Ahad, 19 Disember 2010

'SCAN' CARA SAYA...'Scan' Mudah TD...

1.Untuk tujuan 'scan'...biasanya saya cuba mengelakkan
Rukyah terlebih dahulu...
cukup sekadar Bismillah..1x dan salawat 1x...

Atau...Istighfar 3x...Bismillah 3x...Salawat 3x...dan
syahadat 1x...

2.Kemudian menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung
sambil berzikir...Allah..Allah 11x dalam hati...

3.Tahan nafas...dan berzikir Allah...Allah 11x dalam
hati dan niat..saya 'scan'untuk tujuan perubatan ker-
ana Allah ( iaitu untuk mencari keredhaan Allah kerana
kita berusaha membantu orang lain ).

Kemudian lekapkan tapak tangan kanan ke belakang 'pesa-
kit' jika 'scan' dada...
atau letak jari telunjuk tangan kanan ke ubun-ubun 'pes-
akit' jika 'scan' bahagian kepala...

4.Lepas nafas melelui hidung perlahan-lahan sambil ber-
zikir Allah..Allah 11x dalam hati...

5.Tanda mudah seseorang itu ada gangguan jin...jika pada
dada...'pesakit' merasa berdebar-debar..iaitu jantungnya
tiba-tiba berdengup lebih kuat...

..jika pada kepala...ia merasa ubun-ubunnya sakit...atau
rasa jarum menyucuk...atau merasa jari telunjuk itu sangat
berat...atau ada semut-semut bergerak di bahagian yang di-
sentuh jari...dan sebagainya...

6.Kalau 'pesakit' tak merasa sebarang tindakbalas...maka
untuk kali keduanya...semasa menahan nafas...

a.saya akan membaca Fatihah 1x...atau kalau rasa perlu...
3x ( Fatihah 3 senafas ) dalam hati...

b.Atau fatihah 1x dan Ayat Kursi 1x...

...dan kalau rasa perlu...walaa ya uudhuh...itu dibaca 7x
baru sambung ayat...Wahuwal Aliyyul Aziiim...

...saya pernah terbaca pada suatu buku...itulah perkataannya
antara yang paling panas dalam Ayat Kursi untuk membakar jin.

...dan petua membacanya saya dapat dari seorang ustaz ahli
Rukyah pada hujung 90 an...yang pernah mengajar di Sekolah
Agama Toh Puan Rahmah KK...beliau dah lama pencen dan balik
ke semenanjung...semoga jadi Amal jariah baginya...

c.Atau ayat Kursi 1x...dengan ayat...walaa ya uudhuhuu hif
zhuhumaa wahuwa Aliyyul aziim dibaca 7x sebelum melepaskan
nafas...

( nota : Ayat Qur'an hendaklah di baca mengikut sebutan
atau tulisan arabnya...)

7.Kalau 'pesakit' tak merasa sebarang tindakbalas...maka
samada ia tak ada gangguan...atau mungkin kaedah 'scan'
kita tak cukup untuk memecahkan perisai jin dalam badan.

8.Untuk setakat ini...95 peratus 'scan' dapat mengesan
gangguan jin pada peringkat awal lagi...

...dan ada dalam satu kes pula...perisai jin dalam badan
hanya pecah setelah 20 minit diRukyah...

Ia diRukyah apabila tak menunjukkan sebarang tindakbalas
semasa di'scan'...sedangkan banyak kudis tumbuh pada me-
rata tempat terutamanya di bahagian kakinya.

...ubat hospital atau farmasi lansung tak berkesan...dan
ada masanya ia merasa kudis-kudus itu sangat gatal terasa
banyak ' semut-semut ' merayap...

Sebenarnya tak payah ' scan ' mudah...ia dah boleh diket-
ahui kerana itu adalah tanda-tanda gangguan jin...maka
ia perlu diRukyah walaupun keputusan ' scan ' negatif.

Sebab tak ada tindakbalas awal...kerana perisai jin agak
kuat...dan didapati daripada saiz ' semut-semut ' itu...
hampir semuanya adalah jin saka ilmu...

Setelah perisai jin itu pecah...' semut-semut ' bergerak
di merata tempat pada badan serta kaki tangannya...

8.Di atas..adalah ' scan mudah ' yang biasa saya buat...
dan telah banyak kali diuji ( ia tak membahayakan ) ...
atau diguna dalam ' scan ' bagi tujuan rawatan sebenar...

Diuji maksudnya...dibuat pada budak-budak...seperti anak-
anak buah...rakan-rakan juga keluarga-keluarga terdekat.

Didapati juga..bahawa ramai orang terutamanya kanak-kanak
yang mengalami gangguan jin...sedangkan mereka nampak si-
hat tak ada sebarang masalah kesihatan...tapi ia seperti
banyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka sehari-
hari...

NOTA

1.Kalau anda bukan ahli tenaga dalam...dan kebetulan
'scan' awal tak memberi sebarang keputusan...dan sebagai-
nya...

...maka anda boleh guna kaedah-kaedah membaca Fatihah...
Ayat Kursi dan sebagainya semasa menahan nafas.

KENAPA SAYA MENGELAK RUKYAH PADA AWAL 'SCAN'.

Iaitu kenapa saya seboleh-bolehnya mengelak daripada me-
rukyah ketika hendak 'scan'...

1.Untuk mengelakkan jin daripada berpindah tempat...

Seorang budak lelaki..ada jin dalam kepalanya...tapi sele-
pas di rukyah...ubun-ubunnya disentuh oleh jari telunjuk
perawat...ia tak merasa sebarang tindakbalas...
maka perawat berkata kepadanya...engkau tak ada gangguan.

Saya bertanya pada budak tersebut...ia beritahu 'semut-
semut' dalam kepalanya itu dah lari ke kaki semasa dirukyah.

Apabila jin berpindah tempat...kita mungkin silap membuat
keputusan 'scan'...contohnya jika ia dalam dada...lari ke-
rusuk semasa di rukyah...maka kita mungkin menyangka tak ada
gangguan pada bahagian dadanya...

2.Untuk mengelakkan jin itu lari keluar...

Mungkin semasa dirukyah...sebahagian jin lari keluar kerana
tak tahan menanggung sakit atau sebagainya...
maka apabila di'scan'...jumlah jin yang dikesan kurang sedi-
kit daripada yang sepatutnya...

Maka kita mungkin menyangka bahawa gangguan itu kurang...
sedangkan ia lebih kuat atau banyak daripada yang kita sang-
kakan...

Malah kadang-kadang kalau lebih rukyah...ada penempatan-pen-
mpatan jin yang mungkin menjadi kosong...samada kerana lari
keluar atau bersembunyi di tempat lain...

Maka jumlah 'semut-semut' atau sebagainya...atau tempat-tem-
patnya dalam badan...mungkin boleh mempengaruhi keputusan
'scan'...

3.Untuk mengelakkan angin bisanya dari berkurangan...

Mungkin semasa dirukyah...sebahagian angin bisanya keluar...
maka apabila di'scan'...'pesakit' mungkin tak merasa panas
atau sakit sebagaimana sepatutnya...( jika berkenaan...tapi
sangat jarang...biasanya tak sakit...kecuali rasa menyucuk
atau sedikit sakit jika 'scan' pada bahagian kepala bergan-
tung kepada gangguan ).

Apa saja kesan seperti ringan atau beratnya tindakbalas
maka ia boleh menjadi ukuran berat atau ringannya gangguan.

...dan sebagainya...

Ia bereti...bahawa 'scan' mengejut akan memberi keputusan
yang lebih tepat pada cara 'scan' mudah TD ini...

POSISI 'PESAKIT'...

Kalau 'scan' dada...maka kedudukan 'pesakit' adalah di ha-
dapan dengan membelakangi 'perawat'...

Maka 'pesakit' itu boleh duduk bersila atau bersimpuh...at-
au sebagainya di atas lantai...atau duduk atas kerusi yang
sesuai...dan sebagainya...

Kalau 'scan' kepala...maka 'perawat' berada pada bahagian
tepi 'pesakit'...bergantung kepada keadaan dan kesesuaian
masing-masing...

...atau terpulang kepada mana-mana cara serta keadaan yang
sesuai....

MENUTUP MATA...

Sebaiknya orang yang di'scan' itu menutup mata semasa 'scan'
agar ia lebih peka kepada sebarang tindakbalas dalam diri...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Nota ( 2 )

1.Seperkara yang sangat penting...bahawa kita hanya berusaha
dan hasilnya...terpulang kepada Allah...

Yang pasti...tak akan berlaku sesuatu...kecuali dengan izin
NYA...dan tak akan terhindar sesuatu...kecuali atas izinNYA
juga...Wallohu a'lam

2.Kalau anda merukyah sebelum 'scan'...sebaiknya anda dapat
bertanya pada 'pesakit' sekiranya semasa rukyah itu...ada se
-suatu yang keluar dari ubun-ubun atau sebagainya...

...atau kalau ada sesuatu yang berpindah tempat...contohnya
dari kepala ke kaki...dan sebagainya...yang biasanya ia ber-
pa semut-semujt atau cacing-cacing...

Ini untuk mengelakkan sebarang maklumat daripada 'terlepas
pandan'...

2 ulasan:

  1. izinkan saya beramal dengan kaedah ini ya tuan... dan izinkan saya berkongsi ya.

    BalasPadam
  2. Minta di ijazahkan supaya dapat sy amalkan ya tuan

    BalasPadam