Sabtu, 6 Mac 2010

AYAT MANZIL...Asal Usulnya...

Ubai Ibnu Kaab RA meriwayatkan...sewaktu bersama Rasulullah SAW...
seorang Badwi datang dan berkata kepada baginda..."Wahai Rasulullah...
saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa sejenis penyakit gila..."

Rasulullah menyuruh orang itu membawa saudaranya...kemudian baginda
membacakan kepadanya beberapa ayat...iaitu...

1.Suroh Al Fatihah.

2.5 Ayat permulaan Suroh Al baqoroh...

3.Ayat 163 Suroh Al Baqoroh ( Ayat...Wa ilaahukum...)

4.Ayat 255 Suroh Al Baqoroh ( Ayat Kursi )

5.Ayat 256 dan 257 Suroh Al Baqoroh (iaitu 2 ayat sesudah Ayat Kursi )
dari...Laa ikrooha fiddiin...hingga...fii haa khooliduun.

6.3 ayat penutup Suroh Al Baqoroh...
dari...lillaahi maafissmaawaati...hingga...alal qoumil kaafiriin.

7.Ayat 18 Suroh Ali Imran...
dari...shahidalloohu...hingga...Aziimul Hakiim.

8.Ayat 26 dan 27 Suroh Ali Imran...
dari...Qulillaahumma...hingga...bighoiri hisaab.

9.Ayat 54 , 55 dan 56 Suroh Al A'rof...
dari...Inna robbakumulloohu...hingga...minal muhsiniin.

10.Ayat 110 dan 111 Suroh Al Isro'...
dari...Qulid ulloohu...hingga...wakabbirhu takbiiro.

11.ayat 115 , 116 , 117 dan 118 Suroh Al Mukminun.
dari...afahasibtum...hingga...wa anta khoirurroohimiin.

12.Ayat 1 hingga 11 Suroh As Soffat.

13.Ayat 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 dan 40 Suroh Ar
Rahman...dari...yaa ma'sharol jinni...hingga...tukazzibaan.

14.Ayat 21 , 22 ,23 dan 24 Suroh Al Haysr.
dari...lau anzalnaa...hingga...wahuwal Aziizul Hakiim.
(...juga di kenali sebagai Ayat Lau anzalna. )

15.Ayat 1 , 2 , 3 dan 4 Suroh Al Jin.

16.Suroh Al Kaafirun.

17.Suroh Al Ikhlas.

18.Suroh Al Falaq.

19.Suroh Annaas.

...selepas itu orang itu sedar dan pergi dari situ seolah-olah
tak ada sesuatu yang berlaku...


Nota : Ayat Kursi adalah ayat ke 255 Suroh Al Baqoroh...
dan bukan ayat 155 seperti yang pada mulanya saya catitkan...
maka 2 ayat sesudahnya adalah ayat 256 dan 257 Suroh
Al Baqoroh...harap maaf.

Wallohu a'lam.

6 ulasan:

  1. Salam, bagus amalan ni. Saya pun beramal dengannya. Dan sangat berminat dengan amalan kerohanian. Selain daripada Ayat Manzil, ayat 33,Tasbih Ulul Azmi, Qof 100 dan sebagaiinya. Tetapi ingat..!! Jangan terhenti kepada kebesaran ayat,jampi, wirid dan sebagainya. Peranan ke semua di atas adalah bukti setia murid dengan guru yang memimpin. Sekiranya ambilan tersebut datang dari guru, ustaz atau ulama serta individi yang bersekongkol dengan jin. Maka amalan tersebut akan mendatangkan nariah atau kepanasan kepada murid. Inilah yang disebut sebagai gila isim. Guru yang mengijaahkan amalan ini kepada murid yang menerima ilmu untuk amalan diri perlu pula membuktikan ilmu yang diijazahkan itu mempunyai sanad dan salasilah yang jelas ehingga ke Rasulullah SAW atau sekurang-kurangnya ulama yang mu'tabar. Dilarang keras menerima ilmu dan amal yang bersanad dengan mimpi, kerana mimpi tidak boleh dijadikan hukum. Dilarang keras mengambil ilmu secara tiru-meniru kerana pengaruh membaca buku-buku yang bertemakan kerohanian kerana selalunya jin akan mengambil kesempatan memperkenalkan diri dengan mengaku dirinya adalah tuhan, ruh nabi atau wali serta pahlawan dahulu kala. Dilarang menerima ilmu kerohanian daripada mereka yang fasiq, munafiq apatah lagi murtad.Sekiranya guru yang mengijazahkan amalan mampu mengemukakan sanad dan salasilah yang jelas. Hendaklah berwaspada dengan masalah terputus sanad. Maksudnya di sini 'on paper' sanad dan salasilahnya jelas hingga ke Rasulullah, tetapi dari segi rohaninya ia telah terputus. Disebabkan ini kita masih lagi mendengar kes-kes gila isim walaupun ilmu dan amalnya bersanad. Istilah 'putus sanad' berlaku apabila guru yang mengijazahkan amalan ini belum cukup masak atau belum khatam sepenuhnya dalam bab mujahadah melawan nafsu. Putus sanad juga berlaku apabila terdapat individu yang cepat sangat nak jadi guru dan mempunyai pengikut akhirnya berlakulah yang diistilahkan sebagai 'jahat adab'. Contoh di zaman tabi'en Wasil Bin Atha' telah menderhaka kepada gurunya Hasan Al-Basri yang kemudiannya melahirkan mahab Muktazilah. Syor saya di sini rujuklah kepada

    1. Ustaz Azrin yang terkenal sebagai perawat Islam.

    2. Tok Berlagak dari Darul Saka.

    3. Abjad Malaysia Cawangan Selangor.

    Berdasarkan pembacaan saya, ketiga-tiga nama di atas mempunyai kefahaman yang jelas tentang perkara yang saya tulis. Harapan saya, apa yang menjadi kelemahan saya harap diberi teguran yang positif. Moga-moga Allah Taala melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

    Sekian,wassalam.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Syaiun...

    Terima kasih atas ulasannya...dan semoga
    kita semua dapat mengambil perhatian
    mengenai perkara ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalam ustaz..
    Utk item no.2
    4 ayat permulaan surah al-baqarah mksud nya mula pada ayat alif lam mim... hingga wa bil akhirotihum yu qinuun
    Btul ka? Sbb saya ada download mp3 manzil... tapi utk bahagian ini, mereka baca ayat 1 hingga 5 (a lif lam mim hingga wa ula ika humul muflihuun)
    Saya keliru.
    Terima kasih ustaz.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salaam wbkth sofeya... Yang betul adalah hingga ayat kelima... Maaf saya tersilap pada item tersebut. Terima kasih nanti saya perbetulkan....wallohu a lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ustaz atas respond nya..
      Terima ksh juga kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat ini.

      Padam