Ahad, 31 Oktober 2010

PERHATIAN...MENARIK JIN...

Ada benarnya kata orang...kalau nampak perkara
pelik...jangan ditegur atau dipedulikan...

Apabila anda memberi perhatian...termasuk ber-
cerita tentang mana-mana jin...
maka perhatian itu seolah-olah menarik dan
menjadi laluan jin itu datang kepada anda...

Apabila anda memutuskan perhatian...maka se-
olah-olah putus pula laluannya kepada anda.

Maka apalagi kalau perhatian anda itu ber-
campur dengan perasaan kagum...takut...dan
sebagainya...maka akan dapat dikesan oleh
jin tersebut...

Jin itu perangainya...semakin diperkatakan
semakin menjadi-jadi pula ianya...maka jangan
dipedulikan sangat...buat tak tau dengan dia.

Maka akan 'kurang semangatnya' nak mengada-
ngada...

Kalau nak pandang jin mana pun...pandang ia
kecil...supaya semangat anda besar...dan jin
itu pula rasa kecil...

Walohu a'lam

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Junied,

    Sy nak tanye berkenaan teknik scan...
    Sy ade beberapa perkara yg sy x berapa faham sebenarnya...

    Sy, x nafikan sy boleh sikit2 scan dengan pejam mata... tapi kalau sy scan waktu siang agak samar2 imej..dan sebaliknya waktu tengah malam, scan menjadi sangat jelas ibarat sy berada di tempat yg di kehendaki dan bebas bergerak...

    yg menjadi persoalan tentang kenapa waktu siang 'scan' sy agak slow dan salu nampak seolah lembaga bergerak2, adakala paparan scan putih atau hijau je dan imej dalam skrin itu berkelip2 samar. dengan kata lain agak mudah hanyut dalam scan waktu malam banding siang.

    Harap Tuan Junied dapat beri sedikit pencerahan kepada sy.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  2. sure susah nk tido ni kekek.. ko ade amal ape? ada buat buka mata scan dgn tok belagak ke?

    BalasPadam
  3. aku x buka scan dgn tok blagak,aku amal Fatihah, al Ikhlas n ayat Kursi dan Selawat sejak skolah sampai skg seb dari dulu aku dop umah sorg2 kat kl...n skg keje kat kelantan pun dop sorg2 lagi, huhu
    hehe. nak ilang raso takot dop sorg2 aku pun amalkannye, hehe. tapi sejak tu la aku mudah nampak, hidu, dengar n nampak paling jelas kalu pejam mata. aku lama da teringin sangat carik guru untuk dapatkan tunjuk ajar n pemahaman detail..
    tapi payah nak cari...
    kekadang aku kena warning dengan jin2 yg dlm scan ni supaya jgn cube masuk campur, aku x tau nak tanye sape, hehe..

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam Saudara zafir...
    Salam matt...

    Pada saudara Zafir...cara mudah..fikiran
    kita umpama telefon bimbit...
    Kalau siang..banyak digunakan...maka
    banyaklah gelombangnya bersimpang siur
    dalam persekitaran.
    Maka ia menyebabkan gangguan dan menjadikan
    'siaran' tak jelas...malah kadang-kadang terhalang...

    Tapi pada malamnya ketika fikiran manusia
    mula berehat...maka persekitaran menjadi
    lebih lapang...

    ketika itu tenaga fikiran kita dapat ber-
    gerak lancar...lebih tenang dan tertumpu.
    Kerana itu scan lebih jelas dan bebas...

    Satu hal lagi...jika seseorang itu (bukan
    Saudara Zafir ya...) kalau ilmu scannya
    itu menggunakan jin...

    1.Tenaga dari kesibukan fikiran manusia
    pada waktu siang memberi kesan kepada
    kekuatan dan pengaruhnya (jin)...

    2.Jin itu biasanya 'orang malam'...maka
    siangnya ia lebih lemah...(dan mengantuk
    agaknya?).

    3.Jin itu..siang kita malamnya...malam
    kita siangnya...maka penglihatannya lebih
    jelas pada waktu malam...

    Dan sebagainya...

    Antara tanda-tanda orang scan jin...

    1.Biasanya matanya merah bercahaya...

    2.Ia nampak jin terang macam nampak orang.

    3.Ia mungkin kerap mendapat serangan jin...

    4.Ada gangguan perasaan...contohnya takut..
    sedih..marah...dan sebagainya...

    5.Kadang-kadang ada gangguan pada bahagian
    kepala seperti selalu pening dan sakit ke-
    pala...gangguan fikran seperti bingung atau
    runsing tanpa sebab...

    Dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Terima Kasih Tuan Junied,
    sy sudah paham sedikit sebanyak teng scan.
    memang betul apa yg tuan kata, waktu siang pikiran sy mmg kusut dengan kerja...malam memang rilek...satu lagi perkara lain sy ialah yg sy x paham di mana ada rakan2 dan kenalan rapat sy terserempak dgn sy contohnya di masjid, ada juga yg bg tau sy bhw sy ada datang ke biliknya dan kejut solat subuh. Ada juga yg nampak sy berada dalam kereta di parking lot...semua insiden ini berlaku ketika sy tiada di tempat kejadian...
    Sy sangat terkejut bila mengetahuinya dan jadi konfius apekah itu sejenis jin atau tidak... sy penah tanya datuk sy memandangkan di seorang tok guru agama... tapi sy x paham ape yg die katakan...
    datuk sy bgtau bhw itu adalah astral projection (die suke cakap omputih) hehe...sy x paham, sy mintak die xplain, tp die cuma cakap diri dalam sy suke merayau2,... lagi la sy pening, cume die kata itu bukan jin. dan explaination die seterus nye mmg sy x paham sgt...seb die suke guna bahasa2 yg tersurat..
    maklumlah datuk sy org lama...

    Apakah maksud astral projection dan diri dalam dalam ulasan yg mudah difahami sebenarnye ye Tuan?

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, itu dinamakan diri dalam diri, pernah berkali2 ketika saya tidur, mata akan melihat keluar dan merayau2 dengan keadaan fokus, ketika itu qalbu rasa sejuk hening, yang pasti ia bukan mimpi kerana penglihatan waktu itu sungguh fokus setiap object yang dilihat dan apabila tersedar dan melihat keluar bilik, setiap objek yang dilihat itu betul seperti susun atur yang dilihat dalam tidur. bagi saya yang jahil ini, diri dalam diri boleh di kelas kan kepada dua, 1) yang boleh di kawal dan 2) tidak boleh dikawal, jika ianya boleh dikawal boleh dipraktik dengan olahan2 meraga sukma dan banyak lagi, yang pasti ia menandakan roh kita sudah mula bersatu dengan jasad, setelah di gilap setiap saat pasti akan bersinar, perkara yang sama saya ajukan pada TG ust wan asrul pengasas TIAF, yang mana saya telah mengambil ijazah amalan2 yang diamal.

    cuma kita perlu berwaspada kerana setiap pemberian oleh allah itu harus bukan pemberian atas dasar istidraj, dan amalan2 yang di buat harus bersandar terus atas niat ikhlas keranaNya untuk beribadat dan bukan kerana menghendaki sesuatu.

    boleh kita borak2 sambil minum2 nanti cuti raya haji, saya balik kg (klntn). boleh juga jika berkesempatan kita berjumpa ust wan asrul, insyaAllah

    BalasPadam
  7. Owh begitu rupanya, sy ada juga jumpa byk risalah yg diedar sekitar bandar kota bharu...
    ada juga dinyatakan TIAF didalamnya...walaupun sy x tahu apekah itu. sy x penah menghadiri mana2 kursus sebegini disebabkan keadaan kerja sy.

    Berbanding dengan En. Matt, ilmu pengetahuan saya sangatlah cetek kerana sy tiada guru untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kpd saya. Alhamdulillah sy mulai memahami sedikit sebanyak berkenaan diri dalam. Seperti En. mat kata tadi, Ketika tidur kita keluar dan merayau memang benar2 terjadi pada sy. Adakala umpama kita mampu mengawal tindakan kita ketika dalam tidur yg biasanya separuh tidur separuh sedar. Hal ini bg sy paling best seb sgt adventure.

    InsyaAllah kt bleh borak sambil minum.

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian ilmu oleh
    En Matt...
    dan untuk saudara zafir dan rakan-rakan
    Insya Allah saya akan mengupas sekadar
    terdaya mengenai perkara di atas pada
    tajuk ROH...RAWAN DAN PANDANGAN JIN...
    dalam sehari dua ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Baik Tuan Junied...sy menantikan ulasan tersebut.
    Makaseh Banyak.

    BalasPadam