Rabu, 9 Mac 2011

3 QUL PERNAFASAN...Dan Jin Saka...

1.Sudah beberapa tahun rakan itu menyimpan seke-
tul kemenyan yang diberi oleh seorang lelaki tua
sebagai 'penjaga diri'...

Petang itu ia mengamalkan 3 Qul pernafasan...dan
sepanjang malam kemudiannya ia merasa badannya
panas membahang...

Selama ini ia tak merasakan sesuatu keganjilan
atau sebarang masalah...namun...rupanya apa yang
ia tak tahu...ada 'benda halus' dalam badannya...

Ia menunjukkan...angin bisa memenuhi tubuhnya...
malah biasanya ia adalah tanda bahawa ada jin
sedang cuba menyatukan diri pada tubuhnya...

2.Seorang rakan lain...setelah mengamalkannya sel-
ama tiga hari...ia merasakan pinggang dan tulang
belakangnya sangat sakit dan panas...

Pada masa yang hampir sama...seorang kakaknya
berubat di K.Kinabalu...dan perawat itu member-
itahu kakanya...bahawa ada jin saka dalam kelu-
arga mereka...

3.Amalan 3 Qul Pernafasan ini bukan sahaja jadi
amalan pendinding diri...tapi juga 'scan' serta
rawatan diri...

Mungkin anda merasa diri sihat...atau tak ada
gangguan...tapi anda mungkin tahu keadaan se-
benarnya apabila anda mengamalkan 3 Qul Per-
nafasan ini ( dengan izin Allah ).

Bagi diri yang sihat pula...Insya Allah ia me-
jadi amalan perisai diri dari kejahatan makh-
luk kasar atau makhluk-makhluk halus...sesuai
dengan pengertian Suroh A Falaq dan An Naas...
serta keberkatan Al Ikhlas...

Begitu juga dengan bahaya-bahaya yang tak di-
duga...

4.Rasulullah SAW menganjurkan amalan 3 Qul ini
dan Baginda sendiri mengamalkannya...

Wallohu a'lam

23 ulasan:

  1. salam ustaz..saya pelajar sebuah universiti tempatan.didalam badan say ada yang menumpang.saya mula merasakan sakit didada sebelah kanan sejak dari darjah dua lagi.tp,saya tidak tahu itu adalah tanda2 hadirnya jin dalam badan sehinggalah secara x sengaja satu hari,ketika umur saya 19,ayah bawa saya dan adik ke darussyifa'.dari situ,jin didalam badan saya mula menggila.saya diserang setia hari,sakit2,dan macam2.saya dengar apa yang orang biasa tidak boleh dengar,lihat apa yang mereka x boleh lihat.di darussyifa' ustaz disitu mengatakan hantu raya,ketika berjumpa ustaz syarhan,ustaz kata jin jenis binatang.ada juga pengubat2 yang hanya mendiamkan diri.tidak merawat saya lagi selepas itu.saya cuba membaca manzil pada satu malam.hasilnya,saya tidak boleh bergerak dan sakit kepala berpanjangan.prestasi akademik saya mula merosot.saya merasakan didalam badan saya ini saka harimau kerana apabila saya x sedarkan diri,saya mengaum,mencakar lagak seolah2 harimau.tp,ladang2 ia berubah menjadi perempuan tua.apakah mungkin dalam badan saya ada lebih daripada seekor?dan dia pernah berjanji bahawa dia akan bunuh saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth cik Lia...

      Berhati-hati dengan setiap sesuatu jalan keluar yang
      senang-senang dan dapat hasil yang banyak dalam masa
      singkat...bahayanya biasanya bukan segera datang
      tapi apabila gangguan itu sudah dapat mencekam kita
      sekuatnya barulah ia akan muncul mendadak...maka
      baik sekarang bukan jaminan tidak ada tumbalnya.

      Jangan libatkan diri kita pada perkara yang tak
      pasti...atau 'main nasip-nasip '...

      Wallohu a lam

      Padam
  2. Wa alaikum salam Cik Lina...

    Setakat gejalanya...seperti ada jin harimau
    dan perempuan tua...dan Cik Lina nampaknya perlukan rawatan...

    Kalaulah termampu...iaitu ada masa dan ke-
    mudahan...saya galakkan sangat Cik Lina ber-
    ubat samada di Darussyifa atau Ustaz Syarhan.

    Dari kisahnya...Cik Lina memerlukan rawatan
    panjang dan berulang-ulang...terutama kerana
    bendanya dah sebati dalam badan...

    Tindakbalas kerana membaca Ayat Manzil itu
    menunjukkan ia memberi kesan dan menjejaskan
    jin dalam badan...tapi oleh kerana dah sebati
    Cik Lina juga agak banyak turut menanggung se-
    perti apa yang benda-benda itu rasa...

    Maka untuk sementara...Cik Lina ringkaskan da-
    hulu Ayat Manzil kepada...

    1.Fatihah...1x

    ...solawat 11x...

    2.5 Ayat awal Al Baqoroh...1x

    3.Ayat Kursi...1x

    4.Dua ayat sesudah Ayat Kursi...1x

    5.Penutup al Baqoroh...1x

    6.Ayat...Inna robbakumulloh...1x

    7.Auuzubillaahissamii 'el 'aliimi
    minas shaitoo nirrojiim...7 atau 20x

    8.Ayat Lau anzalna...1x

    9.Alam Nashroh...3x

    dan 4 Qul...termasuk Al Kaafiruun...

    Dan Cik Lina amalkan 4 Qul pernafasan
    dengan tambahan...

    1.Fatihah...1x

    2.Solawat...3x

    3.Ayat Kursi...1x

    4.Alam Nashroh...1x

    5.Al Kafirun...1x

    6.Al Ikhlas...1x

    7.Al Falaq...1x

    8.An Naas...1x

    ...kemudian pernafasannya...

    Dan untuk kali kedua dan ketiga...mula baca
    dari Alam Nashroh...hingga An Naas...

    Baca ringkasan Manzil itu pada air untuk
    minum...mandi...dan pagar bilik...

    kalau tindakbalas masih kuat...bolehlah Cik
    Lina beritahu saya...

    Adapun Alam Nashroh itu...amalan mudah urusan
    dan melemahkan jin dalam badan...

    Al Kafirun...penguat iman..penghindar jin syaitan...malah kalau cukup syarat..untuk
    menghancurkan jin...

    Ugut bunuh itu masih perkara biasa...dan se-
    benarnya kalau jin itu mampu...dah lama ia
    buat...maka serahkan urusan itu pada Allah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. ...dan suka saya menyatakan...saya
    sebenarnya bukan Ustaz ya...maka
    boleh panggil saja dengan mana-mana
    lain yang dirasa sesuai...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Sama-sama Cik Lina...

    Dan kalau berkesempatan tu...Cik Lina amal-
    kan 3 Qul pernafasan serta amalan pagar
    Ayat Kursi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. salam...
    dah beberapa kali sya try teknik tuan ni...
    hasil dia sama mcm penah saya rasa masa zikir dulu2...cuma lg cepat respon dia...
    rasa mcm presure tinggi dlm kepala...mcm belon nak meletop..hehe
    tp rasa sakit skit menahannyaa...
    betul ke cara saya ni...ke bila rasa presure tu nak mai.. jgn tahan napas kasi lepas slow2?
    thx

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam hang_qwerty...

    Terima kasih ya...

    Tahan nafas itu ikut kemampuan kita sen-
    diri...Cuma..lebih lama...lebih kuat pe-
    ngisiannya...Insya Allah...

    Biasanya..semakin lama diamalkan...sema-
    kin lama pula kita dapat menahan nafas
    dan semakin padat pengisiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Salam,boleh tunjukkan cara mengunakan pernafasan adakah selepas dibaca tiap2 surah baru ditarik nafas dan tahan atau sebaliknya?

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam Alan...

    Perhatikan...pernafasan 3 Qul...baca
    semuanya sekali-kali baru tarik nafas
    dan buat 3 set pernafasan...

    Lain-lain ayat...boleh baca satu suroh
    dan tarik nafas...dan boleh pula baca
    semuanya...baru tarik nafas...
    dan sebagainya mengikut budibicara se-
    ndiri...

    Tapi lebih banyak tarik...lebih kuat
    pengisiannya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. as salam.biasanya baca dlm hati kan?..as salam.biasanya baca dlm hati kan?..

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam Iran...

    Masa tahan nafas sahaja baru baca dalam
    hati...

    Seboleh-bolehnya jangan tinggalkan baca
    dengan lidah...kerana masing-masing ada kelebihannya...

    Ertinya...ada masa kita baca dengan lidah
    dan ada masanya kita baca dalam hati...

    Macamana pun kalau kita merukyah dengan
    baca dalam hati sahaja pun...ada kelebih-
    annya...tumpuan dan saluran tenaga mungkin
    lebih kuat...cuma kadang2 boleh menimbul-
    kan fitnah...

    Contohnya kalau orang tidak dengar apa yang
    kita baca...nanti ada orang menyangka kita
    baca mentera pula...

    Jadi dalam beramal...kita guna kedua-dua
    cara iaitu baca dengan lidah dan dalam hati
    ...tapi kalau merukyah...kita tengok keadaan
    mana cara yang tidak menimbulkan salah faham.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Salam Sedara,

    Slps mendengar ceramah dan bmembuat beberapa rumusan sapa dapati saya ada tanda2 saka dlm sebulan dua ni - tapi kalau saya perhalusi saya ada tanda2 atau sebahagian drpd tanda2 ini semenjak dari sekolah menengah rendah lagi- gatal kulit yg teruk dan berpanjangan, migraine yg teruk dan sering dihimpit masa tidur terutama setelah saya masuk sekolah agama yang agak kuat membuat amalan harian spt solat sunat, tazkirah dsbgainya.

    Sehingga sebulan yg lepas saya rsa saya mmng ada benda ni - terutama apabila saya mula membuat amalan baca manzil etc. Tanda2 yg sedara tulis sebahagian besar nya saya ada.

    Masa dlm perubatan apabila saya pergi berjumpa ustaz sharhan atau ustaz harun din - pasti saya rsa gelisah dan badan rasa sgt berat.Tetapi selepas beberapa lama saya buat, Alhamdulillah berat saya tak rasa lagi tapi kdg2 rasa gelisah itu masih ada.

    Kemushkikan saya ialah walau pun saya rasa mcm dah byk kurang tapi apabila saya dirumah terutama di bahagian dapur , saya dgn sendiri akan rasa meremang bulu roma saya. Saya dah memasang cd ruqyah di rumah saya lebih dari sebulan. Apakah benda tu memng duduk dirumah saya jugak selain dari pendamping saya (kalau masih ada)? Saya ada jugak membuat amalan mengusir jin dgn menggunakan garam dan lada hitam spt ustaz darussyifa'. Adakah perlu saya mengulanginya lagi utk mengusirnya? Ustaz di darussyifa' menyarakan agar saya menjadi anak murid ustaz harun din sebagai salah satu cara utk saya perkuatkan diri saya...

    Saya minta pandangan sedara dlm masalah saya ini.
    Sekian terimakasih.

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth En Shari...

    Alhamdulillah...semoga Tuhan sentiasa
    permudahkan segala urusan kita semua.

    Benda itu boleh jadi tinggal dalam da-
    pur...atau dari luar dan masuk ke da-
    lam dapur...atau ia berdiri di luar
    pintu atau jendela dapur...mana-mana
    juga boleh jadi...

    Kalau mampu...ulangi lagi dan perhati-
    kan perkembangannya ya...

    Jin pun banyak juga tahap 'kebijaksa-
    naan' dan ketahanannya...mungkin ia
    dah kena...tapi cuba bertahan atau
    ada tipuhelah...atau ada sesuatu yang
    membuat ia terikat...maka kita kena
    usaha berterusan...

    Dan boleh pula azan pada bahagian ter-
    sebut setiap Maghrib...sekali...3 kali
    ...atau 7 kali berterusan...sebagai
    ikhtiar tambahan...dan perhatikan per-
    kembangannya...

    Menjadi murid Insya Allah lebih baik
    cuma kalau nak turut jadi perawat...
    sementara gangguan kita belum dapat
    kita atasi sepenuhnya...sebaiknya fi-
    kir dahulu...

    Maksudnya...sebaiknya menjadi anak mu-
    rid kerana menerima ijazah amalan...
    cuma untuk jadi perawat...kita perlu
    lebih kekuatan juga persediaan...
    kerana merawat juga bererti kita men-
    cari musuh baru...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Salam Encik Junied,
    Terimakasih banyak2 di atas nasihat dan perkongsian berguna untuk diri saya.
    Saya akan cuba buat semula dan saya akan cuba jugak seperti cadangan encik untuk spray kabus (macamana ya spray kabus).

    Sebenarnya setiap kali saya berdiri membasuh pinggan di sinki dapur, selalunya disitulah seluruh badan saya akan meruap dan kalau saya berdiri lebih lama, kepala saya akan rasa begitu kebas. Kalau saya tak pasang cd ruqyah memg benda ini akan berada di mana2 rumah saya.

    Saya nak tanya pandangan encik – baru2 ini saya telah menghubungi seorang Pakcik yang dikatakan boleh mengubat sakit spt saya. Saya minta dia pagar rumah saya. Dia minta saya sediakan garam, lada hitam, kacang tanah dan beras kunyit. Bila dia datang rumah saya dia test saya (dgn beberapa potong ayat yang jelas saya dengar ayat Quran) and dia kata benda tu ada kat saya so dia tak boleh nak pagar lagi. Dia kata dia kena buang benda di badan saya dulu baru boleh pagar rumah. Oleh kerana itu dia kena datang semula dan saya kena sediakan beberapa item eg 7 jenis bunga yang wangi, limau nipis, akar sintok, daun sirih bertemu urat, air mineral dan botol kecil (saiz botol livita). Ini adalah untuk mandian saya. Yang saya musykil ialah dia kata dia dapat ilmu ini secara tiba2 dan dia dah refer ilmu ini dgn tok guru kpd Dato’ Harun Din. Lps dia ckp perkara itu saya rasa mcm terfikir2 sbb setahu saya kalau orang dapat ilmu mcm ini secara tetiba, dikhuatiri ada pendamping nya.Masa dia masuk rumah saya dia terus je bagi tahu yang dalam rumah saya memang ada banyak – merata2. Adakah patut teruskan berubat dgn dia. Dia mcm yakin boleh mengubat saya.

    Soalan seterusnya – setelah saya mengesan yg saya ada gangguan , saya perasan sebenarnya kebanyakan ahli keluarga saya (ada dlm lebih 40++ adik-beradik + anak saudara + cucu saudara). Yang saya pasti ada ialah mak saya kerana dia ada mengadu dgn saya badan2 dia byk lebam2, sakit dibelakang kepala, mimpi menyusu bayi, mimpi jumpa harimau/singa dan kena tenung dlm beberapa minit. Tapi dia cuba amalkan renjis air 30 juzuk etc, dia kata dia dah tak rasa semua itu. Cuma saya perasan ada beberapa adik beradik saya yang sakit misteri dan salah sorang sampai skarang enggan solat, very pendiam dan tak mau bergaul dgn adik beradik lain. Paling dia tak suka kalau orang mengaji dkt dia. Hampir kesemua adik beradik selalu mengidap migraine yg boleh smpai tahap teruk. Ada yang tyroid, baran and very the sensitive and many of us yang selalu sakit saraf (berdebar2 dan menggeletar). Kakak ipar saya bagi tahu yang suaminya (abang saya) sgt liat nak puasa dan solat, kdgn2 dia ternampak bayangan harimau di rumah dan kelibat abang saya padahal masa tu abang saya tiada di rumah. Tetapi bila dia beritahu, abang saya langsung tak percaya. Anak sulungnya selalu pengsan sebab terlebih darah (haid) dan selalu ternampak2 benda2 tu. Still abg saya tak percaya. Anak saudara saya yang lain pulak selalu histeria and pengsan2 sbb dia claim dia pun nampak benda2 tu. Ada anak saudara yang lain pulak boleh bertukar dan berubah suara menjadi spt orang lain sbgainya. Ada yang mimpi seram dll.

    Buat masa ini saya rasa kebanyakan ahli keluarga saya tak tahu kewujudan benda ini, sbb mungkin mereka tak kena mcm yang saya kena. Oleh kerana itu mereka belum berubat atau buat amalan yg sepatutnya lah. Jadi belum ada direct attack!.

    Ada yang nasihat kan saya supaya berubat satu keluarga sekaligus.Memandangkan agar sukar utk berkumpul dek jarak, masa dan ada yang tak percaya, maka saya berubat dulu diri saya.

    Buat masa ini saya mmg ragu2 nak balik kg saya sebab thinking that di sana ada lagi byk. Patut ke saya berfikiran begitu? Apa yang patut saya lakukan? Saya buntu.

    Maafkan saya kerana terlalu byk soalan.

    Terimakasih.
    Sharifah – Selangor.

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth Sharifah...

    Sama-sama...spray kabus itu dengan botol
    air yang boleh kita bentuk air spraynya
    berbentuk kabus (macam kabus spray racun
    nyamuk)...atau air hujan...

    1.Rasa meruap dan kebas itu biasanya men-
    unjukkan ada angin bisa dalam badan...
    dan boleh jadi juga ia tindakbalas dengan
    sesuatu makhluk halus yang datang atau
    berdekatan...termasuk kalau ianya memer-
    hati dari luar jendela...

    2.Biasanya ilmu tiba-tiba itu kerana ada
    jin datang tiba-tiba...itu secara asasnya.

    Sekadar pendapat saya...sebaiknya elakkan
    ya...kerana sekurang-kurangnya masih ada perkara yang meragukan tentang pakcik
    tersebut...dan soal yakin tu tak bererti
    ia serasi merawat...kerana kalau dah mer-
    awat biasanya dah lain ceritanya terutama kalau benda yang mengganggu mula bertindak-
    balas atau melawan...

    3.Maaf ya...tanda-tanda pada ahli keluarga
    tersebut biasanya adalah tanda ada saka...
    dan setakat ini yang kita kenalpasti ada-
    lah saka jin harimau...

    4.Tak apa kalau balik kampung tapi jaga
    amalan...dan biasanya juga perhatikan
    ya...makanan dalam rumah yang ada saka
    boleh jadi ada angin bisa..maka kalau
    nak makan kalau boleh baca Bismillah 5 3
    kali atau Bismillah 7 sekali tiup pada makanan...mudah-mudahan tawar bisanya.

    Namun ini hanya satu daripada kemung-
    kinan tapi wajar di ambil perhatian...

    Lagi..selalu dalam keadaan berwuduk...
    kerana biasanya rumah yang ada aura
    'lain'...mungkin serba sedikit akan
    membuka laluan gangguan kepada kita.

    Sebaiknya kalau dah rasa bersedia...
    barulah balik ke kampung....kerana
    biasanya pasti...ada benda lain yang
    menunggu...

    Cuma jangan sekali-kali anggap benda-
    benda itu hebat...besar...berkuasa
    atau sebagainya...ia tetap makhluk
    Allah seperti kita juga...

    Tak apa banyaknya soalannya...Insya
    Allah Sharifah ya...

    BalasPadam
  15. En Junied,
    Terimakasih byk2 - nnti saya akan tanya lagi.

    Doakan saya agar saya redha dan terus berusaha. Ini pertama kali saya menghadapi perkara ini....

    BalasPadam
  16. oh ya macamana saya nak tahu bioadat en junied dgn lebih lanjut?

    BalasPadam
  17. Insya Allah...sama-sama...

    Kalau ada pertanyaan lain...silakan...
    mudah-mudahan saya tahu perkaranya...

    Tentang biodata lanjut...saya sekadar
    orang kampung...tak ada apa-apa...
    kerana tu profilnya kosong sahaja...

    Terima kasih Shari atas perhatiannya...

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum en.junied,
    Slps bc tanda2 d blog en.junied saya cuba wt rwtn,mmg ada rupanya. rwtn pertama slps dbaca ayat ruqyah tersebut bdn jd ketar2 cm kesejukan. bda tu mula muncul menumpang bdn sy tp dlm masa yg sama saya sedar tp pgrkn diri saya dikawal bda tu. sy marah n menjerit pd perawat tu. bda tu mengangguk bl wktu ditye buaya putih, dtg dr opah sebelah mak sb bl ditye lain semua digeleng. tye mak tp kata xpnh ada saka lgsg. Wallohu a'lam. bda tu xnk kua tglkn bdn saya. blk dr wt rwtn kaki n blkg sy sakit plk. rwtn ke-2 wt xde ketar pn cm rwtn ptama,maka prwt 2 suh dtg lg tuk mandi limau. so,bl dtg tuk wt rwtn ke-3 n mandi air limau tup2 bl di ruqyah tu bdn ketar2 tp sekejap2 pastu ok semula tgl kebas2 kaki,tgn,n pening ckit n akhir skali mandi jg limau.

    seminggu pastu blkg bdn,kepala n dada rs sakit, kdg2 kt kaki cm masih ada bda bgerak. sy cuba plk berubat semula. rupanye ada pulak saka harimau. slps dirwt mlm 2 sy mimpi harimau tu jatuh n nk naik bukit ke arah sy n ada perempuan tua muncul ckp kt sy jgn buat dia(harimau) tu cmtu,dia cuma nk jaga n bkwn je dgn sy tp sy geleng kepala ckp xnk ms dlm mimpi 2.

    Slps seminggu berubat lg sy mimpi mulut sy berubah jd pjg cm serigala n syrt nk elok semula sy kena bg mkn ltk dlm besi n rendam dlm air yg ditakung n akhirnya sy pulih n waktu yg sma plk perempuan bertudung labuh bckp dgn sy n bgtau sy yg seorg lelaki (lingkungan umur cm 20-an) duduk disebelahnya 2 adik beradik sy tp xdpt nk dibuktikan sb keris 2 dah hilang. Bl sy terjg dr tidur sy terfikir ape kaitan keris nk dijadikan bukti dia adik bradik sy. Esknye sy jmpa prwt n bercerita ttg mimpi sy n dia mtk sy berubat lg. Bl diruqyah bdn mengeletar n mcm ada bda bergrk dibwh kulit di kaki n peha.diruqyah 2,3 kali smbil trk bda 2 msk botol. prwt 2 kata yg buaya aritu.

    Tp slps 3minggu sy mimpi plk mcm2..nk d katakan stp mlm mimpi berbeza2 cm anak kera yg menumpang mkn dirumah,kucing hitam 7,8 ekor, ular hitam besar n budak2. kerap sgt sy bermimpi,adakah mainan syaitan je sdgkan sblm tidur ambil wuduk,baca bismillah 11X,al-fatihah,3qul n ayatul kursi serta doa tidur. nak mandi lama2 n dok berdua ngn ank kt rumah xde suami pn xberani sb cm tetiba meremang bulu roma nak2 plk kt dapur n ada ms2 kt ruang tamu dan bl tidur mlm terjg 2,3pagi n xblh lena.

    Anak 9bulan kerap menangis n kerap sgt demam . perlu ke scaning semula? cmne nk tau angin bisa dah btl2 xde dlm bdn kita sb sehingga skrg msh terasa bda bgrk bwh kulit dibhgian kaki lbh2 lg ketika nk tidur.. minta jelaskan..

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth Puan...

    1.Secara ringkasnya...ada tanda gangguan
    itu lebih dari satu...sudah lama...dan
    mungkin ada yang sudah dikeluarkan...
    tapi masih ada tinggal...atau boleh jadi
    pula yang keluar itu ada yang masuk balik.

    2.Laluan angin bisa dalam badan juga masih
    agak luas maka rawatan sepatutnya berterusan sehingga benar-benar rasa selesa sambil amal terus pendinding diri...

    3.Antara tumpuan utama angin bisa ialah
    pada bahagian kepala...yang menyebabkan
    selalu mimpi aneh atau menakutkan...
    belikat...tulang belakang...dan dada...

    ...kemudian ada tandanya laluan masuk juga
    dari arah kaki dan mungkin juga kepala
    serta tangan...

    Adanya angin bisa pada bahagian kepala itu
    menyebabkan sering bermimpi aneh itu walau
    pun puan membaca surah-surah sebelum tidur
    iaitu kerana gangguan mimpi itu datang dari
    dalam...

    4.Ada juga tandanya rumah perlu dirawat dan
    dipagar...kalau tidak maka gangguan yang
    berkeliaran dalam rumah itu akan menyebabkan
    gangguan mudah masuk semula dalam badan...

    Dan ini juga sebab utamanya bayi selalu de-
    mam dan menangis...

    5.Benda bergerak bawah kulit biasanya jin...
    dan jika pada bahagian kaki....maka ia men-
    jadi laluan utama keluar masuknya...

    Ia juga menunjukkan ada bendanya yang datang
    dan masuk ketika akan tidur...juga ada
    gangguan berkeliaran malah mungkin menemani
    tidur dalam bilik...

    Sebaiknya puan minta 'scan' semula ...walau-
    bagaimana pun gejala di atas menunjukkan ia
    sebenarnya masih ada dan belum selesai...dan harapnya rumah juga dapat dirawat dan dipagar ya...

    Dimana-mana juga terdapat ramai orang yamg
    tidak tahu ada saka...terutama kalau gangguan
    belum ketara atau kerana kurang faham mengenai
    gejalanya ini...dan zaman ini...saka adalah
    perkara biasa saja...namun sebaiknya dirawat.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. As salam,
    Saya suka laman ini, penuh berinformasi & banyak faedah kpd saya utk mempelajari ayat2 al quran amat menakjubkan.

    BalasPadam
  21. Wa alaikum salam wbkth Ali...

    Terima kasih...semoga kita sama-sama
    mendapat serba sedikit manafaatnya
    untuk dunia akhirat...In-shaa Allah..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam