Ahad, 27 Mac 2011

TANDA ADA SAKA...Selalu Sakit-sakit badan...

Iaitu samada sakit itu semasa jaga siang...
atau hanya datang pada waktu malam tanpa
sebarang sebab munasabah...

Contohnya..kadang-kadang anda tak buat se-
barang kerja berat...tak ada kemalangan
dan sebagainya...

...tapi tiba-tiba sendi-sendi atau seluruh
badan terasa sakit-sakit...

Dan sering pula berlaku...anda bangun pagi
dalam keadaan sangat letih lesu...seolah-
olah anda tak dapat tidur...atau malah ber-
kerja berat semalaman...

Apabila keadaan dah lebih berat..maka anda
akan merasa sakit-sakit badan sepanjang
masa tak kira siang atau malam...tanpa
sebarang sebab munasabah...

Kadang-kadang anda makan ubat...atau ber-
urut...atau meminta rawatan gangguan jin
dan sakit anda hilang...tapi biasanya
hanya untuk sementara atau sekejap sahaja
...kemudian sakit semula...

Kalau anda ke hospital...anda didapati tak
ada sebarang masalah kesihatan...

Walohu a'lam

10 ulasan:

  1. Tuan,

    Sekiranya perawat menggunakan khdam jin islam... bagaimana pula? Jin Islam tu buat onar jugak pada kita tak?

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera musafir...

    Biasanya yang disebut khadam jin Islam itu
    adalah...

    1.Jin Islam Fasik...ia tak peduli dengan
    mendampingkan diri...manusia dampingan-
    nya jatuh syirik kerana meminta bantuan
    atau bergantung harap kepadanya...malah
    kalau matinya dalam keadaan sedemikian
    boleh jadi mati dalam keadaan tercabut
    iman...

    2.Jin Munafik...yang berlagak alim dan
    baik...tapi menggunakan ilmunya untuk
    mempermainkan...memperhambakan...men-
    jadikan dirinya ditaati manusia...
    ( Jin jadi khalifah )...

    3.Jin kafir semata-mata...tapi berlagak
    Islam dan baik-baik...kerana untuk men-
    yembunyikan berbagai kejahatan terhadap '
    tuan'...keluarga 'tuannya'...dan orang
    yang berjumpa dengan 'tuannya'.

    Kalau kebetulan terjadi hubungan baik
    antara manusia dan jin Islam..maka ant-
    ara ciri-cirinya...tak bersyarat...tak
    terikat...tak ada sesiapa jadi tuan atau
    orang suruhan...dan sebagainya...

    Tapi apabila ia bersyarat...ada tuan...
    ada orang suruhan...ada orang harapan...
    ada orang yang perlu ditaati...malah ia
    membawa kepada syirik...maka biasanya
    ...jin itu pasti ada tujuan kejahatan-
    nya...

    Dan apabila kita menyebabkan seseorang
    menggunakan jin khadamnya (dosa)...
    maka kita turut berdosa...

    Tipu helah yang membawa kepada syirik
    ...khurafat...sangka buruk..dendam...
    dan jin saka...itu adalah antara kemu-
    ngkinannya apabila kita meminta rawatan
    padanya...

    Jin saka itu biasanya terjadi...kerana
    ada jin yang pada jumlah banyak berdam-
    ping dengan sesorang manusia (contohnya
    perawat...)

    Maka perawat itu menjadi laluan atau pe-
    rantara...sebahagian jin itu berpindah
    kepada seseorang lain...dan mungkin terus
    membiak serta menghasut...merebak kepada
    keluarga juga keturunannya...

    Mungkin ada juga pesakit yang sembuh...
    tapi disebalik sembuhnya itu pasti ada se-
    suatu yang diluar dugaannya...

    Dan kita ingatlah satu perkara...perawat
    itu...keluarganya...malah mungkin keturu-
    nan...adalah mangsa...maka mereka sepatut-
    nya diselamatkan.....dan bukan digalakkan
    menggunakan khadamnya hingga ia terjerumus
    lebih jauh...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. saya sakit badan bahagian dada dan tangan triceps dua2 kiri kanan. tapi saya tak buat apa2 senaman seminggu ni. mungkinkah ada jin? sebab dulu, kawan saya pernah cakap yang ada "benda" ikut saya. dan ustaz saya pula cakap, "benda" tu tidak boleh membawa mudarat. macam mana nak hilangkan rasa sakit ni?

    BalasPadam
  4. Salam Solah...

    Sebaiknya minta 'scan' balik juga
    rawatan ya...

    Ikhtiar juga amal 3 Qul pernafasan
    sapu muka dan seluruh badan...
    juga Ayat Kursi serta sapu seluruh
    badan seperti di atas....

    Kalau ada air doa...guna mandi...
    selain minum...

    Kalau mampu...amal Manzil...buat air
    minum dan mandi disamping jadikan
    amalan sekurang-kurangnya pagi petang.

    Biasanya jin akhirnya akan cuba mem-
    udaratkan lebih-lebih lagi bagi orang
    yang tiada pendinding diri...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan . Saya mohon izin di ijazah bismilla 5 bismilla 6 dan bismilla 7. Doa kan aaya berjaya.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...Alhamdulillah...silakan semoga bermanafaat
    dunia akhirat....mudah-mudahan Allah melapangkan segala usaha dan hidup
    kita dan sekelian saudara seagama kita dunia akhirat...amiin

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum tuan...izinkan sy mengamalkan bimillah 5 dan 6

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth drkronik...Alhamdulilah silakan
    semoga bermanafaat dengan izin Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Asalamualaikum Tuan,disini saya ada pertanyaan yang saya sendiri tidak tahu apa yang ada mendampingi saya, utk pengetahuan tuan saya pernah berkahwin ,sepjg perkahwinan saya kmi sering betengkar sehingga
    suami balik rumah mertua behari2 kerana tidak sanggup berdepan dgn saya,tapi bila kami berjauhan rindu bertelefon btanya kabar masing2
    begitulah sering belaku betengkar atas pekara kecil saja,sehingga satu hari suami telepas talak keatas saya.sebelum ini saya sering mimpi yang aneh2 seperti jatuh tmpt tinggi,digigit ular hitam,dikejar anjing itam,mendukung bayi dan ada masanya byk tanda2 lebam di bdn.semua tanda2 ada saka dan disihir ada pada saya.dan pernah sebelum tu juga suami bermimpi betengkar dan ditindah mahkluk sehingga ia merasa katil dlm bilik kami digegar tapi saya tidak merasakannya,dan pernah satu mlm waktu suami bekerja saya bermimpi diperkosa dan bila saya terbagun terasa bdn saya sakit seolah2 bkn mimpi.
    tuan adakah saka dan sihir ni sama? Dan jikalau benar saka,bagaimana caranya utk dia kluar dari saya dan jika sihir apa yg patut saya buat

    BalasPadam