Ahad, 18 Julai 2010

KHASIAT AYAT 54,55 dan 56 Al A'rof...

Iaitu antara lain khasiat ayat-ayat ini...

1.Jika dibaca ketika akan tidur...tidak
akan dapat didekati jin semasa tidur...
Insya Allah.

2.Pernah dibaca semasa menghadapi se-
orang rakan yang sedang kerasukan jin
silat...rakan ( jin dalam badan ) itu
masih dapat bersilat..tapi dengan sangat
bersusah payah...

Segala pergerakannya kelihatan sangat
lambat seperti keberatan...dan tak sampai
seminit...rakan itu terduduk dan sedar
semula.

3.Boleh dibacakan 7 kali kepada orang
sedang tenat...sambil buatkan air...Insya
Allah jadi ubatnya...( sebelum itu ter-
lebih dahulu bacakan Fatihah sekali..3 kali
atau 7 kali...dan salawat 3 kali...)

4.Kalau anda sedang di intip atau diserang
jin apabila anda membacanya...jin itu lari
atau terbenteng...atau ia menjadi lemah
seperti dihimpit suatu benda berat...

5.Kalau cukup syarat..ia adalah ayat peng-
hancur jin...dengan izin Allah.

Wallohu a'lam.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan.

    Banyak kali saya ada terbaca "Bola Aura"..adakah perawat sahaja yang boleh buat.. .. atau kena berguru juga..

    Apa pandangan tuan berkenaan amalan yasin 7 mubin... boleh di amalkan...??

    Saya ada baca di satu website...ebooks berkenaan...ilmu scan...di http://klinik-muallij.blogspot.com... memang semua perawat perlu ada ke ilmu itu..???

    Mohon penjelasan...dan pandangan.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam saudara musafir...

    Untuk pertanyaan pertama dan kedua...dan yang
    ketiga akan saya berikan pandangan pada lain masa Insya Allah.

    Ya...kena berguru dan berlatih kerana ia ada kaedah khusus...memerlukan tumpuan seta latihan pernafasan...iaitu sekurang-
    kurangnya seseorang itu dapat 'mengalirkan nafasnya ke tapak tangan'...

    Kemudian ia boleh 'dibisakan' dengan ayat-ayat Qur'an juga doa...
    tapi boleh jadi pula yang kita bentuk itu adalah bola aura jin...iaitu bergantung kepada
    amalan...

    Bola aura biasanya adalah 'permainan' ahli tenaga dalam...itu pun rasanya jarang sekali
    digunakan terutama oleh Perawat-Perawat Islam.

    Sebabnya kerana kebetulan tak belajar...atau sengaja tak mahu belajar kerana meragui hukum halal tak halalnya.

    Bagaimana pun perbandingannya...kalau seseorang itu tahu Rukyah tapi tak tahu buat Bola Aura...maka ia boleh jadi perawat...
    sebaliknya kalau ia tahu buat Bola Aura tapi
    tak tahu Rukyah...maka ia tak memadai jadi perawat.

    Bola Aura ini boleh digunakan untuk menyerang jin jarak dekat atau jarak jauh dengan izin Allah...tapi terus terang saja...ia sebenarnya cuma membuang masa dan membazir tenaga...kita tak tahu pun tak apa...

    Cuma setakat yang saya faham...ada ayat-ayat Qur'an tertentu terutamanya jenis ayat-ayat 'panas' yang boleh mengakibatkan jin diserang oleh 'api' atau bola aura api...wallohu a'lam.

    Pada pertanyaan kedua...maaf...saya sebenarnya segan dengan soalan ini...saya pernah terbaca tentangnya dalam satu buku
    yang dikarang oleh Ustaz Amran Kasimin (proffesor...tak silap saya)...iaitu salah seorang perawat handalan Negara...tapi secara peribadi saya tak ada masalah dengan Amalan Yasin tujuh Mubin ini..Wallohu a'lam.

    BalasPadam
  3. Untuk perkara ketiga...saya adakan tajuk khusus...(ILMU 'SCAN'...Kalau Tak Tahu???...)dan saya harap Saudara Musafir dan rakan-rakan di mana-mana saja dapat merujuknya...dan ia hanyalah suatu pandangan....
    tapi semoga ada manafaatnya serba sedikit...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam