Isnin, 12 Julai 2010

PAGAR DIRI AYAT KURSI...

Iaitu apabila keluar dari rumah maka baca
Ayat Kursi satu kali.

Apabila anda sampai di hadapan rumah
yang nak di tujui...

1.Baca Fatihah satu kali..dan Ayat Kursi
juga satu kali...

2.Tiup rumah itu dengan tiupan panjang
dan lembut sambil berdoa dalam hati...

"Ya Allah...saya berlindung dengan MU dari
segala kejahatan makhluk yang ada di dalam
rumah ini..." atau ayat doa yang semaksud
dengannya.

Kalau nak ke pekan atau bandar...maka masa
membacanya ialah pada ketika sampai pada
sempadannya...

Dan baca ketika berada di pinggir hutan
yang akan di masuki...

Atau sebaik saja anda nampak rumah anda
ketika pulang...

Dan sebagainya...maka ditiup ke arah rumah
atau kawasan yang ditujui...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Salam, boleh tak guna kaedah nie untuk makan kat tempat yang guna jin sebagai pelaris?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Dr Lee...

    Boleh...Insya Allah...kerana biasanya pada
    tempat-tempat sedemikian pelanggan akan 'ke-
    racunan' angin bisa...atau kotoran jin...

    Mudah-mudahan kita terpelihara atau angin
    bisa jin tersebut tak memberi kesan pada
    diri kita...

    Dan kadang-kadang ada tindakbalas lain...
    terutamanya kalau jin pada tempat tersebut
    'agak keras'...mungkin akan ada ujian atau
    cubaan balas dendamnya...

    Kalau kita tahu tempat sedemikian sebaiknya
    dielakkan...kerana angin bisa yang biasanya
    ikut makanan..minuman...sup atau sebagainya
    itu boleh membuka laluan masuk jin ke-
    dalam badan...

    Seorang rakan...apabila disorongkan minuman
    (nescafe)...ia merenung dalam ke minuman ter-
    sebut...dan ia melihat minuman itu sebenarnya
    berwarna kehitam-hitaman dan seperti minyak
    iaitu kerana dah dicampurkan dengan bahan
    pelaris jin...

    Ada rakan-rakan yang selalu datang ke sana
    sering mengalami sakit kepala...lesu tanpa
    sebab...tapi tiba-tiba menjadi segar bugar
    dan rasa gembira bila saja ia datang ke
    tempat tersebut...

    Ia adalah antara kesan angin bisa...

    Bagi orang yang ada pendinding...samada an-
    gin bisa itu tak berkesan atau kurang berkesan...namun tak kurang pula yang mer-
    asa mual...atau akhirnya muntah..atau sakit
    perut tiba-tiba nak ke tandas...dan sebagainya...

    Kalau kita ragu dengan sesuatu makanan...
    antaranya kita boleh membaca Bismillah Lima
    3 kali sebelum makan...atau Bismillah Enam
    (juga dipanggil Bismillah Tujuh) sebagai
    penawar racun...dan sebagainya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam