Selasa, 2 November 2010

KISAH ROH KELUARGA...

KISAH 1...

Bayi itu meninggal dunia sebaik saja
dilahirkan...

Beberapa belas tahun kemudian...ibu
si bayi itu dirasuk oleh suatu roh
dari alam ghaib...

Roh itu adalah roh anaknya yang meni-
ggal ketika dilahirkan...

Kini ia dah meningkat dewasa dan meru-
pakan seorang yang terpelajar...

Rupanya di alam ghaib itu ia terus mem-
besar dan bersekolah...

kini ia kembali ke alam dunia untuk men-
cari ibunya...

Setiap hari raya ibunya akan memberi roh
anaknya itu sepersalinan pakaian...

Kisah 2...

Ketika dilahirkan...salah seorang anak
kembar itu meninggal dunia....

Ketika kembar yang hidup itu berumur
belasan tahun...ibunya dirasuk oleh roh
kembar yang meninggal dunia dulu...

Kini roh itu juga sebaya dengan kembar-
nya...dan ketika ini masih datang men-
ziarahi keluarganya di alam dunia ini...

Kisah 3...

Sudah seminggu sejak kematian datuknya...
kanak-kanak berumur 2 tahun itu sentisa
menangis pada waktu malam (tanpa sebarang
sebab munasabah...)

Apabila dibawa kepada seorang perawat...
rupanya anak kecil itu menangis kerana
ternampak roh datuknya yang datang men-
ziarahinya setiap malam...

Kanak-kanak itu adalah cucu kesayangan
si datuk...dan datuk itu datang kerana
rindu padanya...

...Cuma 3 kisah...dan anda mungkin tahu
kisah lain...
tentang syaitan yang datang dan mengaku
sebagai roh keluarga yang sudah meninggal
dunia...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. saya ada baca blog www.bentengjiwa.blogspot.com mmg banyak cerita bab roh, roh bomoh dtg bg tau bahaya lah rawat pesakit ni, dia sendiri mati lps rawat....dan macam2 roh lagi lah.....roh kristian lah, roh itu lah roh ini lah...rupanya dia pun kununnya handal bab roh lah..... dan yg kesiannya dia ni org berada....saya rasa dia telah terpedaya dgn mainan syaitan.....boleh saudara komen??

    satu lagi blog ialah blog www.darulsaka.blogspot.com yg ni pun sikit lebih kurang lah...rasanya owner blog benteng diri ni belajar dgn owner darulsaka kot...agak je lah...sebab cerita mmg pasal roh dan dewa.....benda yg boleh jatuh syirik pd Allah swt.

    harap saudara boleh komen ya....saya ni tak pandai bab2 ni...bab agama boleh lah sikit2, tahulah perkara2 yg membatalkan iman dan cara tipudaya syaitan menyesatkan umat manusia.

    BalasPadam
  2. Insya Allah saudara mohd...

    Oleh kerana saya tak tahu banyak bendanya
    yang disebut dalam blog-blog berkaitan...
    saya akan huraikan serba sedikit perkara
    berkenaan secara umum dalam sehari dua ini
    pada tajuk...
    JIN...TIPUDAYA TERANCANG...Insya Allah...

    BalasPadam
  3. Salam. Blog Saudara mmg best. Sy baca hingga nak abis dah. gaya tulisan santai. Teringat sy zaman remaja suka baca buku "Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis". Penulisan saudara ada banyak persamaan. Tapi sentiasa low profile. resmi padi..
    Saya dah baca blog yang en Mohd tuliskan dikomennya tu. Sependapat dengan beliau. Ada semacam unsur riak plak tu.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum hafsa...

    Terima kasih hafsa ya...dan begitu juga
    pada para rakan pembaca di mana-mana...
    semoga seba sedikit ada manafaatnya...

    Saya juga peminat SBDJ...kisah pengalaman
    yang hebat dengan gaya penceritaan mena-
    rik dan sangat terperinci...

    Bagi saya...SBDJ mengajar kita supaya tak
    cepat-cepat menolak sesuatu semata-mata
    kerana kita tak faham...atau tak pernah terfikirkan...

    wallohu a'lam

    BalasPadam