Jumaat, 23 Julai 2010

Al Hikam...3 Tanda Samar Anda Sombong...

Iaitu antara tanda-tanda samar yang menunjukkan
anda sebenarnya seorang penyombong...

1.Anda sangat pemarah...

Kerana kalau anda merasa orang lain itu lebih
baik atau lebih mulia daripada anda...
tentu saja anda akan merasa segan dan tak akan
marah tak tentu pasal...

Kalau anda suka marah-marah sana sini...maka
tandanya anda merasa diri sentiasa lebih baik
...lebih tahu dan lebih mulia daripada orang
lain...

2.Anda cuma suka berada dikalangan orang-orang
yang dianggap miskin dan lemah...

Kerana anda akan merasa diri lebih mulia...

Sedangkan pada kalangan orang berada dan yang
dianggap mulia...anda akan merasa kerdil dan
rendah diri....

3.Anda merasa anda seorang yang suka merendah
diri...

Kerana merendah diri (tidak suka menyombong)
itu satu sifat yang mulia...

...dan tak akan merasa diri bersifat mulia
kecuali orang yang sombong...

Wallohu a'lam.

2 ulasan:

  1. Maaf Ustaz, saya kurang faham maksud perkara 3. Boleh ustaz bantu jelaskan lebih lanjut?

    Terimakasih.

    BalasPadam
  2. As salam saudara...kalau kita merasa diri kita seorang yang
    berakhlak sangat mulia...maka kita akan rasa lebih baik daripada orang lain...dan rasa lebih baik itu adalah
    sifat sombomg...

    ...adapun merendah diri itu juga satu sifat mulia...
    iaitu kita merasa diri kita bersifat dengan sifat mulia
    yang secara tak sedar sebenarnya membuat kita merasa
    diri kita seorang yang mulia...dan tentunya lebih baik
    daripada orang lain atau seseorang lain...maka ianya
    adalah sombong...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam