Kalau tak dikira ayat...Bismillaahirrohmaa nir...
rohiim...maka ia dipanggil Bismilah Empat...
Kisah 1...Pengajaran Dari Roh...
Nenek itu..sejak mudanya didampingi jin saka...
tapi makhluk itu tak mengaku dirinya sebagai jin
sebaliknya ia mengaku sebagai roh anak nenek ter-
sebut yang telah meninggal dunia sejak kecilnya.
Setelah anak itu meninggal dunia...roh anak itu
terus hidup di alam ghaib...iaitu di Alam Akhirat.
Ia terus memebesar dan bersekolah hingga ke tahap
'universiti'...dan kini setelah ia dewasa...roh
anak lelakinya itu kembali semula ke dunia untuk
mencari dan mendampingi ibunya...
Nenek itu yang pada mulanya sering menjual sayur
di pasar...telah berhenti dan tinggal dalam rumah
sahaja atas nasihat roh anaknya yang kasihan me-
lihat ibunya berpenat lelah membuat kerja-kerja
berat...
Dan sebagai gantinya...roh anak lelakinya itu me-
ndampingi ibunya serta membimbingnya menjadi pe-
rawat kepada berbagai penyakit ganjil...
Maka...hadiah daripada pesakit-pesakit juga seba-
gai wang jaminan keselamatan mejadi punca pendapa-
patan baru nenek tersebut...
Suatu ketika..seorang jiran bukan beragama Islam
datang berjumpa dengan nenek itu...ia mengalami
suatu penyakit yang tak sembuh oleh rawatan hos-
pital...
Walaupun roh anaknya melarang nenek itu merawat
jiran tersebut dengan alasan tubuh non Islam tak
bersih...namun kerana sifat nenek yang sangat
mudah simpati itu...ia terus juga merawatnya...
Sebaik sahaja jiran itu pulang...nenek itu meng-
alami sakit seperti ditekan sesuatu pada bahu ka-
nannya...
Sakitnya sehingga nenek itu tak dapat mengangkat
tangan kanannya dan terus menanggungnya tak kira
siang ataupun malam...
Hampir dua minggu...bahu nenek itu terus sakit ta-
npa sebarang perubahan walaupun ia dah meminta air
doa daripada perawat mentera...
Kebetulan atas sesuatu sebab...saya berjumpa den-
gan nenek tersebut...dan mungkin kerana terdesak
nenek itu berterus terang meminta rawat bahunya...
Saya langsung tak berpengalaman tentang sakit bahu
tapi nak menolak begitu sahaja pun rasanya tak baik.
Maka saya meletakkan tapak tangan kanan atas bahu
nenek tersebut dan membaca Bismillah Lima...
Pada kali ketiga saya membacanya..roh anak nenek
itu bercakap melalui lidahnya..."tak guna ibu mi-
nta rawat...sakit ini tidak akan hilang sebelum
sampai 40 hari...sebagai pengajaran kerana melan-
ggar pantang larang..."
Hati saya serba sedikit rasa tergugat dengan keja-
dian itu tapi terus membaca Bismillah Lima hingga
tujuh kali...kemudian meniup perlahan ke bahu nen-
ek tadi...
Ternyata rasa sakit itu hilang serta merta...dan
nenek itu dah boleh mengangkat tangan kanannya...
dengan izin Allah...
Kisah 2...Pelias Bahaya...
Sebaik sahaja rakan itu keluar dari pintu rumahnya
..ia membaca Bismillah Lima sebanyak tujuh kali...
Ternyata..dari jam 8 malam hingga ke paginya...ra-
kan yang keluar memburu itu tak menjumpai sebarang
binatang...seolah-olah hutan tebal itu dah tak ada
binatang liarnya...
Berbeza kalau ia keluar rumah tanpa membaca Bismi-
llah Lima seperti biasa...sekurang-kurang pasti ia
akan terserempak degan pelanduk...
Pejelasan...
1.Bismillah Lima itu jika dibacakan pada sesuatu
tempat sakit..dan ditiup lembut...maka hilang sak-
itnya...maka menunjukkan penyakit itu melibatkan
gangguan jin...
Kadang-kadang sakit itu hilang sekejap...kemudian
datang semula...atau serta merta kurang sakitnya..
atau...memberikan sebarang tindakbalas termasuk
sejuk...panas...berdenyut...ada benda bergerak...
serta merta bertambah sakit dan sebagainya...
maka yang demikian itu menunjukan ada penglibatan
gangguan jin...
2.Apabila anda memberi air doa pada seseorang...
maka anda boleh meletakkan tapak tangan...hujung
jari atau sekadar menunjukkan jari telunjuk ke-
arah tempat yang sakit...
Baca Bismillah Lima 7 kali...kemudian tiup perla-
han ke tempat yang sakit...
Sebelum nafas habis ditiup...anda tiup pada air
doa samada dalam botol atau dalam gelas...
Ia bererti..air doa itu 'istemewanya' adalah un-
tuk tempat yang sakit tersebut...
3.Ayat akhirya...Bismilla hillazii laa ya dhurru
...dan seterusnya...
- dibaca 3 kali sebelum makan makan atau minum
akan menjadi penawar racun...
- dibaca 3 kali pagi petang untuk mencegah rasukan
jin...
- dibaca 3 kali...mudah-mudahan dihindarkan Tuhan
daripada segala bahaya dan kemudaratan...juga di-
baca pagi dan petang...
4.secara 'teorinya'..apa yang berlaku pada kisah
rakan yang berburu...
Iaitu apabila ia membacanya sambil berniat untuk
pergi ke sesuatu tempat atau kawasan...maka bina-
tang buas atau berbisa mula menghindar daripada
kawasan tersebut...
...ia termasuk pada sepanjang laluan perjalanan-
nya...dan menjadi 'kawasan selamat'tanpa sebara-
ng gangguan serta bahaya...
Malah bukan sahaja binatang berbahaya...binatang
liar lainnya juga akan turut menghindar atau men-
ggalkan kawasan tersebut...kerana khasiat ayat
itu adalah untuk keselamatan...termasuk selamat
daripada sebarang gangguan dari binatang liar...
...dan Insya Allah...juga daripada gangguan jin
pada sepanjang perjalanan...
Maka ia boleh diamalkan...iaitu membacanya 7 kali
ketika kita keluar rumah sambil berdoa memohon
keselamatan dalam perjalanan pergi dan kembali...
...iaitu keselamatan daripada sebarang bahaya...
samada bahaya yang kelihatan atau tersembunyi (gh-
aib)...
Dan pastinya masih banyak khasiat lainnya...Insya
Allah...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum...
BalasPadamSaya juga mengamalkan bismillah 5 pada setiap kali makan atau minum...
Terima Kasih diatas perkongsian... boleh diamal selepas ini sewaktu keluar rumah....
Wa alaikum salam AV...
BalasPadamsama-sama...dan ia dibaca 3 kali sebelum
makan ubat...
walohu a'lam
Assalamualaikum...
BalasPadamAlhamdulillah dan terima kasih....:)
Wa alaikum salam AV...
BalasPadamsama-sama...
Assalamualaikum,
BalasPadamHarap tuan junied dapat mengulas juga mengenai amalan bismillah enam?
Wa alaikum salam Dr Lee...
BalasPadamSebenarnya ia boleh didapati pada mana-
mana blog berkaitan...atau dari buku-
buku mengenai khasiatnya...
...tapi Insya Allah...saya akan mengulas
mengenainya berdasarkan sedikit pengalaman sendiri juga rakan-rakan dalam dua tiga hari ni...
Wallohu a'lam
Terima kasih. Saya akan nantikan ulasan en. junied.
BalasPadamSama-sama Dr Lee...
BalasPadamInsya Allah...
assalammualaikum...
BalasPadamsetelah saya dapat tau tentang bismillah 5 ni, saya cuba baca ditempat yang saya sakit secara tiba tiba seperti ada yang mencucuk atau pedih. ketika sya membaca bismillah 5 ni, tiba tiba terasa sejuk ditempat yang sakit tu.apakah maksudnya?tapi alhamdulillah sakit tu hilang
Wa alaikum salam Nora...
BalasPadamAlhamdulillah...
Tandanya ada angin bisa padanya...atau
dengan kata lain...ada gangguan jin pa-
danya...
Sejuk bagi kita...panas bagi 'mereka'.
Sebaiknya jadikan ia amalan sehari-hari
dan Insya Allah...mudah-mudahan ada ber-
katnya doa ini...
Wallohu a'lam
saya juga mengamalkan ayat ni selepas solat, dan baca alquran, ditiup pada perut, alhamdulillah, penyakit gastrik yang teruk beransur kurang.
BalasPadamSalam zuriee...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih atas per-
kongsian pengalaman dan ilmunya...
Walllohu a'lam
Salam En Junied,
BalasPadamAnak saya demam - saya letakkan tangan di atas kepala dia dan membaca bismillah 5. Bdn saya seram sejuk dan tangan saya terasa mcm kebas.Lepas habis baca saya tanya anak saya "ada rasa apa2" dia kata sekarang rasa ringan.
Lepas tu saya buat pulak pada anak perempuan saya (yg pernah nampak budak merangkak didapur saya). Bila saya baca saja badan saya meruap dan tangan saya mcm rasa panas (tangan yg letak dikepala dia). Bila saya tanya dia ada rasa apa2, dia kata tak rasa apa2. Cuma lepas tu saya baca bismillah 5 tanpa memegang mana2 bahagian badan saya atau anak saya , anak perempuan saya kata tengkuk dia sakit.
Apabila saya cuba buat dgn suami saya - saya dan dia pun tak rasa apa2.
Boleh ke En Junied ulaskan apa kah agaknya yang terjadi?
Wa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadam1.Ada tanda amalan Shari selama ini mula
sebati...maka walaupun masih ada gangguan
...tapi 'aura' Shari sedang memberi penen-
tangan...
2.Rasa seram sejuk dan kebas tanda ada an-
gin bisa pada badan dan tangan Shari...
3.Tindakbalas itu kerana demam anak terse-
but adalah gangguan atau ada penglibatan
gangguan...dan Alhamdulillah...Shari boleh
merawat...tapi hanya untuk keluarga saja
dulu ya...
4.Ada angin bisa pada badan anak perempuan
tersebut...seperti agak sedikit sebati...
tapi boleh dibacakan selalu...buatkan air minum dan mandi...
Rasa badan meruap itu kerana ada angin bisa
dalam badan Shari...dan ia adalah tindakba-
las terhadap angin bisa dalam badan anak tadi...
5.Tengkuk sakit itu mungkin kerana ada pe-
nempatan angin bisa padanya...
Dengan suami...Insya Allah...mudah-mudahan
sihat tak ada gangguan...kerana itu tak ada
sebarang tindakbalas...ini pandangan sepin-
tas lalunya...
Terima kasih atas soalannya...semoga rakan
pembaca lain juga dapat mengambil serba
sedikit pengetahuan daripadanya...
Kalau ada soalan lain...Insya Allah Shari
ya...boleh tanya bila-bila masa...
Walloghu a'lam
Salam En Junied,
BalasPadamSlps rasa merayap di kepala saya sejak semalam saya rasa pening kepala sehingga lah hari ini. Saya ada lakukan bismillah 5 dan juga sapu air doa...ada lah kurang tapi masih terasa sakit.
En Junied ada cadangan ke?
Oh ya saya juga dah makan pil...tapi belum kurang.
BalasPadamOh ya untuk pengetahuan En Junied sebelum saya betul2 tahu saya adalah masalah saka memg saya selalu nampak lintasan di rumah tapi asyik mengabaikannya sampai lah anak saya nampak ada budak merangkak tanpa tangan dan kaki di bahagian dapur saya, dia area sinki. Tak lama lepas tu lah setiap kali saya berdiri disinki saya akan meremang bulu roma saya.
BalasPadamSoalnya macamana pula anak perempuan saya boleh nampak? Adakah dia sudah terkena gangguan? Saya pernah bawk dia merawat - tapi dia kelihatan seperti kanak2 biasa saja - riang dan tak de rasa takut. Cuma dia kata dia selalu mimpi saya nak mati atau pun dia nak mati.
Tetapi anak lelaki saya (12 tahun) selepas saya tahu , dia selalu tidur lambat (tengok TV) dan beberapa kali demam dan keletihan.Dia juga mengadu mimpi buruk2 dah sebagainya. Saya cuma suruh dia selalu baca ayat kursyi sebelum tidur. Apa yang saya boleh buat utk anak2 saya?
Wa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadam1.Rapatkan kedua tapak tangan seperti nak
berdoa...baca salawat 7 kali...tutup muka
dan tarik nafas dalam-dalam...
Buat dua tiga kali...
Sakit itu adalah tindakbalas angin bisa da-
lam kepala dari amalan Bismillah 5...dan
kalau kita pasti ia terasa sebaik sahaja
kita mengamalkannya...tak perlu ubat...
Sebaliknya terus buat amalan yang sama be-
berapa kali sehari...dan jadikan ia amalan berterusan kerana Insya Allah...
kalau anginnya dah berkurang atau hilang
maka sakit itu juga kurang atau hilang...
Kalau nak cepat kurangkan sakit...maka buat
pula amalan salawat seperti di atas...atau
baca 11 kali salawat pada air dan minum...
sapu muka serta sapu sedikit atas kepala...
Tanda ia adalah angin antaranya...ubat ku-
rang atau tak berkesan...
2.Jin boleh kita nampak kalau ia sengaja
menampakkan diri...dan sebab kedua...kita
ada gangguan...atau angin bisa dalam badan.
Oleh kerana anak perempuan itu juga selalu
bermimpi tentang kematian...maka kemungk-
inannya besar...dah ada benda mengikutnya...
Gejala saka tak semestinya takut atau sedih
malah boleh jadi tak nampak kesan zahir...
atau malah sebaliknya boleh menyebabkan
kita aktif...banyak cakap...kuat bergurau...
terlalu yakin...suka menonjolkan diri dan
sebagainya...
Maka dari segi perubatan...anak perempuan
itu perlu diawasi sentiasa...dan sebaiknya
rawat sendiri walau sekadar doa ringkas
atau buatkan air Manzil untuk minum...sapu
...mandi dan percik pada 4 penjuru bilik
tidurnya...dan begitu juga pada semua anak-
anak...
Percik juga pada 4 penjuru ruang tamu atau
ruang bilik unuk TV...
Menonton tv hingga melalaikan dari meng-
ingati Tuhan juga boleh membuka laluan
gangguan atau serangan jin ya...malah ka-
dang-kadang gangguan saka itu menyebabkan
seseorang itu 'kaki tv' kerana biasanya
sangat banyak kelalaian padanya...
Kadang-kadang bagi kaki tv...jin sakanya
juga sama menonton...kalau saka itu dah
kemaruk tv...orang dampingannya juga akan
kemaruk tv...
3.Pada anak lelaki..ia adalah gejala ada
saka...
Shari ingat kan...angin panas yang keluar
dari atas kepala budak-budak...ia adalah
angin bisa yang keluar dari badan mereka
maka teruskan membaca berulang-ulang sehi-
ngga angin itu berkurang atau lebih baik
kalau ia habis tak terasa...
Ayat lain yang boleh digunakan...letakkan
tapak tangan atas ubun-ubun dan baca
Fatihah sekali...salawat 3 kali dan Ayat
kursi 3...7 atau lebih baik 11 kali setiap
hari...
Rawatan ibu pada anak-anak lebih berkesan
kerana biasanya ganggguan pada anak-anak
itu...bermula dari ibu sejak dalam kandu-
ngan atau semasa kecilnya...
Insya Allah Shari ya...
salam en junied,
BalasPadamkawan saya mencadangkan saya mendapatkan rawatan di satu tempat:
Persoalan saya:
1. dia memninta kami semua membayangkan rumah kami masa dia merawat (tak dengar dia baca apa) dan kami bagi alamat nya dkt dia. dia kataa saya bukan saka tapi ada org tabur benda di depan pagar rumah saya. jadi dia bgi garam dan lada hitam utk ditabur didepan rumah dan mandi limau purut.
2. dia minta kami semua solat taubat dan hajat - solat hajat utk minta Allah tunjukkan siapa yg buat jahat kepada kami.
3. dia ada pemutus ubat - dia minta kami datang balik dlm masa 4-5 hari. Kalau dah sihat kami semua kena kena ada pemutus ubat dgn dia - antaranya sehelai kain batik seorang dan duit 21.75 sen.
Ini telah meninmbulkan keraguan kpd saya.
Boleh ke saya teruskn? dia juga sudah menjampi kami sekeluarga. bagaimana pula dgn jampi ini kalau saya tak mo berubat dgn dia. Dan bagaimana pula dgn air, limau dan garam/lada itu, haruskah dibuang saja?
Boleh ke sorang perawat melihat apa yg berlaku di rumah saya dari jauh?
Patutke saya solat hajat utk tengok org yg aniaya saya?
Minta En Junied membantu menjawab soalan saya
Wassalam
Wa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadamSaya minta maaf Shari ya...
Sukar saya nak beri pendapat boleh tak bole-
nya pada perawat tersebut...kerana setakat
maklumat yang ada...kita tak dapat pastikan
ilmunya itu 'putih atau hitam'...dan boleh
jadi putih..boleh jadi hitam...
Cuma bahan-bahan rawatannya itu memang benda
yang biasanya jin takuti atau tak suka...
Begitu juga bahan pemutus ubatnya...kalau setakat kain dengan duit juga tak dapat mem-
beri sebarang maklumat ilmu putih atau ilmu
hitamnya...lainlah halnya kalau binatang...
seperti ayam putih ayam hitam atau sebagai-
nya...
Tentang sunat taubat dan hajat itu amalan
baik cuma kalau nak tahu orang yang buat
jahat...biasanya tak perlu...malah saya
juga tak tahu samada katanya ada penglibatan
sihir itu betul atau tidak...cuma setakat
gejalanya setakat ini...gangguan saka itu
memang ada...
Ilmu ini luas...maka soal nampak apa yang
berlaku pada rumah dari jarak jauh itu bo-
leh berlaku dengan menggunakan gerak hati
dan boleh pula dengan guna jin...
Kalau saya nak tegah...setakat ini saya
tak ada sebarang maklumat yang dapat nak di-
sandarkan samada perawat itu boleh atau
tidak...
Maka terserah pada Shari sendiri...cuma per-
hatikan jika ada sebarang kejadian aneh se-
lepas jampian perawat tersebut...
Juga ikut gerak hati Shari atau suami...
kalau rasa berat...terpulanglah samada nak
teruskan syor perawat atau tidak...
Kalau saya nak syor ikut...saya tak tahu
ilmunya putih atau hitam...kalau nak lara-
ng...manalah tahu ilmu putih dan serasi...
Namun cuba perhatikan beberapa perkara...
Salah satu tanda ilmu sihir...selepas ber-
jumpa perawat kita dapat merasa atau menge-
san sebarang kehadiran makhluk halus baru
pada diri...keluarga atau rumah...ertinya
perawat itu dah titipkan jin pada kita...
Atau kita merasa ada penyakit juga gangguan
baru...atau rasa rumah berubah suasana se-
prti rasa seram...atau terasa ada benda
mengintip yang sebelumnya tak ada...
Adapun kesan jampian juga sukar nak kita
tentukan...apalagi kita tak tahu ilmunya
yang perawat itu gunakan...
Kalau nak tahu cara lain...buat sunat Ist-
ikharoh...
Insya Allah shari ya...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSlps sampai rumah saya ada call ustaz salehuddin, masa saya call t dada saya begitu berat dan tangan saya berasa semut2. Ustaz kata dia buat tarikan jarak jauh utk saya suruh saya amik wuduk dan duduk zikir atas sejadah - utk dia tarik dr jauh. lps tu bila saya baca bismillah lima dan meniup bungkusan ubat tersebut saya rasa tengkuk saya berat. adakah itu merupakan penentengan makhluk tu terhadap perubatan ini atau sebaliknya?
BalasPadammaafkan saya lagi.
Angin bisa pada dada dan tangan agak padat
BalasPadamdan ia adalah tindakbalas terhadap aura
ustaz...
Ia biasanya cuba menghalang sebarang ra-
watan...
Baca Bismillah 5 tiga kali pada tapak tangan
...ludah ringan dan sapu atas tengkuk yang
berat...Insya Allah...
Salam En Junied,
BalasPadamTerimakasih ya. Semoga Allah merahmati En Junied.
Bebila semut2 kepala saya saya ikut petua ini - memng terasa sangat kebas kepala....
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadamSama-sama...kalau rasa semut atas kepala
maka sapu juga dari muka ke atas kepala
turun ke tengkuk...dan buat selalu walau
pun tak rasa semut-semutnya..kerana kebas
itu menunjukkan ada angin bisa...maka
rawatlah selalu...kalau dah tak ada kebas
bererti dah tak ada angin...kalau berku-
rang...anginnya dah kurang...Insya Allah...
Angin bisa pada bahagian kepala salah
BalasPadamsatunya boleh mendatangkan kesan penakut
kepada diri kita...
Contohnya mudah meremang bulu tengkuk...
atau rasa sejuk...atau suka berfikir
perkara menakutkan dan sebagainya...
Wallohu a'lam
Shari...kalau boleh...amalkan juga 3 Qul pernafasan...di samping amalan lain...
BalasPadamWallohu a'lam
En Junied,
BalasPadamkalau ada masa boleh ke tunjukkan satu amalan yang saya amal secara constant dan tetap utk penyembuhan?
maksudnya amalan yang saya boleh buat secara tetap (istiqamah) utk setiap hari atau macamana.
BalasPadamPn Shari...kita sekadar dapat beramal dan
BalasPadamberusaha...tentang kesembuhan itu milik
Tuhan...
Bagaimana pun...kalau mampu...amal Ayat
manzil sekurang-kurangnya pagi petang
dalam keadaan berwuduk dan menghadap
kiblat...
Lain-lain...amal 4 Qul termasuk Al Ka-
firun pernafasan...banyakkan membaca
salawat...dan banyakkan berdoa kerana
doa itu sehebat-hebat senjata orang
Mukmin...
...kalau mampu baca Yasin dan Al Mulk
setiap malam...juga Ayat Kursi per-
nafasan...
...biasakan Tahajjud dan berdoa memohon
keampunan untuk diri...keluarga...semua
orang Islam...minta kuatkan iman..murah-
kan rezeki...termasuk rezeki kesihatan
dan sebagainya...
Kemudian sunat Dhuha...amalan murah re-
zeki termasuk kesihatan juga...
...dan mana-mana amalan yang mampu dan
buat niat mencari keredhaan Allah...de-
ngan berkatnya...mohonlah rahmat Allah
untuk dunia dan akhirat...
Sambil tu kalau mampu...jangan berhenti berubat...kerana biasanya saka serba sed-
ikit perlukan rawatan sebagai sokongan...
Insya Allah Shari ya...
Ia amalan seumur hidup...kecuali bagi
BalasPadamyang mana ABC tu...kena cuti...dan
boleh dibuat terus...maka teruskan...
Insya Allah
Terimakasih En Junied.
BalasPadamAlhamdulillah...sama-sama Shari...
BalasPadamKita beramal dan berusaha...namun hati
kita biarlah terus bergantung kepada rahmat
Allah...dan bukan kepada amalan...
Kesembuhan itu hanya sekadar izin dan ber-
kat dari amalan Apabila Allah mengkhendaki-
nya...atau menundanya...semoga Tuhan memilih
untuk kita sesuatu yang terbaik dalam kehi-
dupa Dunia dan Akhirat...
Hakikat pemabalasan pada segala amal itu
ialah pada hari Akhirat kelak...dan bukannya
pada Dunia ini...kerana Dunia ini terlalu
murah...berbanding Alam Akhirat yang kekal
abadi...
Namun berusaha itu...dengan niat...mudah-
mudahan sembuh..jangan sekali-kali putus asa.
Insya Allah Shari ya...
Assalamualaikum w.b.t.
BalasPadamTuan, Saya baru sahaja mengamalkan Bismillah lima....baru 4 hari....masalahnya...saya merasa tidak sedap badan....paling jelas berlaku gegaran pada bahagian jantung...
di rumah pula terdapat semacam balingan guli diatas bahagian bumbung...pada sebelah malamnya
apakah makna keadaan itu....
Terima kasih....
Wa alaikum salam Tuan...
BalasPadamYang jelas...ada angin bisa pada bahagian
dada ( jantung )...
Bunyi guli itu permainan jin...dan biasa-
nya jin itu ada kaitan dengan angin bisa
yang ada dalam bahagian dada tersebut...
Dengan kata lain...amalan itu dengan izin
Tuhan...memberi kesan kepadanya...
Wallohu a'lam
Salam En Junied,
BalasPadamApa kabar? Saya cuba cari halaman yg ada no hp ustaz salehuddin tapi tak berjumpa. Boleh ke bagi saya no hp Ustaz Salehuddin?
Wa alaikum wbkth Shari...saya sihat-sihat
BalasPadamsaja...Alhamdulillah...terima kasih...
No. hpnya...0148656007
Terimakasih -semalam baru saya terjumpa.
BalasPadamTerimakasih.
Salam En Junied,
BalasPadamSemenjak dua menjak ini saya sering sukar nak lelapkan mata - saya sering terjaga dari tidur dan susah nak lelapkan mata semula. Kdg2 bila bangun saya terasa meremang bulu roma saya. Apa yang harus saya lakukan? Terutama utk menghilangkan rasa meremang itu dan utk melelapkan mata semula?
Kalau saya ABC apa yang perlu saya baca utk mengelakan perkara ini dan juga serangan2 yang saya rasa?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Shari...
BalasPadamTeruskan amalan biasa...kerana dah jadi
kebiasaan...apabila seseorang itu ABC
dan ia juga 'cuti' dengan amalannya...
pasti pengganggu akan mengambil kesempa-
tan...
...sambil baca tu...buatkan airnya untuk
minum...dan mandi...juga renjiskan air
ke sepanjang dinding dalam bilik sambil
membaca Ayat Kursi...
Jangan lupakan amalan-amalan yang menggu-
nakan pernafasan...
Susah tidur balik itu boleh jadi kerana
ada angin bisa dalam bahagian kepala...
atau mata...atau dada yang menyebabkan
resah gelisah tanpa sebab...dan susah
tidur...atau ada 'bendanya' yang datang
menemani...dan sebagainya...
Atau kalau ada perawat...lagi baik jumpa
dan minta rawatan setakat mana...
Insya Allah Shari ya...
Saya akan cuba sedaya upaya saya. Terimakasih. Setakat ini saya masih beristiqamah dgn amalan manzil, mandi dan renjis kabus + 3 Qul pernafasan dan sebagainya.
BalasPadamSatu lagi lately ni saya kadang2 termimpi atau kdg bila saya pejamkan mata saya akan ternampak sorang lelaki....ada sekali hampir2 saya jelas nampak mukanya tetapi hilang....Lelaki ini yg saya rasa bersama2 dgn isteri dan anak2nya pada mula2 saya berubat. Yang lain2 tu sudah tiada saya mimpi lagi cuma tinggal lelaki ini saja.
Dlm minggu lepas jugak saya tetiba terjaga di tengah malam dan terasa mulut saya manis seperti baru minum susu ibu....dan rasa meremang bulu roma saya....
Baru2 ini saya ada pergi berubat dgn anak murid Dato's Harun Din. Dia suruh renjis + mandi dan sebagainya dan suruh saya baca satu doa di bahagian dapur/bilik belakang yang saya selalu rasa seram. Selepas saya buat, serangan kepada saya semakin kuat dan badan terasa sungguh berat. Alhamdulillah lps membaca Ayat Kursyi dgn mengulangi Walaya'uduhu byk kali hilang rasa berat itu. (Spt yg Ustaz Salehuddin nasihatkan).
Utk pengetahuan, sebelum ini selepas saya sembur kabus dan baca Ayat kursyi pagar (saya buat dibilik sebelum tidur), biasanya kalau saya terjaga tengah malam saya tak rasa meremang bulu roma saya....Cuma lately saja begitu.
Saya mohon pada Allah SWT semoga diberi kekuatan untuk menghadapi UJIAN ini dan menjadikan saya seorang yang bukan PENAKUT selain takut kepadaNYA.
Doakan saya juga.....
En Junied ada ke amalan atau zikir yang boleh memenangkan jiwa saya untuk menghadapi semua ini. Atau yang boleh memberikan saya keberanian utk menghadapi laknatullah ini?
BalasPadam...baca Alam nashroh 7 kali pada tapak
BalasPadamtangan...sapu muka dan buat seperti per-
nafasan 3 Qul...Insya Allah...mudah-
mudahan hati rasa tenang...dan khasiat
lainnya ia melemahkan jin atau gangguan
...Insya A
llah
salam, saya selalu amalkan Bismillah 5, 6, 7 dan 9. Dan memang betol kesemua ayat ini sangat sangat mujarab dengan izin Allah. Saya telah lalui pelbagai masalah rumah tangga kerana buatan sihir orang. namun keajaiban yang telah saya lalui amat sukar untuk saya ceritakan namun Kekuatan Bismillah 5, 7 dan 9 sangat sangat kuat sekali dan mujarab. Saya amalkan boleh kata hampir setiap jam akan saya amalkan dan baca. Memang benar Bismillah 7 adalah panas dan Bismillah 5 adalah penawar baginya daripada pengalaman saya. Alhamdullillah masalah saya dan isteri dapat diatasi dengan izin Allah apabila mengamalkan Bismillah 5, 7 dan 9.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih atas perkongsiannya...
dan semoga dapat menjadi panduan pada saya
dan rakan-rakan pembaaca lain...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum en junied.ingin sy bertanya di sini..br2 ini sy ada bermimipi didatangi sekumpulan wanita ke rumah saya memakai jubah hitam..masuk ke dlm rumah melalui pintu hadapan dan seorang dtg merapati sy dan ingin menyatakan sesuatu ketika sedang tido d ruang tamu...dan kemudia sy terbangun.dab baru2 ini anak sy berumur 4 tahun bgtau ada nmpk hantu hitam d luar rumah....adakah ianya sekadar mainan tdo dan khayalan anak sy.?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth MaSNiZAM82...
BalasPadam1. Ianya mirip kepada gangguan jin...iaitu mimpi
aneh juga pakaian hitam mereka...serta ada
seseorang yang cuba menghubungi anda dalam
alam mimpi...iaitu antara cara biasa jin yang
tidak dapat berhubung dengan kita di alam sedar.
2. Saya yakin dengan apa yang anak tu nampak
dan bukan khayalan atau permainan...
Malah warna hitam itu sama dengan pakaian
mereka dalam mimpi anda...
Wallohu a'lam
assalammualaikum en.junied.saya ingin brtanya 1 soalan..sebelum sebulan arwah ayah saya meninggal.pada masa itu saya pulang ke kampung.saya bermimpi ayah saya bersalaman dengan saya.dan ckap pd sy "aku perturunkan ilmu ku kepada mu" saya pd msa itu tnpa didalam mimpi.tanpa bfikr panjg.sy ckp saya terima.tbe2 sy tjaga dri mimpi dan ktika itu wktu sudah subuh.sy blari pegi k arah arwah bapa saya..tempat die duduk.cara die duduk jelas sama apa dalam mimpi saya..saya terus bpeluh tkejut.
BalasPadamutk makluman en junied..hanya sy y plg rapat dgn bapa sy.bpa sy seorang pengamal perubatan tradisional.
pernah bberapa kali sy bmimpi sorg llaki tua mgajar sy doa utk mrawat org.dan pernah juga sy bmimpi wajah mirip arwah ayah sy sndri dtg mgjar sy.tpi 1pn sy xpnh ingat dan amalkn.
pernah juga sy bmimpi.pada masa itu arwah ayh sy dlm smgu mngal dunia..ktika tu keadaany di hospital.dmana tmpt ayh sy mghembuskn nfs trakhr.sy mimpi brada dsblh bapa sy.dan tba2 dtg seorang lelaki.muda.dan mirip bapa sy.prwtkny kemas.sama spti bpa sy ktika muda.lelaki tu mlihat sy dan snyum tnp bkata2 pada saya.
persoalanya yg ingn sy tahu.adakah semua ini mainan tidur atau sbaliknya..
harap en.dpt mberi pndgn trhadap ptnyaan sy ini.
skian.trma ksh
Wa alaikum salam wbkth miz...
BalasPadam1. Kadang-kadang jin datang atau menghubungi
kita melalui mimpi...dan bagi jin itu adalah
dunia benar bagi mereka...
2. Mimpi miz lebih mirip kepada penurunan jin
ilmu...dan yang datang dalam mimpi termasuk
yang menerupai ayah itu adalah jin yang
menyerupa...
Sememangnya pengakuan dalam mimpi atau
terima dalam mimpi sudah sangat memadai
untuk jin itu menganggap kita sudah me-
nerimanya...
Sebaik-baiknya miz jumpa perawat yang di-
yakini...dan mesti mengamalkan pendinding
diri seperti Ayat Kursi...3 Qul...dan sebagainya
secara lebih khusus...lebih-lebih lagi Manzil.
Amalan hendaklah berterusan...perawat hanya
sebagai bantuan atau sampingan...
Jin ilmu sebegini biasanya banyak pengalaman
dan tipu helah...maka jangan anggap terlalu
ringan atau mudah...
Insha Allah miz ya...
Wallohu a'lam
...seperkara ya...kalau miz sering mimpi di hospital
BalasPadamtersebut...maka ia biasanya bererti...ketika itulah
jin tersebut mula mengikut miz...
Wallohu a'lam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWalaupun sudah pulih...namun miiz masih perlu
BalasPadamberhati-hati...dan pastikan tidak ada gejala
paling ringannya sering pening...atau sering rasa
letih lesu tanpa sebab munasabah...
...atau ada gejala fikiran atau perasaan rasa
terganggu tanpa sebab munasabah...
Perkara ini biasanya boleh selesai kalau jin
itu diikat...dikurung tak tak dapat lepas...atau
ia dapat tuan baru yang lebih pandai menjaga-
nya...atau mati dibunuh ( api ini jarang ber-
laku...)
Wallohu a'lam
Assalamualaikum.. saya Diana ibu kepada sepasang cahaya mata.. anak sulung perempuan saya Nur Najwa Batrisyia, 5tahun sering mengalami batok mengokol (mcm batok kering) yg berpanjangan.. sudah hampir 2tahun die menghidap penyakit ni sejak Disember 2014.. tiap kali dia kena batok tu, dia akan batok kdg2 sampai 3,4jam tanpa henti.. cuma brhenti 4,5saat selang tiap batok.. sumenya saya catat untuk rujukan doktor.. macam2 perubatan saya bwk.. doktor, alternatif, perubatan kampung, berurut tp suma xberhasil.. xray dah dibuat, check tibi dah dibuat, sample kahak dah diambil tp sumanya normal.. ramai yg kata mungkin sebab namanya yg berat Najwa Batrisyia merupakan dua dr 5 nama anak jin (?) Wallahualam.. dan semalam 19hb dia mula batok lg.. saya dan suami sgt risaukan masa depan dia.. dia anak yg sgt bijak.. dr umur 4tahun sudah boleh menghafaz 10hadith, ayat krusi, ayat seribu dinar, doa2 amalan dan surah2 lazim.. cumanya dalam 2tahun bersekolah, dlm seminggu 2,3hari dia xdpt dtg kesekolah atas masalah kesihatan.. bagaimana bila dia dah masuk darjah 1 nant? Jd td saya cuba google rawatan utk menghilangkan batok (perkara yg sering saya lakukan tiap kali dia batok) dan ternampak ayat BISMILLAH 5.. saya bacakan dan minta dia baca brsama2.. Alhamdulillah 3x baca dia dapat hafal sendiri dan dia baca sampai tertido.. langsung xbunyi batok dalam tido nya dan sangat lena.. ALLAHUAKHBAR.. ALHAMDULILLAH.. selama ni saya ajar anak2 untuk yakin pada ALLAH.. setiap yg ALLAH berikan ada hikmahnya.. tp sy sendiri gagal untuk melaksanakannya.. peringatan untuk saya dan keluarga.. saat kita kesakitan, kesempitan kita sibuk meminta pertolongan manusia (doktor, saudara mara, bomoh, kawan2) sampai kita lupa siapa yg memberi musibah tu.. sampai kita lupa untuk merayu padaNYA.. takburnya saya padaNYA.. mudah2an ALLAH ampunkan khilaf saya ni.. saya akan cuba amalkan ayat ni dalam keluarga saya.. INSYAALLAH
BalasPadamWa alaikum salam wbkth puan...
BalasPadamAlhamdulillah...kisah anak kecil yang memberi kita sebesar-besar
pengajaran...dengan keyakinannya yang bersih semata-mata ber-
harap kepada Tuhan seperti yang ibunya didik...ternyata doa dan
kalimah-kalimah Allah mempunyai keberkatan yang di luar
dugaan kita sediri.
Semoga dapatlah kita orang-orang dewasa ini mngambil intipati-
nya dan sentiasa berusaha membersihkan hati kita daripada
pergantungan kepada sesama makhluk sehingga tanpa sedar
terkeluar dari landasan batas-batas yang Tuahn telah tetapkan.
Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian puan yang amat
berharga ini...semoga si kecil dan sekeluarga khususnya...
dan kita semua sentiasa mendapat kesihatan...keimanan...
dan kcemerlangan dalam kehidupan dunia akhirat...Amiin.
Wallohu a'lam
Trima kasi tuan junied atas sgala ilmunya smoga Allah memberi keberkatan n mbalas smua jasa baik tuan junied amiin
BalasPadamSama-sama uwais...amiin...Alhamdulillah...
BalasPadamAssalamualaikum semua.. saya ada soalan yg hendak di tanya...slps kita baca bismillah 5 ini perlukah kita membaca doa makan atau tidak?
BalasPadamAssalamualaikum semua.. saya ada soalan yg hendak di tanya...slps kita baca bismillah 5 ini perlukah kita membaca doa makan atau tidak?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Abu...
BalasPadamLebih baik...samada baca Bismillah 5 atau tidak...membaca doa makan
sentiasa lebih baik...
Wallohu a'lam
assalamua'laikum y ustad..
BalasPadamsaya dari indonesia..
saya mintak izin dan ijazah nya..
saya mau amalkan bismillah 5 dan bismillah 6..
Ustaz izinkan saya mengamalkan bismillah 5 dan bismillah 7 ye ustaz
BalasPadamAlhamdulillah..silakan...semoga bermanafaat dengan izin Tuhan
BalasPadamdunia akhirat....wallohu a'lam
Assalamualaikum..
BalasPadamasalnya saya membuka blog ini sebab mencari khasiat bismillah 5 yang sering diperkatakan oleh orang, begitu bagus dan ayat terakhirnya begitu baik diamalkan sebagai penggerak diri.
kemudian..setelah puas membaca satu persatu aduan dan soalan oleh para pembaca dan pengikut ustaz dalam blog ini, saya tertarik untuk mengajukan soalan iaitu :
bagaimana saya ingin pastikan, adakah benar dalam beberapa waktu yang berlalu ini sehingga sekarang, ada orang yang cuba menghantar sihir pembenci kepada saya bagi memporak perandakan keluarga saya?
Saya pernah merujuk kepada seorang perawat, tak perlu saya nak sebut..dia minta nama saya dan nama ibu saya dan dalam jarak jauh dia mendapati memang ada yang cuba mengilmukan saya..tak tau macamana orang tu hantar ilmu tu.. saya pun tak faham sebab selama ini saya tidak pernah terfikir tentang ilmu-ilmu ghaib ini.
saya sudah pernah membawa seorang ustaz untuk cuba merawat rumah saya, tapi dia kata tiada yang silap dalam rumah tu..semua ok..tapi dia tidak pula memeriksa kondisi saya..
pendapatnya, nasi basi (terkadang sahaja), bayangan budak yang mentua dan anak2 saya nampak sekali-sekala di rumah tu hanyalah sebab kawasan itu cuma laluan sahaja..tiada kena mengena dengan sihir..
soalan saya, bolehkah orang merawat secara jarak jauh (dia kata scan penyakit)dengan hanya guna nama pesakit & nama ibu pesakit sahaja?
Wa alaikum salam wbkth puan...
BalasPadam1. Dari tandanya ia gejala gangguan jin.
2. Nasi basi...samada ada ganggguan jin pada yang memasaknya
atau ada jin mengganggu nasi yang sedang dimasak.
3. Sebaiknya diri yang mengalami gangguan perlu di scan...
dan kemudian tempat tinggalnya kerana kadang-kadang
punca gangguan dalam rumah itu boleh jadi dari jin
dalam badan mana-mana penghuninya.
4. Bayangan budak boleh jadi ada laluan jin atau ada jin
datang mengganggu dalam rumah...akan bersambung Insha Allah..
5. Saya percaya ilmu scan dan rawatan jarak jauh itu ada
BalasPadamsamada ia ilmu bersih atau guna jin...cuma dari segi
perubatan rawatan serasi dengan sakitnya maka mudah
sembuh samada berdepan atau jarak jauh...
...kemudian minta nama pesakit dan nama ibu...tak semesti-
nya ia ilmu sihir...seperti anggapan sebahagian orang.
Wallohu a'lam
terima kasih atas maklum balasnya.
PadamSaya pulangkan apa sahaja yg saya ambil daripada tuan dan kepunyaan tuan yg ada pada diri saya, suami saya dan anak anak saya. Apa sahaja yg saya sekeluarga ambil, kami ambil yg haq semata mata tiada yg lain dulu kini dan selamanya.
BalasPadamAssalamualaikum, en. junied.
BalasPadamSaya baru mengamalkan bismillah 5 ini dan apa yang saya rasakan ialah sakit saya beransur kurang tetapi mata saya terlalu mengantuk sehingga boleh tertidur sekejap. Apakah tandanya?
Wa alaikum salam waktu nurul...
PadamTandanya sakit itu ada kaitan dengan gangguan jin.
Mengantuk itu kerana ada angin bisa jin pada bahagian otak dan sarafnya bersambung pada mata maka ia bertindakbalas mengantuk atau terlelap.
Sila rujuk blog dari ufuk timur kalau mampu baik juga amalkan fatihah dan 3 quo pernafasan...buat air doa jadi minuman dan campuran mandi harian
Wallahu a lam
Assalamualaikum..
BalasPadamIzin mengamalkanya bismilah 5 6 7.pak ustdz.
Trims
Assalamualaikum Pk Ustaz.
BalasPadamizinkan saya mengamalkan bismillah 5 6 7.ya
Trimakasih
Izin kan saya untuk amalan ini Pak ustat
BalasPadamIzin kan saya untuk amalan ini Pak ustat
BalasPadamAssalamualaikum ...
BalasPadamPak ustad saya mohon ijin untuk mengamalkan bismilah 5
Wa alaikum salam wbkth tuan puan...
BalasPadamAlhamdulillah silakan semoga bermanafaat untuk kita semua
dengan izin Allah...Wallohu a'lam
AssaAssalamualaikum pak ustaz... Saya memohon izin ustaz untuk mengamalkan semua ilmu daripada ustaz dari blog ini.. Terima kasih
BalasPadamWa alaikum salam wbkth mr sucrose...alhamdulillah silakan semoga ber-
BalasPadammanafaat untuk kita semua dengan izin Allah.wallohu a lam
AssaAssalamualaikum ustaz... Mohon izin untuk mengamalkan semua ilmu daripada ustaz dari blog ini.. Terima kasih. Amen
BalasPadamAssalamualaikum pak ustaz... Saya memohon izin ustaz untuk mengamalkan semua ilmu daripada ustaz dari blog ini.. Terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum pak ustaz... Saya memohon izin ustaz untuk mengamalkan semua ilmu daripada ustaz dari blog ini.. Terima kasih
BalasPadamAssaAssalamualaikum ustaz... Mohon izin untuk mengamalkan semua ilmu daripada ustaz dari blog ini.. Terima kasih. Amen
BalasPadamAlbamdulillah. Perkongsian yang baik dan bermanafaat
BalasPadamAssalamualaikum ustaz...saya nak bertanya anak saya berumur 8 tahun kini sudah 2 minggu dia menangis dan tak mau ke sekolah.bila tiba waktu pagi dan nak ke sekolah dia akan bertukar jadi pendiam.bila waktu pulang dari sekolah hingga waktu malam dia ceria bila berjumpa dengan adik beradik yang lain.jika dipaksa untuk ke sekolah dia tidak mahu naik ke kelas dan akan duduk di bilik guru.bolehkah saya ikhtiar dengan bismillah 5.
BalasPadamAssalamualaikum wr wb.mohon izin untuk mengamalkan ilmunya pak uztas
BalasPadam