Ahad, 18 April 2010

AIR MANZIL...PAGAR RUMAH...

1.Iaitu air yang telah dibacakan dengan Ayat Manzil
boleh digunakan untuk pagar rumah.

Tapi ia lebih sesuai digunakan di dalam rumah dari-
pada di luar...

2.Cara asasnya ialah anda merenjis air ke 4 penjuru
setiap ruang atau bilik yang nak dipagar...

Anda cuma perlu baca Bismillah...dan renjiskan air.

3.Seorang rakan sekeluarga menyewa di sebuah bilik
hotel di Labuan...ia menceritakan...ketika mereka
sedang nyenyak tidur kecuali salah seorang anaknya...
tengah malam itu sebiji bola api terbang terapung-
apung di luar jendela hotel yang sengaja dibuka luas.

Bola api itu seperti cuba masuk ke dalam...tapi sehin-
gga beberapa lama...seperti ada sesuatu yang
menghalangnya...dan akhinya ia pergi...

Sebelum tidur...rakan itu telah merenjiskan Air
Manzil ke empat penjuru bilik...

4.Dan kisah lain...ketika seorang rakan merenjiskan
Air Manzil ke sebuah bilik di tingkat atas dirumah-
nya...anak-anaknya yang sudah lama tidur di ruang
tamu tingkat bawah...tiba-tiba jadi berani dan selesa
tidur di bilik tadi...

Sebelumnya...seperti ada sesuatu yang menakutkan
mereka...malah pernah ternampak kelibat lembaga
perempuan aneh duduk dalam bilik itu....

5.Kalau nak buat pagar 'lebih panas'...maka Air Manzil
itu hendaklah di renjis di sepanjang tepi dinding...
caranya mula dari pintu masuk...baca Bismillah...dan
mula renjis ke sudut sebelah kiri...dan seterusnya
hingga kembali semula ke tempat bermula tadi...

6.Ia boleh dibuat ke mana-mana bilik...ruang tamu...
ruang bacaan dan mana-mana saja yang anda fikir
perlu...

7.Selain pagar...ia juga untuk menghalau makhluk
halus dari mana-mana ruang...tapi anda mesti
pastikan dulu...kosongkan ruang itu daripada se-
barang tangkal...patung-patung termasuk yang
jadi hiasan juga apa saja benda yang pelik yang
berpotensi ada jin seperti senjata-senjata lama...

8.Untuk bahagian pintu...cukup dengan renjis pada
daun pintu...kerana jika ia direnjiskan ke lantai...
sseorang yang kuat gangguan jin dalam badannya
mungkin akan jatuh sakit apabila melangkahnya.

Yang sakit sebenarnya bukan orang..tapi jinnya...
cuma bila jin itu sudah sebati dalam badan...apa
saja jin itu rasa...akan turut dirasa oleh badannya.

9.Kalau nak lebih panas lagi...semasa merenjis...baca
Ayat Kursi dari penjuru penjuru...iaitu ada 4 kali
ayat Kursi...dan kalau nak tambah lagi...boleh buat
3 pusingan...

Kalau anda tak hafal Ayat Kursi...maka ganti den-
gan fatihah...

10.Kalau ada jin yang berkeras juga nak bertahan
dalam bilik itu...dengan izin Allah ia boleh terbakar
malah anda mungkin boleh terhidu baunya seperti
getah terbakar...

11.Bekas renjisan air itu juga boleh jadi 'jerangkap
samar'...iaitu jin nampak 'dah kering'...tapi kakinya
akan terbakar sebaik saja ia memijaknya.

12.Cuma untuk umum...cukup dengan direnjis ke-
penjuru...sementara lain-lain kaedah terutama
seperti pada n0.9...sebaiknya tidak dibuat kecuali
oleh orang yang ada 'pertahanan diri'...kerana ia
mungkin akan melibatkan ujian atau serangan
balas...

Wallohu a'lam

8 ulasan:

  1. ermm bilik yang berkotak2.. buat satu2 la... masa renjis dulu saya tak baca apa2 pun.. main renjis je..

    BalasPadam
  2. Saudara musafir...

    Ya...empat penjuru bagi setiap ruang.kalau bilik enam segi atau bulat...cukup main agak saja untuk empat penjuru yang dirasa sesuai.

    Wallohu a'lam.

    BalasPadam
  3. ayat manzil di mana saya nak refer tuan.maaf saya jahil dari segi ini

    BalasPadam
  4. SLAM TUAN JUNIED, NAK TANYA ... KALAU RUMAH KITA 2 TINGKAT BAGAIMANA CARA NAK PAGARNYA,ADAKAH KENA RENJISKAN PADA 4 PENJURU DI TINGKAT SATU DAN 4 PENJURU DITINGKAT 2 ATAU ADAKAH MEMADAI DENGAN HANYA RENJISAN PADA TINGKAT DI BAWAH AJE. DAN MOHON CERAHAN JUGA, ADAKAH BILA KITA DAH BUAT PAGAR RUMAH TU, KITA KENA ULANGI LAGI PADA BILA BILA MASA, MAKSUD SAYA BERAPA LAMAKAH PERTAHANAN PAGAR MANZIL YANG TELAH KITA IKHTIARKAN ADAKAH IA KEKAL SELAMA-LAMANYA ATAU BERGANTUNG KEPADA ZIKIR AHLI RUMAH BERKENAAN,TIMA KASIH TUAN

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Kilat...

    ....Sekurang-kurangnya 4 penjuru tingkat
    satu...kalau nak lebih panas...renjis se-
    panjang penjuru luar tingkat satu saja...
    dan kalau nak lebih panas...juga pada
    tingkat dua...kalau nak lebih panas lagi...
    ...renjis pada setiap penjuru ruang dalam
    rumah...dan kalau nak lebih panas pula...
    renjis pada sepanjang dinding setiap ruang.

    Kalau nak lebih tahan...air tersebut campur
    garam besar atau garam bukit....atau serbuk lada hitam...dan sebagainya...

    Guru utama saya kata...kalaupun pagar itu gu-
    na alat yang tahan lama selain air...pagar
    kena buat baru setiap genap setahun...

    ...kalau air saja..pada pendapat saya selagi
    ada kesan air itu..ia masih jadi pagar walau-
    pun sudah kering...mungkin seminggu dua atau
    lebih..hingga kita mengesan ada yang tak ber-
    kenan baru buat pagar baru..atau sebulan sekali..kerana ia juga bergantung kepada kua-
    liti amalan pemagarnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assamualaikum ustaz,

    mohon izin untuk sebarkan benda baik ini pada sahabat-sahabat yang lainnya.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Alhamdulillah...silakan...semoga bermanafaat
    pada kita semua dunia akhirat...

    ...dan maaf saudara kalau saya 'nak betulkan
    fakta' ya...saya bukan ustaz...hanya orang
    awam yang mengkaji dan menulis sekadar
    mana terdaya dengan izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    Wallohu a'lam

    BalasPadam