Khamis, 21 April 2011

DUNIA MISTERI...Demam Kerana Gangguan...

Ketika saya sedang merukyah seorang rakan di katil
wad hospital...tiba-tiba seorang ibu datang membawa
sebotol air dan mencelah..." Boleh ustaz tolong doa-
kan air untuk anak saya...?".

Saya memberi isyarat agar ia bersabar dan akan me-
lihat anaknya kemudian...

Dulu biasanya saya pasti akan menafikan saya seor-
ang ustaz...tapi bila mendapati ia hanya membuang
masa maka saya akan layan sahaja panggilan itu kec-
uali jika dirasa perlu barulah saya akan memberita-
hu...saya bukannya seorang ustaz...

Ibu mana yang tak rasa terdesak...dah dua minggu
anak perempuannya ditahan dihospital...demamnya tak
turun-turun...namun ia sempat meminta maaf kerana me-
rasakan sikapnya tadi agak kurang sopan...

Budak perempuan itu kelihatannya seperti masih ber-
sekolah pada tahap dua sekolah rendah...maka bererti
dah dua minggu itu ia tak dapat ke sekolah....

Salah seeorang pakcik budak tersebut...tak silap saya
seorang pembantu perubatan mengesahkan ada jangkitan
kuman...tapi ternyata ubat yang diberi langsung tak
berkesan...

Bila saya rasakan suhu kaki budak tersebut dengan be-
lakang tapak tangan...ia panas demam...dan apabila
saya rasakan pada tapak kaki dan tapak tangannya...
ia lebih panas...dan rasa panasnya membahang keluar.

Ia adalah tanda gangguan jin...dan oleh kerana ma-
sa agak terhad..saya memberitahu ibu itu agar mem-
biarkan botol air tadi atas meja dan minumkan pada
anaknya jam 9 malam...

Selepas solat Isya saya membuat pengisian Ayat Manzil
dan jam 9 lebih...pakcik budak itu memberitahu...anak
buahnya merasa badannya bertambah panas setelah memi-
num air tadi.

Saya memesan padanya agar membacakan salawat pada air
lain dan minumkan pada budak tersebut...

Pagi esoknya saya datang...badan budak itu masih panas
malah mukanya kelihatan kemerah-merahan mungkin kerana
panasnya...

Kali ini saya merukyah dengan Manzil selama 40 minit...

Pada 5 minit pertama...tak ada sebarang tindakbalas...
dan pada minit ke sepuluh...angin panas membahang ter-
asa mula keluar daripada ubun-ubunnya menandakan perta-
hanan angin tersebut dalam badan telah mula pecah...

Peluh-peluh halus kelihatan mula keluar daripada setiap
liang dan roma yang tededah termasuk pada seluruh baha-
gian kepala...muka dan lehernya...

Pada 40 minit rukyah...kelihatan peluh membasahi seluruh
tubuhnya...dan bila saya rasakan suhu pada kaki tangan
serta tapak...suhunya hampir-hampir kembali ke tahap nor-
mal...dengan izin Allah...

Ini adalah kali kedua saya terjumpa kes dimana gangguan
jin dikesan sebagai jangkitan kuman (virus)...atau mungkin
ia hanya sekadar ramalan hospital...? Wallohu a'lam

23 ulasan:

  1. salam encik junied

    saya juga ingin berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan encik

    ia berlaku di hospital dimana saya melawat pakcik saya sakit buah pinggang. semasa saya sedang melawat beliau, saya melihat di sekitar wad dimana ada pesakit yang sedang dilawat oleh ahli keluarga masing-masing.

    saya terpandang seorang pakcik yang sedang baring di atas katil. ada seorang lelaki berada di sebelah katilnya. mereka tidak bercakap. mula-mula saya tak pelik sebab saya ingat mungkin lelaki tersebut nak temankan pakcik tu sampai malam.

    tapi saya perasan dimana tiada siapa pun yang datang menegurnya. biasanya ada juga orang lain yang tegur pesakit berdekatan. saya juga menegur pakcik yang berada di sebelah katil pakcik saya.

    bila nak habis waktu melawat, saya pun nak balik. saya lalu di hadapan katil pakcik yang tak ada orang lawat dia. tiba-tiba dia bangun dan menyandar ke kepala katil. lelaki yang ada disebelah dia pun turut berdiri. saya ingat dia nak bawa pakcik tu pergi tandas.

    kemudian, pakcik tersebut tunduk ke arah saya, begitu juga dengan lelaki tersebut. saya berasa pelik dan terus pulang. saya tak tahu kenapa dia tunduk pada saya. wallahu'alam

    BalasPadam
  2. Salan Tuan junied,
    dari pengalaman saya mmg demam sekarang ni dah bercampur2 dengan gangguan. demam yang lebih dari 3 hari elok la di rawat dengan ayat quran..atau yang jenis demam on off ni.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.
    mohon bantuan. isteri saya selalu diserang gatal-gatal seluruh badan. saya pun selalu terkena tempiasnya. bagaimana hendak merawatnya.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam ButirStar...

    Memang pelik...dan hati saya tertanya-
    tanya siapa sebenarnya dua lelaki ter-
    sebut...

    Saya teringat satu kisah..apabila se-
    orang rakan memasuki sebuah rumah...
    dilihatnya ada berpuluh orang di dalam
    sedang berkumpul...padahal hanya ada
    tiga orang sahaja sebenarnya yang sed-
    ang duduk di situ...

    Maka yang lainnya itu...bukan orang...

    Terima kasih ButirStar atas perkongsian
    pengalamannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam Secawan Kopi...

    Terima kasih atas ulasannya..dan di harap
    kita dan rakan-rakan pembaca di mana-mana
    sahaja dapat mengambil perhatian mengenai
    perkara ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam saudara razali...

    Ia boleh disebsbkan oleh salah makan atau
    alahan..maka apabila memakan atau menggu-
    nakan sesuatu..menyebabkan timbulnya gatal-
    gatal...maka sebaiknya di elakkan..sekurang-kurangnya untuk sementara waktu...

    Tapi bila ianya gangguan..antara ciri-ciri-
    nya...

    - rasa semut-semut berjalan atau merayap
    di atas atau bawah kulit...

    - gatal terutamanya di waktu malam...tapi
    ada juga yang tak ada masa tertentu...

    - rasa semakin gatal apabila mandi...

    - kadang-kadang badan rasa panas...

    - kalau digaru...gatalya tak hilang...malah
    mungkin rasa tak sampai...

    - rasa semakin gatal apabila memakan telur
    ayam..daging binatang empat kaki...atau
    pisang...dan perhatikan kalau ia dirasa
    berkaitan..pantang sementara terutama
    selagi rasa gatal-gatal

    ...dan sebagainya...

    Cuba amalkan Ayat Kursi pernafasan...dan
    3 Qul pernafasan pagi petang...

    Bacakan pada air dalam botol...biar nafas
    sampai pada air semasa membacanya...

    .Istighfar...3x

    .Bismillah...3x

    .salawat 3x...

    .Fatihah 1x

    .Ayat Kursi 11x

    .Al Kafirun 1x

    .Al Ikhlas 3x

    .Al falag 3x

    .An Naas 3x

    .Laa haula walaa quwwata illaa billah...3x

    ...guna minum...sapu muka badan atau mandi.

    Sebaiknya empunya diri juga amal seperti di
    atas terutama pagi petang..pagi malam...atau
    setiap malam...

    Kalau tak mampu...suami bacakan dan tiup
    pada isteri mula daripada ubun-ubun hingga
    ke hujung jari kaki sekali tiupan perlahan
    ...dan semasa membaca itu sambil bacakan
    juga pada air sekaligus...

    Namun ada satu jenis gatal...'semutnya' se-
    bati di dalam..maksudnya ada penempatan da-
    lam badan...maka gatalnya agak liat...tapi
    cuba terus amalan di atas..dan kalau sempat
    sebaiknya minta rawatan secara berhadapan.

    Jaga amalan...dan kalau mampu...empunya di-
    ri amalkan ayat Manzil...atau Fatihah 3
    Senafas...Ayat Seribu Dinar dan sebagainya.

    Untuk sementara biasanya gatal-gatal itu ji-
    ka ia gangguan...akan cuba bertahan...tapi teruskan amalan...Insya Allah saudara ya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,

    Dua bulan yang lepas saya demam yang berpanjangan, dalam dua bulan lebih serta sakit menyucuk di sendi berubah-rubah tempat..

    Setelah di periksa oleh sorang Ustaz, didapati terdapat saka tetapi ianya lemah..Alhamdulillah, setelah diubati demam kembali sembuh..(sebulan yang lepas)

    Sekarang saya kembali demam+sakit kepala(dah seminggu) tapi tidak ada sakit-sakit sendi cuma tapak tangan dan kaki kering+panas, adalah saya demam biasa atau gangguan?

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam Gavan-Kun...

    1.Tapak tangan kering dan panas...

    2.Sakitnya walau tak sepenuhnya seperti
    dahulu...tapi ada persamaan...

    ...dua tanda menunjukkan...bahawa kemung-
    kinan gangguan saka sangat besar...dan
    selain ambil ubat klinik atau hospital
    sebaiknya minta 'scan' pada ustaz...

    Adapun jin saka selagi ia masih hidup atau
    bebas...maka sentiasa ada kemungkinannya
    ia akan kembali...samada pada masa terde-
    kat atau malah pada satu tempoh panjang...
    maka selain berubat...sebaiknya beramal
    ...dan jaga amalan...

    Insya Allah Gavan-Kun Ya..

    BalasPadam
  9. Tuan junied, nak tanya satu soalan biarpun bunyi agak bodoh, tapi mengapa bila saya sangat berdekatan dengan isteri saya boleh merasa bahang panas keluar? pada masa lain istri saya pula mersakan bahang panas dari badan saya?..

    BalasPadam
  10. Salam Himdah...

    Ia boleh jadi dari beberapa sebab...

    1.Ia mungkin dari sebab jin berpindah rendah
    dari satu badan ke satu badan...berganti-
    ganti...

    2.Kadang-kadang ia bergantung kepada amalan
    iaitu kedua-duanya ada gangguan...dan apabila
    seseorang itu beramal...maka orang sebelah
    dapat merasa bahang panas darinya...

    ...dan sebagainya...

    Namun yang jelas..sebaik-baiknya minta 'scan'
    dan kalau perlu...rawatan sekali...

    Insya Allah...

    BalasPadam
  11. Salam Saudara Junied,

    Alhamdulillah selepas minum air penawar gangguan, demam dah sembuh, tetapi panas di tapak tangan tu masih ada lagi

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam gavan-kun...

    Ia biasanya...

    1.Tanda ada angin bisa dalam badan...

    2.Atau ada jin saka dalam badan....

    ...atau kedua-duanya sekali...

    Untuk sekarang..sebaik-baiknya Gavan-kun
    ada amalan pendinding diri...kemudian jaga
    amalan...

    Wallohu a'alm

    BalasPadam
  13. assalamu'alaikum tuan junied,
    saya juga alami tapak tangan sangat panas,seperti orang demam.ia ketara sangat terutama lepas asar sehingga lewat malam. kadang2 sepanjang hari. bagaimana ya membuang sekiranya ada makhluk halus bersama saya? saya ada amalkan Manzil utk baby saya yang terkena gangguan, alhmdulillah sekarang tiada lagi gangguan. tetapi tapak tangan saya tetap panas.

    BalasPadam
  14. wa alaikum salam mrsfadli...

    Selain amal baca...buatkan airnya untuk
    minum juga mandi...

    Biasanya untuk membuang benda sebegitu
    memerlukan rawatan...kerana makhluk
    yang datang itu ternyata ada ketahanan
    serta tahu masa datang pergi yang sesu-
    ai...dan ianya perkara biasa ya...ter-
    utamanya kerana pada kebanyskan kes...
    ia adalah jin saka...

    Tapak tangan sangat panas itu kerana
    makhluk tersebut mendapat tentangan he-
    bat dari keberkatan amalan kita...

    Untuk sementara guna semua carapakai
    manzil...dan sebaiknya juga kalau mam-
    pu amal Fatihah 3 senafas...Ayat kursi
    pernafasan serta 3 qul pernafasan...
    kerana amalan guna nafas ini akan men-
    jadikan sesuatu amalan lebih cepat se-
    bati dengan darah daging...

    Namun untuk kepastian...jika ada masa
    bolehlah mrsfadli minta 'scan' di tempat
    yang diyakini...dan juga rawatan jika
    perlu...

    Kalau jin itu betambah 'parah' boleh di-
    ketahui dengan tapak tangan berpeluh dan
    Insya Allah...mula berkurangan panasnya.

    Itu satu sebab...kalau semasa beramal...
    genggam sentiasa kedua-dua tangan...

    Insya Allah mrsfadli...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. asslamualaikum, saya mengalami demam sudah 1 bulan, selalu merasa seram sejuk, apabila cek suhu...tidak menunjukkan demam.muka sering kemerah-merahan akibat terasa bahang panas. namun, tapak kaki saya sentiasa sejuk. sebelum ini saya pernah 2x bermimpi didatangi jin untuk menjadikan saya tuan. Untuk pengetahuan tuan, ibu saya sedang dalam rawatan membuang saka. apakah yang saya alami ini ada kaitan dengan saka?atau saya demam biasa?apakah tanda mimpi saya itu?mohon pandangan tuan dan terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth anilza helas...

      1. Rasa seram sejuk...tapi sukatan suhu normal...

      2. Muka rasa bahang panas ( mungkin tanpa sebab
      munasabah )...

      3. Tapak kaki sentiasa sejuk...

      4. Mimpi didatangi jin...

      ...adalah tanda-tanda besar ada gangguan...dan
      angin bisa sudah mula meresap dalam badan...
      iaitu tandanya ada benda hendak masuk...atau
      keluar masuk tapi ianya tanda jin tersebut sedang
      cuba meresap tinggal sebati dalam badan...

      Sejuk tapak kaki...tandanya angin bisa sudah
      agak padat dalam badan...

      Rasa bahang pada muka tandanya jin itu juga
      cuba mengganggu 'seri wajah'...mungkin agar
      anda kelihatan aneh...garang...menakutkan
      atau sebagainya...

      Bagi jin saka...kalau saka ibu...memang antara
      pilihan utama 'tuan barunya' adalah anak perem-
      puan...maka sila ambil perhatian tentang mungkin
      ada jin yang terlibat telah memilih anda jadi tuan
      baru...

      ...dan sila ambil perhatian juga dengan mimpi itu
      kerana kadang-kadang jin jadikan mimpi sebagai
      laluan berjumpa atau berhubung dengan tuannya.

      Dari gejala sekarang...soal anda terima atau tidak
      jin tersebut...rasanya 'tidak jadi persoalan'...kerana
      sudah ada gejalanya memang jin itu cuba duduk se-
      bati dalam badan...atau dengan kata mudah...
      ia tanda-tanda ada jin sedang cuba jadi saka pada
      anda...

      Ia masih dalam proses...dan silalah minta rawat...
      terutama perawat ibu sekiranya anda yakini...
      juga amal sendiri pendinding diri dari gangguan
      jin...

      Walllohu a'lam

      Padam
  16. pegi darulshifa cuba check, tuan blog ni dah lama x online

    BalasPadam
  17. As salam GK...

    ...dan kalau mampu...itu antara langkah terbaik...
    kerana dari gejalanya menunjukkan seseorang
    tersebut memang perlukan rawatan...

    Terima GK kasih atau perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum tuan..anak lelaki saya berumur 2tahun lebih..kerap jg demam biasanya on of..kdg2 smpai hospital..biasanya bila demam dia ada terkena gangguan..dan ada masanya dia boleh nampak makhluk halus..pernah saya makan di sebuah restoran..habis je mkn anak saya ckp kedai tu ada hantu..terkejut saya dn suami..ada suatu hari akak saya bawa ank saya keluar..tiba2 dia ckp kat tepi jln tu ada 3 hantu..mmg jln tu kwsn kemalangan pon..tp cmne ank saya boleh nmpk..boleh tk saya nk tutup dari nmpk yg mcm2

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Anak kecil boleh nampak samada kerana
    ada jin atau angin bisa pada mata...

    ...atau ia ada jin pendamping...maka jin
    lain suka menampakkan diri kepadanya.

    Caranya buang angin bisa atau jin dari
    mata...atau sebagainya...tapi anak kecil
    ini sebaiknya bawa 'scan'...ia mungkin
    perlu rawatan...

    Kerap demam...boleh jadi dari sebab ada
    angin bisa dalam badan...

    Kalau buat sendiri...baca Fatihah 3 x ...
    salawat 3 x...Ayat Kursi 11 x...tiup pada
    anak kecil itu terutama dari ubun-ubun
    ke seluruh tubuh kemudian sebelum habis
    nafas tiup pada air dalam botol guna minum
    mandi sapu muka termasuk mata setiap hari...

    Sebaiknya amalan itu baca sekali setiap hari
    kepadanya...dan buat air baru sekiranya
    sudah habis...

    Renjis 4 penjuru biliknya juga...dan sebaiknya
    ibu juga perlu minum air tersebut...dan buat
    sendiri amalan tadi...

    ....kalau tidak mampu...suami buat...tiup pada
    ibu...anak dan air dengan satu nafas....

    Tiupan hendaklah lembut dan panjang...tapi
    kalau mampu....sebaiknya dapatkan juga
    rawatan sebagai sampingan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum .... saya ingin bertanya
    Kaki saya sentiasa sejuk beku lelagi di tapak kaki ... betis terasa lengguh dan tulang temulang berasa macam dipatah2 .... perut sakit memulas2 hilang selera makan walaupun saya lappar tapi saya tak boleh nak makan ... tak de selera ! Saya dah ke hospital membuat check up ... doc menggesahkan saya 100% sihat dan tidak mempunyai apa2 penyakit ..... segala2 check up dah saya buat dari yg biasa hingga la ke tahap Cancer ..... ttp sihat dan tiada apa2 yg mencurigakan ...

    Berat badan makin menurun dan saya juga sering bermimpi benda2 yang pelik seperti jatuh ditemoat tinggi ... menyusu meriba baby dan beranak.. binatang2 buas anjing ular ... saya bermimpi ular tp yang mengherankan saya ular2 yang banyak itu tak dapat patuk saya .... yang paling menakutkan bila saya bermimpi ular besar king cobra ada dihadapan rumah telah mmematuk kepala suami saya ... Allahu ! Mimpi setahun yg lepas ... baru2 ini saya bermimpi saya tersesat di dalam banggunan yg usang dan jalan yang sunyi .... apa yang patut saya lakukan ... suami kurang percaya pada benda2 sebegini ... wallahualam

    BalasPadam