Ahad, 11 Julai 2010

DUNIA MISTERI...Tandukan Jin Kerbau?...

Rakan itu menceritakan...ada tiga jenis bentuk
jin yang sering dilihatnya di dalam kawasan
kampung...

Iaitu perempuan tua ( bentuk manusia )...bentuk
anjing dan bentuk kerbau...

Jin kerbau hitam itu ada tompok warna putih pada
dadanya...

Bentuknya sama seperti kerbau 'original'...tapi
kalau 'kerbau' itu membelakang...punggungnya
seperti punggung manusia...

Daripada rakan lain..ada satu lagi bentuk jin
kerbau...iaitu kepala kerbau bertanduk panjang
tapi badannya manusia...

Saya tak tahu samada ia dari'spesis' yang sama
cuma saya berpendapat...jin kerbau berbadan
manusia itu adalah jin kerbau yang pernah di-
bela dan diberi sajian khusus oleh manusia...

Asal usul jin ini adalah jin buangan ilmu...yang
kemudiannya beranak pinak...jin tangkal yang di-
buang merata-rata dan jin yang kehilangan tuan
kerana meninggal atau kerana dibuang apabila
tuannya memeluk Islam...

Maka jin-jin itu samada mencari tuan baru...atau
sengaja mengganggu mana-mana manusia yang dianggap
sebagai sasaran mudah...

Rakan itu menceritakan...ia pernah terserempak
dengan jin kerbau penuh itu di tengah jalan pada
suatu malam..

Jin kerbau itu merenung tajam...kemudian sepantas
kilat 'Cabut lari'...tiba-tiba ia berhenti dan
berpaling merenung rakan tadi...kemudian 'cabut
lari' lagi...( macam pembuka cerita Laksamana
Do Ri Me pula...)

Sebaik saja rakan itu berpaling dalam keadaan lalai
tiba-tiba jin kerbau itu muncul di belakangnya...

Rakan yang dalam keadaan terkejut itu tak sempat
mengelak apabila jin kerbau itu menanduk belakang
pinggangnya...dan sepantas kilat jin kerbau itu
'cabut lari' dan menghilang...

Gejala sakit ditanduk jin kerbau ini...

1.Kalau anda tak dapat melihat jin...maka sakit
itu menyerang tiba-tiba tanpa sebarang sebab atau
petanda awal.

2.Belakang pinggang ( di bahagian tengah ) terasa
amat sakit seperti baru dipukul dengan batang kayu.

3.Pada bahagian dalamnya terasa panas...dan ada angin
padat berbisa...rasa pedih...

4.Sakitnya tak berkurang samada digosok...makan ubat
atau diurut.

5.Walau bagaimanapun kedudukan anda seperti berdiri
...duduk atau berbaring...sakitnya tetap sama tak
berkurang...

6.Waktu tidur malam...bisanya akan naik...kadang-
kadang membawa kepada panas membahang dalam badan.

7.Sakitnya pasti terasa sampai ke dalam mimpi..

Bisa sakit itu Insya Allah akan sembuh bergantung
kepada keserasian rawatan...atau secepat mana bisa-
nya menjadi tawar oleh keberkatan amalan seseorang
dengan izin Allah.

Biasanya ia akan sembuh antara tiga hari hingga
ke seminggu lebih...

Ketika saya nyatakan gejala sakit ditanduk 'kerbau'
itu...rakan tadi tercengang...(agaknya dia kagumlah
tu...sebab saya 'boleh tahu'...
mana tak taunya...saya sendiri pun dah pernah kena
tanduk...)

Wallohu a'lam.

NOTA

1.Rahsia rakan itu nampak jin...kerana ia ada
gangguan jin ( khadam )...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan