Jumaat, 1 Oktober 2010

AMAL SIHIR...BERERTI MENYIHIR DIRI...

Iaitu...kalau anda mengamalkan ilmu sihir bererti
anda memberi jin ruang masuk dalam jasad anda sen-
diri...

Dan malah anda mendedahkan keluarga anda...ketu-
runan anda dan orang-orang lain yang rapat dengan
diri anda...kepada gangguan atau serangan jin...

Sungguh aneh..ada orang yang mencari-cari ilmu
untuk memanggil dan memasukkan jin ke dalam
tubuhnya...sedangkan mereka tak faham atau tak tahu
betapa ramai manusia yang menderita disebabkan jin
yang tinggal dalam jasadnya...

Semuanya demi kerana serba sedikit kelebihan 'ajaib'
yang mereka impi-impikan...

Ada seseorang yang memelihara dan sentiasa memberi
makan kepada makhluk-makhluk halus peliharannya...
tapi ternyata ada antara makhluk itu yang masuk dan
tinggal dalam perutnya sehingga ia selalu sakit
perut dan akan muntah sebaik saja memakan nasi atau
lauk...hinggalah ia meninggal...

Ada seseorang lain mengamalkan ilmu batin yang hebat
iaitu setiap kali orang lain yang memiliki ilmu sihir
cuba menganiayanya...nescaya ilmu orang itu akan lum-
puh tak berguna...

Ketika ia meninggalkan amalannya...ternyata jin itu
masuk dan tinggal dalam perutnya..sehingga timbul
padanya kanser perut yang tak sembuh-sembuh oleh
rawatan Hospital...dan sakit itu juga sampai kepada
meninggalnya...

Seseorang lain pula akhirnya menghidap sakit dada
dan sesak...disamping rasukan-rasukan singkat tapi
berulang kali ketika sakit tuanya...

Kemudian tak mustahil pula...apabila seseorang itu
meninggal...maka penyakitnya akan menurun pada anak
serta cucu cicitnya...malah mungkin menjadi penyakit
turun temurun selama berpuluh..beratus...atau ber-
ibu tahun...

Kemudian anda yang sengaja menjadi sebagai 'pengasas'
penyakit atau gangguan jin...akan mendapat tuntutan
dari anak cucu dan keturunan anda...di Akhirat kelak.

Nampaknya...anda ada banyak hutang yang perlu dibayar
dan itu baru kepada keturunan anda sendiri...

Kalau anda menyihir orang lain...dan menjadi saka ke-
pada keluarga tersebut...anda ada banyak lagi 'hutang'
yang perlu anda 'langsaikan'...

Wallohu a'lam

Nota

1.Begitu juga apabila anda mengambil jin pendamping
( mengamal atau sengaja menyimpan alat sihir ) maka
rakan atau malah orang yang tak anda kenali menghadapi
risiko serangan dari jin anda...

Saya sendiri pernah mengalami serangan dari jin peli-
haraan orang lain tanpa di ketahui oleh orang tersebut
juga serangan dari jin batu hitam simpanan seorang
rakan...

Serta serangan dari jin tangkal 'penjaga rumah' orang
lain...

Semua orang itu baik-baik belaka...dan tak tahu pun
tentang ulah jin pegangan mereka...dan hubungan kami
tetap baik kerana saya sedar...semua itu adalah di-
luar kawalan juga pengetahuan mereka sendiri.

Tapi pasti...kalau tak dimaafkan seikhlas hati...ia
pasti akan jadi tuntutan di Akhirat kelak.

2.Abang seorang rakan sekelas sekolah pada suatu
masa dulu...ia mempelajari berbagai ilmu kebatinan
dan dikatakan boleh melompat setinggi tiang letrik
( wallohu a'lam )...

Abang itu terpisah dengan isterinya kerana pertengka-
ran yang sering berlaku...
dan akhirnya...dalam umur awal 40an...abang itu men-
jadi lumpuh dan menghidapi berbagai penyakit lain
seperti buah pinggang...sakit jantung..darah tinggi
...kencing manis juga 'penyakit yang tidak diketahui'
dan meninggal dunia setelah beberapa bulan sakit
tenat.

3.Seorang ibu tunggal pula menghidap sakit misteri
iaitu semua sendi badannya terasa bisa-bisa...tak
sembuh walaupun puas memakan ubat juga minta rawat
pada bomoh...sehingga meninggalnya...

Suaminya yang terbunuh dalam kemalangan adalah se-
orang guru silat dan mengamalkan ilmu kebatinan...
penyewa rumahnya pula menyimpan berbelas jenis
tangkal yang disembunyikan di atas siling...

7 ulasan:

  1. saya amat takut apbila membaca kesan-kesan yg dihadapi oleh org yg terdapat jin di dalam badan mereka.sy juga mempunyai jin dalam badan saya disebabkan saka. sudah banyak tempat saya berubat,tp belum diizinkan Allah lagi.skrg sy sedang mengamalkan bacaan Al-quran dan Manzil.dan sy sering terasa ada sesuatu bergerak dalam badan dan gerakan semut-semut. sy betul2 ingin mengeluarkan jin-jin ini dr badan saya. tapi jin2 ini begitu degil sekali..

    BalasPadam
  2. Salam ely...

    Sebenarnya tak la hebat sangat jin dalam
    badan ni....cuma mereka ini antaranya...

    1.Berterusan mengamalkan sihir...

    2.Menyimpan banyak tangkal...

    3.Meminta rawatan bomoh jin...

    4.Tak solat...

    5.Tak ada amalan pendinding diri...

    6.atau...hanya meminta rawatan hospital...

    Maka pada hakikatnya...antaranya mereka ini
    bukan sahaja terbiar dari mendapat rawatan
    yang sepatutnya...tapi juga menambah sakit
    dengan rawatan yang tak sepatutnya pula...

    Adapun kalau kita mengamalkan pendinding
    diri dengan Ayat-Ayat Qur'an dan doa...
    maka ia bukan hanya berfungsi pemagar diri
    dari luar...tapi juga memberi kesan kepada
    jin yang ada atau dapat masuk ke dalam
    badan....agar jin itu tak dapat berbuat se-
    suka hati...malah terus menderita dalam
    badan...

    Insya Allah...Ely sebenarnya tak perlu takut
    pada makhluk-makhluk ini malah teruskan amalan...

    Yang paling menakutkan di sini...ialah apa
    bila kita merasa takut kepada jin...
    seolah-olah jin itu berkuasa memudaratkan
    kita...sedangkan semua yang berlaku dan akan
    berlaku itu semua dalam ilmu dan genggaman
    Allah semata-mata...

    Ketakutan kepada jin hanya akan menjadi sebab
    yang menggalakkan mereka...dan perkara yang
    paling besar...kita jatuh syirik...

    Rasulullah SAW menyebutkan...dirikan solat
    malam...kerana padanya ada pertolongan Allah.
    (khususnya sunat Tahajud).

    Pada saya...kalau seseorang itu telah berhabis
    usaha...tapi tak jaga solat Sunat Tahajud...
    ertinya ia belum berusaha sebagaimana sepatutnya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada saudara junied. setelah sy membaca komen dan blog saudara ini sy makin bersemangat utk melawan gangguan jin dlm badan sy ni.Saya percaya Allah pasti akan membantu hambaNya yg yakin dan beriman pdNya.

    BalasPadam
  4. sy ingin bertanya betulkah jin-jin yang berada dalam manusia itu oleh beranak-pinak.dan jumlahnya semakin lama semakin byk..

    bolehkah jin-jin ini dikeluarkan dengan berbekam sebagaimana rawatan sunnah..

    BalasPadam
  5. Ya...ia boleh berlaku...malah bukan setakat
    beranak pinak...tapi juga berkampung...

    Kalau rawatan sesuai...seekor atau beribu
    ekor itu sama saja...tak lebih susah...

    Wallohu a'lam...cuma setakat yang saya
    faham...sebahagian atau mungkin banyak...
    bisa jin itu akan keluar melalui berbekam.

    Kerana sebahagian daripada hasil gangguan
    jin itu adalah darah menjadi kotor atau ter-
    sumbat...

    Walohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum saudara Junied,
    Terima kasih dengan ilmu yang dikongsikan,
    moga menjadi saham di akhirat kelak.
    Bolehkah saudara memberi saya kebenaran berkongsi sedikit sebanyak ilmu di sini?
    Saya akan memberikan kredit kepada saudara.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth XX...

    Alhamdulillah...sama-sama...
    silakan...semoga segalanya
    bermanafaat dengan izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam