Khamis, 30 September 2010

AMAL SIHIR...JADI 'GILA'...?

Kadang-kadang terjadi pada orang yang mengamalkan
sihir itu..menjadi 'gila'...dan ia berpunca dari-
pada beberapa sebab...antaranya...

1.Ia diresapi jin terutamanya jin sihir amalannya
maka ia berkelakuan aneh..iaitu ia melahirkan per-
lakuan-perlakuan jin yang bersemayam dalam jasad-
nya..

2.Ia ditemani makhluk-makhluk halus yang hanya dia
dapat melihatnya...maka kita menyangkanya bercakap
...senyum...atau ketawa seorang diri...

3.Jin masuk kedalam otaknya...maka ia dirasuk mel-
akukan berbagai perkara yang 'tak betul' pada keb-
iasaan...

4.Ia mendengar berbagai bisikan halus yang memanggil
...menyuruh...atau melarang ia berbuat sesuatu...
maka ia menjadi bingung tak tau nak buat apa...atau
sibuk tak tentu hala...

5.Ia dalam suatu keadaan berganti-ganti antara sedar
dan kerasukan...maka timbul berbagai keganjilan pada
kelakuan dan tingkahnya yang sering berubah-ubah..

6.Ia tak dapat mengawal emosinya...seperti malu...
takut...gembira...marah dan sebagainya..yang berpunca
dari hasutan dan tekanan angin bisa jin...

Kerana itu...ia marah atau mengamuk tak tentu pasal...
atau mungkin duduk seorang diri sambil menangis tanpa
sebab...

7.Ada cahaya aura jin pada mata atau wajahnya...dan
bila ia merenung anda...anda rasa dia itu 'mereng'
...cacat otak...menggerunkan atau sebagainya...
tapi anda rasa ia tak normal...

8.Ia sedang berada dirumah...tapi ia merasa berada
pada suatu tempat asing...atau tempat lain...ber-
sama dengan orang-orang aneh...

..maka ia tak sedar atau tak peduli dengan orang
lain...contohnya anda bercakap...tapi dia buat anda
rasa jadi 'orang bunian' yang tak dapat dilihatnya.

Dan sebagainya...

Biasa dikatakan bahawa gila itu disebabkan oleh ter-
lebih beramal (gila Isim)...namun pada hakikatnya...
ia cuma kesan biasa bila jin memasuki jasad seseor-
ang manusia...

Ia bukan soal terlebih atau terkurang amalan...tapi
ruang yang terbuka pada jin untuk meresapi manusia.

Kalau ruang dah terbuka...samada ia sudah lama ber-
amal...atau baru sehari dua sekalipun...maka jin itu
tak akan melepaskan kesempatan...

Kadang-kadang seseeorang itu baru saja menerima ija-
zah ilmu...dan mula berkurung dalam bilik gelap untuk
beramal...

Maka kita katakan..."tak lama lagi...gila isimlah
budak tu..."
padahal ia berkurung itu kerana jin telah merasuki
jasadnya...dan bukan atas kemahuannya sendiri...

Sebenarnya tak semua orang yang mengamalkan sihir itu
akan jadi gila...kerana sebahagian jin lebih suka
merosakkan jasadnya tanpa merasuki fikirannya...
atau kata lain...jin itu kurang berbakat untuk men-
jadikan seseorang manusia itu gila...

Dan kadang-kadang jin itu tak akan membuat anda jadi
'gila' kerana anda dijadikan batu loncatan kepadanya
untuk menyebar keluarga...anak cucu serta 'orang-
orang bawahannya' kepada manusia lain...

Yelah...kalau dah gila tu...tentu semua orang akan
menjauhkan diri hingga tak dapat 'diloncat'nya...

Dan tak pula semua orang yang akan gila itu serta
merta jadi gila...atau gila pada masa mudanya...
kerana ada antaranya yang dah tua...lemah...baru
jadi gila...

Dan tak semua pula pengamal sihir yang kena gangguan
gila itu akan gila...malah ia mungkin tak pernah
jadi gila...kerana yang akan jadi gila itu...
samada anak atau cucunya...

Sebenarnya saya susah untuk mengatakan seseorang yang
kena gangguan jin itu gila...
kerana kalau ia berbual dengan seseorang yang hanya
dia yang nampak...maka dia tak gila...kerana dia tak
bercakap seorang diri...dan tak ketawa seorang diri...

Seperti kita...kalau kita bertengkar dengan seseorang
yang berdiri dihadapan kita...maka kita tak gila...
walaupun orang lain tak nampak dengan 'rakan gaduh'
kita...dan kita juga rasa diri normal...

Cuma kita yang menuduhnya gila...kerana kita tak nam-
pak dengan 'rakan berbualnya'...

Itu adalah antara kesan utama gangguan jin...iaitu ke-
sedarannya banyak terarah pada alam yang kita tak
nampak...dan itu punca ia dikatakan gila.

Yang membuat seseorang itu benar-benar gila hanya bila
fikiran dan perasaannya 'rosak' akibat menanggung teka-
nan yang kuat dari sebab permainan dan tipudaya jin.

Sebab lain seseorang itu dikatakan gila adalah kerana
melanggar pantang larang ilmu...

Sebenarnya pantang larang itu sekadar pantang larang...
dan kalau tak kerja jin...seseorang itu tak akan jadi
'gila'.

Kadang-kadang pantang larang itu sengaja diada-adakan
agar jin itu ada 'alasan munasabah' untuk menyerang
dan merasuki sesorang...sedangkan jin itu juga yang
menghasut manusia itu supaya melanggar pantang larang.

Dalam perubatan jin...pantang larang itu dijadikan al-
asan jin untuk menyakiti atau meninggalkan si pesakit
dan kembali kepada tuannya yang 'cukup jaga'.

Maka samada anda si pengamal sihir...atau si pesakit...
kalau jin menyerang atau meninggalkan anda...sama saja
...iaitu anda yang salah...kerana melanggar pantang...
dn si jin pula sentiasa betul...walaupun ia tak pernah
betul...

Adapun sebahagian 'khasiat' pantang larang itu...kalau
anda terlanggar dan percaya atau takut kepada akibat
pengajaran dari ilmu itu (jin)...
kepercayaan dan ketakutan anda membuka sebahagian besar
pertahanan diri anda (aura) dan menjadikan anda sasaran
mudah...

Dengan kata lain...kepercayaan anda itu akan menjadi
satu tenaga...menarik jin memasuki jasad anda...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan