Jumaat, 23 Julai 2010

DUNIA MISTERI..Angin Sejuk Tanda Serapan Jin...

Iaitu...antara tanda-tanda jin akan merasuk
seseorang ialah kemasukan angin sejuk dari
kedua belah kaki...

Angin itu akan masuk dari hujung-hujung jari
kaki kemudian perlahan-lahan menjalar ke atas
dan apabila angin sejuk itu ke tubuh...mangsa
akan menggeletar kesejukan...

Dan perlahan-lahan ia hilang kawalan...ia
diganti dengan kawalan jin ke atas jasadnya.

Ia terjadi pada seorang wanita jiran selang
beberapa rumah...

Ketika ia mengadu dan minta dirukyah kerana
rasa tak sedap badan...baru beberapa minit
saja dirukyah...angin sejuk mula masuk dan
menjalar dari kakinya...

Angin sejuk itu mula naik sampai kepinggang
dan saya yang pernah melihat ia kerasukan
semasa dirawat oleh seorang rakan...

Saya tahu akibatnya...dia akan kerasukan jin
jantan dan akan bercakap berjam-jam lamanya
dan menggunakan tenaga dalam...malah zikir
untuk mempertahankan diri...

Saya 'sangat-sangat' tak berminat nak berdepan
melayan kerenah dan 'loyar buruknya'...maka
saya mengambil keputusan untuk menghalang
rasukan dengan menolak jin itu keluar melalui
hujung jari-jari kaki...

Saya gunakan Amalan Asar ke Asar dan membaca
Ayat Lau Anzalna berulang-ulang...

Dengan izin Allah...akhirnya angin itu dapat
ditolak keluar...jin itu kemudiannya dapat
dirasa oleh jiran itu dalam ibujari kaki
kirinya seperti seekor ulat...dan dapat
tarik keluar...

Yang menariknya...wanita itu menceritakan...
ketika angin sejuk mula meresapi tubuhnya...
ia merasa sedang berada di satu tempat jauh di-
tengah hutan rimba...dalam sebuah taman yang
ada padanya air terjun bertingkat...

Tempias dari air terjun itulah yang membuat ia
rasa sangat kesejukan...dan beberapa meter di-
hadapan...ada seorang lelaki yang sangat tampan
berserban jubah putih melambai-lambaikan tangan
memanggilnya datang...

Tapi setiap kali ia cuba menghampiri...lelaki
tampan itu semakin menjauh...dan akhirnya semua
bayangan itu hilang...dia kembali sedar berada
dirumahnya...

Ketika itulah ia merasa kehadiran 'ulat' itu
di ibu jarinya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. slm tuan bagaimanakah cara dan kaedah untuk membuat cara menolak jin keluar harap sudi terangkan tq

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Kilat...

    Banyak caranya...dan kaedah yang saya guna-
    kan ketika itu adalah dengan menggunakan
    tapak tangan kanan...

    Caranya..

    1.Tarik nafas...

    2.Tahan nafas...

    3.Tolak kehadapan dengan tapak tangan kanan
    sambil melepaskan nafas melalui hidung per-
    lahan-lahan...

    Semasa menolak...bayangkan nafas yang kita
    lepaskan itu mengalir ketapak tangan kanan.

    Tegangkan tapak tangan..dan bayangkan seolah-
    olah kita menolak benda berat ke hadapan...

    Di atas hanyalah penerangan berkaitan nafas
    dan gerakan...

    ...tapi disebaliknya...semasa menarik atau
    melepaskan nafas...zikir Allah..Allah...
    7...11 atau lebih...

    Semasa menahan nafas...baca Fatihah dan Ayat
    Kursi sekali-sekali dalam hati...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. tima kasih tuan mohon amalkannya.maaf nak lebih penjelasan.semasa membuat proses menolak tu di manakah kedudukan tangan kita tuan,adakah seinci diubun-ubun kepala atau pada pada anggota tubuh badan pesakit yang merasakan kesejukan.tima kasih

    BalasPadam
  4. sama-sama Kilat...

    Ringkasnya ikut niat serta latihan...maka
    boleh dari ubun-ubun dan tolak keluar me-
    lalui hujung jari tangan atau kaki...

    ..atau tolak dari kaki...keluar melalui
    ubun-ubun...

    ...atau tolak dari tempat sakit...ke ubun-
    ubun...hujung jari kaki atau tangan...

    ...atau tak payah dekat pada pesakit...
    tolak tangan kanan ke kiri...dan bayang-
    kan kita menolak itu dari tempat sakit ke
    mana-mana laluan keluar yang kita pilih...

    Kalau sukar nak bayangkan...tutup mata ke-
    mudian bayangkan sehingga selesai proses
    menolak....

    Cara tolak...contohnya daripada ubun-ubun
    maka ambil jarak 5 inci...maka gunakan 4
    inci itu untuk ruang menolak...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam