Masa kini...terdapat banyak aliran ilmu samada
yang berbentuk pertahanan...pendinding...
perubatan...amalan murah rezeki dan sebagainya...
yang diajar dan diperturunkan di mana-mana...
samada oleh orang perseorangan atau pertubuhan.
Banyak di antaranya yang memberi syarat kepada
pengamal atau pelajar-pelajarnya...terutama
ilmu yang berbentuk kebatinan...Tenaga Dalam
dan sebagainya...
dengan syarat yang di namakan sebagai pantang
larang...
Kalau syarat dan pantang larang itu berbentuk
petua semata-mata...biasanya tak ada masalah.
Contohnya...mengelakkan makanan dari benda-
benda hidup seperti ikan..daging dan telur
untuk masa sebulan bertujuan 'menajamkan' hati
atau perlu berdiri kuda-kuda setiap hari hingga
pada tempoh-tempoh tertentu untuk menguatkan
kaki...
Atau...disyaratkan untuk merenung api lilin
pada masa dan tempoh yang ditetapkan bertujuan
mempertajamkan pandangan mata...
Atau...memakan 3 biji lada setiap hari untuk
mengasah kesabaran...dan sebagainya...
Apa pun petuanya...yang mesti kita ingat bahawa
itu semua adalah petua semata-mata dan bukannya
menjadi seperti satu hukum agama...jangan sampai
sehingga yang dilarang itu kita anggap sebagai
haram dibuat...atau yang disuruh itu...wajib
dibuat...
Sebaliknya tiap sesuatu yang di halalkan dalam
Agama...ia tetap halal...
dan tiap sesuatu yang di haramkan Agama...maka
ia tetap haram...
Ada riwayat menyebutkan..bahawa seorang ibu memi-
nta tolong kepada Rasulullah SAW untuk menasihati
anaknya supaya mengurangkan gula dalam makan minum-
nya...
maka dikatakan setelah Rasulullah SAW mengelakkan
diri daripada kemanisan gula dalam masa 3 hari...
barulah Rasulullah SAW berjumpa dan menasihati
anak ibu tersebut...
dan ini adalah termasuk dalam petua...(iaitu bagai-
mana nasihat kita akan menjadi 'tajam'...kalau kita
sendiri buat apa yang kita larang...)
PERSOALANNYA disini...bagaimana kalau pantang larang
itu dikaitkan dengan hukum agama...
contohnya...kalau anda nak amal ilmu itu...pantang
larangnya...anda mesti Solat 5 waktu...mesti puasa
Ramadan...mesti zakat...tak boleh berzina...tak boleh
minum arak...tak boleh berbohong atau menipu...dan
sebagainya...
Pada kedudukan ini..anda perlu mengambil kira beberapa
perkara yang sangat besar perkaranya...
Iaitu...persoalan paling besar...adakah amal ibadah
anda itu...anda buat dengan niat ikhlas mencari kere-
dhaan Allah...atau sekadar mengejar kelebihan ilmu...?
Adapun antara tanda-tanda amal itu tak ikhlas...hanya
didorong oleh keghairahan anda mencari kelebihan ilmu
semata-mata...
1.Anda hanya mula mengerjakan ibadah solat terutamanya
hanya apabila anda mula menerima ijazah...atau mula me-
nerima ilmu...
Sedangkan kalau tak...anda tak terniat pun nak solat...
nak puasa Ramadan...menjauhi larangan dan sebagainya...
2.Anda semakin tekun beribadah dan beramal...kerana
anda semakin mengharapkan mendapat kelebihan-kelebihan
ilmu yang lebih hebat...
3.Semakin kurang harapan anda terhadap ilmu yang anda
tuntut...contohnya...anda rasa ilmu itu anda tak perlu-
kan sangat...atau ilmu itu kurang berkesan...dan sebagai-
nya...semakin 'cincai' pula amal ibadah anda...
4.Anda berhenti beramal ibadah...apabila anda berhenti
atau meninggalkan (membuang) amalan ilmu anda...
5.Anda beramal ibadah...atau mencegah diri dari perbuatan
mungkar...kerana takut ilmu tak menjadi...atau takut ilmu
makan tuan...
Dan sebagainya...
Kalau anda benar-benar niat beramal ibadah dan meninggal-
kan larangan-larangan Tuhan atas antara sebab di atas...
ertinya anda tak ikhlas...
walau mudah difahamkan...bahawa pantang larang ilmu itu
dibuat sebagai pendorong kepada para murid atau pengamal
agar taat kepada Allah...
tapi bagi siapa saja pelajar yang hanyut (terlalai)...
maka pada hakikatnya...ia bukan taat kepada Allah...
tapi taat kepada ilmu (atau guru)...
Sebuah Hadis Rasulullah SAw bermaksud...
Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niat...
kalau seseorang itu berhijrah kerana Allah dan Rasulnya...
maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan rasulnya...
...dan kalau hijrahnya itu...untuk (mengahwini) seseorang
wanita...maka hijrahnya itu adalah untuk apa yang ia niat-
kan...
Maka kalau kita bandingkan dengan solat contohnya...maka
solat anda itu adalah untuk ilmu anda..bukan ikhlas kerana
Allah...
Solat itu yang sepatutnya jadi amal Akhirat...dengan niat
anda yang melencong dari tujuannya yang sebenar...
maka jadilah solat anda itu amal dunia...iaitu amal yang
mungkin ada faedahnya di Dunia...tapi tak ada pahala dan
nilainya di Akhirat...
Maka anda terjerumus dalam 'perangkap maut'...iaitu walau
pun anda beramal soleh...tapi pada hakikatnya...sama saja
samada anda masih ada...atau dah tiada di atas muka bumi
ini...
kerana anda tak pernah lagi menyediakan sesuatu sebagai be-
kalan anda ke Akhirat...
semata-mata kerana niat tak ikhlas kerana Allah.
DAN LEBIH BERAT...para Ulama telah menyediakan suatu panduan
tentang syirik..
iaitu...apa saja amalan yang dikhususkan semata-mata kerana
niat untuk mencari keredhaan Allah...apabila ditukar kepada
niat selainnya...maka seseorng itu jatuh ke dalam syirik...
(Contoh mudahnya solat 5 waktu...)
Sebabnya...kalau kita mengganggap bahawa ada suatu niat yang
boleh menggantikan 'kerana Allah Yang Maha Tinggi' pada kedu-
dukan khususnya...contohnya ilmu Kuat...
maka ilmu Kuat itu seolah-olah sama tinggi dengan kedudukan
Tuhan...
Contohnya...anda niatkan...sahaja aku Solat Zuhur 4 rakaat
tunai kerana Allah...tapi pada hakikatnya hati anda mengejar
kelebihan ilmu batin...maka samalah seperti anda menyama-
kan kedudukan Tuhan dengan ilmu batin...
Sedangkan niat itu wajib ikhlas kerana Allah semata-mata...
tak boleh ada sebarang niat lain..kerana solat itu adalah
ibadah khusus kita kepada Allah.
ADAKAH PERLU...ILMU ITU ANDA TINGGALKAN..?
Ia bergangtung kepada ilmu yang anda pelajari...samada halal
atau tidaknya...
Kalau ianya ilmu yang baik dan tak ada padanya perkara-perkara
yang meragukan..contohnya ia tak mengunakan jin atau melibat-
kan benda-benda yang haram di sisi Allah...tak perlulah anda
tinggalkan...
Anda cuma perlu ikhlaskan niat beramal ibadah itu semata-mata
untuk mencari keredhaan Allah...
Dan mengamalkan ilmu-ilmu pendinding diri dan keluarga dengan
niat mencari keredhaan Allah...
Juga mengamalkan ilmu perubatan...membantu orang lain...meng-
amalkan pelbagai ilmu yang baik dan berfaedah...semuanya
ikhlaskan niat mencari keredhaan Allah...
Kerana itu semua adalah jalan kepada mencari keredhaan Allah
iaitu setiap perkara baik itu Allah jadikan jalan hamba menu-
ju kepadanya...
APA GUNANYA ILMU GHOIB SETINGGI LANGIT...
KALAU ANDA TAK MENJAGA SOLAT...
SEHEBAT MANA..ATAU...
ANDA TAK ADA APA-APA SEKALIPUN...
KALAU HIDUP TAK SOLAT...SAMA SAJA...
HIDUP TAK BERKAT DUNIA AKHIRAT...
Wallohu a'lam
assalamualaikum, sdara..junied..sy nak tanya sikit..ap cra spaya kita dapat menjaga solat kita? 2. sy sering rasa menggeletar d bhagian jari dan d daging2..pd tubuh sy, dan sjak bru2 ni ad rasa sakit kepala,duduk je sekejap,lepas bgun rasa mata jd kabur dan kdang2 jatuh pengsan.
BalasPadamWalaikum salam -xdeath...
BalasPadamAntara cara utamanya...
1.menyegerakan solat di awal waktu...
2.Kalau kita kurang sihat...pergunakan
kemudahan yang Tuhan beri pada kita...
seperti...
solat itu kalau tak mampu berdiri...
duduk...tak mampu duduk...baring...dan
kalau tak mampu maka gunakan isyarat
mata dan sebagainya...
Iaitu...solat wajib berdiri...tapi
bagi setiap orang yang tak berdaya..
terutamanya kerana masalah kesihatan
...Tuhan beri pilihan2 sehingga
solat itu sentiasa dapat kita
laksanakan.
3.Kalau tak dapat lama berdiri...maka
yang wajib baca itu cuma Fatihah...dan
kalau tak dapat lama rukuk atau sujud...
cukup sekadar baca SUBHAANALLOH...sekali.
Ini antara kemudahan dalam mengerjakan
solat.
Insya Allah...dalam sehari dua ini saya
akan terbitkan satu tajuk SENARAI AMALAN PENDINDING...
...iaitu amalan-amalan yang setakat saya tahu...semoga dapat kita semua amalkan
terutama untuk tambahan amalan pendinding
dan rawatan diri...Insya Allah...semoga
dapat dirujuk kelak.
Anda juga boleh merujuk pada catitan
Disember 2010...sept. 2009...catitan ogos 2009...julai 2009...dan sebagainya...
untuk beberapa info yang mudah-mudahan
ada manafaatnya...Insya Allah...
Wallohu a'lam
terima kasih sedara, halalkan segala ilmu yg sdara berikan kpd sy melalui blog ini..
BalasPadamSama-sama -xdeath...Insya Allah...semoga
BalasPadampengetahuan kita yang serba kekurangan ini bermanafaat kepada diri dan orang lain...
dengan izin Allah...
Walllohu a'lam
Assalamaualaikum tuan juneid. Ana tertarik dengan posting anta tentang keilmuan ni. Jadi ana mohon izin utk di ambil intisarinya untuk ana kongsikan dengan para pembaca di blog ana. Boleh tak tuan?
BalasPadamTerlebih dahulu ana ucapkan jazakallahu khair atas perkongsian & segalanya.
Wa alaikum salam saudara Ibnu...
BalasPadamInsya Allah...silakan...maaf ya...agak
lama saya tak menulis ni...dan mesej
saudara ni..baru saja saya terbaca...
Wallohu a'lam