Ahad, 14 Mac 2010

AWAS...! KERIS BERKAIN KUNING...

1.Iaitu keris yang diikat kain kuning...maka
hendaklah anda berhati-hati...

2.Adapun kain kuning itu...

a.Menunjukkan keris itu ada jin pendamping
dan kain itu adalah pengikat agar jin dari keris
itu tak dapat keluar berkeliaran sesuka hati...

b.Kadang-kadang ikatan kain kuning itu menun-
jukkan bahawa keris itu adalah jenis ' keris
terbang '...maka ikatan kain kuning itu adalah
untuk menghalang ia keluar dari sarungnya
kerana mungkin ia akan menakutkan atau mem-
bahayakan sesiapa..

c.Jin yang mendampingi keris itu biasanya juga
berpakaian kuning...atau malah secara rohani ia
mungkin diberi pakaian oleh tuannya melalui
kain kuning tersebut.

3.Bagaimanapun kalau di ikat secara petua yang
betul...
ikatan itu mungkin cuma berguna untuk meng-
halang keris itu dari terbang keluar dari sarung-
nya...

...atau secara hakikatnya...menghalang jin pen-
dampingnya dari menarik keluar keris dari sar-
ungnya...

...sedangkan mungkin jin pendampingnya terus
bebas berkeliaran dalam rumah atau ke mana-
mana...

...kerana bukan semua jin tinggal atau terikat da-
lam keris...

4.Sebaik-baiknya hati-hati menyentuh keris-keris
lama...atau senjata-senjata lama...

...kerana antara risikonya bagi senjata lama yang
pernah di beri 'makan darah '...
mungkin jin pendampingnya sedang kelaparan...

...maka sentuhan boleh mengakibatkan rasukan
atau ' jin pindah rumah '...iaitu dari senjata ke-
tubuh anda.

5.Bagaimana pun sebenarnya...tak ujud keris ter-
bang di dalam dunia ini...

...yang ada...cuma ' keris dibawa terbang '...tapi
oleh kerana kita tak nampak jin yang membawa-
nya terbang...
maka perkataan 'dibawa'itu kita buang...jadilah
' keris terbang '.

6.Akhir sekali...ada juga keris berikat kain kuning
atau sebagainya itu sebenarnya bukan jenis ' keris
terbang '...tapi jenis keris ' duit terbang '...

Iaitu keris kosong yang saja dibuat-buat...digaya-
gayakan...agar nampak hebat dan berisi...dan laku
oleh peminat-peminat barang antik...terutamanya
yang berminat dengan ilmu kebatinan...dan tentu
harganya lebih ' terbang '.

7.Namun sebaik-baiknya...kalau anda peminat keris
maka elakkan yang berikat kain...kerana mungkin ia
jenis berisi...dan risikonya bukan hanya untuk anda...
tapi juga keluarga dan keturunan anda...

Walohu a'lam.

51 ulasan:

  1. boleh tahu saka keris jin jenis apa,mcm mana nak buang dia dari badan saya ni

    BalasPadam
  2. Saudara kenu...

    Keris ini umpama kereta...kalau kita nak tahu apa jenisnya orang yang memandu kereta...semua pun boleh jadi...yang penting tahu memandu...

    Dan keris...jin apa pun boleh jadi...tapi se-
    kurang-kurangnya ia ada 3 ciri yang paling biasa...

    1.Ia adalah jenis jin yang ada ilmu keba-
    tinan...(macam manusia...bukan semua jin ada ilmu batin...dengan kata lain ia adalah
    jin ilmu...).

    2.Ia sangat berpengalaman dalam mendampingi
    manusia...

    3.Jin itu ada tujuan tersendiri dalam mencampuri kehidupan manusia...dan biasanya
    tak ketinggalan dengan niat 'jahat' dan mungkin juga sambil mencari 'populariti'
    dalam kalangan jin juga manusia...

    Cara nak buang...

    1.Minta rawatan...dan rawatan itu ada berbagai
    caranya...mungkin jin itu dipaksa keluar...dengan dirukyah...guna air doa...diseksa...ditarik keluar...dibunuh...dan sebagainya...iaitu ber-
    gantung kepada bidang perawat...

    2.Dan saudara mesti membentuk pertahanan diri
    sendiri dengan berbagai amalan pilihan...agar
    jin itu tak dapat masuk...atau masuk tak dapat bertahan lama...terutama kalau perawat
    tak dapat menangkap atau membunuhnya...

    3.Penting...jangan simpan keris itu dalam rumah...jangan pula dibuang cepat-cepat kerana
    mungkin akan perlu dalam perubatan...contohnya
    jin itu mungkin boleh ditarik masuk ke dalam
    keris kemudian diikat...atau dikurung.

    Dan sebagainya...iaitu secara ringkas...minta
    rawatan...dan mulalah beramal untuk mempertahankan diri sendiri tanpa perlu terlalu bergantung kepada perawat...

    Amalan boleh dirujuk dan dipelajari dimana-mana...dan pada sesiapa saja yang muslim...saya cadangkan amal Ayat Manzil atau amalan yang lebih mudah tapi berterusan.

    Secara peribadi...saya telah menyertakan serba sedikit amalan yang rasanya agak mudah...Insya Allah...dan untuk amalan-amalan
    lain bolehlah rujuk pada ustaz-ustaz...perawat...dan sebagainya...yang penting elakkan guna jin...

    Wallohu a'lam.
    dan kalau

    BalasPadam
  3. keris berkain kuning? saya ada jumpa kat rumah arwah nenek dulu.... ayah ckp tu keris pusaka... ada satu kejadian aneh berlaku... baru2 ni rumah tu terbakar dan keris tu hilang... tapi sedara saya jumpa semula keris tu di sebuah surau... dia dapat tau keris tu di surau melalui mimpi.... tiada siapa yang tau mcm mn keris tu berada di sana... apa pendapat anda tentang keris tu? saya risau jika keris tu mempunyai saka, keturunan saya mungkin menghadapi masalah nnt....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam. Boleh berikan no cik. Ni no sy sila hubungi. 0199850554

      Padam
    2. Untuk keterangan boleh hubungi saya 0199850554

      Padam
  4. Salam @in@...dari ceritanya...sangat besar
    kemungkinannya keris itu ada jin...dan juga
    ada kemungkinan ia akan menimbulkan gangguan
    samada pada masa sekarang atau masa akan dat-
    ang...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. keris berkain kuning...datuk saya memiliki keris jenis ni yg perlu diwarisi kepada anak lelaki yang sulung. Bapa saya tidak mahu menyimpan keris tersebut khuatir kurafat..dan kata datuk saya dulu kalau salah bawak keris ni akan jadi papa kedana. Saya pun tak berapa mengerti maksudnya..mungkinkah ada perjanjian atau sebagainya. Apa yang pasti saya (penulis) juga perlu mewarisi keris tersebut. Apa pandangan encik tentang hal ini. Untuk pengetahuan keris itu masih tersimpan dalam almari rumah tinggal datuk saya yang sudah usang di kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam. Sila hubungi saya, 0199850554 atau berikan no atau email cik di sini

      Padam
  6. Salam ezree...

    Pada pendapat saya...lebih baik beri
    keris itu pada orang yang pakar...

    Dan sebaiknya 'bisa' keris itu di-
    matikan...kemudian buang di laut atau
    sungai...agar tidak ada lagi orang
    yang perlu mewarisinya...

    Kalau salah bawa akan jadi papa kedana
    biasanya bermaksud ada jin jaga keris
    tersebut...maka jin itu perlu dilepas
    bebas dari hubungan dengan manusia...
    atau biar ia terikat pada keris dan
    buang...

    Kalau masih tersimpan begitu saja...jika
    jin itu terikat...lebih baik...tapi lam-
    bat laun pasti akan ada mengusik dan jin
    tersebut akan mengikutnya...

    ...atau kadang-kadang jin itu tidak terikat
    terus lepas bebas dan menjadi saka atau
    masuk badan orang yang dipilihnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    Bagaimana dengan keris lama yang tertinggal secara tak nampak?Dari mana datangnya dan kenapa?Jika seseorang itu dahulunya ada pelajari silat,menginap di rumah kakak atau abangnya dalam seminggu dua,keris lama yang tertinggal tu memang darinya ke?Mohon jelaskan tuan..

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth Eijati....

    Kalau keris berjin tinggal dalam rumah...maka
    jin itu juga akan tinggal dan mungkin meng-
    ganggu isi rumah...atau jadi saka kepada se-
    siapa yang dipilihnya...

    Dari mana datang dan kenapa...juga adakah
    dari seseorang tersebut...maaf...saya tidak
    pandai 'scan' jarak jauh...cuma ianya antara
    perkara yang boleh kita ambil perhatian...

    Kalau nampak kerisnya...sebaiknya keluar-
    kan dari rumah...kalau tak nampak...cari
    orang yang arif mengenai cara urusnya...

    Atau kalau boleh bawa bincang dan pasti
    seseorang itu 'tuan' asalnya...maka sebaik-
    nya ia bawa keluar...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Salam,.buat apa nk dibuang kerisnya,bkn utk disanjung,.tp keris adlh seni budaya kta org melayu,.snjata para syuhada nusantara melawan pnjajah,.spt juga dizmn rasulullah mnggunakn pedang,.yg perlu dibuang sakanya,bkn kerisnya,.hargailah khazanah bangsa kta,.sgala gerak dtgnya dr allah,.walau jin yg menerbangkn,.hakikatnya adlh izin allah,.spt juga bantuan dr malaikat di zaman abrahah,.mnusia adlh sebaik2 kjadian,khalifah di bumi nya,.jgn biarkn kta di pengaruh jin,.tp mereka juga berhak di dakwahkn,.spt dlm firman allah",tdk aku jdkn jin dn mnusia selain utk mnyembah aku"..jika x berdamping pun,mereka ttap ada disekeliling kta,.hnya saja mnusia yg harus waspada tipudaya nya,.brbalik pd keris,ianya tdk bersalah,.fahami hakikat besi spt dlm surah al-HADID,.makrifat kn ia dlm berjihad,.tiada slhnya slagi kta bertawakal,.terbang atau tdk itu hak allah,.atau disebut karomah atau maunah,.yg pnting istiqomah sahaja..jgn slhkn keris,.hargai lah ianya sbgai senjata bangsa melayu,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong hujan saudara.....yakin akan Allah....

      Padam
  10. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Betul tu...tidak salah kalau kita nak simpan
    kerisnya...kerana tentang keris tu sendiri
    tidak ada masalah...

    Tapi biarlah rujuk pada yang pakar...iaitu hendak-
    lah kita pastikan ianya tak ada jin penjaga...

    kalau ada...minta lepas atau singkirkan jinnya...
    dan sekiranya boleh...tak mengapa disimpan...

    Kalau jin itu tak dapat disingkir...barulah sebaik-
    nya ia dikeluarkan dari rumah...

    Dari pengalaman umum...biasanya kita akan
    simpan walau ada jin...kerana kita mungkin ada
    petua dan pendindingnya...tapi untuk jenerasi
    akan datang yang tidak tahu...kita tak ada
    jaminan bahawa jin pendekar yang mendampingi
    keris itu tak akan masuk atau mengganggu anak
    cucu kita...

    Maka sebaik-baiknya...buat pilihan terbaik untuk
    anak cucu kita...kerana seandainya pilihan kita
    akhirnya memudaratkan mereka dengan izin
    Tuhan....setiap merka yang menerima kesan
    buruk akan menuntut kita di hadapan Tuhan
    kelak...

    Senjata kosong juga tidak mustahil boleh ter-
    bang jika keadaan mendesak sebagai per-
    tolongan Tuhan atau kita sebut maunah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. minggu lepas saya bermimpi memperolihi sebilah keris tidak berlok dan berwarna timah dan dibaluti kain kuning,apa pandangan tuan.tks

    BalasPadam
  12. As salam KIEF...

    JIn hantar...jin pilih anda jadi manusia dampingan-
    nya...

    Keris itu dulunya disimpan oleh seseorang...mungkin
    orangnya sidah tidak ada lagi...maka jin cari ganti
    sendiri...dan tentunya seseorang yang jin itu anggap
    boleh menjadi sasaran mudahnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. As salam K...sepertinya ada jin keris berminat pada anda...hati-hati...kalau boleh biar dalam mimpi...
    tolak juga walau dalam mimpi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. terima kasih diatas nasihat tuan,menolak dengan mengamalkan wiridwirid dan selawat adakah berkesan tuan?

    BalasPadam
  15. Sama-sama...ia bergantung pada jin tersebut sama-
    da saja suka atau ada rancangannya yang lebih
    khusus...

    ...namun sebaik-baiknya amal ayat atau wirid-wirid
    yang lebih khusus untuk pembenteng diri seperti
    Manzil...Ma'tsurat...Ayat Kursi dan tiga Qul...

    Seperkara kita perlu ingat...ia jin ilmu...dan biasa-
    nya banyak pengalaman dengan manusia-manusia
    terdahulu...maka kita kena hati-hati...jangan
    sampai lalai dan leka...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. ...dan apa juga amalan kita...salawat tidak boleh
    kita tinggalkan...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. salam saudara. ingin saya bertanya. saya ada mempunyai keris lama yang sudah usang dan peninggalan dri arwah dtuk saya selama 3 generasi. arwah atuk sy pernah pesan bahwa keris itu harus disimpan dirumah pusaka iaitu rumah sya skrng ini. keris jawa berluk 9 katanya ad isinya cuma kami x pernah diganggu lg dngn keris itu dirumah kami. keris itu akan dibersihkan pd setiap awal muharam dan ad bacaan selawat dan sbgainya. tidak diasapkan hanya dibasuh dngn limau atau buah mengkudu. saya ingin bertanya adakan amalan tersebut masih reliven pada masa kini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong sms atau call sy di no 0199850554.

      Padam
    2. Boleh hubungi saya tuan untuk keterangan

      Padam
  18. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Pada pendapat saya...tidak timbul soal reliven atau tidak...tapi mungkin kerana ini
    isi keris itu tidak mengganggu ( atau mungkin juga menggganggu tanpa di sedari ).

    Ia sama seperti pendapat yang mengatakan gangguan hantu itu cerita dulu-dulu
    dan tidak ujud lagi dalam zaman moden ini...sedangkan terbukti gangguan jin
    juga sudah meniti arus kemodenan...contohnya serangan melalui telefon...
    internet dan sebagainya.

    Cuma saya minta maaf...saya kurang tahu dari hukumnya tentang amalan ter-
    sebut samada harus atau haram...namun ia seolah-olah seperti amalan memulia-
    kan benda tersebut dan memenuhi syarat penjaganya iaitu jin.

    Harapnya dalam soal hukum ini saudara bertanya pada orang yang lebih tahu
    ya.

    Namun sebaiknya kalau boleh serahkan ia pada orang yang pakar agar amalan
    tersebut tidak perlu diteruskan...bukan soal reliven atau tidak...tapi soal hukum
    dan keselamatan.

    Wallohu a'lam
    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  19. salam... Terima kasih buka blog ini tentang keris terbang sendiri(susah mahu cari cerita camni),sy nk kata pun..x reti sgt. cuma kongsi pengetahuan,pengelaman dan pendapat. pada saya eloklah dibalut kain kuning ke,merah ke asalkan balut,kata org,kuwatir nanti jin jahat yg kuat akan mengusir jin islam dlm keris/senjata.pisau d dapor dan pistol polis tak perlu balut,yg penting kekuatan iman kita.. kaum jin dulu tak mahu sembah nabi Adam,sekarang ni jin yg sudah masuk islam ingin menebus dosa dgn cara ingin menolong cucu cicit adam dan hawa... perasap,cuci limau dan baca ayat AL-Quran untuk membalas jasa jin islam(jika perlu)mungkin dapat pahala kerana sesama AL-mukmin.. dan juga untuk menjaga kebersihan keris lama,nampak pamor cantik tapi saya guna mesin grinder je,kadam keris bukan lemah tapi merajuk dah tolong keluarga manusia tapi tak balas jasa baik dgn cara mencuci tradisional guna limau,kaum jin islam takut jd bongkak maka mereka suka ikut cara tradisional,saya guna syampo dan grinder,habis calar balar rumah mereka,dah merajuk tak mau terbangkan keris.jgn buang keris.tanam keris yg jahat bertahun,jin jahat akan keluar cari mangsa lain.bila kuat iman(sembahyg tak tinggal)maka jin islam ingin berdamping untuk cari pahala dan jin jahat berdamping utk sesatkan manusia,ada yg mimpi keris,tok aji dtg dan sbg nya.mimpi keris boleh d tarik guna tokmoh tp biarlah melekat d badan(d alam ghaib)utk melindungi diri dari jin jahat dan org jahat(maksudnya jin islam mahu tebus dosa)tp elok juga jika berlaku peristiwa tak elok maka insyaAllah tuhan akan membantu kita "melalui" jin islam itu. mana yg tak mahu keris terbang bolehlah jual d internet(jgn jual pada bukan muslim),ada yg harga ratusan ribu RM.apa yg penting solat jgn tinggal dan klau darurat,jgn harapkan dail 999,semua talian pasti engage.maka.. renung2kan lah.
    Wall llah hu alam... Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 0132256133 no phone sy. sy nakkan sedikit penjelasan.

      Padam
  20. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    1. ...Iblis menjawab..." kerana engkau telah menghukum aku tersesat...aku
    benar-benar akan menghalangi mereka ( manusia ) dari jalan yang lurus...
    kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka...
    dari kiri dan kanan mereka...dan engkau akan mendapati kebanyakan mereka
    tidak bersyukur...Ayat 16 dan 17 Suroh Al A'rof.

    Di sini telah ditegaskan bahawa iblis ( jin ) itu bukan akan cuba menebus dosa
    kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam as...sebaliknya Iblis ( jin ) itu ber-
    sumpah untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.

    Maka Iblis itu berusaha dengan mengerahkan tentera-tenteranya yang terdiri
    daripada jin keturunannya...iaitu syaitan-syaitan jin...untuk menyesatkan
    manusia.

    Malah Iblis dan syaitan-syaitan ini turut menghasut dan menyesatkan jin-
    jin biasa dan memperalatkan jin biasa ini dalam menyesatkan manusia.

    Beza syaitan-syaitan keturunan Iblis ini dengan jin-jin biasa...adalah
    syaitan-syaitan itu mengetahui kebenaran tapi terus mengingkarinya
    sebagaimana bapa mereka Iblis yang tahu dirinya tersesat tapi tetap
    menolak kebenaran...mereka akan kekal dalam neraka.

    Sedangkan jin biasa ada yang baik...ada yang jahat...ada yang Islam
    dan ada yang kafir seperti mana manusia juga....iaitu jin ini boleh me-
    nerima hidayah sehingga ada jin yang kafir masuk Islam setelah di-
    dakwah oleh manusia.

    Jin-jin biasa ini adalah termasuk golongan jin yang kita anggap se-
    bagai khadam benda...jin saka...jin sihir...jin yang menempati
    sesuatu tempat ( yang kita biasa panggil penunggu )...dan sebagai-
    nya.

    BalasPadam
  21. 2. ..dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang daripada manusia meminta
    perlindungan kepada ketua-ketua golongan jin...maka jin itu menambah bagi
    mereka dosa dan kesalahan...Ayat 6 Suroh Al Jin.

    ...dan bahawa ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta per-
    lindungan kepada beberapa orang lelaki dari bangsa jin....maka yang demikian
    itu lelaki ( manusia ) itu membuat jin-jin itu bertambah sombong...Ayat 6 Al jin.

    ...sesungguhnya syaitan ( jin ) itu berjalan dalam tubuh manusia melalui aliran
    darah...maksud Hadis Riwayat Muslim.

    Bagi kita orang-orang Islam.....Hasbiyallohu wa ni'mal wakiil...cukuplah Allah
    sebagai penolong dan pelindungku...kerana sesungguhnya Allah itu sebaik-
    baik penolong...

    ...kita ada Allah...maka tidak perlu lagi kepada perlindungan jin yang darjat
    kejadiannya jauh lebih rendah daripada manusia...dan inilah rahsia
    kenapa jin akan menjadi sombong apabila berdamping atau di minta-
    minta pertolongan dan perlindungan oleh manusia.

    Jin tahu malah dapat merasakan darjat kejadian mereka yang jauh
    lebih rendah...maka apabila kesombongan mula menguasai diri...
    maka berlakulah kezaliman jin ke atas manusia.

    Allah Maha Berkuasa...jin hanya makhluk seperti kita juga....tidak
    berkuasa mendatangkan mudarat atau manafaat kepada sesiapa juga
    melainkan sekadar mana izin Allah...maka kenapa meminta per-
    lindungan dan pertolongan pada jin...malah jin sendiri tidak dapat
    melepaskan dirinya sendiri daripada apa juga ketentuan Allah ke
    atasnya ?

    Dan yang paling utama...jangan kita syirikkan Allah dengan jin....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  22. dan ''usaha(dalam kebaikan)'' mesti ada,insyaAllah Tuhan akan membantu,Amin... Terima Kasih.

    BalasPadam
  23. ...iaitu usaha yang mendekatkan lagi serta membersihkan serta menguatkan keyakinanserta akidah kita semata-mata kepada Allah...Alhamdulillah...terima
    kasih tuan atas ulasannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. Assalam..
    Saudara, saya ada menyimpan keris berbalut kain kuning, peninggalan bapa saya yang meninggal 3 tahun yang lalu. Saiznya agak kecil cuma berukuran 4 inci saja. Beliau seorang bomoh yang agak terkenal dan ilmu yang diperolehinya adalah melalui mimpi. Tapi sepanjang khidmat bomohnya, tak pernah pula arwah menggunakan keris tu. Apa yang saya tau arwah pernah belajar Nasrul Haq dulu..tapi tak mungkin ada hubung kait plak. Nak buang rasa sayang tapi bila saya terjumpa blog saudara, timbul pertanyaan dalam diri saya... patutkah saya menyimpan lagi keris tu? Boleh saudara bagi ulasan @ cadangan untuk saya..

    BalasPadam
  25. Assalam..
    Saudara, saya ada menyimpan keris berbalut kain kuning, peninggalan bapa saya yang meninggal 3 tahun yang lalu. Saiznya agak kecil cuma berukuran 4 inci saja. Beliau seorang bomoh yang agak terkenal dan ilmu yang diperolehinya adalah melalui mimpi. Tapi sepanjang khidmat bomohnya, tak pernah pula arwah menggunakan keris tu. Apa yang saya tau arwah pernah belajar Nasrul Haq dulu..tapi tak mungkin ada hubung kait plak. Nak buang rasa sayang tapi bila saya terjumpa blog saudara, timbul pertanyaan dalam diri saya... patutkah saya menyimpan lagi keris tu? Boleh saudara bagi ulasan @ cadangan untuk saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam norizana hashim. Berapakah no tuan. Boleh hubungi saya 0199850554 tentang keris itu

      Padam
  26. Wa alaikum salam wbkth Nor...

    Ia mungkin jadi benda kenang-kenangan...tapi oleh kerana kita sendiri tidak dapat menjangka kesan dan kemungkinan kemudaratannya...maka sebaiknya ia di-
    buang oleh orang yang tahu...iaitu agar bukan hanya kerisnya dibuang...tapi
    juga jinnya sekali sekiranya ada.

    Sebenarnya keris itu tak ada apa-apa namun jin keris itu yang akan buat angkara
    samada dalam diam atau terang-terangan...terutamanya jin itu mungkin akan tinggal
    dalam badan sesiapa yang dipilihnya.

    Atau jin itu mungkin masih dalam keris tapi akan terlepas pada bila-bila masa.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  27. salam,
    Arwah ayah pernah menyimpan keris yang dibalut dengan kain kuning. Tapi setelah arwah meninggal, keris tu juga hilang. Saya pernah berjumpa pengamal perubatan dan mereka mengatakan saka keris tu ada pada saya. Kalau sesiapa berjumpa dengan keris yang hilang itu pun, keris tu sudah kosong kerana sakanya pada saya. Saya cuba beberapa kali membuang saka yang dikatakan melekat kat diri ni tapi gagal. Boleh ke saka keris meninggalkan keris dan mengikut keturunan?

    BalasPadam
  28. Wa alaikum salam wbkth Zaly...

    Boleh...tapi tidak semestinya kerana jin keris itu boleh
    memilih orang lain yang tiada pertalian darah yang penting
    jin itu merasa mudah menguasainya.

    Saka pada badan itu juga boleh dibuang...yang penting
    kaedahnya serasi atau sesuai dengan keadaan gangguan.

    Cuba Zaly uji ya...tutup mata duduk bersila...baca
    fatihah 3 kali dan tumpukan hati atas tapak tangan
    sekiranya kerid itu terasa ada di mana-mana tapak
    tangan...Baca Ta awwuz 7 kali dan tiup kuat pada
    tapak tersebut dengan niat menghancurkan keris tadi
    ulang sehingga terasa hilang.

    Kalau rasa dalam lengan...urut perlahan sambil mem-
    baca Ta awwuz ke arah ujung jari tangan.

    Kalau terasa pada tempat lain...baca Ta awwuz sambil
    menepuk-nepuknya atau buat rawatan kisar seperti
    catitan pada blog nampak hati.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaa allah saya akan mencuba saranan tuan. terima kasih.

      Padam
  29. Assalamualaikum. Tumpang tanya , sahabat saya ada terjumpa beg galas. di dalamnya ada besi keris yg tiada tempat pemegang. Tapi besi itu dibalut dengan kain kuning. Apakah itu?

    BalasPadam
  30. Berapa no ariana nika. Minta maaf saya tak boleh jawab salam orang bukan muhrim saya. Beg galas itu terjumpa di mana

    BalasPadam
  31. As salam tuan puan...

    Kalau ianya keris berisi atau berjin...maka lilitan itu
    boleh jadi antara dua sebab...iaitu jinnya juga berpakaian
    serba kuning...biasa juga dipanggil jin kuning... dan
    biasanya juga ia pasti dari golongan jin pendekar...

    ...dan kain kuning itu pengikat gara jin jin itu terus
    tinggal dalam bilah keris...dan sebaik-baiknya....jangan
    dibuka dan jangan disimpan...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  32. 0132256133 perlu pendpt saudara yg tahu pasal mimpi keris. wasap please..

    BalasPadam
  33. As salam saudara...saya minta maaf...atas sesuatu perkara
    saya tak beri no hp saya...

    Adapun mimpi keris kalau hanya sekali mungkin permainan
    mimpi tapi kalau berulang maka ia biasanya bermaksud
    keris itu ujud atau pernah ujud....pernah ujud itu ber-
    erti keris itu sudah musnah atau hilang...atau di
    simpan jin dan jin itu berminat atau mahu saudara
    jadi manusia dampingannya.

    Menerima dalam mimpi itu tandanya menerima jin itu
    menolak bererti menolak...terima jin itu maka jin itu
    akan mendampingi dan masuk badan dan ianya jin pendekar.

    Jin pendekar biasanya akan mendorong seseorang manusia
    supaya sentiasa rasa marah atau membenci siapa juga yang
    jin itu benci...atau mungkin medorongnya supaya sentiasa
    menzalimi atau mencari lawan gaduh...disamping akan
    memudaratkan bahagian kepala..jantung ada dada...atau
    mungkin membawa gejala penyakit ampus dan strok.

    Jin itu tergolong dalam golongan syaitan dan musah kepada
    sesiapa juga manusia.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,
    Mohon bertanya kepada tuan..Keris yg ada kalimah ayat suci Al-Quran pd besi kuning sebesar Ank jari salah 1 kalimah Lailahaillallah di mata keris,adakah yg membuat keris itu jgk hamba Allah SWT adalah manusia..???.. sdgkn agak sukar nk membuat keris sekecil itu dgn ukiran ayat suci Al-Quran.. mohon pencerahan dr tuan...

    BalasPadam
  35. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Saya percaya ianya buatan manusia...kerana seni ukiran ini
    tidak terbatas kepada ukiran besar sahaja...saya pernah
    musnahkan keris sedemikian kerana ternyata khadam jinnya
    buat tuannya sakit perut sehinggalah ia meninggal dunia.

    Tak ada kelebihannya benda-benda sebegitu...ukiran kalimah
    suci sebaliknya kalau ada perkara luar biasa berlaku ia
    nya lebih kepada permainan jin yang cuba mengabui mata
    manusia dengannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  36. Xboleh jawab salam sbb bukan muhrim???apa ke baaaangang punya statement.. ko ni kemaruk ke keris orang je,belajar agama lagi jangan jadi bodoh sampai mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nau zubillah minzalik. Mana boleh jawab salam orang bukan muhrim. Kamu belajar agama biar tinggi lagi. Kamu doakan kamu jadi bodoh ya. Hahaha. Dah main2 otp lelaki bg salam dkt pempuan ko ingat puan tu boleh ke jawab salam bodoh? Ki ageng pamungkas sangat patutla kau akhirnya tumpas jgk haha

      Padam
    2. Agaknya itu kamu belajar dengan keluarga kamu yg dh meninggal itu hahaha

      Padam
  37. Assalam Keris Sangkar Keris Pusaka
    2Bilah
    7Keturunan Turun Temurun
    Sesiapa berminat boleh hubungi/wsap/mcg
    0173066816

    BalasPadam