dua orang cucunya
juga meninggal dunia secara mengejut dan salah
seorang daripadanya meninggal dunia setelah jat-
uh sakit secara tiba-tiba...tak sampai 24 jam...
dan tanpa sebarang sebab yang dapat dikenal pasti.

4.Seekor khadam jin Islam yang dilihat tuannya ber-
serban jubah serba putih...tampan dan bertubuh be-
sar...merasuki tubuh seorang kakak...

Sangat bijak berkata-kata...manis...penuh kelembu-
tan..selalu berdakwah...tapi saya cukup meluat den-
gannya...dan khadam itu juga cukup meluat dengan
saya...

Ia memperkosa kakak itu hampir setiap malam hingga
beberapa lama...kemudian menceraikan antara mereka
laki bini...menyakiti anak-anaknya hingga selalu
demam...dan menghalang mereka hingga semuanya ber-
henti sekolah dalam sekolah rendah kerana berbagai
gangguan...kecuali seorang...

Setelah bercerai pun...khadam jin Islam itu masih
datang mengganggu bekas suaminya...

5.Saya difahamkan...abang rakan tersebut mula di-
datangi khadam Jin Islam setelah gurunya menyuruh
ia menelan sekeping kertas yang dikatakan ada tu-
lisan jawi...

Sejak itu abangnya selalu merasa berada di satu ka-
mpung yang aneh dengan orang-orang yang tak dikena-
linya...

Kemudian ia suka melamun...dan menulis sepanjang ma-
sa...tak tidur siang malam...malah seolah-olah lupa
makan...

Setelah Ustaz merawatnya...dan ia mengambil ijazah
Iman Therapy...abang rakan itu sihat beberapa bulan.

Kemudian ia mula meninggalkan amalan...dan tiba-tiba
ia berkata pada rakan tadi...haram beramal dengan
ayat-ayat Qur'an dengan tujuan selain kerana Allah
termasuk dengan tujuan pendinding diri...kerana jatuh
syirik...

Saya mula terpengaruh dengannya...tapi apabila ada
hadis yang meneyebutkan amalan 3 Qul Rasulllah SAW
sebelum tidur...dan disapu pada badan baginda...
baru saya sedar tipu helah Jin Islam tersebut.

Apabila abang rakan itu berhenti beramal...jin itu
mula menguasainya semula...dan satu ketika rakan
tadi telah terbaca pada satu tulisan abangnya yang
di bawah pengaruh khadam tersebut...

Iaitu senarai ahli ajaran sesat...maka dibawahnya
nama ustaz...nama saya...nama rakan tadi...kemudi-
an salah seorang lagi adiknya yang juga ahli
Iman Therapy...

Minggu kemudiannya...abang rakan tersebut pergi
ke pekan dan membeli beberapa tin arak dan meminum-
nya...

Minggu lalu beritanya...abangnya yang pergi ke lad-
ang mereka yang jauh dikawasan bukit (dan rakan tadi
perasan...untuk mengelak sebarang rawatan berdepan)
...sentiasa menjaga solat lima waktunya...tapi setiap
kali selepas memberi salam dan sebelum berdiri...ia
terlebih dahulu membuat isyarat salib pada dahi dan
dadanya...( Khadam Jin Islam katakan...macam macam
boleh jadi...).

Berita terbaru pagi tadi...dah tak ada lagi isyarat
lambang tersebut...cuma ada tanda...jin itu belum
melepaskannya...

wallohu a'lam

22 ulasan:

  1. salam encik

    saya ada satu soalan. adakah kalau kita dapat melihat dan berkomunikasi dengan jin, kita dikira mempunyai khadam?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam sonnet...

    Kalau dapat berkomunikasi dengan jin maka...
    ia antara berikut...

    1.Ada jin (khadam) dalam badan...

    2.Ada angin bisa jin dalam badan...

    3.Jin itu sengaja menampakkan diri...

    4.Kebolehan bersih...iaitu gerak hati yang
    tajam...biasanya melalui amalan dan latihan.

    ...tapi ia tak akan nampak jin...hanya dapat
    merasakan kehadiran jin mengikut tingkat
    ketajaman hati masing-masing...

    Namun jika ia nampak jin...terang macam nam-
    pak orang dan boleh berkomunikasi dengan me-
    reka...secara umumnya adalah kerana ada jin
    dalam badannya...

    Jin yang ia nampak itu kadang-kadang adalah
    khadamnya...tapi kadang-kadang seseorang itu
    tak akan nampak khadamnya yang berada dalam badannya sendiri..tapi kehadiran khadam itu
    membuatkan ia boleh nampak dan berkomunikasi
    dengan jin lain...

    Sebaiknya seseorang yang boleh nampak dan
    berkomunikasi dengan jin itu cari kepastian
    dengan minta 'scan' atau cuba mengenali tan-
    da-tanda kehadiran jin dalam diri...dan
    beramal serta jaga amalan...

    ...kerana kehadiran jin dalam badan akan ada
    akibatnya samada pada masa-masa terdekat...
    atau jangka masa panjang...samada pada diri
    keluarga atau keturunan...

    Kehadiran jin dalam badan juga memungkinkan
    anaknya bakal mewarisi jin saka...

    Bagi lelaki...jin dalam badannya itu sangat
    besar kemungkinannnya akan mengganggu isterinya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. rakan saya boleh berkomunikasi dengan jin. apabila saya bertanya pada dia, dia kata dia hanya boleh dengar suara sahaja. rakan saya tu tidak nampak jin dengan jelas seperti mana dia nampak orang biasa.

    dia menceritakan pada saya yang dia dapat bercakap dengan jin sejak kecil lagi. masa dia kecil, dia dapat nampak jin cuma dia tak tahu nak bezakan jin dan orang biasa.

    saya pernah tanya adakah jin tu saka dia. dia kata keluarga dia tidak ada membela saka

    BalasPadam
  4. Ada kemungkinan besar..ada sesuatu yang
    mendampinginya ke mana-mana...tapi seba-
    iknya minta 'scan' untuk mendapat
    kepastian...

    Tentang asal usul saka...Saka tak semesti-
    nya berasal daripada keluarga sahaja...
    malah boleh daripada jin bekas peliharaan
    orang lain yang memilih kita...atau
    jin pada satu-satu tempat...kediaman
    berhampiran...tangkal buang dan sebagainya.

    Kalau dengar suara sahaja...maka kemungkinan
    besar ia ikut dari luar sahaja...yang pasti
    ianya adalah jin...

    Tapi pada keadaan biasa...sebaiknya ia ada
    amalan pendinding diri...kerana pada kes
    biasanya...benda-benda itu ditakuti akan
    mencampuri urusan kehidupannya...

    Wallohu a'lam

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Mengikut pengakuan 3 orang bekas murid ust Muhamad (imantheraphy):Ust Embran mengatakan bahawa buku amalan imantheraphy telah dihantar kepusat dakwah untuk diteliti oleh pakar disana dimana sewaktu penyerahan buku tersebut,ust Muhamad senghaja melakap (mencabut)3 keping muka surat amalan dalam yang disembunyikan dari pihak pusat dakwah dan setelah disahkan kebenaran amalan tersebut tidak bertentangan dengan akidah atau ciri2 amalan sesat barulah dia menyimpan balik 3 keping muka surat tersebut. Akhirnya pada 2007,ust embran pun menghantar balik ketiga2 muka surat tersebut kepusat dakwah dimana akhirnya ianya telah dikaji dan dihantar kepejabat mufti dan disemak oleh Ust Abu qassim (juga menjadi ketua darulshifa brunei) dan akhirnya dia membuat laporan bahawa amalan tersebut diragui. Salah 1 amalan yang disembunyikan itu adalah amalan tenaga dalam yang berbunyi " Allah7x ya allah,hadirkanlah tenaga dalam imanteraphy kedalam diriku,jurus tenaga dalam tenaga batin tenaga ghaib kedalam tubuhku.... serta dengan amalan pernafasaan..... setelah disiasat oleh ust abu qassim,ust muhamad Abdullah tidak pernah mengambil ijazah didarul shifa sebelum 2007 seperti yang pernah didakwanya

    Ust ibrahim mengatakan bahawa ust muhamad memang banyak berguru dimana salah seorang gurunya adalah seorang amalan ajaran sesat iaitu ust Amin (almaunah) dimana semua amalan yang dikutipnya dari guru2 yg lain semua diubah suainya tanpa kebenaran guru yang asal.

    Hj Amin mengatakan,salah satu amalan yang dia dapati salah adalah pernah diajar jurus pukau dan dia selalu mendapati ust muhamad sering mengunakan amalan jurus pukau tersebut dan amalan tersebut juga telah dihantar unit kewalan akidah dan telah dicop sebagai amalan sesat.

    BalasPadam
  7. Terima kasih andy...

    kalau begitu saya faham kedudukannya...

    Adapun risalah amalan yang diguna pakai
    sekarang...tidak ada amalan atau doa yang
    andy sebutkan di atas...iaitu " Allah 7X..
    ya Allah...dan seterusnya..."

    Maka amalan yang saya dan rakan gunakan
    sekarang adalah amalan yang disahkan
    oleh Pusat Dakwah berkenaan tidak
    bertentangan dengan akidah atau tiada
    sebarang ciri-ciri amalan sesat...

    Saya juga tak faham dari istilah undang-
    undangnya akan istilah...diragui...
    tapi bagi saya 'diragui' itu boleh jadi
    'kerana kurang faham akan kedudukan sebenar-
    nya'...berbanding istilah...'sesat'...iaitu
    tak diraguikan akan kesesatannya...dan bagi
    saya 'diragui' itu perlu penjelasan lebih
    terang...tanpa sebarang keraguan akan kedu-
    dukan hukumnya...

    Tanpa ijazah Darul Shifa...tak memberi se-
    barang kesan mengenai sesat tak sesatnya...

    Berguru dengan orang yang dicop pengamal
    ajaran sesat juga tak bererti seorang mu-
    rid itu terus sesat...kerana siapa pun
    kalau menyedari ada kesesatannya...maka
    ia bebas meninggalkan amalan sesat terse-
    but...dan kita tak berhak menuduhnya terus
    sesat semata-mata kerana pernah berguru de-
    ngan guru yang di cop sesat...dan kalau
    kita membangkitkan soal tersebut maka se-
    baiknya dijelaskan juga apa dan segi
    apa sesatnya...

    Contohnya murid-murid Ayah Pin...kalau
    guru mereka disahkan mengamalkan ajaran
    sesat...maka boleh bertaubat dan menin-
    ggalkan amalan tersebut dan beralih kep-
    ada guru yang benar...dan kita sendiri
    tak tahu mengenai hal-hal peribadi sede-
    mikian...

    Tentang ubahsuai ilmu...tak semestinya
    menyebabkan sesat...kerana ilmu ini luas.

    Contohnya kalau guru ajarkan Baca Ayat
    Kursi 3 kali...apa salahnya kita ubah-
    suai baca 11 kali...dan ia tak membawa
    kepada kesesatan akidah...

    Kalau seorang guru ajarkan...baca Ayat
    kursi ketika masuk rumah...dan seorang
    guru lain ajarkan baca Al Ikhlas 3 kali
    ketika masuk rumah...apa salahnya kita
    ubahsuai...baca Ayat Kursi sekali dan
    Al Ikhlas 3 kali ketika masuk rumah...

    Yang sesat adalah mengubahsuai hukum atau
    ajaran agama...bukan ilmu yang Rasullullah
    SAW tak pernah tetapkan ia mesti buat begi-
    tu dan begini...

    Ustaz Muhammad tak pernah ajar saya...atau
    mana-mana juga rakan seperguruan saya di-
    sini jurus pukau...

    Tapi kalau dikatakan ada dan dicop sebagai amalan sesat saya amat berminat mengenainya dan harap andy dapat memberi butiran lanjut
    tentang kesesatannya...

    Maaf ya kalau menyusahkan andy...dan terima
    kasih atas keprihatinan andy dalam perkara
    amalan-amalan sesat ini...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam surihoney...

    Tertidur semasa beramal adalah teknik
    biasa benda-benda begitu...menunjukkan
    amalan itu telah dikesan oleh mereka
    sebagai boleh menjejaskan...menyakitkan
    atau menjauhkan 'mereka' dari seseorang
    manusia yang cuba dikawalnya...

    Ada beberapa perkara lain Surihoney perlu
    buat...

    1.Minum Air Doa...

    2.Mandi air Doa...

    3.Renjis sepanjang tepi ruang bilik...
    atau juga jika ada ruang lain benda itu
    selalu mendatangi Surihoney...

    4.Air Doa masukkan ke dalam botol...dan
    spay kabus ke seluruh ruang bilik...juga
    ruang lain jika ada yang difikirkan perlu.

    4.Guna minyak wangi yang didoakan...sapu
    pada dahi...belakang daun telinga dan
    belakang kepala...

    5.Pasang rakaman rukyah...pada HP...atau
    keset dan sebagainya...dan pasang biar ber-
    ulang-ulang sepanjang malam...

    Sebelum pasang....baca Fatihah 1x...salawat
    3x...Ayat Kursi 1x...sebagai ikhtiar dan
    doa pendinding untuk alat tersebut...kerana
    biasanya jin akan cuba merosakkkannya...

    Air Doa tersebut sebaiknya Manzil...kalau
    tak mampu...Yasin...atau Suroh al Jin...
    as Soffat...dan sebagainya mengikut kemam-
    puan...

    kalau Manzil...pasang berulang-ulang sepa-
    jang malam...sampai pagi...

    Kalau mampu...amal Ayat Manzil...Kalau tak
    mampu...Ayat Kursi 11 kali...3 Qul pernaf-
    asan dan sebagainya...disamping Bismillah 5
    mengikut kemampuan...

    Saya harap surihoney beritahu amalan-amalan
    yang Surihoney mampu ya...

    Dan kalau diamal dirumah tak mampu...maka
    amal di mana-mana terlebiih dahulu sebelum pu-
    lang ke rumah...termasuk 3 Qul pernafasan.

    Insya Allah Surihoney ya...

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Sama-sama surihoney...

    Saya telah membaca blog surihoney...dan
    kalaulah lelaki berjubah itu 'orangnya'
    maka sangat besar kemungkinan ia adalah
    khadam Jin Islam...atau lebih tepat Jin
    Munafik...

    Sebenarnya tindakan keji itu menunjuk-
    kan ia memberi kesan pada makhluk ter-
    sebut tapi ia menggunakan tipu helahnya
    agar kita menyangka sebaliknya dan ber-
    henti...

    Untuk sementara ini...surihoney elakkan
    dulu memasang ruqyah...dan buat seperti
    mana-mana yang termampu di atas...

    Dan kalau rasa hati dah bersedia...rasa
    yakin...baru mulakan semula...

    kalau tak keberatan...Surihoney di harap
    dapat memeberitahu sebarang perkembangan
    yang Surihoney rasakan sesuai untuk di ceritakan di sini...

    Dan cuba juga usahakan...jangan tidur ber-
    gelap tanpa sebarang cahaya...dan baik la-
    gi kalau ada ahli keluarga sebilik sekira-
    nya benda itu tak mengganggu...tidur dalam
    keadaan berwuduk...baca Fatihah...Ayat Kursi
    Pernafasan...dan 3 Qul pernafasan...kemudian
    Al kaafirun...mengucap Dua Kalimah Syahadah
    ...terus berzikir Laa ilaaha Illalloh hingga
    tertidur ( dalam hati sahaja pun boleh )...
    dan tidur mengiring ke kanan atau ke kiri
    serta elakkan menelentang...

    ...dan kalau mampu sebaiknya amal juga Sunat
    Tahajjud biar pun pada 10 minit sebelum
    solat subuh...

    ....Insya Allah Surihoney ya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas jwpn & penjelasan yg diberikan. Sekiranya ada sebarang perkembangan, akan sy beritahu nanti. InsyaAllah...

    BalasPadam
  12. As'kum.. Suami sya ada pendamping.. Wlupn dia cuba merahsiakn nya dri sya&tk prnahmau mgaku tpi sya telah pn tahu..Di sini ingin sya brtnya knpkah dia slalu akn keluar dri rumah d awl pgi anggaran jam 4.30am trutama mlm Jumaat&mmbrikn sya brmcm2 alasan bodoh smata2 utk menutupi ssuatu yg hngga kini sya tk psti jwpan sbnrnya.. Adakh ianya ada kne mgena dgn makhluk yg d belanya? Biasanya dia akn pulang slepas bbrapa jam.. Apkah sbrnya yg dilakukn dluar sna klu btl dia memg brsma makhluk trsbut? Adakh ini slh suatu kmstian dlm hubungan dgn pndamping?

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam Aryaties...

    Wallohu a'lam...cuma ragam pendamping ni
    macam pepatah belalang padang...lain pen-
    damping lain ragamnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. As'kum Tuan,sya sgt2 ingin tahu. Bla seseorang itu membela khodam,bolekah dia mnyuruh khodamnya itu mencuci,mggosok@mengemas rumahnya seperti pembantu rumah,kcuali memasak..Ini adala krana suami sya ada khodam pndamping.Smnjk dia membelanya,suami xmau tinggal srumah dgn sya@kerap brjumpa dgn sya lgi..Dia mnyuruh sya tnggal d rumah mak kira2 25km dri rumah kami skg&sbole2nya xmahu sya blik kerumah lgi..Yg peliknya wlupn sya xcuci@mggosok bjunya(uniform kerja) tp sya tgok bju2 telah siap brgosok dgn rapi skali.Sdgkn dia x prnh ke dobi. Adakah ini kerja khodam pndampingnya?adakah mereka boleh disuruh mmbuat kerja2 rumah juga! T.ksh.. Wasalam.

    BalasPadam
  15. Wa alaikum salam Aryaties...

    Wallohu a'lam...namun ia masih dalam
    perkara-perkara yang boleh terjadi...

    Dan memang banyak juga kejadian di-
    mana apabila jin mendampingi seseor-
    ang suami...

    ...maka jin itu mempengaruhi si suami
    agar jauh daripada isterinya walau
    dengan cara apa sekali pun...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. salam.saya zaharah.nak tanya .saya selalu mimpi tentang laki2 datang dan dia nak bagi nasihat,ilmu,kadang2 dia kata nak balas dendam sambil marah2 kt saya.saya pun mimpi tentang pembunuhan dan makan dagimg mentah.apa masalah saya sebenarnya?

    BalasPadam
  17. Wa alaikum salam zaharah...

    Besar kemungkinannya anda mengalami
    gangguan daripada jin jantan...

    Sebaiknya minta scan dan kalau perlu
    maka minta rawatan...

    Jin tersebut samada dalam proses nak
    jadi pendamping...tapi boleh jadi dah
    jadi pendamping...

    Tapi yang nyata...jin tersebut berniat
    jahat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. assalamuialikum.saya nak tanya lagi ni.mak saya dah bawa pergi saya jumpa ustaz.bukan sorang tapi dah ramai dah.diorang cuma kata saya lemah semangat.bomoh pula kata saya memang ada pendamping/penjaga.tapi dari segi perwatakan bomoh tu saya syak dia guna khadam.orang kata kalau kita guna khidmat bomoh yang ada jin,tidak diterima amalannya selama 40 hari.saya pun ada penyakit yang datang 4 tahun skali.ambil masa 1 bulan nak sembuh.apa saya nak buat?

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam Zaharah...

    Mungkin juga lemah semangat...kerana itu
    jadi pilihan gangguan...atau juga lemah
    semangat kerana ada angin bisa dalam
    dada...

    Kalau boleh Zaharah amalkan Ayat Manzil
    ...kalau tidak mampu...amal 3 Qul perna-
    fasan...juga Ayat Kursi dan lebih baik
    kalau berserta pernafasan...

    Bagaimana pun sebaiknya juga sambil mi-
    nta rawatan...

    Satu masalah disini apabila Ustaz-Ustaz
    kata cuma lemah semangat...maka mungkin
    serba salah juga nak minta rawat...tapi
    mungkin Zaharah boleh meminta air doa..
    dan kalau ada gangguan dalam...biasanya
    ada tindakbalas...maka bolehlah minta
    rawat semula...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. salam.boleh saya tahu ayat manzil tu macam mana,pastu ijazaha yang awak katakan tu ijazah yang dapat sijil macam ijazah kat universiti ke?

    BalasPadam
  21. Wa alaikum salam zaharah...

    Sila lihat catitan Mac 2010 mengenai Ayat
    Manzil...

    Ijazah bermaksud kebenaran mengamalkan se-
    suatu ilmu...

    Pada asasnya...kita tak perlu meminta kebe-
    naran sesiapa untuk mengamalkan ayat-ayat
    Qur'an atau doa-doa...

    Tapi biasanya apabila sesuatu perguruan atau
    guru mengamalkan ayat-ayat atau doa berserta
    petua-petua serta susunan masing-masing...
    maka petua atau susunan itu adalah hak per-
    guruan...maka ia berhak untuk menetapkan
    bahawa kita perlu meminta kebenaran untuk
    menggunakan petua atau susunan mereka...

    Tapi kalau ia mengajarkan secara terbuka dan
    niat untuk semua...maka kita boleh gunakan
    petua dan susunannya tanpa perlu memnta ke-
    benaran khusus untuk mengamalkannya...

    Semua petua dan susunan amalan dalam blog
    ini adalah terbuka dan semoga bermanafaat...Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam