Ahad, 13 Mac 2011

DUNIA MISTERI...Jin Saka Bomoh...

Rakan itu sudah beberapa minggu mengalami gejala
aneh...

Badannya tiba-tiba saja menjadi panas...kemudian
perlahan-lahan normal kembali tanpa sebarang se-
bab munasabah...

Ubat yang diambil ternyata tak berkesan...malah
keadaan itu terus berlanjutan dan berlaku hampir
setiap hari...tak kira siang atau malam...

Ketika di'scan' pada Titik 2 bahagian kepalanya
ia ternampak datuk...moyang dan dua orang nenek-
nya yang sudah lama meningal dunia...tapi sepe-
rkara...rupanya ada 'orang asing'...iaitu 'seor-
ang' nenek berambut putih menggerbang...

Ia pernah melihat nenek berambut putih itu dulu
iaitu seorang bomoh wanita yang ramai suami...
malah dikatakan...lebih dari seorang suami dalam
satu masa...Wallohu a'lam...

Nenek itu pernah merawat datuknya...dan sebenar-
nya sudah lama meninggal dunia...

Maka apa yang rakan itu lihat sangat besar kemu-
ngkinannya adalah jin saka peninggalan bomoh ta-
di...yang diamanahkan untuk menjaga si datuk...
atau mungkin jin itu sendiri datang dan menjadi
saka...

Nenek berambut putih itu dilihatnya tinggal di-
sebuah batu besar...

Di tepi batu itu ada serumpun buluh...dan batu
itu diliputi oleh tumbuhan menjalar serta bebe-
rapa batang pokok yang tumbuh di atasnya...

Jin itu lebih kepada jin pengasih..atau mungkin
penunduk...sehingga tuannya dapat menguasai le-
laki pada cara yang tak normal...

Namun seperkara yang anda perlu tahu...jin ber-
kaitan pengasih apabila telah menjadi jin saka
kepada sesuatu keluarga atau keturunan...biasa-
nya ia akan bertindak menjadi penghancur dan pe-
ncerai berai rumah tangga...

Dan inilah yang telah berlaku pada rakan tadi...
malah jin itu seperti berpindah rendah dari ka-
langan adik beradiknya...sehingga semuanya juga
mengalami masalah rumah tangga terutamanya ber-
kaitan cerai...

Kemudian ada seperkara lagi...punggung kanan ra-
kan itu semakin mengecil tanpa sebarang sebab...

Semasa di'scan' itu...rakan tadi dapat melihat
'seekor jin Islam jantan berserban jubah' menar-
ik rambut makhluk yang berupa neneknya...dan
menyorongkan serta memaksanya 'memakan' pungg-
ung rakan tadi...

Sebenarnya semua makhluk yang dilihat itu ada-
lah jin saka...dan menyerupai tuan mereka yang
sudah lama meninggal dunia...kecuali jin jantan
tersebut...yang lebih kepada jin saka...atau jin
ilmu dari sebelah isterinya...

Jin jantan itu juga berperanan besar dalam meng-
hancurkan rumah tangga rakan tadi...tapi saya tak
tahu sebabnya...setelah bercerai pun...jin jantan
itu masih mengganggu...

Semasa di'scan'...tiba-tiba rakan itu mengadu ke-
sakitan...apabila nenek berambut putih itu datang
dan menikam sebatang kayu sebesar pensel pada
bahu kanannya...

Saya meletakkan tapak tangan atas bahu tadi...dan
sambil berzikir dan menggunakan nafas...saya mem-
bayangkan mencabut kayu tadi...

Setelah tiga kali mencuba...barulah rakan itu me-
rasakan kayunya dah tercabut...dan hilang rasa sa-
kitnya...

Pada awal tadi...saya dah rasakan...badan rakan itu
panas seperti orang yang sedang demam...cuma kepa-
nasan itu hingga ke paras pinggang...

Setelah hampir 20 minit membuat pengisian...suhu ba-
dannya kembali ke suhu normal...dengan izin Allah.

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Salam En Junied,
    Boleh ke saya jugak mendapat rawatan enc
    apa yg sebaiknya utk pagar rumah?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth En Shari...

    Sebenarnya saya masih belajar dan masih
    sangat sedikit pengalaman...termasuk
    dalam perubatan...

    Biasanya saya jadi perawat terjun pada
    keluarga juga saudara...dan yang lain-lain tu...biasanya saya tak ada pilihan hanya
    usahakan bila benar-benar diminta..juga
    saya yakin dah tak ada perawat lain...dan
    biasanya pesakit atau keluarganya dah buntu...dan kebetulan pula rasa-rasanya
    'macam ada cara' yang boleh saya ikhtiar-
    kan...

    Kalau kita nak cari perawat...carilah yang
    dekat dan mudah didatangi kerana kadang-
    kadang rawatan tak memadai sekali dua...
    malah kadang-kadang ada masa kecemasannya
    apabila jin pengganggu 'mengajar' pesakit
    kerana minta rawat...

    Kalau nak cari perawat...sebaik-baiknya
    kita carilah perawat sebenar yang berpe-
    ngalaman ya...

    Tapi kalaulah saya jiran sebelah rumah
    En Shari...Insya Allah...bolehlah kita
    ikhtiarkan setakat termampu...

    Oleh kerana En Shari amalkan ayat Manzil
    maka bacakan pada air dengan sampaikan
    nafas semasa membacanya...

    Air itu boleh guna mandi...minum...dan
    renjis pada setiap penjuru ruangan dalam
    rumah...atau sebagainya...

    Begitu juga amalan lain pagar rumah dengan
    Ayat Kursi...dan sebagainya...

    Sebaik-baik pagar itu yang mudah kita la-
    kukan sendiri walaupun ia seringkas mana
    pun caranya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam