Sabtu, 18 September 2010

AL HIKAM...Sanggupkah Anda Meminta Maaf..?

Para Ulama berpesan...
"...janganlah engkau melakukan sesuatu yang
mewajibkan engkau meminta maaf kepada
seseorang..."

Sesungguhnya Allah itu memandang seolah-olah
bahawa dosamu kepada sesama manusia itu lebih
besar daripada dosamu terhadapNYA.

Sehingga...
Seandainya engkau bertaubat dengan sebenar-
benarnya...nescaya IA akan mengampunimu...

Kecuali dosamu terhadap sesama manusia tak
akan IA ampuni...sebelum engkau meminta maaf
kepada orangnya...

Wallohu a'lam

5 ulasan:

  1. Betul tu...maka mengelakkan diri itu sebaik-
    baik cara...
    bayangkan...contohnya kita mengumpat seorang
    rakan...maka apabila kita nak meminta maaf...
    kita kena beritahu semuanya yang kita kata tentangnya...
    ertinya kalau kita katakan rakan itu kepala
    batu...mesti kita beritahu yang kita kata dia itu kepala batu...atau kemaafannya 'tak sah'
    atau tak sampai pada sasarannya...

    ..dan kalau kewajiban kita itu jatuh kepada se-
    seorang yang sudah meninggal dunia...bagi
    perkara berkaitan sesuatu harta...maka minta
    maaf...ganti atau minta halal pada warisnya...

    Tapi kalau berkaitan umpatan..fitnah atau peng-
    aniayaan yang berkaitan peribadi atau diri
    orang yang sudah meninggal...maka sentiasa doa-
    kan rohnya mudah-mudahan diampuni Allah dan
    dalam kesejahteraan...
    sambil banyakkan amal ibadah...yalah...manalah
    tau...akhirnya di Akhirat kelak kita terpaksa
    membayar 'hutang' kita padanya dengan pahala...

    Ada Hadis menyebutkan...bahawa pada Hari Akhirat itu akan ada orang yang datang dengan
    membawa amal kebaikannya sebesar bukit...
    tapi ia banyak dosa pada sesama manusia...
    Pahalanya itu diguna sebagai bayarannya...yang akhirnya habis...dan inilah yang disebutkan sebagai orang muflis...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  2. Mengelakkan diri bermaksud...jaga diri dari-
    pada melakukan sesuatu yang menyebabkan kita wajib meminta maaf kepada orang lain...

    Sedangkan bila kita dah terbuat...kita tak
    akan ada pilihan lain..selain wajib meminta maaf kepada orang-orang yang berkenaan...

    Kalau awal-awal lagi kita dah tahu...perkara meminta maaf adalah sesuatu yang sangat
    berat untuk kita lakukan...maka elakkan diri daripada melakukan apa saja yang menjerumus-
    kan kita ke dalam kewajiban tersebut...

    Ini adalah sebaik-baik pilihan...

    BalasPadam
  3. Saya telah disihir tanpa sedar dan ia amat menyakitkan selain anak2 juga terganggu kesihatan dan pelajaran akibat perbuatan tersebut. Saya juga difitnah sehingga menjejaskan reputasi kerjaya dan nama baik. Namun itu, saya mengenali si penyihir tersebut dan walau terlalu sakit hati, sedih dan marah tetapi saya ambil keputusan menyerahkan segalaNya pada Allah. Kadangkala agak sukar memaafkan orang tersebut dan saya tidak boleh berpura2 tiada apa berlaku jika berhadapan dengan orang tersebut atas kesakitan yang telah ditanggung akibat perbuatannya. Apa patut saya buat? Syukurlah saya masih tidak terlintas mengenakan sihir padanya namun gara2 fitnah yang ditabur pada saya menyebabkan sesetengah rakan kerjaya memandang serong menjadikan kadangkala saya sukar menahan marah. Mohon diberi nasihat....dan amalan yang boleh dijadikan panduan.

    BalasPadam
  4. Sebaik-baiknya anda amal Ayat Manzil...buat air doanya...sentiasa minum juga
    beri anak-anak minum setiap hari secara berterusan.

    Selain amalan biasa...amalkan sekurang-kurangnya Suroh Alam Nashroh 7 atau
    lebih baik 9 kali setiap lepas solat fardhu...serta salawat 3...7 atau 11 kali.

    Banyakkan memohon ampun untuk ibubapa...guru-guru...diri sendiri dan semua
    orang Islam samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia setiap kali
    lepas solat...dan pada sujud akhir setiap solat terutama sunat hajat... berdoa
    dalam hati tanpa gerak lidah... petunjuk...pertolongan...kemudahan dan jalan
    keluar dari setiap masalah.

    Amal Sunat Taubat...hajat setiap malam lepas Isya...baca Yasin setiap lepas solat
    subuh...dan sebagainya...

    Kalau mampu juga amal Tahajjud...kalau rasa berat boleh dibuat ketika hampir Subuh dan boleh Solat Subuh dan tak perlu tidur lagi sampai siang.

    Apa juga penganiayaan kalau kita maafkan dan serahkan pada Tuhan...maka
    cepat atau lambat....samada kita tahu atau tidak...orang itu akan mendapat
    padah balasannya dari Tuhan sendiri...mungkin lambat tapi berat akibatnya
    lebih berat berbanding kalau kita balas sendiri ( kecuali kalau Tuhan berkehe-
    ndak pada sesuatu 'keputusan' lain...dan itu hak Tuhan ).

    Insha Allah orang biasa ya...berat mata memandang lebih berat bahu memikul
    tapi lebih ikhlas kita serahkan ia pada urusan Tuhan...maka mudah-mudahan
    Tuhan memberi kita petunjuk dan jalan serta keringanan...dan kalau mampu
    doakan sesuatu yang baik untuknya...rahmat keredhaan Tuhan itu lebih baik
    dan utama untuk kita dan keluarga.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam