Sabtu, 29 Januari 2011

...Hujung Perjalanan...

Ketika saya sedang duduk santai dipejabat
...seorang rakan dari Telupid masuk ke-
dalam keretanya...Isuzu Invader d/c...
yang diletakkannya betul-betul di hadapan
pejabat.

Saya sempat menegurnya...dan rakan itu me-
balas...melemparkan senyum sambil mengan-
gkat tangannya...

Saya tak menyangka ia adalah sebuah pert-
emuan akhir daripada persahabatan sejak
sekolah rendah...

Saya tak terfikir...ia adalah kali ter-
akhir saya melihatnya...

Pagi tiga hari kemudian...ketika saya
sedang menulis draf catitan..Perjalanan
Maut...jam 10.pagi...
saya mendapat berita...rakan itu baru
sahaja mati dalam kemalangan jalanraya
jam 7.30 pagi tadi...

Sejak seminggu rakan itu dikebumikan...
saya masih terasa sebaknya...

Dari cerita isterinya...rakan itu ban-
gun di awal pagi...jam 5.30 ia lebih
ceria daripada biasa...bergurau...ber-
main dengan anak-anak...sambil bergam-
bar...

Siapa pun tak akan menyangka...itu ada-
lah pertemuan akhirnya bersama anak-
anak dan isteri...sebelum ia sampai
ke jadualnya...bertemu Malaikat Maut...

7.30 pagi kemudiannya...ia terlibat da-
lam kemalangan maut semasa dalam perja-
lanan bertugas ke Beluran untuk mengha-
diri mesyuarat...

Kemalangan dalam cuaca berkabus...ker-
eta Invader yang dipandunya melanggar
sebuah Hilux yang sarat dengan besi pe-
ralatan mesin apabila Hilux itu membe-
lok masuk kesimpang kanan tanpa dapat
mengesan sebuah kereta datang dari ha-
dapan dalam keadaan memecut...sehingga-
lah segala-galanya sudah terlambat...

Tiga hari sebelum kemalangan itu...ia
datang ke pejabat bahagian...dan bebe-
rapa orang rakan mengesan ada sesuatu
yang tak kena padanya...

Rakan itu yang biasanya sangat ceria
dan peramah...banyak berdiam diri...
dan apabila ada rakan yang menegutnya
ia memberitahu merasa kurang sihat...

Saya berpendapat bahawa rakan itu su-
dah merasakan dalam hati kecilnya...
bahawa ini adalah kali terakhir ia
datang ke sini...dan ia adalah salah
satu daripada tanda akan mati...

Saya masih ingat...
ketika saya menemani nenek ke kebun
pisangnya...nenek berkata kepada sa-
ya...itu adalah kali terakhir ia da-
tang ke kebun...dan seminggu kemudi-
an...nenek meninggal dunia kerana
sakit mengejut...


Di saat ini...Saya...dan anda...masih
berada di alam sementara ini..
tapi 100 tahun dari sekarang...kita
tak tahu...samada kita sedang berada
di taman Syurga...atau di lubang Ner-
aka di Alam Barzakh sana...

Yang pasti...kita akan menemui send-
iri akan jawapannya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan