Rabu, 5 Januari 2011

Jangan Mati Kebulur...

Bayangkan engkau sengaja berbaring pada satu
tempat di khalayak ramai...

Engkau merasa sangat lapar...dan ada makanan
di sisimu...tapi...engkau terus berdiam diri
menunggu agar ada seseorang berhenti dan me-
yuapkanmu...dengan keyakinan bahawa...kalau
Tuhan mengkhendaki...pasti akan ada orang
yang akan menyuapkanmu...tanpa engkau perlu
berusaha dan bersusah payah...

Ditakdirkan...tak ada orang mahu menyuapkanmu
makanan...sehingga engkau kebulur...maka ja-
nganlah engkau menyalahkan Tuhan kerananya...

Apabila Tuhan mengurniakan engkau akal fiki-
ran...dan kelengkapan tubuh badan...maka itu
bererti...Tuhan mahu engkau mempergunakannya.

Kalau engkau sengaja tak mahu mempergunakan-
nya...maka engkau menpersia-siakan kurniaan
Tuhanmu...dan engkau mempersia-siakan diri
engkau sendiri...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan