Khamis, 18 Mac 2010

5 TANDA ADA SAKA...

Iaitu antara tanda-tanda seseorang itu
ada saka...

1.Ambil Wuduk...Angin Nak Keluar...

Iaitu...asal saja anda ambil wuduk...maka
mulalah perut nak buang angin...

kalau tak ambil wuduk...biarpun anda mandi
sekalipun...tak pula ada apa-apa...

Iaitu kerana ada ' angin bisa 'dalam perut...
juga dalam badan...

Pada wuduk itu ada kekuatan rohaninya...
maka akan mengena pada gangguan rohani...

2.Takut mandi...

Iaitu...anda takut mandi tanpa sebab yang mun-
asabah...

Mungkin dalam seminggu...anda hanya mandi
sekali...atau mungkin juga berbulan-bulan ' lupa '
mandi...bergantung kepada kekuatan gangguan
dalam badan...

Kadang-kadang itu yang menyebabkan kanak-
kanak yang sangat takut mandi...walaupun de-
ngan air suam...

Begitu juga orang menuntut ilmu jin...kadang-
kadang pantang mandi mula dari baru menu-
ntut lagi...atau tiba-tiba rasa tak suka mandi...
tanpa sebab yang munasabah...( Tanda Besar ).

3.Mimpi Buruk kalau Beramal...

Iaitu...apabila anda mengamalkan sesuatu doa
atau suroh-suroh dari Qur'an...terutamanya
yang berkhasiat sebagai pendinding diri...

...contohnya Ayat Kursi atau 3 Qul...maka anda
mula bermimpi buruk...seperti mimpi ganjil...
mimpi ' hantu '...dikejar penjahat...dimarahi se-
seorang dan sebagainya...

kalau anda berhenti beramal...maka mimpi anda
mula indah semula... ( Tanda Besar ).

4.Badan Tak Selesa Kalau Beramal...

Iaitu amalan-amalan seperti diatas...dan anda
mula rasa rimas badan...lenguh-lenguh...sakit-
sakit...panas...batuk-batuk dan sebagainya...

...dan ia boleh jadi ringan...dan boleh jadi berat...
seperti sakit teruk...( Tanda Besar ).

5.Panas Badan...

Iaitu panas badan tanpa sebab yang munasabah
dan anda tak demam...

Kadang-kadang ia mungkin datang tiba-tiba pada
satu malam...dan hilang keesokannya...
atau datang dan panas berpanjangan siang dan
malam...

Ciri-ciri utama panasnya...ialah seperti panas itu
membahang dari dalam badan...

Kalau anda mandi sekalipun...sejuknya sekejap
saja sebelum ia mula membahang semula...
( Tanda Besar ).

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan