Khamis, 2 September 2010

LALUAN HASUTAN CEMBURU JIN...Telinga Dan Kepala...

TELINGA

Iaitu syaitan itu membisikkan sesuatu ke telinga
anda samada berupa hasutan...prasangka...keraguan
dan fitnah...tak mustahil pula rahsia-rahsia pasa-
ngan anda yang benar-benar ada...

...dengan tujuannya untuk melaga-lagakan dan meng-
hancur rumah tangga anda...

Tanda-Tandanya...

1.Anda mungkin mendengar suara atau bisikan-bisikan
halus...

2.Anda tak mendengar suara atau sebarang bisikan...
tapi anda rasa seperti ada sesuatu yang berbisik di
telinga anda...

3.Pendengaran anda sangat tajam seolah-olah sengaja
mencari salah silap pasangan...

4.Mungkin anda pernah atau selalu mendengar bunyi
berdengung atau berdesing...

Dan sebagainya...

Apabila jin itu selalu berbisik ke telinga anda...
maka sekaligus...angin bisa jin itu mula masuk ke
dalam kepala anda...dan membuka laluan masuk serta
gangguan ke bahagian otak.

KEPALA

Iaitu tanda-tanda jin penghasut mengganggu atau
masuk ke dalam kepala...maka sasaran utamanya adalah
otak...

1.Anda sentiasa memikirkan tentang keburukan...kecur-
angan dan kejahatan pasangan anda...
Iaitu tak kira...samada benda itu ada atau tidak..
juga betul atau tidaknya...

2.Fikiran anda sentiasa terbelenggu dengan persoalan
atau perkara berkenaan hinggakan seolah-olah anda tak
cukup atau tak ada ruang nak memikirkan kebaikannya...

Dan anda seolah-olah tak ada masa lagi untuk memikirkan
perkara-perkara lain...seperti kebajikan keluarga...
kerja...dan sebagainya...

3.Fikiran terasa sempit...buntu...sehinggakan seolah-olah
fikiran anda itu tinggal sebesar tempurung kepala...dan
ruang kecil itu pula dipenuhi oleh berbagai fikiran atau
sangkaan buruk terhadap pasangan anda...

4.Kadang-kadang anda terasa sangat bingung...dan kadang-
kadang membawa kepada kehilangan kawalan diri dan tindakan...

5.Mungkin anda selalu rasa pening...panas atau sakit kepala...

6.Anda mungkin selalu bermimpi aneh...terutamanya mimpi yang
boleh dikaitkan dengan perkara-perkara berkaitan pasangan
anda...

7.Anda mungkin terasa ada sesuatu yang tak kena pada kepala
atau fikiran anda...

8.Anda mungkin terfikirkan perkara-perkara yang anda tak
pernah anda fikirkan sebelumnya ...iaitu kerana anda akan
mendapat berbagai idea dari jin yang mengganggu anda...

...daripada idea yang 'bernas' hinggalah kepada idea yang
bukan-bukan iaitu idea yang asalnya tersimpan dalam kepala
syaitan itu...

Maka idea-idea syaitan sentiasa berlegar-legar dalam fikiran
anda...
dan tinggal samada anda turutkan atau anda lawan sahaja...

9.Kalau gangguan lebih berat...anda mungkin mendengar suara
atau bisikan dalam kepala anda...

10.Anda sentiasa terbayangkan 'kecurangan' pasangan anda...
malah pada gangguan yang lebih berat...anda mungkin sampai
ke'taraf'...nampak bayangan 'betul-betul macam betul-betul'...
hampir-hampir seperti anda nampak dengan mata kepala anda
sendiri..

...dan sebagainya...

Secara umum...biasanya fikiran anda sangat tertumpu pada
mencari bukti-bukti kecurangan pasangan...

Kalau ada...atau biar sekadar salah faham kecil...pasti
anda ambil peluang nak 'meletup'...

kalau tak ada...anda akan mencari-cari...malah mungkin
sengaja mengada-adakan benda yang tak ada...termasuk
perkara-perkara yang tak masuk akal...

Soalnya...perasaan cemburu anda sangat kuat dan menjadi
tekanan yang perlu diluahkan...
...walau dengan cara 'mengganas'.

Wallohu a'lam.

5 ulasan:

  1. Salam.. nk tanye.. sy sebenarnya ada tanda2 kat atas tu, sy selalu mimpi suami curang, mimpi bergaduh dengan suami dan nak bercerai, telinga selalu berdesing, selalu cari salah pasangan (kalau x jumpa sy cari jugak), sy juga jadi kuat cemburu, selalu pening. Selain tu, sy mengalami byk simptom tnda waktu tidur & jaga tentang ‘gangguan jin’. Sy ada bertanyakan seorang ustaz dan ustaz bagitahu sy ada 'bisikan'. Tapi sy x fhm sbenarnya. Saya x pergi berubat pun. Bagi sy gngguan biasa2 je ni. Bisikan yg dimksudkan tu hasutan mcm ni ke?. Sy masih tertanya2.. xpe ke sy biarkan je sbb ustaz kata x kuat sangat. Harap sudi jawab hehee

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Bisikan maksudnya ada jin yang selalu menghasut puan...dan dari gejalanya
    jin itu sedang berusaha untuk memisahkan puan dengan suami...atau kalau
    boleh memusnahkan rumahtangga...

    ..biasanya kerana jin itu mahu menjaga atau menguasai si isteri....atau kata
    lain jin itu akan cuba bersarang dalam tubuh dan puan hanya akan patuh atau
    tunduk kepada kemahuan atau keinginannya semata-mata.

    Memisahkan antara pasangan suami isteri adalah antara sebesar-besar kerja
    syaitan...dan tidak sepatutnya puan biarkan atau ikutkan semata-mata....
    sebaik-baiknya berubat berserta suami sekali ( jika perawat mendapati ada
    gangguan pada suami juga ).

    2. Dari segi gejala penyakit biasanya ada masalah pada bahagian kepala
    iaitu apa juga sekurang-kurangnya pening dan dalam jangka masa lama
    boleh jadi gejala pitam atau migrain...disamping berbagai gangguan pada
    fikiran dan perasaan...hasil biasanya kita akan bersikap seperti orang
    yang ada masalah kejiwaan ( dari sebab pengaruh jin dan bukan sakit
    yang sebenarnya.)

    Begitu juga kemungkinan gejala penyakit lain pada jantung dan dada yang
    seolah-olah sakit biasa seperti jantung berdebar...lemah...sakit...sesak nafas
    atau serangan kuman dan sebagainya.

    3. Tak kuat sangat...padahal pengaruh jin itu sudah cukup kuat pada puan
    sehingga jin itu menguasai keadan rumahtangga puan sehari-hari.

    Cuma ustaz kata tak kuat mungkin kerana jin itu hanya menempati tempat
    tertentu dalam tubuh atau kepala ( otak ) atau sedang berada diluar badan
    ketika itu.

    Silalah puan ya....jangan di anggap ringan...dan setiap yang tak kuat sangat
    pun kalau terbiar lambat laun biasanya akan jadi kuat sangat.

    Sebaiknya minta rawatan serta ada amalan sendiri secara berterusan....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas penerangan dari ustaz... Alhamdulillah setakat ni saya mampu mengawal emosi terhadap suami. Kadang2 kemarahan saya jadi membuak walaupun sekadar usikan dari suami dan adik beradik ipar utk membuat sy cemburu. Walaupun kelakar bg mereka tapi sy rasa sakit hati sampai ada tahap sy ingin tinggalkan suami. kdg2 suami juga sensitif kpd sy. Suami juga ada cakap dulu sy x macam ni.

    Saya juga perasan suami juga kerap mengadu sakit kepala dan sy selalu dengar gigi suami berlaga ketika tidur. Pernah pada satu malam pd tahun lpas kami dengar bunyi pasir agak banyak ditabur atas siling. Apa maksud semua tu ye? Ada 2,3 kali jugak sy dgr bunyi tu. Saya juga pernah mimpi melihat binatang2 (ular, jengking, kera dll) dan melihat suami mendukung kera dan hampir setiap kali sy mmpi pelik2 pasti suami sy ada sekali. Adakah kemungkinan besar suami terkena tempias?.

    Adakah normal bagi seorang wanita bila kerap bermimpi dan merasakan seolah2 suami menyentuhnya? Kadang2 bkn sekadar mimpi yg hanya blh dilihat tapi turut dpt dirasa?


    BalasPadam
  4. Sama-sama puan....

    1. Sebaiknya berbincang dengan suami tentang apa yang puan alami dan keadaan
    sekarang...dan sebaiknya minta rawatan.

    2. Sakit kepala dan gigi berlaga tanda gangguan jin...pasir dan binatang itu semua-
    nya tanda nyata gangguan jin termasuk apa juga yang puan lihat dalam mimpi.

    3. Ia adalah normal bagi gangguan jin jantan semasa tidur....jelas...puan dan
    suami perlu rawatan dan amalan pendnding...

    ...juga pastikan juga ya...puan atau suami tak pernah menuntut ilmu berkaitan
    sesuatu kelebihan...juga tidak ada tangkal azimat...atau simpanan barang-
    barang antik...beritahu perawat sekiranya ada...

    ....dan kalau tidak ada ianya mungkin jin limu yang dikirim atau jin ilmu tak
    bertuan yang memilih sendiri manusia ' kesukaannya '...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Dari petang sampai malam Saya dengar bunyi berdesing ,Tak Tau dari Mana.

    BalasPadam