Selasa, 28 Disember 2010

...rahsia nampak jin...

Ia adalah mengenai titik 2...iaitu bahagian dahi
atau otak hadapan yang juga disebut mata ketiga.

Kaedahnya...

1.'Pesakit' menutup mata...

2.letakkan hujung jari telunjuk ke dahinya...dan
kalau perlu...juga hujung jari telunjuk tangan
kiri ke bahagaian belakang kepalanya...

3.Buat satu set pernafasan sambil tumpukan perha-
tian kepada 'semut-semut' yang dirasa 'pesakit'
bergerak dalam dahi atau dalam mana-mana bahagian
kepalanya...

Anda pula boleh membuka atau kalau rasanya nak bu-
at tumpuan lebih kuat...boleh dengan menutup mata
semasa melakukan pernafasan...

Kadang-kadang satu set penafasan dah boleh buat
'pesakit' nampak jin...dan kalau tak nampak...boleh
anda buat sebanyak tiga set pernafasan...

Ada juga kesnya...ia memerlukan lebih banyak perna-
fasan dan tumpuan...terutamanya apabila 'pesakit'
tak nampak sesuatu...tapi merasa akan nampak sesuatu
atau...ia merasa ada sesuatu nak datang...atau ia me-
lihat latar belakang penglihatan semasa menutup mata
yang sepatutnya gelap jelas bertukar-tukar warna ke
merah....hijau...dan sebagainya...

Syarat-Syarat Nampak Jin...

1.Ada angin bisa jin pada bahagian otak hadapannya...

2.Ada 'semut-semut' atau sesuatu benda bergerak pada
bahagian tersebut...tapi tak mustahil juga jika 'se-
mut-semut' itu bergerak dalam mana-mana bahagian da-
lam kepalanya...

...dan sebagainya...

Lebih banyak angin bisa jin pada bahagian otak hada-
pannya...maka lebih besar peluangnya ia nampak jin...
dan tak mustahil pula walaupun ketika itu...jinnya
ada diluar kepala...contohnya dalam badan...lari kel-
uar dan sebagainya...

Maka hakikatnya...jika seseorang itu nampak jin pada
ketika itu...ia kerana jin itu ada pada otaknya sen-
diri...

Kadang-kadang bukan sekadar jinnya...seseorang itu
mungkin nampak kediaman asal jin tersebut...atau wa-
jah seseorang manusia kalau sekiranya jin itu adalah
jin sihir...dan sebagainya...

Dan yang paling penting...tak akan terjadi sesuatu
kecuali dengan izin Tuhan...Wallohu a'lam...

KISAH-KISAH NAMPAK JIN...

Kisah 1

Budak perempuan berumur 10 tahun itu dah dua kali ter-
nampak ibunya di dalam rumah...sedangkan semua ahli ke-
luarganya tahu...si ibu itu dah hampir seminggu tinggal
di hospital menemani bayinya yang lahir tak cukup bulan.

Apabila di'scan' bahagian kepala...ternyata ia mengalami
gangguan yang agak kuat...

Baru saja saya letakkan hujung jari telunjuk ke ubun-ubun-
nya...ia mengadu kesakitan...

Apabila di'scan' pada Titik 2...ia memberitahu ternampak
suatu lembaga bertanduk...dan juga beberapa lembaga lain.

Apabila saya bertanyakan tentang lembaga lain itu...ia
menangis...ia tak dapat berkata sesuatu tapi nyata ia ke-
takutan...maka saya menyuruhnya membuka mata...

Ketika ia dah tenang...saya bertanya padanya...samada ia
dapat merasakan...asal-usul makhluk-makhluk tersebut...
dan ia berkata penuh yakin...dari kubur datuknya yang dah
meninggal sejak beberapa tahun lalu...

Maka ia menunjukkan kemungkinan yang sangat besar bahawa
makhluk-makhluk itu adalah jin saka ilmu daripada datuk-
nya.

Saya kenal rapat datuknya...ia mengamalkan suatu ilmu per-
ubatan dari tanah seberang...serta menyimpan berbagai je-
is tangkal...

Beberapa hari setelah datuknya dikebumikan...radionya ter-
pasang sendiri...iaitu seperti kebiasaan arwah yang suka
memasang radio setiap jam 4 pagi...

Begitu juga...ada bunyi-bunyi aneh dalam biliknya pada wa-
ktu malam...

Ketika hidupnya...salah seorang ahli keluarga saya pernah
minta rawatan padanya dan diberi tangkal pendinding diri.

Sejak itu ia sentiasa merasa seperti ada sesuatu yang tak
kelihatan sering mengikutnya ke mana-mana...dan pernah ber-
mimpi melihat seorang lelaki tampan berbadan tegap dan tin-
ggi seperti orang Arab...tapi bagi orang lain yang melihat-
nya...lembaga itu berupa suatu bayangan lembaga hitam besar
yang tinggi mengekorinya masuk ke dalam bilik...

Ketika ia meminta tolong simpan tangkal tersebut...saya ha-
pir terlupa...tangkal itu saya simpan dalam laci almari...

Untuk beberapa bulan saya merasakan tangan saya menjadi pa-
nas sehingga ke bahagian siku pada setiap Asar dimana saya
membuat Amalan Asar...hinggalah saya tahu puncanya dan mem-
buang tangkal itu ke sungai...

Setelah bahang panas dan semut-semut itu dibuang daripada
kepalanya...ia tak dapat melihat lembaga-lembaga itu lagi.

Kisah 2

Dalam sebuah kelas...7 orang pelajar lelaki Tahun 3 seda-
ng sibuk 'bermain'...dan bermain di sini maksud saya ber-
tumbuk...bersepak terajang...dan sebagainya...
Kelas kem bistari Solat..dah jadi Kem Bistari Silat...

Patutlah tak ada Guru Perempuan yang nak ambil mereka ma-
suk pada kerja berkumpulan masing-masing...

Ketika saya memanggil salah eorang daripada mereka dan
buat 'scan' Titik 2...seronoknya budak tu...dia kata nam-
pak muka lembaga bertanduk...

Rakan-rakan lainnya kemudian berebut-rebut nak minta
'scan'...

Daripada tujuh orang budak...hanya seorang yang tak ada
sebarang tindakbalas...manakala yang lainnya...semut-
semut dalam dahi atau berlari ke sana sini dalam kepala
serta ternampak lembaga-lembaga aneh...

Paling jelas adalah pada salah seorang budak...ia nampak
satu makhluk aneh bertanduk bercawat kulit binatang se-
dang berjalan pada satu kawasan timbunan batu-batu besar.

Makhluk itu memegang satu alat seperti senjata...ia sep
reti tongkat pendek yang hujungnya ada bola besi berduri.

Walaupun kawasan berbatu besar yang dilihat oleh budak
tersebut sebenarnya terletak di kawasan belakang rumah-
nya...tapi pada hakikatnya...makhluk itu ada dalam otak
hadapannya...

Bila 'semut-semut' padanya saya tarik keluar...maka ia
tak nampak lagi pandangan-pandangan tadi...

Begitulah sifatnya bisa jin...seseorang itu mungkin akan
nampak sesuatu yang di luar dugaannya...

Kisah 3

Seorang rakan mengesyaki dianiaya tuan kantin apabila e-
baik saja ia makan mee goreng yang dibelinya...menyebab-
kan ia sakit kepala bagai nak pecah sehingga terpaksa di-
kejarkan ke wad kecemasan...

Kebetulan ia masih belum habis membayar hutangnya sejak
beberapa bulan lalu...dan mengandaikan tuan kantin senga-
ja membalas dendam kerana sakit hati...

Tapi...apabila di'scan' dada...ia tak merasakan sebarang
tindakbalas pada perutnya...menunjukkan sakitnya tak ada
kaitan dengan makanan...juga menunjukkan...jika ada sihir
maka sihir itu kemungkinan besarnya dikirim melalui angin.

Bila di'scan'pada Titik 2 kepalanya...ia tak nampak se-
barang bayangan tuan kantin...maka ia tak ada kena men-
gena pula dengan tuan kantin...

Sebaliknya ia terbayang wajah 3 orang rakan kerjanya...
termasuk salah seorangnya yang telah bersara sejak seta-
hun lebih lalu...

Ia lebih sesuai dengan fakta bahawa sakit kepalanya itu
bermula sejak setahun lebih...ketika ia merasa sesuatu
masuk melalui mata kanannya ke dalam kepala dan mula
merasa sakit...

Sejak itu ia dah beberapa kali berubat ke hospital...
tapi kali ini adalah yang paling teruk...

Ia bukan sahaja merasakan kepalanya sakit seperti di-
hayun tukul...atau nak pecah...malah ia merasa beratus-
ratus jarum terbang menyucuk menembusi dahinya...

Perkara ini boleh terjadi disebabkan ia ada angin bisa
jin pada dahinya...maka serangan makhluk-makhluk halus
itu 'memanafaatkan' angin ini dan menjadikan ia laluan
serangan...

Maka 'scan' ini dengan izin Allah...mengelakkan ia dari
bermusuh tak tentu pasal dengan tuan kantin...

Bagaimana pun kerana merasakan 'scan' ini masih pada pe-
ingkat ujian...saya sengaja melarangnya dari menuduh ra-
kan-rakannya...sebaliknya hanya perlu berhati-hati ter-
utamanya kalau mereka memberi padanya sebarang makanan
atau minuman...

Cuma setakat ini saya berpendapat...bahawa setiap perkara
yang dilihat oleh seseorang itu semasa 'scan'...sangat
besar kemungkinannya...ia ada kaitan...

Kisah 4

Seorang budak lelaki tiba-tiba mengamuk apabila disuruh
solat oleh ibunya...

Apabila di'scan' pada Titik 2...ia memberitahu ternampak
suatu kawasan seperti sebuah perkampungan yang luas...

Apabila saya bertanya di manakah letaknya kampung itu...
dengan spontan dan yakin ia mengisyaratkan ke arah dada-
nya...sambil berkata...ia dalam dada...

Saya membuat pengisian dengan Manzil...dengan mengulang-
ulang Ayat Afahasibtum...dan budak itu memberitahu ia
merasa letupan-letupan kecil yang banyak dalam dadanya.

Setelah beberapa lama membuat pengisian dan serangan...
budak itu memberitahu...perkampungan itu dah musnah...

Selepas itu...ternyata ia dapat solat tak seperti sebe-
lumnya...apabila tiba-tiba ia merasa sangat marah dan
sakit hati tanpa sebarang sebab yang diketahuinya se-
baik saja disuruh solat...


Kisah 5

Seorang ibu merasa sakit kepala dan semua sendi-sendi
badannya...

Apabila di'scan'...ia ternampak satu lembaga perempuan
berambut panjang dan berpakaian serba putih sedang ber-
diri dibawah pokok...jauh ditengah hutan...

Begitu sifatnya 'scan' ini...kadang-kadang anda bukan
hanya akan nampak makhluk yang mengganggu anda..tapi
juga tempatnya...

Kisah pada DUNIA MISTERI...Dilawati Roh Orang Mati juga
menggunakan kaedah ini...menunjukkan kemungkinan besar
gangguannya itu adalah dari jin saka...

Kadang-kadang pula seseorang itu tak nampak tempat asal
makhluk yang dilihatnya...tapi ada suatu perasaan secara
spontan yang buat ia merasakan tahu asal usulnya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

10 ulasan:

  1. Selamat sejahera saudara shahfi...
    ...oleh kerana kaedah 'scan' ini tak
    membahayakan...maka siapa pun boleh
    cuma soal nampak tak nampak itu...
    terpulang pada izin Tuhan...

    Dan biasanya kalau seseoang itu tak
    mengalami gangguan jin pada bahagian
    otak depan...ia tak nampak...

    Walloh a'lam

    BalasPadam
  2. salam perkenalan tuan,nak tanya bgmana cara nak scan

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam Ryan...

    Mengenai perkara ini...saya harap Ryan
    dapat merujuk kepada ulasan saya untuk
    Ryan ditajuk...DUNIA MISTERI...Jin Saka
    Pembunuh?...terima kasih atas soalannya.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...

    anak lelaki saya berumur 2 tahun (anak sulong), sejak kebelakangan ini anak saya selalu terkejut dan ketakutan saya syak dia boleh melihat benda ghaib sebb baru2 nie dia seperti memanggil seseorang masuk ke dlm rumah, bila saya tengok keluar tak ada sapa2 pon... 2 3 kali dah saya lihat gelagat dia... dan yg terbaru dia suruh seseorg duduk didalam rumah pada hal tidak ada sesiapa didepannya.. harap tuan dapat bantu... sekian terima kasih

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth sutrakreatif....

    Saya minta maaf kalau tulisan saya ni tak
    berlapik...

    ...ia adalah gejala ada jin nak berkawan
    dengan anak tersebut...

    Jin itu mungkin datang dari mana-mana...ia
    nampak dan suka nak mendamping...atau jin
    dekat rumah...atau jin yang tinggal atau
    singgah rumah...atau jin yang lalu lalang dekat rumah...atau jin saka...

    Tak kira apa pun ia...sebaiknya elakkan...
    dengan meminta rawatan pada anak ini...ker-
    ana pada kebiasaannya...samada cepat atau
    lambat...ia akan mengganggu fikiran...peras-
    aan dan tingkah laku anak ini...

    Sebaiknya carilah perawat dekat ya.....agar
    mudah untuk sebarang rawatan susulan...ker-
    ana rawatannya mungkin akan mengambil sedi-
    kit masa...

    cuma kalau benar-benar tak dapat cari per-
    awat...sila beritahu saya nanti ya...

    Untuk rawat sendiri dan ia sebaiknya dibuat
    oleh ibu atau bapa...atau kelurga lain...
    bacakan Fatihah 3x...Ayat Kursi 11x...dan 3
    Qul tiga-tiga kali setiap malam pada ubun-
    ubunnya...dan tiup perlahan-lahan...juga buatkan airnya dalam botol mineral 1 liter atau lebih untuk minum...mandi dan renjis
    penjuru-penjuru ruang rumah termasuk
    ruang tamu...

    Semasa membaca dekat muncung botol air se-
    hingga nafas kita sampai pada air semasa membcanya...

    Sebelum baca tu...Istighfar 3x...shahadat 3x
    dan salawat syifa atau lainnya 7 x...

    Insya Allah ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. syukran tuan.. insyaallah saya akan ikhtiar rawat sendiri dahulu mengikut cara yang tuan bgtau...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan..
    Saya ingin bertanya klu kite scan diri sendiri boleh ke? Dan bagaimana klu boleh? Minta pencerahan dari tuan.

    BalasPadam
  8. wa alaikum salam eng...

    minum air doa...kalau ada sebarang kesan dan
    tindakblas...ada angin bisa atau jin...

    atau baca bismillah...11 kali pada dua tapak
    tangan...tiup perlahan...tutup muka tarik
    nafas dalam-dalam...kalau ada tindakbalas
    ada gangguan...

    ...atau dengar rakaman ayat-ayat rukyah...
    sekiranya ada tindakbalas...ada gangguan...

    wallohu a'lam

    BalasPadam